kertas 3 terbaru

Upload: md-firdaus-miena

Post on 02-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    1/14

    Aspek Perincian MarkahPengenalan 1. a. Maksud sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen

    b. Sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia5 markah

    Isi danHuraian

    2. Jelaskan konsep perlembagaan dan keluhuranperlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasiberparlimen.

    10 markah

    3. Kepentingan perlembagaan dalam menjaminkesejahteraan rakyat Malaysia di bawah sistempemerintahan demokrasi berparlimen

    15 markah

    4. Sebab-sebab dan kaedah pindaan perlembagaan olehParlimen Malaysia dalam sistem pemerintahan

    demokrasi berparlimen

    30 markah

    5. Kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan sistempemerintahan demokrasi berparlimen

    10 markah

    6. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telahmembawa kesejahteraan dan keamanan di Malaysia.Buktikan kebenaran pernyataan tersebut?

    10 markah

    7. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam perlaksanaan

    sistem pemerintahan demokrasi berparlimen danlangkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut?

    10 markah

    8. Nilai-nilai murni dan ikhtibar daripada perlaksanaansistem pemerintahan demokrasi berparlimen

    5 markah

    Kesimpulan 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

    a. Pengetahuan yang diperolehb. Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negarac. Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia

    harmoni dan stabil

    5 markah

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    2/14

    1. a. Maksud sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen

    Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undangdan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-

    undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih olehrakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaanyang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yangdemokratik.

    b. Sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia

    Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan unsur yang terpenting dalam sistempemerintahan di negara kita. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan

    Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakansyarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimenadalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaituPerundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

    Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem RajaBerperlembagaan dan sistem Republik. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistempemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapaikemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diridalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setiarakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentukkerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhakmenyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

    2. Jelaskan konsep perlembagaan dan keluhuran perlembagaan dalam sistem pemerintahandemokrasi berparlimen.

    Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepadapembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya

    terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untukmelaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Partf poliHk yang meimerintah akanmengetahui hala fuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikantanggungjjawab kepadc rakyat melalui peruntukan yang terk

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    3/14

    Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan SenaraiPersekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

    Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuranperlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atauperlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan

    Agong, Parlimen Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undangyang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

    Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan PerlembagaanPersekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan denganPerlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuanmemperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamahberkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia .

    3. Kepentingan perlembagaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia di bawahsistem pemerintahan demokrasi berparlimen

    Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara denganmenentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalammenjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran danpemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasamemerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasirakyat.

    Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepadanegara. Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapatdibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyaikerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakanbahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setiakepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanahair untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

    Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragamadan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.

    Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orangMelayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian

    jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberianlesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikanPerkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidakmengabaikan kaum-kaum yang lain.

    Perlembagaan Malaysia juga (jnenjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dankepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    4/14

    menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah denganPerlembagaan Malaysia.

    Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan

    bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkanoleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysiapada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidangpendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan polis terutma di kawasanpedalaman.

    4. Sebab-sebab dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia dalam sistempemerintahan demokrasi berparlimen

    Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini

    bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara danmelicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasarelevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaansebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat denganrela hati.

    Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secaraterbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkantermasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hakistimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang

    mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehinggamenyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum dinegara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonianmasyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan besar yang telah dibuattermasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yangmemerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

    Terdapat beberapa kaedah dalam pindaan perlembagaan di negara kita

    i. Kaedah Pertama

    Mendapat persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen danpersetujuan Majlis Raja-Raja dalam perkara pindaan yang melibatkan Tugas dan kuasaMajlis Raja-Raja Melayu, Kewarganegaraan, Keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan RajaPermaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayudan bumiputera Sarawak dan Sabah, dan Perubahan sempadan negeri.

    ii. Kaedah Kedua

    Mendapat persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dankelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah dalam pindaan yang melibatkanKeanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, hak dan kuasakepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dariSarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961), perkara perundangan dan pemerintahan kuasa

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    5/14

    negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak danSabah.

    iii. Kaedah Ketiga

    Persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dalam perkara-perkara yangtidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.

    iv. Kaedah Keempat

    Mendapat persetujuan lebih suara Dewan Parlimen melibatkan Pindaan Jadual 2, 6dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan danpersaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya.

    Pindaan Perkara 74 dan 76 dalam Perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen bolehmembuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam SenaraiPersekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh DewanUndangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau SenaraiBersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Manakala d alam Perkara 76, Parlimenboleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaanpersetiaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan denqan mana-mana neqaralain.

    5. Kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasiberparlimen

    Antara kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan sistem pemerintah demokrasiberparlimen ialah keamanan negara berterusan sejak merdeka hinggalah ke hari ini.Keamanan ini dibuktikan dengan kestabilan politik, rakyat hidup bersatu padu tanpaberlaku pertumpahan darah walaupun hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

    Suasana yang aman dan harmoni membolehkan negara mampu membangunkanekonomi dengan pesat, setanding dengan negara-negara lain di dunia. Pemerintahandemokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunandalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melaluipembangunan yang berterusan ternyata menguntungkan rakyat dan kini rakyat bolehberbangga dengan kemajuan yang telah dicapai.

    Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalammenentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentukoleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagaiaspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikanmerupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dankecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi.

    Keamanan yang wujud hasil daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimentelah membolehkan sektor perindustrian berkembang dengan pesat. Secara tidak langsungia dapat menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur modal. Manfaat yang diperoleh oleh

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    6/14

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    7/14

    Demokrasi berparlimen melahirkan rakyat yang hidup bebas. Rakyat diberikebebasan bersuara, bebas bergerak ke mana-mana, bebas berpesatuan dan bebasmemiliki harta. Kebebasan seperti ini di sesetengah Negara tidak dapat dikecapi olehrakyatnya. Oleh itu, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab kita seharusnyabersyukur dan sentiasa memastikan keamanan dan kebebasan ini terpelihara.

    Keamanan yang lahir daripada sistem demokrasi berparlimen meningkatkan imejNegara di mata dunia. Pemimpin Negara kita juga mendapat penghormatan danpengiktirafan daripada Negara luar. Pemimpin-pemimpin negara turut memainkan peranandalam memastikan dunia berada dalam keadaan aman dengan menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti PBB, NAM, OIC, ASEAN dan lain-lain lagi.

    7. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasiberparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut?

    Antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita ialah masalah perpaduan kaum.Terdapat segelintir rakyat yang tidak bersyukur dan cuba menggugat keharmonian hidupmasyarakat. Mereka cuba mencetuskan sentimen perkauman yang boleh menggugat

    keamanan dan kestabilan negara.

    Jurang ekonomi yang ketara antara kaum juga merupakan cabaran besar kepadanegara kita. Ini adalah kesan dasar pecah perintah yang diamalkan oleh penjajah British.

    Pembangunan antara wilayah yang tidak seimbang antara semenanjung Malaysia

    dengan Sabah dan Sarawak juga merupakan cabaran besar di negara kita. Wilayah yangbesar dengan bentuk muka bumi yang bergunung ganang menjadikan pembangunanwilayah di Malaysia Timur agak tertinggal jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia.

    Kebanjiran pendatang tanpa izin menyebabkan kedatangan mereka sukar dikawaldan kadar jenayah yang melibatkan mereka meningkat. Rakyat tempatan terpaksabersaing dalam pasaran kerja dengan mereka dan adakalanya menjejaskan hakwarganegara.

    Ancaman pengganas khususnya di wilayah timur Sabah juga merupakan cabaranbesar negara. Pengganas dari negara jiran kerap melakukan perbuatan yang menjejaskankeselamatan negara dengan cara mencolek pelancong asing dan mengganggu resort danhotel-hotel di kawasan persisiran pantai Timur Sabah.

    Aktiviti penyeludupan juga merupakan cabaran besar kepada negara. Penyeludupanboleh menjejas sumber pendapatan negara. Penyeludupan bukan sahaja berlaku terhadapbarangan tetapi juga terdapat penyedupan manusia dan aktiviti memperdagangankanorang.

    Terdapat juga segelintir warganegara yang tidak bersyukur dengan keamanan dankeharmonian di negara kita mewujudkan keadaan huru hara yang boleh menjejaskankeamanan yang dikecapi selama ini.

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    8/14

    Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan program 1Malaysia untukmewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Melalui program yang dilancarkan

    oleh kerajaan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan hidupdalam keadaan dan damai.

    Dalam usaha menghapuskan jurang ekonomi yang ketara mengikut kaum, kerajaantelah menjalankan rancangan-rancangan ekonomi Malaysia sejak awal kemerdekaan. Dasarekonomi baru yang dilaksanakan oleh kerajaan juga merupakan antara usaha kerajaanuntuk memastikan jurang ekonomi antara kaum dapat dirapatkan.

    Dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi di Sarawak dan Sabah kerajaantelah memperuntukan belanjawan yang besar supaya rakyat diSarawak dan Sabah tidak

    jauh ketinggalan berbanding di semenanjung.

    Untuk memastikan kebanjiran pendatang tanpa izin dapat dikawal kerajaan telah

    mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang di samping mengetatkan kawalan dikawasan sempadan. Bilangan pasukan keselamatan juga ditambah dalam memastikan tidakberlaku kebocoran di kawasan sempadan.

    Untuk menghadapi ancaman pengganas di kawasan pantai Timur Sabah kerajaantelah menubuhkan pasukan khas untuk memastikan kawasan tersebut selamat daripadaancaman pengganas. Kerajaan juga telah memperkenalkan tempoh perintah berkurunguntuk memudahkan kerajaan mengawal keselamatan penduduk di kawasan sekitar

    8. Nilai-nilai murni dan ikhtibar daripada perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi

    berparlimen

    Nilai-nilai murni yang dapat dilihat daripada sistem pemerintahan demokrasiberparlimen ialah semangat kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum. Dengan

    semangat kerjasama ini keamanan Negara berterusan dapat dinikmati oleh semua pihak.

    Semangat toleransi antara kaum merupakan saham yang sangat bernilai dalammemastikan keamanan dan kesejahteraan Negara. Rakyat mengamalkan semangat terbukadan menerima konsep permuafakatan demi menjamin keharmonian masyarakat yangberbilang kaum.

    Sikap hormat menghormati dalam kalangan masyarakat memperkukuhkanperpaduan rakyat sekaligus dapat memastikan keadaan politik Negara stabil dan menjaminkesejahteraan rakyat dan Negara. Oleh itu, rakyat mestilah memberikan kesetiaan yangtidak berbelah bagi terhadap pemerintah. Kita juga seharusnya mensyukuri nikmat tuhankerana hidup dalam negara yang aman. Apa yang harus kita lakukan ialah sanggupberkorban demi negara dan mencintai negara dengan sepenuh hati.

    Sebagai seorang pelajar yang bersyukur, kita seharusnya bersedia untuk

    memajukan negara dengan cara belajar bersungguh-sungguh, menguasai pelbagai ilmupengetahuan dan kemahiran ICT. Apa yang penting kita semestinya menolak pelbagaibentuk gejala negatif serta mematuhi ajaran agama dan norma hidup masyarakat.

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    9/14

    Rakyat juga mestilah mengambil iktibar daripada keadaan yang tidak aman di luarngara apabila rakyatnya tidak bersatu dan berlaku kekacauan. Elakkan daripada melibatkan

    kuasa asing dalam menyelesaikan masalah perselisihan sesama kita. Semangatbermusyawarah dalam mengatasi konflik atau masalah yang timbul mesti diamalkan untukmemastikan anasir luar tidak mengambil kesempatan daripada masalah ini. Masyarakat

    berbilang kaum di Negara kita juga seharusnya menghindarkan perasaan curiga mencurigai.

    9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

    a. Pengetahuan yang diperolehb. Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negarac. Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil

    Daripada pemerhatian yang dibuat dapat memberi pengetahuan kepada sayatentang sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Sistem

    ini berjalan dengan baik dan mantap dengan sokongan rakyat. Kerajaan yang memerintahsentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang diperintah. Keadaan inimenjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

    Iktibar pada yang dapat diambil daripada sistem pemerintahan demokrasiberparlimen ialah keperluan menjamin kestabilan politik, membantu kerajaan memeliharakeamanan yang dikecapi dan bersungguh mempertahankan kemerdekaan yang dicapai.Kestabilan negara bergantung pada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan bak katapepaih bagai aur dengan tebing. Gandingan tersebut telah menjaiin kejayaan sistemdemokrasi berparlimen di negara kita. Rakyat Malaysia harus berganding bahu, membantu

    dan menyokong kerajaan untuk mengekalkan keharmonian yang ada.

    Harapan saya, semua rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan Negara yangtercinta ini. Bukan mudah bagi manusia yang berbeza latar belakang, agama dan budayauntuk bekerjasama seperti yang berlaku di negara kita. Sekalipun kita mempunyai banyakperbezaan, namun, kita dapat menjalani kehidupan dengan mengharungi kesukaran,bekerjasama, bersedia untuk berkorban serta berkongsi nikmat kemakmuran dan kejayaan.Perasaan setia, bangga dan cinta akan negara perlu kita pupukdan usaha ini perluditeruskan oleh generasi akan datang untuk mengukuhkan lagi pembentukan identitinegara dan bangsa Malaysia.

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    10/14

    Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negata

    Mengekalkan kedaulatan negara.

    Kerajaan dipilih oleh rakyat

    Berpeluang menentukan kepimpinan negara.

    Menentukan masa depan negara

    Berpeluang menentukan kepimpinan negara

    Menentukan masa depan negara

    Segala permasalahan selesaikan melalui rundingan

    Kecekapan pentadbiran negara

    Kestabilan negara /aman.

    Memudahkan perancangan kerajaan

    Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat

    Menjamin hak rakyat

    Mengurangkan tekanan antarabangsa

    Memperkukuhkan perpaduan.

    Mengekalkan perkongsian kuasa

    Kerajaan stabil

    Kemajuan ekonomi.

    Menarik pelaburan asing.

    Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan. Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul

    Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betuL

    Mengelakkan campur tangan asing

    Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum

    Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah tagi

    Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    11/14

    Kekakan sistem piihanraya dan adil dan bebas

    Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara

    Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa

    Mengutamakan kepentingan negara

    Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.

    Menganggotai mana-mana parti politik

    Mendaftar sebagai pemilih

    Menjadi cabn pilihan raya.

    Bertanding atas parti atau cabn bebas Memiih pemimpin yang bertanggungjawab memiih

    pemimpin yang amanah

    Memilih pemimpin berwawasan

    Memilh pemimpin yang mesra rakyat

    Tidak menyertai demonstrasi haram.

    Tidak menganggotai pertubuhan haram.

    Menghormati hak asasi manusia.

    Patuh pada undang-undang negara.

    Bertolak ansur Bekerjasama.

    Hormat-menghormati

    Kejayaan yang dicapai oleh negara kita

    Pemodenan pertanian

    Perkembangan teknologi

    Pelaksanaan k-ekonomi

    Tumpuari pelancong asing.

    Huburigan antarabangsa berkembang

    Kemajuan sistem pengangkutan.

    Kemajuan sistem komunikasi.

    Pembuatan automobile industri berat.

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    12/14

    Sektor perkilangan

    Industri elektronik.

    Pembangunan wilayah

    Koridor raya multimedia

    Penganjuran sukan antarabangsa

    Hub pendidikan bermutu

    Pusat kecemertangan pendidikan

    Pusat kecemertangan pendidikan

    Universltt berkembar dengan universiti terkenal luar negara

    Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.

    Kemunculan golongan radikal Masalah perpaduan Kewujudan pelbagai kaum Gejala sosialPerlakuan jenayah.

    Kebanjiran pendatang asing Peluang pekerjaan Gbhalisasj Masalah kemiskinan Jurangekonomi antara kaum

    Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

    Memperkukuh perpaduan

    Penguatkuasaan undang-undang.

    Mewujudkan konsep 1 Malaysia.

    Memastikan Wawasan 2020 tercapai

    Menghayati Rukun Negara.

    Mewujudkan rakan cop.Menambah peluang pekerjaan Memperketatkan kawalan sempadan

    Nilai-Nilai murni atau Iktibar yang dapat diamil daripada pelaksanaan sistem demokrasiberparlmen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah

    MemeWtara perpacfuan Mengekalkan keamanan Bersikap toleransi Bersedia menerimaperubahan Saing memahami Bertanggungjawab Bersikap inovatif dan kreaktif Patuhkepada undang-undang Menghormati pemimpin Semangat cintakan Negara Menghormatiiambang Negara

    Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    13/14

    Menjaga nama baik Negara Mewujudkan kerjasama Sanggup berkorban demi kebaikanbersama Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat Bertolak ansur dalam politikMerealisasikan dasar - dasar kerajaan Menghayati sejarah perjuangan para pejuangNegara Menjayakan konsep 1 Malaysia

    Patuh kepada undang-undang Setia kepada pemimpin Menjaga kedaulatan negara

    Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan be raja di Malaysia.

    Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar Menghormati lambang-lambangkebesaran

    Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang diPertuan Agong dan raja.

    Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja

    Mencari maklumat berkaitan melalui internet

    Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu

    Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.

    CADANGAN KESIMPULAN

    1. Pengetahuan:

    Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparimen

    Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan. badanpelaksanaan, dan badan kehakiman.

    Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran

    2. Iktibar

    Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negaraKerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan poltik dan kemakmuranekonomi.

    Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negaraKesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara danbangsa Malaysia.

    Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara

    3. Harapan

  • 8/10/2019 kertas 3 terbaru

    14/14

    lalah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkanMalaysia sebagai negara yang berdaubt dan disegani di persada dunia.

    Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demikemakmuran negara.