kertas cadangan projek inovasi -internship-hamaran.doc

11
PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI] KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI 1.1 Tajuk Projek inovasi yang telah dipilih ialah bertajuk penggunaan ‘Perimbor’ membantu meningkatkan kemahiran Mengenal nombor awal matematik 1 hingga 7 dalam kalangan murid autism. ‘Perimbor’ ialah hasil inovasi dalam cara permainannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan bersama guru pembimbing, guru penolong kanan Pendidikan Khas Integrasi dan guru-guru Pendidikan Khas Integrasi SK Morib. 1.2 Pengenalan Nombor merupakan konsep asas dalam pembelajaran matematik. Aktiviti belajar melalui bermain merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk murid- murid berkeperluan khas. Permainan matematik ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor awal 1 hingga 7 dalam kalangan murid berkeperluan khas. Justeru itu, permainan ini direka dan digunakan untuk menguji keupayaan mengenal dan menulis nombor awal matematik 1 hingga 7 murid ini. Sekiranya mereka seronok dan teruja menggunakan permainan tersebut, mereka akan HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 1

Upload: marankrapu

Post on 10-Dec-2015

1.119 views

Category:

Documents


47 download

DESCRIPTION

projek Inovasi 'Perimbor'

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI

1.1 Tajuk

Projek inovasi yang telah dipilih ialah bertajuk penggunaan ‘Perimbor’

membantu meningkatkan kemahiran Mengenal nombor awal matematik 1

hingga 7 dalam kalangan murid autism. ‘Perimbor’ ialah hasil inovasi dalam

cara permainannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang

melibatkan bersama guru pembimbing, guru penolong kanan Pendidikan

Khas Integrasi dan guru-guru Pendidikan Khas Integrasi SK Morib.

1.2 Pengenalan

Nombor merupakan konsep asas dalam pembelajaran matematik. 

Aktiviti belajar melalui bermain merupakan salah satu pendekatan yang

sesuai digunakan untuk murid-murid berkeperluan khas. Permainan

matematik ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan

menulis nombor awal 1 hingga 7 dalam kalangan murid berkeperluan khas.

Justeru itu, permainan ini direka dan digunakan untuk menguji keupayaan

mengenal dan menulis nombor awal matematik 1 hingga 7 murid ini.

Sekiranya mereka seronok dan teruja menggunakan permainan tersebut,

mereka akan dapat mengenal dan menulis nombor awal matematik 1 hingga

7.

Bahan bantu mengajar yang akan dihasilkan ialah satu alat permainan

yang menggunakan bahan terpakai dan kos yang murah. Bahan ini

dinamakan ‘Perimbor’ iaitu singkatan dari perkataan ‘Permainan rim nombor’.

Bahan ini dibuat menggunakan rim basikal terpakai dan alat pemegangnya

serta tapak penahan. Petak nombor 1 hingga 7 yang akan dilekatkan di

sekeliling. Rim nombor ini boleh berpusing dan berhenti pada penunjuk

nombor.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 1

Page 2: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

Dalam permainan ini terdapat tiga langkah dan aktiviti yang perlu

dilakukan oleh murid-murid. Langkah pertama murid-murid diberikan bentuk-

bentuk nombor 1 hingga 7 dan ‘whiteboard magnetic’. Seorang murid diminta

memusing rim nombor hingga berhenti pada penunjuk nombor. Murid-murid

diminta menyebut nombor yang telah berhenti pada penunjuk. Murid-murid

akan padankan nombor pada rim tersebut dengan objek nombor yang sama.

Seterusnya, subjek menyusun objek nombor yang diberi di ‘whiteboard

magnetic’ mengikut urutan yang betul.

Dengan bimbingan guru, aktiviti ini akan diulang beberapa kali

sehingga objek nombor yang diberi kepada subjek selesai dipadankan

dengan ‘Perimbor’. Selain itu murid juga akan memadankan nombor yang

ditunjukkan pada rim dengan kad nombor yang digantung di dinding. Aktiviti

selanjutnya ialah membimbing murid menulis nombor 1 hingga 7. Diharap

agar inovasi dalam permainan ini dapat membantu proses pembelajaran dan

pengajaran (PdP) yang lebih menarik.

1.3 Objektif

1.3.1 Dapat meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor

1 hingga 7 untuk membantu murid-murid berkeperluan khas

menguasai kemahiran matematik.

1.3.2 Penggunaan ‘Perimbor’ dapat membantu untuk meningkatkan

kemahiran menulis nombor 1 hingga 7 murid-murid

berkeperluan khas.

1.3.3 Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama di antara

murid-murid berkeperluan khas

1.3.4 Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses PdP yang

membosankan.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 2

Page 3: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

1.4 Rasional projek

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses

pengajaran di dalam kelas. Justifikasinya, bermain adalah aktiviti yang sangat

penting kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak termasuk

kanak-kanak berkeperluan khas. Projek ini adalah satu projek yang dapat

menarik minat murid-murid berkeperluan khas terhadap permainan dan

seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu subjek. Guru dapat

membantu murid-murid berkeperluan khas ini untuk belajar melalui bermain

dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka. Projek ini juga

dapat mempelbagaikan teknik PdP yang boleh digunakan oleh guru-guru di

dalam kelas.

1.5 Skop dan limitasi projek

Skop projek ‘Perimbor’ ini adalah untuk kegunaan guru mengajar di

dalam kelas, meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor 1

hingga 7 dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Terdapat beberapa

perkara yang telah membataskan projek ‘Perimbor’ ini untuk

menyediakannya. Bagi menghasilkan ‘Perimbor’ ini, terdapat bahan yang

pelbagai, sama ada bahan terpakai seperti rim basikal yang tidak digunakan

dan bahan yang perlu dibeli. Rim basikal ini perlu diletakkan pada tapak yang

menggunakan besi kukuh dan ringan supaya boleh menahan rim basikal

semasa diputarkan.

Semasa penyediaan bahan-bahan ini, perlu difikirkan juga dari aspek

keselamatan dan kemudahan untuk dibawa ke mana-mana. Murid-murid

berkeperluan khas boleh menggunakan permainan ini dengan bimbingan

guru. Tanpa bimbingan guru, murid-murid mungkin hanya bermain-main

sahaja tanpa mendapat faedah. Ini disebabkan oleh perkembangan dan

pertumbuhan kanak-kanak berkeperluan khas ini tidak normal.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 3

Page 4: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

1.6 Kepentingan dan Impak projek

Melalui kaedah bimbingan dan menggunakan teknik belajar sambil

bermain, guru-guru dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan

menulis nombor awal 1 hingga 7 terhadap murid-murid berkeperluan khas.

Apabila murid-murid berkeperluan khas ini dapat belajar sambil bermain,

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Teknik permainan matematik yang sesuai dan menarik minat murid

berkeperluan khas perlu dibina. Guru seharusnya menggunakan pelbagai

kemahiran dan merancang suatu tindakan yang boleh membantu mengatasi

masalah murid dalam pemahaman matematik.

Pelajar-pelajar akan mudah tertarik kepada proses pembelajaran dan

pengajaran kerana proses untuk mengingat fakta melibatkan tiga deria iaitu

penglihatan, pendengaran dan perbuatan. Melalui manipulasi model konkrit,

murid-murid berkeperluan khas berpeluang melalui pengalaman matematik

yang akan membantu mereka memperoleh pemahaman konsep matematik

dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam matematik.

1.7 Anggaran kos projek

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 4

Page 5: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 5

Bil Jenis Bahan Kuantiti × Harga Jumlah Kos

1. Rim basikal saiz 14 1 -

2. Mounting board 1 keping X RM 3.50 RM 3.50

3. Embossed numbers 1 Set X 2.90 RM 2.90

4. Kertas A4 1 rim X RM 14.00 RM 14.00

5. Magnetic Whiteboard 1 X RM 9.00 RM 9.00

6. Double side tape 1 X RM 3.90 RM 3.90

7. Stylish Eva Foarm sticker 1 X RM 2.00 RM 2.00

8. Name Badge Holder 7 X RM 0.70 RM 4.90

9. Small Whiteboard 1 X RM 7.90 RM 7.90

10. Besi terpakai + Upah Kimpalan L/S RM 20.00 RM 20.00

11. Whiteboard Marker 2 X RM 1.90 RM 3.80

JUMLAH RM 71.90

Page 6: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

1.8 Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

1.8.1 Mengenal pasti masalah

Tinjauan masalah dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu

pemerhatian, temubual, dan analisis dokumen.

Jadual 1: Kaedah Yang Digunakan Dalam Tinjauan Masalah

Bil. Kaedah Cara Pelaksanaan Tujuan

1. Temu bual

Temu bual dijalankan

bersama dengan guru

yang mengajar murid

Untuk mengesan

kelemahan murid

secara terperinci dan

menghasilkan bahan

inovasi yang sesuai

2. Pemerhatian

Memerhatikan tingkah

laku murid semasa PdP

dijalankan

Untuk mendapatkan

maklumat berkaitan

dengan tingkahlaku

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 6

Page 7: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

murid secara terus

3. Analisis

dokumen

Meneliti hasil kerja murid

Untuk mengesahkan

kelemahan murid dan

mencari penyelesaian

Tinjauan awal dijalankan bagi membolehkan saya mengenal pasti

masalah dan menghasilkan bahan inovasi yang sesuai untuk mengatasi

masalah tersebut. Melalui kaedah tinjauan masalah ini, saya dapati murid-

murid berkeperluan khas dalam kelas 1 myvi gemar bermain basikal pada

masa lapang. Terdapat murid-murid autisme yang gemar bermain dengan

alat permainan yang ada di sekolah seperti puzzle yang berwarna cantik dan

bersaiz besar. (Hasil perbincangan dengan guru Pendidikan Khas)

Oleh hal yang demikian, maka saya telah memikirkan satu teknik

menggunakan projek inovasi menggunakan rim basikal dan nombor. Idea ini

saya kongsikan bersama guru-guru pendidikan khas di sekolah ini. Dengan

mengambilkira pandangan dan juga cadangan penambahbaikan yang

diberikan, projek inovasi yang diberi nama ‘perimbor’ akan dihasilkan.

1.8.2 Cara menggunakan projek inovasi

Langkah 1

i. Rim nombor dipusingkan ikut arah jam

ii. Apabila rim berhenti pada penunjuk nombor, murid akan

menyebut

nombor tersebut

iii. Murid memilih nombor magnet yang diberi dan memadankan

dengan nombor pada rim

iv. Murid menyusun nombor magnet pada ‘whiteboard magnetic’

mengikut urutan yang betul ( 1 – 7 )

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 7

Page 8: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

Langkah 2

i. Rim nombor dipusingkan ikut arah jam

ii. Apabila rim berhenti pada penunjuk nombor, murid akan

memilih kad nombor yang digantung

iii. Murid memakai nombor tersebut dan menulis pada papan tulis

iv. Murid menulis semula nombor mengikut urutan yang betul

1.9 Proses Perlaksanaan

Minggu 1 - Proses perbincangan dan lakaran.

Minggu 2 - Menyediakan bahan inovasi

Minggu 3 - Menggunakan bahan inovasi dalam sesi PdP

Minggu 4 - Guru lain menggunakan bahan inovasi dalam sesi PdP,

membuat penilaian keberkesanan projek yang dihasilkan.

Penilaian dilakukan dengan guru pembimbing dan

pentadbir sekolah.

2.0 Kesimpulan

Secara konklusinya, projek inovasi ‘perimbor’ yang dihasilkan ini

diharapkan dapat membantu meningkatkan kemahiran mengenal dan

menulis nombor awal matematik 1 hingga 7 dalam kalangan murid-murid

berkeperluan khas terutama murid autisme. Penghasilan projek ini mendapat

kerjasama daripada pentadbir dan juga guru-guru pendidikan khas di sekolah

ini. Melalui perbincangan dan idea-idea kreatif dikemukakan, usaha

menghasilkan bahan inovasi ini akan dapat diterjemahkan segera dalam

bentuk sebenar yang dirancang. Bantuan daripada semua pihak akan

menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk

melaksanakan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha

yang jitu daripada semua pihak.

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 8

Page 9: Kertas Cadangan Projek Inovasi -Internship-hamaran.doc

PROGRAM INTERNSHIP [KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI]

HAMARAN BIN MOHAMED ARIFF | PPG K2 2012 PENDIDIKAN KHAS 9