kertas cadangan kaunseling berfokus sekolah sk

9
PROGRAM BERFOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING SEPENUH MASA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR 1. LATAR BELAKANG Kajian terhadap kes buli dan ponteng yang telah dibuat oleh institusi pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin meningkat. Salah laku ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemerosotan prestasi akademik di samping salah laku negatif yang lain seperti ponteng, bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Tabiat buruk yang dilakukan oleh segelintir murid ini patut dibendung. Pelantikan jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lebih dari seorang di setiap sekolah diharap dapat membantu menangani masalah kemerosotan prestasi akademik dan disiplin ini secara profesional. 2. PERNYATAAN MASALAH Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh murid sentiasa berlaku. Pihak sekolah telah berusaha untuk mengubah tingkah laku yang negatif dengan berbagai-bagai pendekatan. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sememangnya telah diterima sebagai satu perkhidmatan yang penting di sekolah. Bagi membantu pihak sekolah menangani masalah ini secara professional, pengumpulan data dan maklumat diperlukan untuk membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan dan jumlah murid yang telah berubah dan tingkah laku negatifnya kepada tingkah laku positif serta prestasi akademik mereka meningkat. 3. MATLAMAT Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan mempunyai data bilangan murid yang telah berubah tingkah lakunya dan memperolehi kecemerlangan akademik hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah dan rendah. 4. OBJEKTIF 4.1 Membantu sekolah mengurangkan masalah salah laku disiplin di samping mempertingkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid. 4.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku disiplin dan sosial murid secara berfokus dan bermaklumat. 4.3 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam usaha membendung masalah disiplin murid.

Upload: naimhe

Post on 05-Dec-2014

464 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Kaunseling Berfokus sekolah SK

PROGRAM BERFOKUSPERKHIDMATAN BIMBINGAN KAUNSELING SEPENUH MASA

SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

1. LATAR BELAKANG

Kajian terhadap kes buli dan ponteng yang telah dibuat oleh institusi pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin meningkat. Salah laku ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemerosotan prestasi akademik di samping salah laku negatif yang lain seperti ponteng, bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Tabiat buruk yang dilakukan oleh segelintir murid ini patut dibendung. Pelantikan jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lebih dari seorang di setiap sekolah diharap dapat membantu menangani masalah kemerosotan prestasi akademik dan disiplin ini secara profesional.

2. PERNYATAAN MASALAH

Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh murid sentiasa berlaku. Pihak sekolah telah berusaha untuk mengubah tingkah laku yang negatif dengan berbagai-bagai pendekatan. Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sememangnya telah diterima sebagai satu perkhidmatan yang penting di sekolah. Bagi membantu pihak sekolah menangani masalah ini secara professional, pengumpulan data dan maklumat diperlukan untuk membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan dan jumlah murid yang telah berubah dan tingkah laku negatifnya kepada tingkah laku positif serta prestasi akademik mereka meningkat.

3. MATLAMAT

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan mempunyai data bilangan murid yang telah berubah tingkah lakunya dan memperolehi kecemerlangan akademik hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah dan rendah.

4. OBJEKTIF

4.1 Membantu sekolah mengurangkan masalah salah laku disiplin di samping mempertingkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid.

4.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dapat membantu menyelesaikan masalah salah laku disiplin dan sosial murid secara berfokus dan bermaklumat.

4.3 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam usaha membendung masalah disiplin murid.

4.4 Membugarkan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam menangani disiplin murid.

5. RASIONAL

Misi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa adalah untuk melahirkan insan yang seimbang serta dapat memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh.

6. FOKUS PELAN TINDAKAN

6.1 Mengesan semua kumpulan murid mengikut kategori yang disenaraikan melalui pemerhatian, laporan disiplin, SSDM, buku catatan, soal selidik,maklumat pembimbing rakan sebaya dan lain-lain.

6.2 Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini hendaklah disenaraikan mengikut 3 Bidang utama iaitu:

6.2.1 Bidang Akademik 6.2.2 Bidang Disiplin 6.2.3 Bidang PPDa.

Page 2: Kertas Cadangan Kaunseling Berfokus sekolah SK

6.3 Program ini memberi tumpuan kepada ke tiga-tiga bidang. Bidang Akademik wajib iaitu untuk meliputi kumpulan Cemerlang dan Galus. Kemudian pilih 3 kumpulan sasaran daripada 2 bidang yang berikutnya mengikut keperluan sekolah. Jumlah murid yang terpilih dalam setiap kumpulan minimum 10 orang dan maksimum 20 orang murid untuk setiap satu kumpulan sasaran.

Contoh : Ali bin Abdullah Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa dari SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Hulu Langat telah memilih:

1. Bidang Akademik (WAJIB)1.1 Kumpulan Cemerlang – 10 orang murid1.2 Kumpulan Galus - 20 orang murid

2. Bidang Disiplin (PILIHAN)2.1 Kumpulan Ponteng - 10 orang murid2.2 Kumpulan Buli - 10 orang murid

3. Bidang PPDa (PILIHAN)3.1 Kumpulan Merokok - 10 orang murid

4. Bidang Pembangunan Staf (PILIHAN)

6.4 Ambil maklumat peribadi murid yang tersenarai dan difailkan.6.5 Murid berkenaan hendaklah menjalani proses kaunseling individu dan

kelompok secara berterusan ( ada laporan dan catatan)6.6 Murid berkenaan dilibatkan sama dalam program khas B & K yang sesuai

(ada laporan dan catatan)6.7 Bincang / bentang laporan dan catatan kepada pengetua / Guru Bersar sebelum

1 hari bulan pada setiap bulan. 6.8 Hantar laporan kepada PPD pada setiap 5 hari bulan pada setiap 4 bulan

sekali.6.9 PPD hantar ke Unit HEM JPNS sebelum 10 hari bulan pada setiap 4 bulan

sekali.

7. SASARAN

7.1 BIDANG AKADEMIK

7.1.1 Kumpulan Cemerlang 7.1.2 Kumpulan Galus

* Borang Pengesanan A * Borang Rumusan A

7.2 BIDANG DISIPLIN

7.2.1 Kumpulan Ponteng 7.2.2 Kumpulan Buli 7.2.3 Kumpulan Mencuri 7.2.4 Kumpulan Bergaduh

* Borang Pengesanan B * Borang Rumusan B

7.3 BIDANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

7.3.1 Kumpulan Merokok 7.3.2 Kumpulan Dadah

* Borang Pengesanan C * Borang Rumusan C

Page 3: Kertas Cadangan Kaunseling Berfokus sekolah SK

8. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN8.1 Pengetua / Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan di sekolah.8.2 Pegawai Kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah8.3 Pegawai Kaunseling Jabatan Pelajaran NEGERI SELANGOR.

9. AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan

Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru Penyelia Petang

Setiausaha : Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

Naib Setiausaha : Ketua Unit Disiplin

Bendahari : Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

AHLI JAWATANKUASA:

1) Ketua Bidang Bahasa.

2) Ketua Bidang Vokasional & Teknik.

3) Ketua Bidang Sains & Matematik.

4) Ketua Bidang Sains Sosial.

Page 4: Kertas Cadangan Kaunseling Berfokus sekolah SK

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pengetua/ Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan

Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru Penyelia Petang

Setiausaha : Ketua Unit Bimbingan dan KaunselingSepenuh Masa

Naib Setiausaha : Ketua Unit Disiplin

Bendahari : Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

AHLI JAWATANKUASA KERJA:

1) Ketua Panitia Setiap Matapelajaran.

2) Ketua Penyelaras T 1.

3) Ketua Penyelaras T 2.

4) Ketua Penyelaras T 3.

5) Ketua Penyelaras T 4.

6) Ketua Penyelaras T 5.

7) Ketua Penyelaras T 6.

8) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

9) Guru Disiplin

Page 5: Kertas Cadangan Kaunseling Berfokus sekolah SK

PROSES KERJA PROGRAM BERFOKUS

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bil Proses KerjaPegawai Yang Meluluskan /

DirujukCatatan

1.Mengesan dn mengenalpasti murid berdasarkan maklumat.

1. Pengarah Pelajaran Selangor.

2. Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor.

3. KS SPPK

4. KU HEM SPPK

5. PPD

6. Pengetua

7. Guru Besar

2.Senarai murid mengikut BIDANG kemudian senarai mengikut kumpulan sasaran.

3.

Mengadakan sesi pertemuan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Kaunseling Berfokus.

4.Dapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat.

5. Hantar maklumat awal pelajar kepada PPD SPPK dan Unit HEM JPNS.

6.Menyediakan Modul Latihan Berstruktur dan Kaunseling Berfokus

7. Menjalankan ujian pra sebelum aktiviti.

8Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas.

9. Menjalan ujian post selepas aktiviti

10. Membuat analisis ujian pra/post.

11. Menyediakan pelaporan keberkesanan.

12.Berbincang / bentengkan laporan kepada pengetua.

13. Hantar laporan kepada PPD SPPK

14.Hantar Laporan kepada Unit HEM JPNS

15. Tindakan susulan.

Page 6: Kertas Cadangan Kaunseling Berfokus sekolah SK

CARTA ALIRAN KERJA

PROGRAM BERFOKUSPERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Berbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Guru Disiplin yang ada di sekolah.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana.

Mengesan pelajar berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber.

Kategorikan pelajar mengikut bidang dan kumpulan sasaran.

Kumpulkan pelajar dan berikan penerangan dan rasionalkan mereka.

Edarkan Borang Profail Pelajar.

Hantar maklumat awal ke PPPD SPPK & Unit HEM JPNS.

Pelajar menjalani proses kaunseling dan program khas

Sediakan laporan dan catatan.

Bentangkan laporan kepada pengetua dan hantar kepada PPD

MULA

TAMAT

Page 7: Kertas Cadangan Kaunseling Berfokus sekolah SK

PROGRAM BERFOKUSPERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

SEKOLAH-SEKOLAH SELANGOR

PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

2 APRIL 2007

TEMPAT:

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR