kertas cadangan internship zila skcg.docx

6
PROGRAM INTERNSHIP KERTAS KERJA PROJEK INOVASI DALAM PdP DUNIA SAINS TAHUN 3 MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MENGGUNAKAN ‘MAGIC BOARD’ 1.0 RASIONAL Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, yang baru, atau perihal mengadakan atau memulakan sesuatu yang baru. Menurut Ronger E. Miller (1971) menyatakan inovasi ialah idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Spencer( 1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Berdasarkan takrifan Pusat Rujukan Persuratan Melayu , inovasi adalah kata nama yang berasal dari perkataan Inggeris. Dalam erti kata lain inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk 1

Upload: dustin-cooper

Post on 04-Dec-2015

284 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP ZILA SKCG.docx

PROGRAM INTERNSHIP

KERTAS KERJA

PROJEK INOVASI DALAM PdP DUNIA SAINS TAHUN 3

MELALUI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN

MENGGUNAKAN ‘MAGIC BOARD’

1.0 RASIONAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan

seperti kaedah, sistem, adat, yang baru, atau perihal mengadakan atau memulakan

sesuatu yang baru. Menurut Ronger E. Miller (1971) menyatakan inovasi ialah idea,

amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Spencer( 1994) pula

menjelaskan inovasi ialah sesuatu dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama

oleh seseorang individu.

Berdasarkan takrifan Pusat Rujukan Persuratan Melayu , inovasi adalah kata

nama yang berasal dari perkataan Inggeris. Dalam erti kata lain inovasi adalah

kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik

samaada melalui pengubahsuaian dan penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan

idea- idea yang kreatif dan inovatif dalam mana- mana aspek kerja yang dapat

meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

1

Page 2: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP ZILA SKCG.docx

PROGRAM INTERNSHIP

Selain itu, Glosari teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea,

konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Rasional

penghasilan inovasi ialah bagi mengatasi masalah pemahaman murid terhadap topik sains

Fizikal iaitu tajuk magnet tahun 3. Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan pada murid

tentang tajuk ini antaranya ialah :

Murid tidak dapat mengenalpasti bahan magnet dan bahan bukan

magnet.

Tidak dapat mengelas bahan magnet dan bahan bukan manget

dengan betul

Oleh itu, penggunaan kaedah bahan bantu dalam pengajaran adalah dilihat

selari dengan domain perkembangan kognitif dan afektif bagi meningkatkan

penglibatan dan penguasaan murid dalam mempelajari mata pelajaran Dunia Sains.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam

mengenalpasti bahan magnet dan bahan bukan magnet dengan mudah dan menarik

minat melalui penggunaan Magic Board.

3.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains

melalui penggunaan bahan bantu mengajar.

ii. Meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran melalui penggunaan Magic Board.

iii. Menimbulkan keseronokan belajar dalam kalangan murid-murid.

iv. Meningkatkan pemahaman murid tentang bahan magnet dan bahan bukan magnet.

v. Membolehkan murid mengenalpasti dan mengelas bahan magnet dan bahan bukan

magnet dengan tepat.

4.0 SASARAN

Murid tahun 3

5.0 PRINSIP

Murid boleh mengelaskan bahan magnet dan bahan bukan magnet.

2

Page 3: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP ZILA SKCG.docx

PROGRAM INTERNSHIP

6.0 MASA

Waktu pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains Teknologi (DST).

7.0 BAHAN / SUMBER

8.0 PERBELANJAAN

Bilangan

Bahan yang

digunakan

kuantiti Anggaran

Harga

1 mounting board 1 keping RM 4.50

2 Kertas warna 1 keping RM 1.00

3 mentol 1 biji RM 1.50

4 Pemegang bateri 1 buah RM 2.00

5 Bateri saiz AA 2 buah RM 2.90

6 Wayar hitam dan merah 1 set RM 2.00

7 Kertas timah 1 keping RM 1.00

8 Plastik pembalut 1 gulung RM 3.00

9 Rod pengambung 1 batang RM 1.00

10 Tali 1 gulung RM 1.50

JUMLAH RM 20.40

3

Bilangan Bahan yang digunakan

1 keping mounting board

1 keping Kertas warna

1 biji mentol

1 buah Pemegang bateri

2 buah Bateri saiz AA

1 set Wayar hitam dan merah

1 keping Kertas timah

1 gulung Plastik pembalut

1 batang Rod pengambung

1 gulung Tali

Page 4: KERTAS CADANGAN INTERNSHIP ZILA SKCG.docx

PROGRAM INTERNSHIP

9.0 PENUTUP

Sebagai seorang pendidik yang sentiasa inginkan perubahan kepada corak

pengajaran dan pembelajaran cuba menyediakan suasana pengalaman yang

menarik dan berkesan kepada murid - muridnya. Inovasi dan kreativiti adalah satu

keperluan yang amat penting dalam era pendidikan masa kini. Meskipun pada waktu

ini pelbagai inovasi yang berbentuk interaktif mahupun perisian dengan berbantukan

teknologi maklumat, namun masalah dan kesulitan murid , guru mahupun sekolah

yang sukar mendapatkan ekses internet perlu diambil cakna.

Aktiviti hands- on seperti ini mampu memberikan keseronokkan dan

menimbulkan pembelajaran yang berkesan dan mampu menarik minat murid untuk

mengikuti pelajaran. Aplikasi yang membolehkan mereka terlibat untuk mencari

maklumat pastinya memberikan kesan amat positif terhadap peningkatan

kefahaman dan kemahiran murid.

Harapan saya, “Magic Board” ini dapat diaplikasi oleh murid atau guru – guru

yang lain untuk menyampaikan isi pelajaran. Semoga ia dapat meningkatkan

kemahiran murid mengenalpasti bahan magnet atau bukan magnet.

Disediakan oleh,

..............................................................

(NOR AZILAWATI BT ZABIDI )

GURU SAINS TAHAP 1

Disemak oleh,

.....................................................

(PN JAMALIAH BT PANDAK AHMAD)

GURU PEMBIMBING,

SK CHEGAR GALAH.

4