kertas 2 teknik peluasan idea - gambaran 1

13
Baru-baru ini, satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat kamu. Ceritakan pengalaman kamu menyaksikan sambutan Pesta Sukan Air tersebut. SOALAN (CERITA)

Upload: sitinorbayasaad

Post on 09-Aug-2015

341 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Baru-baru ini, satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat kamu. Ceritakan pengalaman kamu menyaksikan sambutan Pesta Sukan Air tersebut.

SOALAN (CERITA)

Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Pada cuti yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air.

Pada cuti semester yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air.

Pada cuti semester yang lalu , saya dan keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan Air.

Pada cuti semester pertama , saya bersama keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan Air.

Baru-baru ini , satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat saya.

Saya bersama ahli keluarga telah berpeluang untuk menyaksikan sambutan Pesta Sukan Air tersebut.

Binaan ayat tunggal dengan keterangan

masa .

Peluasan kosa kata tentang keterangan

masa ( semester )

Penggunaan ayat majmuk gabungan

( dan keluarga )

Penggunaan kata bilangan

(pertama)+

Peluasan objek(bersama keluarga)

Peluasan kosa kata(baru-baru ini, …

diadakan di tempat saya)

+Peluasan idea

(saya bersama ahli keluarga telah berpeluang…)

Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Saya dan keluarga bertolak pada pukul 8:00 pagi

Saya dan keluarga bertolak pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta.

Kami sekeluarga bertolak ke pesta itu pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta.

Kami sekeluarga bertolak ke pesta tersebut yang diadakan di tebingan Sungai Sarawak dengan menaiki kereta pada jam 8:00 pagi.

Seawal jam 8:00, pagi kami sekeluarga menaiki kereta dan bertolak ke Pesta Sukan Air yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak.

Penggunaan ayat majmuk gabungan

(Saya dan keluarga)

Penggunaan ayat Kata Kerja Transitif

(dengan menaiki kereta)

Peluasan objek(sekeluarga)

Frasa keterangan tempat

(Tebingan sungai Sarawak)

Peluasan kosa kata(seawal)

+Penggunaan kata

hubung(dan)

Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Kami sampai di pesta itu pada pukul 9:00 pagi.

Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9:00pagi.

Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9:00 pagi.

Cuaca pada ketika itu sangat cerah.

Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9:00 pagi.

Cuaca yang cerah pada ketika itu menarik ramai pengunjung datang ke pesta tersebut.

Selepas 1 jam perjalanan , kami tiba di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9:00 pagi.Cuaca yang cerah pada ketika itu telah menarik ramai pengunjung dan pelancong asing datang ke pesta tersebut.

Binaan ayat tunggal Peluasan kosa kata(kira-kira)

Peluasan idea(Cuaca pada ketika itu

sangat cerah)

Peluasan idea dengan menggunakan ayat

pasif(Cuaca yang cerah

pada ketika itu menarik ramai pengunjung

datang ke pesta tersebut)

Penggunaan kata keterangan masa(1 jam perjalanan)

+Peluasan idea

(pelancong asing)

Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Banyak acara yang diadakan pada hari itu.

Banyak acara yang diadakan pada hari itu seperti lumba bot laju dan lumba perahu panjang.

Banyak acara menarik yang diadakan pada hari tersebut seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias.

Banyak acara menarik yang telah dipertandingkan pada hari tersebut seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias.

Kami berasa seronok menyaksikan pertandingan tersebut.

Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan pada hari tersbut seperti perlumbaan bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias.Kami berasa sangat seronok menyaksikan pertandingan tersebut.

Lebih-lebih lagi pesta itu diadakan bersempena sambutan Hari Bandar Raya Kuching.

Binaan ayat tunggal Peluasan objek(lumba perahu dan lumba

perahu panjang)

Peluasan kosa kata(menarik)

+Peluasan idea

(perahu berhias)

Peluasan kosa kata(dipertandingkan)

+Peluasan idea

(Kami berasa seronok menyaksikan

pertandingan tersebut)

Penggunaan kata bilangan

(pelbagai)+

Penggunaan penanda wacana

(Lebih-lebih lagi)

Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Suasana di pesta itu sungguh bising.

Suasana di pesta itu sungguh bising dengan suara pengunjung-pengunjung.

Suasana di pesta itu riuh-rendah dengan dengan suara para pengunjung.

Ada yang membawa anak-anak dan berkunjung bersama rakan.

Suasana di pesta itu riuh-rendah dengan suara para pengunjung dan para peniaga.

Ada yang membawa keluarga, anak-anak dan berkunjung bersama rakan.

Kehadiran para pengunjung yang begitu ramai menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah.Tidak ketinggalan juga dengan suara para peniaga yang menjual barangan mereka.Ditambah lagi dengan pengunjung yang datang membawa keluarga, anak-anak atau berkunjung bersama rakan menyebabkan tapak pesta menjadi sesak.

Binaan ayat tunggal Binaan ayat majmuk dengan penggunaan kata

hubung(dengan)

+Penggunaan kata ganda

(pengunjung-pengunjung)

Peluasan idea dengan penggunaan kata hubung

(ada yang membawa anak-anak dan

berkunjung bersama rakan)

Peluasan idea dengan kata hubung

(dan para peniaga)+

Peluasan idea(keluarga)

Peluasan idea dengan ayat pasif

(Kehadiran para pengunjung yang begitu

ramai…)+

Peluasan idea(Tidak ketinggalan juga…)

+Pengembangan idea

(Di tambah lagi dengan….)

Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Pesta Sukan Air tersebut tamat pada pukul 12:00 tengah hari.

Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira pada pukul 12:00 tengah hari.

Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengah hari.

Orang ramai beransur pulang.

Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengah hari.

Orang ramai beransur pulang.

Alangkah baiknya jika aktiviti ini diadakan lagi.

Menjelang tengah hari, Pesta Sukan Air itu berakhir. Para pengunjung beransur pulang.Begitu juga dengan kami sekeluarga.Kami berharap agar aktiviti seumpama ini akan diadakan lagi sebagai tanda menyokong Kempen Cintailah Sungai Kita.

Binaan ayat tunggal Kata keterangan masa+

Imbuhan awalan ber-(berakhir)

+Peluasan kosa kata

(kira-kira)

Peluasan idea(orang ramai beransur

pulang)

Penggunaan ungkapan yang lebih berkesan

(Alangkah)

Peluasan kosa kata dengan kata

keterangan masa(menjelang tengah

hari)+

Peluasan kosa kata(para pengunjung)

+Penggunaan kata-kata

hikmat(Cintailah Sungai Kita)

TAHUN2 CATATAN Pada cuti yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air. Saya dan keluarga bertolak pada pukul 8.00 pagi. Kami sampai di pesta itu pada pukul 9.00 pagi. Banyak acara yang diadakan pada hari itu. Suasana di pesta itu sungguh bising. Pesta sukan Air tersebut tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

TAJUK: PESTA SUKAN AIR

TAHUN 3 CATATAN Pada cuti semester yang lalu, saya telah menyaksikan Pesta Sukan Air. Saya dan keluarga bertolak pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta. Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9.00 pagi. Banyak acara yang diadakan pada hari itu seperti lumba bot laju dan lumba perahu panjang. Suasana di pesta itu sungguh bising dengan suara pengunjung-pengunjung. Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.

TAJUK: PESTA SUKAN AIR

TAHUN 4 CATATAN Pada cuti semester yang lalu, saya dan keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan Air. Kami sekeluarga bertolak ke pesta itu pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta. Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada pukul 9.00 pagi. Cuaca pada ketika itu sangat cerah. Banyak acara menarik yang diadakan pada hari itu seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias. Suasana di pesta itu riuh-rendah dengan suara para pengunjung. Ada yang membawa anak-anak dan berkunjung bersama rakan. Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Orang ramai beransur pulang.

TAJUK: PESTA SUKAN AIR

TAHUN 5 CATATAN Pada cuti semester pertama, saya bersama keluarga telah menyaksikan satu Pesta Sukan Air. Kami sekeluarga bertolak ke pesta tersebut yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak dengan menaiki kereta pada jam 8.00 pagi Kami sampai di tapak pesta itu kira-kira pada jam 9.00 pagi. Cuaca yang cerah pada ketika itu menarik ramai pengunjung datang ke pesta tersebut. Banyak acara menarik yang telah dipertandingkan pada hari itu seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias. Kami berasa seronok menyaksikan pertandingan tersebut. Suasana di pesta itu riuh-rendah dengan suara para pengunjung dan para peniaga. Ada yang membawa keluarga, anak-anak, dan berkunjung bersama rakan. Pesta Sukan Air tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Orang ramai beransur pulang. Alangkah baiknya jika aktiviti ini diadakan lagi .

TAJUK: PESTA SUKAN AIR

TAHUN 6 CATATAN Baru-baru ini, satu Pesta Sukan Air telah diadakan di tempat saya. Saya bersama ahli keluarga telah berpeluang untuk menyaksikan Pesta Sukan Air tersebut. Seawal jam 8.00 pagi, kami sekeluarga menaiki kereta dan bertolak ke Pesta Sukan Air yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak. Selepas satu jam perjalanan, kami tiba di tapak pesta itu kira-kira pada jam 9.00 pagi. Cuaca yang cerah pada ketika itu telah menarik ramai pengunjung dan pelancong asing datang ke pesta tersebut. Pelbagai acara menarik yang telah dipertandingkan pada hari tersebut seperti lumba bot laju, perahu panjang, dan perahu berhias. Kami berasa seronok menyaksikan pertandingan tersebut. Lebih-lebih lagi, pesta itu diadakan sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching.. Kehadiran para pengunjung yang begitu ramai menyebabkan suasana menjadi riuh-rendah. Tidak ketinggalan juga dengan suara peniaga yang menjual barangan mereka. Di tambah lagi dengan pengunjung yang datang membawa keluarga, anak-anak dan berkunjung bersama rakan telah menyebabkan tapak pesta menjadi sesak. Menjelang tengah hari, Pesta Sukan air itu berakhir. Para pengunjung beransur pulang. Begitu juga dengan kami sekeluarga. Saya berharap agar aktiviti seumpama ini diadakan lagi sebagai tanda menyokong Kempen “Cintailah Sungai Kita.”

TAJUK: PESTA SUKAN AIR