kerja kursus resos

Upload: nurfatiha-rozlan

Post on 03-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 kerja kursus resos

    1/2

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

    TUGASAN PROJEK

    JABATAN : MATEMATIK

    MATA PELAJARAN : RESOS DALAM MATEMATIK (MTE3106)

    KUMPULAN : PPG

    MT AMBILAN JUN 2011SEMESTER : 3

    TARIKH MULA : 28 Julai 2012

    TARIKH HANTAR : 1 September 2012

    Stem/ Simulasi/ Rangsangan :

    Beberapa tahun kebelakangan ini, kurikulum matematik sekolah rendah telah banyak mengalami

    perubahan. Salah satu perubahan yang berlaku berupa pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran

    matematik. Untuk memastikan pendekatan pengajaran yang membina minda dan sahsiah murid secara

    optimum, sesuatu konsep itu perlu diterangkan dan diterapkan dengan jelas dibantu dengan penggunaan

    resos yang bersesuaian.

    TUGASAN PROJEK (100%)

    Kerja kursus ini mengandungi dua bahagian:

    (i). Kuiz (individu = 30%) : Topik 1 hingga 3 ( 1 September 2012)

    (ii). Tugasan (berkumpulan = 70%) : Satu projek mini yang melibatkan penyediaan dan pembinaan

    bahan resos dalam situasi sebenar

    TUGASAN PROJEK MINI (70%)

    Tugasan ini mengandungi satu projek mini yang melibatkan penyediaan aktiviti pengajaran danpembelajaran dan pembinaan bahan resos bagi mengukuhkan aktiviti tersebut yang berlaku dalam

    konteks situasi sebenar. Anda harus menyiapkan tugasan ini dalam kumpulan berdua atau bertiga.

    Arahan:

    - Kumpulan anda dikehendaki menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dengan aktiviti P&Pyang terperinci berkaitan kemahiran matematik sekolah rendah bagi 1 jam tempuh pengajaran.

    - Bagi membantu penerapan dan pengukuhan kemahiran matematik secara optimum, andadikehendaki membina bahan resos berasaskan teknologi berkait rapat dengan aktiviti P&P yangdirancang.

    - Bahan resos yang dibina mestilah terdiri dari 3 perisian yang berbeza- Tugasan yang dihasilkan perlu diserahkan dalam bentuk folio berkumpulan yang lengkap dengan:

    i). Pengenalanii). Resos - Bagaimana resos dibina

    - Penggunaan resos- Bagaimana resos tersebut membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam

    bilik darjahiii) Rancangan Pengajaran Harian dengan aktiviti P&P yang lengkapdalam bentukhard-copy

    dansoft-copy

  • 7/28/2019 kerja kursus resos

    2/2

    - Bincangkan hasil kerja anda secara terperinci dalam usaha menerapkan dan mengukuhkankemahiran matematik tersebut

    Format kerja kursus:

    1. Kerja kursus anda mesti bertaip, menggunakan font Arial, saiz 12 dengan langkau 1.5 baris.2. Muka surat hadapan laporan hendaklah mengikut templet terkini dan mempunyai maklumat

    berikut:

    Nama. Kumpulan / Unit . Kursus & Kod kursus. Tajuk projek. Nama pensyarah. Tarikh dihantar.

    3. Anda mesti mematuhi tarikh akhir penghantaran. Markah akan dipotong sekiranya penghantaranlewat, tanpa persetujuan.