kertas kajian tahun 2015, 2016, 2017 kmpp

13
Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP Bil Abstrak 1 PENGUASAAN DALAM PEMBELAJARAN TERMOKIMIA DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM DUA TAHUN (PDT) KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Salwati Bt Yaakub, Yeoh Guan Thai, Siti Rodhiyah Bt Sapie, Hasnah Bt Idris ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ‘Tahap Penguasaan Konsep Termokimia Dalam Kalangan Pelajar Program Dua Tahun Semester 3 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang’. Kajian ini terdiri daripada dua aspek iaitu mengenalpasti penguasaan konsep termokimia aras LOTs dan HOTs. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soalan- soalan termokimia yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Penggubalan Soalan Unit Kimia KMPP. Seramai 57 orang pelajar yang mengikuti program ini telah disasarkan sebagai responden. Soalan soalan termokimia telah dirangka berdasarkan Aras Kognitif Taksonomi Bloom dan Sukatan Pelajaran Program Matrikulasi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap penguasaan beraras LOTs (26.32% pada tahap baik) agak mamuaskan berbanding dengan soalan aras Hots (14.03% pada tahap baik). . Kata kunci: penguasaan pelajar, termokimia, HOTs, LOTs, pembelajaraan 2 KUALITI KEHIDUPAN KERJA PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Azizan b. Saari ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kualiti kehidupan kerja pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Populasi kajian ialah 246 orang pensyarah dan 150 pensyarah KMPP terlibat sebagai sampel.Sampel terdiri daripada pensyarah daripada Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Pengurusan Pelajar dan Jabatan Sastera Ikhtisas. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik Kualiti Kehidupan Kerja Pensyarah yang diubah suai daripada soal selidik Kualiti Kehidupan Kerja Guru yang dibina oleh Nordin et al. (2009).Terdapat empat konstruk dalam soal selidik ini iaitu; Keperluan Psikologi, Keperluan Sosial, Keperluan Politik, dan Keperluan Ekonomi. Penyelidik hanya mengkaji tahap keperluan psikologi yang telah dipenuhi oleh organisasi. Data dianalisis mengguna perisian SPSS versi 22.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, dan min. Analisis Independent Samples T-Test dan Analisis ANOVA Satu Hala dijalankan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan antara jabatan, jantina, dan umur pensyarah terhadap dimensi keperluan psikologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keperluan psikologi pensyarah dari sudut penghormatan kendiri, penghakikian kendiri (penghargaan), dan kebanggaan kendiri (faedah-faedah) perlu ditambah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jabatan, dan umur pensyarah terhadap keperluan psikologi manakala terdapat perbezaan antara jantina pensyarah terhadap keperluan psikologi. Kata Kunci: Kualiti Kehidupan Kerja Pensyarah(KKKP), empat konstruk KKKP, perbezaan antara jabatan, dan umur pensyarah terhadap keperluan psikologi, perbezaan antara jantina pensyarah terhadap keperluan psikologi.

Upload: others

Post on 21-Nov-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

Bil Abstrak

1 PENGUASAAN DALAM PEMBELAJARAN TERMOKIMIA DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM DUA TAHUN (PDT) KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Salwati Bt Yaakub, Yeoh Guan Thai, Siti Rodhiyah Bt Sapie, Hasnah Bt Idris

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ‘Tahap Penguasaan Konsep Termokimia Dalam Kalangan Pelajar Program Dua Tahun Semester 3 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang’. Kajian ini terdiri daripada dua aspek iaitu mengenalpasti penguasaan konsep termokimia aras LOTs dan HOTs. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soalan-soalan termokimia yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Penggubalan Soalan Unit Kimia KMPP. Seramai 57 orang pelajar yang mengikuti program ini telah disasarkan sebagai responden. Soalan soalan termokimia telah dirangka berdasarkan Aras Kognitif Taksonomi Bloom dan Sukatan Pelajaran Program Matrikulasi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap penguasaan beraras LOTs (26.32% pada tahap baik) agak mamuaskan berbanding dengan soalan aras Hots (14.03% pada tahap baik). . Kata kunci: penguasaan pelajar, termokimia, HOTs, LOTs, pembelajaraan

2

KUALITI KEHIDUPAN KERJA PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Azizan b. Saari

ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kualiti kehidupan kerja pensyarah di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Populasi kajian ialah 246 orang pensyarah dan 150 pensyarah KMPP terlibat sebagai sampel.Sampel terdiri daripada pensyarah daripada Jabatan Sains, Jabatan Matematik, Jabatan Pengurusan Pelajar dan Jabatan Sastera Ikhtisas. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik Kualiti Kehidupan Kerja Pensyarah yang diubah suai daripada soal selidik Kualiti Kehidupan Kerja Guru yang dibina oleh Nordin et al. (2009).Terdapat empat konstruk dalam soal selidik ini iaitu; Keperluan Psikologi, Keperluan Sosial, Keperluan Politik, dan Keperluan Ekonomi. Penyelidik hanya mengkaji tahap keperluan psikologi yang telah dipenuhi oleh organisasi. Data dianalisis mengguna perisian SPSS versi 22.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, dan min. Analisis Independent Samples T-Test dan Analisis ANOVA Satu Hala dijalankan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan antara jabatan, jantina, dan umur pensyarah terhadap dimensi keperluan psikologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keperluan psikologi pensyarah dari sudut penghormatan kendiri, penghakikian kendiri (penghargaan), dan kebanggaan kendiri (faedah-faedah) perlu ditambah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jabatan, dan umur pensyarah terhadap keperluan psikologi manakala terdapat perbezaan antara jantina pensyarah terhadap keperluan psikologi. Kata Kunci: Kualiti Kehidupan Kerja Pensyarah(KKKP), empat konstruk KKKP, perbezaan antara jabatan, dan umur pensyarah terhadap keperluan psikologi, perbezaan antara jantina pensyarah terhadap keperluan psikologi.

Page 2: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

3

AKADEMIK PELAJAR - PELAJAR JURUSAN PERAKAUANAN DALAM SUBJEK PENGURUSAN PERNIAGAAN DI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Lim Seng Poh

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar jurusan perakaunan dalam subjek Pengurusan Perniagaan. Lima faktor telah dikenalpasti iaitu Kaedah pengajaran dan pembelajaran, Rakan sebaya, Motivasi, Sikap dan Minat.Sebanyak 200 orang pelajar yang mengikuti program ini telah disasarkan sebagai responden. Dapatan kajian berasaskan model regresi berganda telah dianalisis melalui perisian Statistical Package of Social Science (SPSS). Hasilan kajian menunjukkan kesemua pembolehubah bebas mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam subjek ini. Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (β = 0.300) telah dikenalpasti sebagai penentu yang paling signifikan dalam mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar. Dapatan kajian ini turut mencerminkan interaksi dengan fenomena pembelajaran mampu meninggalkan kesan yang mendalam untuk perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Aspirasi falsafah pengurusan perniagaan dapat direalisasikan melalui pedagogi pengajaran yang berkesan. Disarankan anjakan paradigm dalam amalan pengajaran dan pembelajaran menjuruskan ke arah strategi Professional Learning Communities ( PLC) dipertingkatkan. Kata Kunci: Subjek Pengurusan Perniagaan, Pencapaian Akademik, Pelajar-Pelajar Jurusan Perakaunan, Pengajaran dan Pembelajaran.

4.

“FROM CLUNK TO CLICK: COLLABORATIVE STRATEGIC READING (CSR)” THE EFFECTS OF CSR INSTRUCTIONS IN IMPROVING STUDENTS’ READING COMPREHENSION SKILLS IN PENANG MATRICULATION COLLEGE

Nor Azlan Bin Abdul Ghani Abstract

The purposes of this study are to investigate the impact of Collaborative Strategic Reading (CSR) on Penang Matriculation College students’ reading comprehension and examine their perspectives of the CSR intervention. The study adopted a mix-method approach that relied on statistical procedures such as descriptive, inferential (t-test) and effect size statistics as well as qualitative approach to interpret participants’ responses. The design of the study was quasi-experimental in nature which involved a pre-test, a post-test and treatment on51 students from two intact physical science classes who had low-intermediate to intermediate level of English using convenience sampling. The experimental group was exposed to a-eight-hour treatment using collaborative strategic reading method while the control group was taught using the traditional method through teacher-centered lesson with three types of data; including a standardized reading measure pre-test and post-test, the participants’ responses to a questionnaire survey and semi-structured interview. Independent sample t-test was used to compare mean from both group. The statistical results did confirm CSR to be more effective than the traditional teacher-led reading approach which focuses on vocabulary and grammar teaching in improving the students’ reading comprehension scores. The findings also indicated that CSR had a positive effect on the learners’ reading comprehension particularly in relation to the comprehension questions on getting the main idea and finding the supporting details. On the whole, the participants had a positive attitude towards CSR. They acknowledged the beneficial impact of CSR on their English learning and the feasibility of CSR in the matriculation college setting. However, problems and dilemmas were also identified. Some pedagogical implications for English instruction were also provided and suggestions for future research to further validate the impact and effectiveness of CSR are proposed at the end of this study.

Page 3: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

5

TAHAP PENGETAHUAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Azman Mohd Noh, Asiahwati Awi, Siti Noor Daud @ Othman

ABSTRAK Kajian dengan pendekatan kuantitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan tentang alam sekitar dalam kalangan pensyarah sains dan pensyarah bukan sains di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan perbezaan dalam tahap pengetahuan tentang alam sekitar antara pensyarah sains dan pensyarah bukan sains di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pensyarah yang terdiri daripada dua kumpulan di mana seramai 75 orang pensyarah subjek Biologi dan Kimia dikategorikan sebagai Kumpulan Sains dan seramai 75 orang pensyarah yang mengajar subjek selain Biologi dan Kimia dikategorikan sebagai Kumpulan Bukan Sains. Sampel kajian diberi ujian tahap pengetahuan tentang alam sekitar. Markah ujian yang diperoleh dikategorikan kepada empat tahap iaitu lemah, sederhana, baik dan sangat baik. Analisis deskriptif menunjukkan kumpulan bukan sains menunjukkan peratusan tertinggi dalam tahap sederhana, manakala kumpulan sains menunjukkan peratusan tertinggi dalam tahap sangat baik. Hasil Ujian-t tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tahap pengetahuan tentang alam sekitar antara kumpulan sains dengan kumpulan bukan sains. Dengan ini, hipotesis nol dalam kajian ini ditolak. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, institusi pendidikan dan para pendidik agar tindakan sepatutnya dapat dilaksanakan. Kata kunci: tahap, pengetahuan alam sekitar, pensyarah, sains, bukan sains.

6

READING HABITS AND ATTITUDES OF KMPP STUDENTS Zaiton bt. Yusof, Mohammad Shafiq Syazwan bin Mohd Ashri, Muniroh bt. Samsudin, Idayu bt. Ahmad

ABSTRACT This study was conducted as an attempt to investigate the reading habits and attitudes of KMPP students. The sample chosen was 275 respondents, elected by means of random sampling. A survey questionnaire adapted from Pandian’s (1997) Reading Habit questionnaire and Smith’s (1991) Adult Survey of Reading Attitude (ASRA) was used for this study. The questionnaires were distributed to 275 KMPP students. Data was analysed by using SPSS Version 21 and interpreted using descriptive quantitative design. Results of the study revealed that the majority of KMPP students spent only 3 hours and less per week on reading. However, they read from the websites everyday. As for the reading attitudes, the result indicated that KMPP students had positive attitudes towards reading. Keywords: reading habits, reading attitudes, pre-university students, reading materials, time spent

Page 4: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

7 Tahap Numerasi Pelajar Kemasukan ke Program Satu Tahun. Asiahwati Awi

Abstrak Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap numerasi bagi pelajar Program Satu Tahun (PST) dalam bidang Nombor, mengikut modul pembelajaran dan jantina pelajar.Seramai1354 pelajar PST dikategorikan sebagai pelajar lepasan menengah terlibat dalam kajian ini. Merekatelah diberikan satu ujian numerasi mengandungi 36 item yang terdiri daripada topik Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan dalam bidang Nombor dengan agihan 9 item bagi setiap topik. Peratusanmarkah ujian numerasi ini dikategorikan kepada lima tahap numerasi. Ia bermula dengan tahap numerasi asas diikuti dengan tahap numerasi rendah, sederhana, baik dan tinggi. Analisis deskriptif menunjukkan pelajar modul 1 berada dalam tahap numerasi sederhana.Manakala, pelajar modul 2 dan 3 berada dalam tahap numerasi rendah.Dapatan mengikut jantina juga didapati selari dengan dapatan mengikut modul.Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar PST berada dalam tahap numerasi sederhana dalam bidang Nombor. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input kepada pihak bertanggungjawab agar tindakan sepatutnya dapat dilaksana. Katakunci: Numerasi, Matematik, Nombor, Modul pembelajaran, Jantina

8

READING HABITS OF STUDENTS IN ONE OF THE MATRICULATION COLLEGES Zaiton bt.Yusof

ABSTRACT This study was conducted as an attempt to find out the reading habits of students in one of the matriculation colleges. The sample chosen was 275 respondents, elected by means of random sampling. A survey questionnaire adapted from Pandian’s (1997) Reading Habit questionnaire was used for this study. Data was analysed by using SPSS Version 21 and interpreted using descriptive quantitative design. Results of the study revealed that reading is not a well developed habit where the majority of students spent only 3 hours and less per week on reading. However, they chose surfing the internet as their main activity during leisure time. Keywords: reading, reading habits, matriculation students, reading materials, time spent, positive attitudes.

9

CIRI-CIRI PENSYARAH BERKESAN PENSYARAH BIOLOGI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BERDASARKAN PERSPEKTIF PELAJAR Mushitah Binti Abu, Rohayu Binti Mat Said, Norsyuhaiza Binti Nordin dan Subashini A/P Selvaraju

ABSTRAK Kajian secara tinjauan menggunakan soalan berbentuk terbuka ini bertujuan untuk mengetahui ciri-ciri guru berkesan yang terdapat pada pensyarah Biologi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang mengajar mod kuliah dari perspektif pelajar. Sampel kajian diminta menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan yang ada pada pensyarah mereka selepas 18 minggu kuliah dilaksanakan. Ciri-ciri yang disenaraikan oleh sampel kajian telah dikelompokkan kepada tema-tema mengikut kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah-pensyarah Biologi yang berkesan berkongsi sembilan ciri yang juga telah dikenalpasti dalam kajian-kajian lain. Sungguhpun begitu susunan ciri-ciri ini unik kepada kajian ini. Kata Kunci: guru berkesan, pensyarah Biologi, mod kuliah, perspektif pelajar, 18 minggu kuliah.

Page 5: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

10 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SUBTOPIK PENGATURCARAAN DALAM KALANGAN PELAJAR MODUL II DAN MODUL III KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Faizah Ibrahim, Hafeza Mohamad

ABSTRAK Kajian yang dijalankan ini adalahberbentuk deskriptif yang bertujuan untuk melihat minat dan tahap pemahaman pelajar dalam asas pengaturcaraan. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 120 orang pelajar iaitu 40 orang pelajar lelaki dan 80 orang pelajar perempuan Modul II dan Modul III semester dua sesi 2014/2015 Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Instrumen soal selidik digunakan untuk menilai pengetahuan asas, minat dan pemahaman asas pengaturcaraan. Data yang telah diperolehi dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2010. Dapatan kajian menunjukkan peratus keseluruhan minat dan pemahaman pelajar terhadap asas pengaturcaraan masing-masing adalah 86.15% dan 66.48%. Kata Kunci: pengetahuan asas, minat, pemahaman asas, Modul II dan Modul II pelajar Program Matrikulasi.

11

THE EFFECT OF FLIPPED CLASSROOM ON STUDENTS’ ACADEMIC PERFORMANCE AND ENGAGEMENT Suwarna Rani Subramaniam

ABSTRACT This study investigated the effect of Flipped Classroom on Computer Science students’ academic performance and engagement in Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Computer Science students usually perform poorly in Quiz 2 on the topic of Information System. With the increase in the usage of smart phones among students in higher learning institutions, cheaper prices of smart phones, mobile data plan and ready availability of instructional videos on the internet, the Flipped Classroom approach seems to be a perfect practice to be implemented. Quantitative method and quasi experimental design was used in this research. Students were divided into two groups, namely a control group (Didactic Classroom) consisting of 41 students and an experimental group (Flipped Classroom) consisting of 43 students. These samples were chosen using purposive sampling. Both group’s homogeneity were ensured by giving pre-test to the students before the intervention process. Experimental group students were required to watch a micro-lecture prior to coming to class and were involved in engaging activities in the classroom. After the intervention, both groups were measured in terms of their academic achievement using post-test and engagement level in class using a questionnaire which consisted of four engagement constructs namely Behavioral, Agentic, Cognitive and Emotional engagement constructs. From the questionnaire, it was clear that the students in the experimental group were highly engaged. There were differences in academic achievement between the Flipped Classroom students and Didactic Classroom students and the effect size was 64%. Keywords: Flipped Classroom, academic performance, engagement, Behavioral, Agentic, Cognitive, Emotional, Computer Science, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Page 6: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

12

Mengatasi Masalah Mengantuk Pelajar dan Menghasilkan Pelajar Autonomi melalui Pembelajaran Berasaskan Autonomi Pelajar: Satu Kajian Tindakan Teh Kai Li, Rohani Yahaya, Norjalilah Supardy, Hartini Saidin

ABSTRAK Tujuan kajian tindakan saya adalah untuk mengatasi masalah mengantuk pelajar pada waktu petang dan menghasilkan pelajar autonomi melalui pembelajaran berasaskan autonomi pelajar (PBAP) dalam kelas tutorial kimia. Kajian ini dijalankan dalam kelas tutorial kimia yang terdiri daripada sepuluh orang pelajar Program Satu Tahun. Pelajar diberi kebebasan untuk menentukan kemajuan pembelajaran diri dan mengamalkan cara pembelajaran mereka masing-masing dalam kelas tutorial kimia selama dua jam. Kajian tindakan ini mengandungi tiga gelung. Saya telah memerhati tingkah laku pelajar dalam PBAP sepanjang semester dan juga mengutip maklum balas pelajar melalui borang soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup dan soalan terbuka pada akhir semester. Sepanjang masa PBAP dijalankan, saya mendapati pelajar kurang mengantuk dan pelajar dapat menunjukkan sikap autonomi dalam pembelajaran di kelas tutorial kimia. Daripada maklum balas pelajar melalui soal selidik yang diberikan, pelajar didapati ingin meneruskan PBAP dalam kelas tutorial pada semester depan dan juga berhasrat menjadi pelajar yang berdikari. Kata kunci: mengantuk, autonomi, pembelajaran berasaskan autonomi pelajar, tutorial kimia, berdikari.

13

KAEDAH‘AKRONIM’ : SATU TEKNIK MENGINGAT RUMUS NISBAH KEWANGAN DALAM SUBJEK PENGURUSAN PERNIAGAAN NATIFAH BT ABU KHAIRI

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kesukaran mengingat rumus nisbah kewangan yang dihadapi oleh pelajar jurusan perakaunan dalam topik Maklumat dan Analisis Kewangan. Seramai 13 orang pelajar tutoran A3P5A, Kolej Matrikulasi Pulauterlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan temubual. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat mengingat rumus nisbah kewangan tanpa merujuk kepada nota kuliah. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan daya ingatan melalui kaedah Akronim. Pelajar telah didedahkan kepada teknik ini selama dua waktu pengajaran dan kajian ini telah dijalankan selama 5 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar. Hasil temubual menunjukkan respon yang positif dan pelajar merasa seronok dengan kaedah yang diperkenalkan. Kata Kunci: mengingat, rumus, Nisbah Kewangan, kaedah Akronim, peningkatan pencapaian.

Page 7: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

14

PENGHASILAN NOTA MENGGUNAKAN KAEDAH L.O NOTESDALAM MEMBANTU PEMBELAJARAN SUBJEK FIZIK Amir Bin Mohamad

ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dengan teknik penulisan nota menggunakan kaedah L.O Notes. Keberkesanan kaedah ini dalam membantu pemahaman dan pembelajaran pelajar terhadap subjek Fizik dilihat selepas selesai sesi intervensi. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar jurusan Sains bagi Program Dua Tahun. Kaedah pemerhatian tingkah laku, analisis skor kuiz dan ujian serta temubual dilaksanakan dalam mengumpul data yang diperlukan. Hasil maklumbalas daripada pelajar, kaedah ini mampu membantu mereka dalam pembelajaran Fizik. Impak positif juga dapat dilihat berdasarkan analisis skor markah kuiz dan ujian. Kaedah L.O Notes ini dapat digunakan sebagai kaedah alternatif yang dapat dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam membantu pelajar terhadap pembelajaran Fizik. Ianya juga dicadang untuk diperluaskan penggunaan dalam kalangan pensyarah terhadap pelajar masing-masing. Kata Kunci : teknik penulisan nota, kaedah L.O Notes, subjek Fizik, pelajar jurusan Sains, pembelajaran Fizik

15

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DI DALAM TUTORAN BAGI TOPIK PENGATURCARAAN SUBJEK SAINS KOMPUTER Abdul Harith bin Hasan, Shelyzatul Suhaila binti Kamarudin, Eza Shafinaz binti Mohamed Zaharin, Nur Qurratulain Tan binti Abdullah.

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda di dalam tutoran bagi topik pengaturcaraan untuk subjek Sains Komputer.Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan persepsi pelajar terhadap kebergunaan dan minat pelajar terhadap penggunaan peta minda dalam sesi PdP semasa tutoran. Sampel kajian terdiri dari 101 orang pelajar yang terbahagi kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang mengambil subjek Sains Komputer daripada jumlah pelajar yang keseluruhannya seramai 973 orang dari Program Satu Tahun Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati penggunaan peta minda adalah lebih berkesan daripada kaedah perbincangan tutorial.Pelajar juga berpendapat bahawa peta minda berguna dan menarik minat mereka terhadap terhadap subjek Sains Komputer. Kata Kunci: Peta Minda, Pengaturcaraan, Sains Komputer, Program Satu Tahun, Tutorial.

16 TABIAT MINDA SAINTIFIK DALAM KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI Rahimah Yahya, Mazni Azizan, Tamilarasi Rajaram, Siti Aliza Shaik Ali

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau Tabiat Minda Saintifik dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan matrikulasi. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 260 orang pelajar dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Analisis data melibatkan analisis statistik deskriptif and analisis inferensi iaitu ujian –t sampel bebas. Dapatan kajian ini mendapati Tabiat minda Saintifik dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan matrikulasi adalah berbeza. Apabila analisis dilakukan secara mendalam menerusi

Page 8: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

komponen-komponen Tabiat Minda Saintifik iaitu i) rasa ingin tahu terhadap sains, ii) penggunaan kaedah yang bersistematik dalam pembelajaran sains dan iii) penglibatan unsur komunikasi dalam pembelajaran sains serta iv) amalan pelajar sebagai pelajar sains, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan pada komponen pertama i)rasa ingin tahu terhadap sains dan komponen kedua ii)penggunaan kaedah yang bersistematik dalam pembelajaran sains. Implikasi kajian ini mencadangkan jurang pembelajaran sains antara pelajar lelaki dan perempuan dapat dikurangkan sekiranya penumpuan diberikan terhadap perkembangaan Tabiat Minda Saintifik dalam kalangan pelajar seperti PdP yang berorentasikan penumpuan terhadap aspek tersebut. Kata Kunci: Tabiat Minda Saintifik, rasa ingin tahu terhadap sains, penggunaan kaedah bersistematik dalam pembelajaran sains, penglibatan unsur komunikasi, amalan pelajar sebagai pelajar sains, pelajar matrikulasi

17 THE EFFECT OF USING CONVERSATIONAL PHRASES TO IMPROVE SPEAKING AMONG STUDENTS IN PENANG MATRICULATION COLLEGE AzlinaArshad , Usha Rani a/p R. Marimuthu, Norhayati Mustafa, Nor Wahidah Abdul Majid

ABSTRACT This study was conducted to examine the effect of using the conversational phrasesto improve speaking skillsamong students in the Penang Matriculation College (PMC).The study intends to help students to have a better insight on what they are expected to do toimprove their speaking skills. This study involves 19 one-year programmeMatriculation students from Penang Matriculation College. The target group were given aset of Conversational Phrases to help them in their speaking task. These Conversational Phrases were introduced in the fourth lesson in the second week after their first MUET speaking practice. The frequency of the usage of the conversational phrases was recorded for the pre and the post speaking practice. The effect of using this approach by thetarget group during their speaking performance revealed the result favouring the use of conversational phrases. The outcome suggests that conversational phrases should be emphasized by MUET educators to prepare the students for MUET speaking component. Key Word:conversational pharases table

18 IMPROVING UNDERSTANDING AND REDUCING MATRICULATION BIOLOGY STUDENTS’ MISCONCEPTIONS ON MUSCLE CONTRACTION MECHANISM USING FLIPPED CLASSROOM APPROACH Laili Syahidah Mohamed Asin, Aniza Abu Bakar, Ifrizamunirah Ibrim@Ibrahim

ABSTRACT The purpose of this study was to investigate the effects of flipped-classroom in improving understanding and reducing misconceptions on ‘‘muscle contraction” among matriculation Biology students. For these purpose 52 Biology students from one matriculation college participated in the study. Biology is a compulsory subject for this group of students and “Muscle Contraction” is one of the important subtopics from the topic “Coordination” included in the Biology syllabus. At the time of the research the lessons on muscle contraction were taught using flipped-classroom approach. Using a one group pre-test post-test design, the two-tiers multiple choice questions questionnaires, was administered before and after the treatment. After the treatment, the general achievement in the test increased. An analysis of the achievement test has suggested that students have misconceptions in muscle contraction. The results of the pre-test and post-test showed that the flipped-classroom is an effective approach to improve understanding and reducing misconceptions in muscle contraction. Keywords: Flipped-classroom, Muscle Contraction, Misconceptions and Understanding

Page 9: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

19 MOTIVATED BY THE NUMBERS: THE EFFECT OF TECHNOLOGY-ASSISTED EXTENSIVE READING (TER) AMONG PENANG MATRICULATION COLLEGE STUDENTS Mohammad Shafiq Syazwan Bin MohdAshri, Nor Azlan Bin Abdul Ghani

ABSTRACT The purposes of this study are to investigate the impact of Technology-Assisted Extensive Reading (TER) on Matriculation College students’ reading comprehension and examine their perspectives of the TER intervention. The study adopted a mix-method approach that relied on statistical procedures such as descriptive, inferential (t-test) and effect size statistics as well as qualitative approach to interpret participants’ responses. The design of the study was quasi-experimental in nature which involved a pre-test, a post-test and treatment on 88 students from four intact science classes who had low-intermediate to intermediate level of English using convenience sampling; two were assigned as experimental group, and the other two as control group. In the experimental group, participants were introduced to a self-selected independent reading programme, with each participant choosing reading materials based on his or her own preferences. Participants were asked to keep a log of the number of words read and the genre of text read using the Whatsapp mobile application. Participants were expected to update the number of words and the genre (Fiction or Non Fiction) at an ongoing basis every time they finish reading. This self-reporting amount of words read can be viewed by all participants in the experimental group throughout the 10-week. No TER intervention was carried out in the control group. For proposing the effect of TER, the study adopted pre- and post-tests designed to measure learners’ reading comprehension as well as semi-structured interview to determine students’ perceptions regarding TER. Independent sample t-test was used to compare mean from both group. The statistical results did confirm TER to be more effective in improving the students’ reading comprehension scores. There was clear indication in increase of reading comprehension scores as well as the participants had a positive attitude towards TER. They acknowledged the beneficial impact of TER on their English learning and the feasibility of TER in the matriculation college setting. However, problems and dilemmas were also identified. Some implications for English instruction were also provided and suggestions for future research to further validate the impact and effectiveness of TER are proposed at the end of this study. Keywords: Technology-assisted Extensive Reading (TER), Reading Comprehension

20

PEDAGOGI PENINGKATAN KUALITI INTELEKTUAL (PPKI) PELAJAR: KAJIAN DALAM KALANGAN PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG Nor Asniza Ishak, Puteri Balqis Mohd Ishli, Nor Zaity Bakri

ABSTRAK Kertas kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pedagogi peningkatan kualiti intelektual (PPKI) pelajar dalam kalangan pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) berdasarkan tiga dimensi pedagogi iaitu perancangan pengajaran, strategi pengajaran, dan penilaian pengajaran. Pendekatan kajian melalui kaedah kuantitatif melibatkan 153 orang pensyarah KMPP sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan dimensi pedagogi yang paling ditekankan oleh pensyarah adalah dimensi strategi pengajaran. Analisis ujian-t tidak bersandar mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi jantina pensyarah bagi setiap dimensi amalan pedagogi pensyarah dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar dan ujian ANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi amalan pedagogi pensyarah dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar berdasarkan pengalaman mengajar di matrikulasi. Namun, dapatan kajian menerusi ujian ANOVA satu hala mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi jabatan iaitu antara jabatan sains dan jabatan

Page 10: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

sastera ikhtisas. Pensyarah KMPP turut mengamalkan pedagogi bagi meningkatkan kualiti intelektual pelajar dengan memberi penekanan kepada dimensi strategi pengajaran di dalam bilik darjah melalui pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran. PPKI yang diamalkan diharapkan dapat meingkatkan penghasilan modal insan yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan melalui kualiti intelektual dengan berlandaskan tindakan yang rasional, kesedaran sivik yang tinggi serta berperanan unggul kepada negara, masyarakat dan agama. Kata Kunci: Amalan Pedagogi, Kualiti Intelektual, Pedagogi Produktif, Pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

21

Modeling Environmental Literacy of Malaysia Pre-University Students Sheila a/p Shamuganathan, Gilbeth Andrew John

Abtstract In this paper the authors attempted to derive a model that describes the environmental literacy of Malaysian students. The Environmental Literacy Model is explained using environmental attitude, belief, conservation knowledge and environmentally significant behaviour grounding on the Theory of Planned Behaviour (TPB). For this purpose data has been collected from 236 ( 98 male and 138 females) matriculation students using environmental literacy survey. Data was analysed using Structural Equation Modelling technique which relates attitude, belief and conservation knowledge to responsible environmental behaviour. Results showed that the structural model was reliable and in agreement to identify the influence of belief, knowledge and attitude on environmental responsible behaviour. These findings imply that individual who possess certain desirable belief towards conservation have more tendencies to engage in responsible environmental behaviour and the results obtained in this research further suggest and gives a direction on how Environment Literacy can be improved in higher education. Keywords: Structural Equation Modelling, Environmental Literacy Model, Theory of Planned Behaviour.

22 Perlaksanaan Program Peer Assisted Learning (PAL) bagi Subjek Biologi Terhadap Pelajar PST Modul I dan Modul III di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Mohamad Afiq b. Md Amin, Norhayati bt. Othman, Nurhazwani bt. Mohd Shukri, Walad b. Salleh

ABSTRAK Program Peer Assisted Learning (PAL) merupakan program sokongan akademik di mana seorang pelajar akan membantu pelajar lain untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Kajian ini bertujuan meninjau penilaian kendiri pelajar serta mengenalpasti perbezaan yang wujud di antara pelajar Modul I dan Modul III terhadap pelaksanaan Program PAL bagi subjek Biologi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Satu kajian deskriptif yang melibatkan tinjauan secara soal selidik digunakan terhadap sampel 31 orang pelajar Program Satu Tahun (PST) Modul I dan 31 orang pelajar PST Modul III sesi 2015/2016. Empat konstruk yang ditinjau ialah keberkesanan Program PAL terhadap subjek Biologi, keberkesanan Program PAL terhadap kemahiran belajar, integrasi sosial dan kepuasan keseluruhan Program PAL. Berdasarkan kajian, skor min pelajar Modul III adalah lebih tinggi bagi keempat-empat konstruk. Namun perbezaan yang signifikan hanya didapati bagi konstruk integrasi sosial dan konstruk kepuasan keseluruhan program. Secara keseluruhan, pelajar yang menyertai program PAL ini berpuas hati dengan pelaksanaannya. Kata kunci: Peer Assisted Learning, PAL, Biologi, Matrikulasi, Program Satu Tahun

Page 11: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

23 Pencapaian Numerasi bagi pelajar Program Dua Tahun Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Asiahwati bt. Awi, Jamaliah bt. Bakar, Siti Eishah bt. Ishak

Abstrak Kajian dengan pendekatan kuantitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti pencapaian numerasi pelajar bagi Pelajar Dua Tahun (PDT) dalam bidang Nombor, mengikut modul pembelajaran dan jantina pelajar. Seramai 226 orang pelajar PDT1 dan 147 orang pelajar PDT3 dikategorikan sebagai pelajar lepasan menengah terlibat dalam kajian. Pelajar yang terlibat diberikan satu ujian numerasi mengandungi 36 item yang terdiri daripada topik Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan dalam bidang Nombor dengan agihan 9 item bagi setiap topik. Peratusan min markah mengikut modul pembelajaran dan jantina dikategorikan kepada lima tahap numerasi. Ia bermula dengan tahap numerasi asas iaitu numerasi peringkat paling bawah diikuti dengan tahap numerasi rendah, numerasi sederhana, numerasi baik dan numerasi tinggi yang merupakan tahap numerasi yang paling tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar PDT1 berada dalam tahap numerasi asas mengikut modul dan juga jantina. Dapatan kajian bagi pelajar PDT3 pula menunjukkan min markah mengikut modul berada dalam tahap numerasi rendah. Hanya pelajar lelaki PDT3 berada dalam tahap numerasi sederhana. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input kepada pihak bertanggungjawab agar tindakan sepatutnya dapat dilaksana. Katakunci: Numerasi, Matematik, Nombor, Modul pembelajaran, Jantina.

24 Meningkatkan Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar dalam “Analysis Sentences: Report Writing” Lam See Wei, Lim Joo Sim

Abstrak Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia yang telah diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus pada awal pendidikan pra sekolah. Dalam menulis “Analysis Sentences: Report Writing”, pelajar turut mengalami masalah dan cabaran besar dengan menuliskan ayat analisis yang betul. Situasi ini menggambarkan bahawa pelajar lemah dalam menguasai Bahasa Inggeris dan seterusnya menjejaskan pemikiran pelajar mentaksir gambar rajah yang diberikan mengikut kehendak soalan dalam “Report Writing”. Walau bagaimanapun, pendedahan kaedah baru telah berubah keadaannya daripada membimbangkan (teruk) kepada baik. Dapatan kajian menunjukkan peningkatkan yang positif. Walaupun begitu, ini cuma langkah awal sahaja dalam membantu pelajar agar mereka mampu menulis ayat analisis dalam “Report Writing” pada masa yang akan datang.

25 Tindakan dan Persepsi Pelajar Apabila Tiada Nota Edaran Diberikan Semasa Kuliah Teh kai Li, Rohani bt. Yahaya, Norjalilah bt. Supardy, Husnarisyam bt. Abu Hassan

Abstrak Dalam abad ke-21, penyediaan pelajar ke arah pembelajaran kendiri adalah penting untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, saya menjalankan satu kajian tinjaun dalam kalangan 76 orang pelajar kuliah dengan tiada edaran nota kuliah diberikan sepanjang semester satu sesi 2015/2016. Pada akhir semester, tindakan dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran kendiri apabila tiada nota kuliah dibekalkan telah dikaji. Selain itu, jenis bahan rujukan yang digunakan oleh pelajar turut dilaporkan dalam kajian ini. Dapatan kajian

Page 12: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai lebih daripada satu bahan rujukan dan buku rujukan merupakan pilihan utama pelajar. Pelajar juga berpendapat ketiadaan edaran nota kuliah tidak mempengaruhi pembelajaran kendiri mereka. Walaupun pelajar tidak menyukai cara ini (tiada edaran nota kuliah) namun ianya telah mendorong mereka ke arah pembelajaran kendiri. Cadangan penambahbaikan untuk gelung kedua dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelajar.

26 Employing Flipped Classroom: An Instruction Embedded With Multiple Mode Representations to Teach Elimination Reaction Mechanism Sheila Shamuganathan

Abstrak Various instructional strategies were employed to teach organic chemistry at the undergraduate level. The challengers of effectively teaching this course comes from large amount of content that need to be served in a shorter period. To cut short students were asked to memorize the content of organic chemistry without understanding the concepts behind each reaction. Flipped classroom in an approach that employs asynchronous video lectures, reading assignments practice problems, and other digital, technology based resources outside the classroom, and interactive, grouped based, problem solving activities in the classroom. In the context when the curriculum content is overcrowded, Flipped classroom serves as an alternative. As such the purpose of the study is measure the effect of flipped classroom embedded with various mode of representational in understanding elimination reaction mechanism in alcohol. A quasi experimental design was used in this study involving 71 students from two intact classes which have were randomly classified as experimental (N=71) and control (N=71) groups. The usage of multiple modes of representation was measured quantitatively using five open-ended questions periodically. Understanding of the elimination mechanism of alcohol were identified by the average score of the five questions using one way analysis of co-variance (ANCOVA).The outcome of the result demonstrated that students post-test scores are significantly different (F1,139)= 16.84,p= .00) after controlling the pre-test scores. The results suggested that using flipped classroom enhances the uses of multiple-modes of representation and improves the understanding of elimination mechanism in dehydration of alcohol. This study implies that chemistry educators could encourage students to use multiple-modes in addressing the difficulties in learning difficult concepts in organic chemistry. Flipped classroom would be one of the feasible way. Keywords; flipped classroom, multiple mode representation, organic chemistry

27 The Effects of Flipped Classrooms on Students’ Academic Performance and Engangement Suwarna Rani Subramaniam

Abstrak This study intended to investigate the effect and relationship of Flipped Classroom on Computer Science students’ academic performance in Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Computer Science students usually perform poorly in Quiz 2 which is based on the topic of Information System. Students fail to answer questions which need them to apply Information System concepts into the real world situation. Hence, the Flipped Classroom approach is explored to solve the problem. With the increase in the usage of smart phones among students in higher learning institutions, cheaper prices of smart phones, mobile data plan and ready availability of instructional videos on the internet, the Flipped Classroom approach seems to be a perfect practice to be implemented. Therefore this research made use of the Flipped Classroom approach to gauge its efficacy on college students. Quantitative method and quasi

Page 13: Kertas Kajian Tahun 2015, 2016, 2017 KMPP

experimental design was used in this research. Students were divided into two groups, namely a control group (Didactic Classroom) consisting of 41 students and an experimental group (Flipped Classroom) consisting of 43 students. These samples were chosen using purposive sampling. Both group’s homogeneity were ensured by giving pre-test to the students before the intervention process. Students in the experimental group were required to watch a micro-lecture prior to coming to class and were involved in engaging activities in the classroom. After the intervention, both groups were measured in terms of their academic achievement using post-test and engagement level in class using a questionnaire which consisted of four engagement constructs namely Behavioral, Agentic, Cognitive and Emotional engagement constructs. From the questionnaire, it was clear that the students in the experimental group (Flipped Classroom) were highly engaged. There were differences in academic achievement between the Flipped Classroom students and Didactic Classroom students and the effect size was 64%. However the relationship between the Flipped Classroom students’ academic performance and engagement in the class showed only a very low positive correlation and not much different from the Didactic Classroom students. A follow-up interview on a few students who were treated with Flipped Classroom show that such situation is caused by the uniqueness of Kolej Matrikulasi Pulau Pinang students which is also discussed in the findings of this study. This unique situation opens up new dimension as to be explored by other researchers in this field to investigate in depth the practicality of Flipped Classroom in Malaysian context and ways to implement it. Keywords: Flipped Classroom, academic performance, engagement, Behavioral, Agentic, Cognitive, Emotional, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.