kerja kursus geografi
DESCRIPTION
ak rse folio ny lengkap kot untuk dijadikan rujukanTRANSCRIPT
PENDAHULUAN
Nama saya Khairil Fiqri bin Khalid. Saya Belajar di tingkatan 3 Bijaksana di Malay College
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Sebagai Memenuhi Keperluan mata pelajaran Geografi,
saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan (KGT). Saya
telah menjalankan KGT ini selama 8 minggu.
Saya telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Bandar Kuala Selangor, Selangor
Darul Ehsan. Negara yang dibandingkan ialah Negara Jepun. Sebab- sebab pemilihan adalah
kerana terdapat pelbagai perbandingan jaringan sistem pengangkutan antara Bandar Kuala
Selangor dengan Jepun. Kuala Selangor adalah kampung saya. Oleh yang demikian,akan
memudahkan saya untuk mengkaji secara lebih dalam bagi menghasilkan kerja khusus ini.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di
Bandar Kuala Selangor dan mewujudkan semangat cinta akan negara.
-Terdapat pelbagai jenis pengangkutan di kawasan kajian yang telah saya pilih.
2. Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Bandar
Kuala Selangor.
-Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut faktor yang mempengaruhi sistem jaringan di
Bandar Kuala Selangor.
3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar
di Bandar Kuala Selangor.
-Saya akan menerangkan kesan-kesan positif dan negatif jaringan sistem pengangkutan terhadap
alam sekitar di Bandar Kuala Selangor.
4. Mengkaji langkah-langkah mengatasi masalah dan kesan negatif terhadap perkembangan
jaringan sistem pengangkutan di Bandar Kuala Selangor.
-Saya akan membentangkan kaedah dan langkah mengatasi masalah dan kesan negatif terhadap
perkembangan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Kuala Selangor.
Melalui kajian ini saya bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai jenis pengangkutan di Taman Wangsa Melawati serta Singapura.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah
a) Kaedah Pemerhatian
b)Bancian
c) Internet.
Pemerhatian
- Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan yang
terdapat di Bandar Kuala Selangor, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan yang
terdapat di Kuala Selangor.Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan saya tentang
bentuk muka bumi.
b) Bancian
-Saya dan ahli kumpulan telah menjalankan bancian terhadap penggunaan jalan raya Kuala
Selangor , pada hari Isnin 27 Mei 2008 pukul 3.00-6.00 petang.
Internet
- Saya telah melayari internet untuk mendapatkan isi – isi yang penting bagi menyiapkan kerja kursus ini.
DAPATAN KAJIAN
JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI BANDAR KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN
Hanya terdapat satu jenis sistem pengangkutan di Bandar Kuala Selangor iaitu jalan raya.
Jaringan jalan raya di Bandar Kuala Selangor adalah padat. Jaringan jalan raya ini
menghubungkan Bandar Kuala Selangor dengan kawasan persekitarannya seperti taman
perumahan dan sekolah-sekolah. Terdapat juga semua jenis pengangkutan darat di kawasan
kajian.Termasuklah Lori,Bas,Kereta,Motosikal,dan Van.
PENGANGKUTAN AWAM
Terdapat pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Hal ini dapat memudahkan penduduk untuk
pergi ke sesuatu tempat sekiranya mereka tidak mempunyai kenderaan
PENGANGKUATAN PERSENDIRIAN
Penduduk Kuala Selangor juga mempunyai kenderaan persendirian mereka sendiri. Sebagai
contoh, mereka menggunakan kereta, motosikal, van dan lain-lain. Hal ini membolehkan mereka
berulang-alik ke mana sahaja
PENGANGKUTAN BARANG
Kebanyakan peniaga lebih kerap menggunakan kenderaan pengangkutan barang seperti van dan
lori. Dengan menggunakan kenderaan ini, mereka dpat mengangkut barangan mereka seperti
sayur dan ikan ke pasar untuk di jual.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR KUALA SELANGOR
-Jalan raya Kuala Selangor telah dibina diatas kawasan tanah pamah dan beralun dengan tujuan
untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di pusat bandar Kuala Selangor .Saya berasa bersyukur
kerana di kawasan saya mempunyai system pengangkutan yang baik.
- Perkembangan ekonomi yang pesat di Bandar Kuala Selangor menyebabkan pembinaan jalan
raya. Pembinaan jalan raya dan projek memperbesar jalan raya dilakukan bagi menampung
jumlah kenderaan yang semakin bertambah dari hari ke sehari. Bangunan baru juga di bina untuk
tujuan perniagaan. Oleh itu, sistem pengangkutan di Kuala Selangor semakin maju.
Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi yang unik yang membolehkan
pembinaan sistem jalan raya.
KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI BANDAR KUALA SELANGOR DAN NEGARA JEPUN…
BANDAR KUALA SELANGOR
1- Melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Kuala Selangor, ia dapat
memajukan lagi sektor pelancongan.Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya
dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik atau
antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti Bukit Melawati. Selain itu,
sistem pengangkutan di Bandar Kuala Selangor juga dapat membantu pergerakan
penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain
NEGARA JEPUN
1- Sistem jaringan pengangkutan di Tokyo, Jepun juga dapat menarik lebih ramai
bilangan pelancong. Pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah yang
terdapat di Terowong Osakako Sakishima dan pelancong juga dapat merasai kemajuan
teknologi pengangkutan yang canggih seperti Kereta Api Shinkansen.
2- Di Tokyo, Jepun juga sistem pengangkutannya yang canggih dapat menghubungkan
7000 buah pulau yang menganjur sejauh 3000 km dengan sistem lebuhraya dan
perkhidmatan udara serta pengangkutan laut yang cekap.
Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur dengan penyediaan jaringan sistem pengangkutan yang
baik dapat menarik minat para pelancong untuk pembanggunan negara kita walaupun tidak
secanggih Jepun.
KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI BANDAR KUALA SELANGOR DAN NEGARA JEPUN…
BANDAR KUALA SELANGORKESAN POSITIF1- Melalui penggunaan pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.
2- Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat membantu mengurangkan pencemaran
udara.
KESAN NEGATIF1- Dengan penggunaan pengangkutan yang membakar bahan api fosil melepaskan gas karbon
dioksida dan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
2- Gas hidrokarbon dan gas oksida nitrogen yang dilepaskan oleh kenderaan dapat menghasilkan
jerebu dan kabut foto kimia yang mengancam kesihatan manusia.
NEGARA JEPUNKESAN POSITIF
1- Di Jepun, sistem pengangkutan jalan raya dapat menggalakkan perkembangan sector
pertanian, perindustrian, perdagangan dan pelancongan.
2- Sistem jaringan pengangkutan juga penting untuk membawa barang-barang dan bahan
mentah dengan penggunaan lori dan kereta api.
KESAN NEGATIF
1- Projek melurus dan melebarkan jalan melibatkan pemotongan cerun-cerun bukit dan
tanah tinggi. Ini akan menjadi penyebab berlakunya kejadian tanah runtuh.
2- Bunyi kenderaan berat, kereta api dan kapal terbang boleh mengganggu ketenteraman
manusia.
Kita sepatutnya mencontohi negara Jepun kerana sebahagian besar penduduknya suka
menggunakan kenderaan awam. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana sistem jalan
raya setaraf dengan negara maju seperti Negara Jepun.
Kemalangan
Jalan raya
Kesesakkan
Jalan raya
Pencemaran
udara
Kesan negatif
LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN
Di Bandar Kuala Selangor dan Di Negara Jepun
Malaysia telah menjalankan kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk
mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.Begitu juga kerajaan
Singapura telah menggalakan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk tujuan sama.Terdapat
juga kenderaan yang menggunakan catalytic converter untuk mengelakkan pencemaran
udara.Saya amat bersyukur kerana langkah tersebut dapat mengurangkan tahap pencemaran
udara dunia.
Penanaman pokok bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara dan boleh menyerap gas
karbon dioksida dalam proses fotosintesis.Kita perlu menanam sebanyak pokok yang mungkin
dan tidak menebangnya untuk mengurangkan pencemaran udara.Usaha yang sama juga
dilakukan oleh kerajaan Singapura yang menganjurkan program “Green Earth” iaitu setiap
rumah wajib memiliki sekurang – kurangnya sebuah pokok di halaman rumah..Saya amat
berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan hijau walaupun
pembangunannya pesat.
Kita perlu memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan kejadian kemalangan.Kita harus
mematuhi peraturan dan mengikut had laju yang di tetapkan.Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana
kecuaian pemandu dan membawa kenderaan melebihi had laju.
Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu peka dengan masalah yang dihadapi dan bertindak sewajarnya.
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai
banyak sistem pengangkutan yang amat berguna kepada masyarakat setempat. Pengangkutan
amat diperlukan bagi menjalankan kerja seharian ataupun urusan yang perlu dilakukan diluar
tempat.
Daripada kajian yang saya jalankan di Bandar Kuala Selangor mengikut usia dengan kerjasama
orang responden, saya dapati kebanyakan orang dewasa memiliki pengangkutan persendirian
untuk pergi bekerja di luar tempat selain dari Bandar Kuala Selangor seperti ke Cheras, Shah
Alam, dan sebagainya. Masyarakat setempat lebih akrab menggunakan pengangkutan
persendirian berbanding pengangkutan awam. Bagaimanapun, pengangkutan awam masih
digunakan dan kebanyakan penggunanya adalah daripada kalangan remaja.
Faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan Bandar
Kuala Selangor adalah seperti bentuk muka bumi yang rata dan dasar pembangunan.
Penduduk kawasan kajian ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu
sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat bersama dan dan bersatu dalam satu Negara
yang aman damai seterusnya dapat menuju ke arah wawasan 2020. Ini adalah peringkat pertama
bagi memajukan negara kita supaya setaraf dengan negara maju lain yang terkenal dan selalu
disebut-sebut oleh semua orang seperti negera yang telah dibandingkan iaitu Negara Jepun.. Saya
amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya iaitu
Pn.Norsyazila kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan
Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua
Malay College Kuala Kangsar,En Mohd Rauhi bin Mohd Isa yang telah membenarkan kami
menjalankan kajian ini sehingga selesai.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik Khalid bin
Othman dan ibu saya Puan Noorina bt Shaari yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan
bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Kepada rakan-rakan saya,Ahmad
Fauzan, Luqman, Aris Nazman ,dan banyak lagi.Terima Kasih atas atas segala cadangan,
tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.
Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kuala Selangor atas kerjasama
yang telah pihak tuan puan berikan.
KAWASAN KAJIAN
Kuala Selangor merupakan bandar dan daerah di zon utara negeri Selangor, Malaysia. Daerah
Kuala Selangor mempunyai kawasan seluas 117,844 hektar atau 291,193 ekar. Daerah ini terdiri
daripada sembilan mukim iaitu Mukim Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Jeram, Kuala Selangor,
Pasangan, Tanjung Karang, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi
Nama Kuala Selangor bermula dari sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama
Kuala Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman
dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai.
Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan
ketika itu.
Penduduk Kuala Selangor yang awal adalah dari orang laut yang hidup dengan menangkap ikan.
Mereka tinggal disepanjang tebing sungai Selangor kira-kira 3 batu dari kuala sungai hingga ke
hulunya.
Bandingannya – Negara Jepun….
Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan Pasifik di
timurbenua Asia. Pulau-pulau utama jepun , dari utara ke selatan, adalah Hokkaido, Honshu
(pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari
Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terkanal di kepulau
Ryukyu. Di samping itu, kepulauan (archipelago) Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau
kecil.73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-
pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m.
Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan
sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan bandar-bandar utama dibangunkan di setiap tanah
rata yang terdapat di negaraJepun.Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan
Gunung Berapi Pasifik (PacificRing of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran
bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang
membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering menyebabkan
terbentuknya tsunami.Gempa bumi yang terbaru adalah Great Hanshin Earthquake yang terjadi
pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan geografinya, terdapat banyak mata air panas di
Jepun dan kebanyakkanya dijadikan tempat peranginan
-Peta daerah kuala Selangor-
Peta Jepun
Jumlah pengguna jalan raya Kuala Selangor ,pada hari isnin 27 Mei 2008 pukul 4.00 – 6.00 petang
Jadual kekerapan pengangkutan di kuala selangor
Bil Jenis kenderaan Kekerapan Jumlah
1 Lori 112
2 Bas 23
3 Kereta 560
4 Motosikal 679
5 Van 99
Jumlah pengguna jalan raya Kuala Selangor ,pada hari isnin 27 Mei 2008 pukul 4.00 – 6.00 petang
Pulau di Jepun
Nama: Khairil Fiqri bin Khalid
No kp: 930703-10-6401
Angka giliran:
Nama guru: Puan Norsyazila Abd Rahman
Tandatangan murid Tandatangan guru
………………………………. ………………………………….
SENARAI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN01 Penghargaan02 Pendahuluan03 Objektif Kajian04 Kawasan Kajian05 Kaedah Kajian06 Dapatan Kajian07 Rumusan08 Lampiran09 Rujukan