kerja kursus edu (2)

17
Tugasan 1 i Catatan Pemerhatian pengurusan bilik darjah Negara Singapura a) Fizikal kelas - Penyusunan meja kerusi dalam kumpulan kecil - Penyusunan meja berhampiran dengan guru. - Dihiasi dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantun mengajar - Saiz bilik darjah yang luas. - Bilik darjah yang bersih dan selesa. - Bilik darjah dipasang penghawa dingin. b) Pengurusan disiplin - Gaya kepimpinan demokratik - Model pengurusan kelompok Kounin - Memberi teguran - Mengawal disiplin murid dengan - Disiplin arahan kumpulan dalam kelas tersebut diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan c) Amalan pengajaran dan pembelajaran. - Berpusatkan murid - Menggunakan peralatan canggih seperti komputer riba. - Menggunakan kaedah kolaboratif - Menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran - Menggunakan I-PAD - Menggunakan bahan bantú belajar yang menarik - Laize faire 1

Upload: jesilivani

Post on 14-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Tugasan 1

i Catatan Pemerhatian pengurusan bilik darjah Negara Singapura

a) Fizikal kelas- Penyusunan meja kerusi dalam kumpulan kecil- Penyusunan meja berhampiran dengan guru.- Dihiasi dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantun mengajar- Saiz bilik darjah yang luas.- Bilik darjah yang bersih dan selesa.- Bilik darjah dipasang penghawa dingin.

b) Pengurusan disiplin - Gaya kepimpinan demokratik- Model pengurusan kelompok Kounin- Memberi teguran - Mengawal disiplin murid dengan - Disiplin arahan kumpulan dalam kelas tersebut diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan

c) Amalan pengajaran dan pembelajaran.- Berpusatkan murid- Menggunakan peralatan canggih seperti komputer riba.- Menggunakan kaedah kolaboratif- Menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran- Menggunakan I-PAD - Menggunakan bahan bant belajar yang menarik- Laize faire- Aktiviti kumpulan

d) Dinamika kelas- Dinamika kumpulan berdasarkan gaya pembelajaran- Komunikasi du hala- Guru berinteraksi dengan murid ii) Esei kritikal

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajarandan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Jadi sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan gurud engan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland(1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada prestasi akademik murid.

Menurut kenyataan diatas, saya telah mengakaji satu video pengurusan kelas Negara Singapura. Menurut pemerhatian ini, saya telah mengetahui seseorang guru mempunyai amalan pengurusan bilik darjah yang berbeza.Teknik-teknik yang dimalkan oleh guru-guru tersebut membawa kekuatan kepada para murid dalam pembelajaran. Melalui video tersebut, didapati bahawa sisitem pendidikan Negara Singapura menggunakan pendekatan teknologi maklumat yang canggih.

Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah dalam video tersebut adalah persekitaran fizikal. Dari segi aspek fizikal, Guru telah menyedikan kelasnya dengan penuh kondusif. Guru mewudjudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang baik, bilik darjah tersebut dikemas dan disusun atur semua fasiliti dan sumber bahan pembelajaran yang terdapat di dalamnya. Meja Kelas telah disusun secara berpasangan dan juga kumpulan dengan penuh kemas dan rapi. Bukan sahaja ini, guru juga menyediakan papan kenyataan yang menunjukkan jadual rutin bilik darjah,peraturan bilik darjah, jadual waktu kelas, prestasi murid-murid dalam semua matapelajaran dan juga hasil kerja murid. Keceriaan kelas tersebut juga amat baik dan kelihatanya sungguh bersih dan cantik. Guru menghiaskan kelasnya dengan alat-alat bantu mengajar (ABM) bagi memudahkan para pelajar untuk mengingat balik apa yang mereka pelajari sebelum ini. Bukan sahaja ini, bilik darjah ini dilengkapi dengan Penghawa dinding bagi mengelakkan kepanasan untuk murid-murid. Ini menyebabkan murid-murid dapat belajar dengan penuh berminat dan berfokus tanpa gangguan akibat kepanasan. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang negara meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai dan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Selain daripada itu, suasana di bilik darjah negara tersebut dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. Dari aspek psikososial dalam kelas tersebut, murid belajar dalam suasana selesa dan mesra ,bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, guru sensitif dan peka kepada perbezaan individu.Guru juga mewujudkan suasana yang merangsang pembelajaran. Dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif seperti ini, kanak-kanak akan berasa seronok, terangsang untuk terlibat secara aktif, menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Keupayaan untuk mengurus persekitaran pembelajaran akan membolehkan guru berfungsi sebagai pendidik yang bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid-murid tetapi dapat juga membentuk daya berfikir serta membina akhlak dan moral yang tinggi.

Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut Oliva (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid merupakan tanggungjawab utama guru. Dalam bilik darjah di negara Singapura mempunyai disiplin yang baik yang menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Dalam kelas tersebut disiplin arahan guru ini mempunyai ciri demokratik, iaitu guru menggalakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti. Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Murid-murid mematuhi segala arahan guru untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah. Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru dalam kelas tersebut, murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.Guru di negara Singapura yang saya memerhatikan dalam video mengamalkan model pengurusan kelompok Kounin dalam pengurusan bilik darjah. Guru tersebut mengawas dan menyelia bilik darjah dengan member teguran yang jelas dan tepat. Guru juga melaksanankan segala aktiviti dengan melancar untuk mengurus bilik darjah dengan baik. Disiplin arahan kumpulan dalam kelas tersebut diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid dalam kelas tersebut dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan kawalan disiplin di antara ahlinya. Guru dalam pengurusan bilik darjah negara Singapura, menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal murid. Selain itu, hubungan antara murid dengan guru dalam kelas ini amat baik. Mereka berkomunikasi secara bebas antara satu sama lain. Bukan sahaja ini, murid-murid ini tidak berasa takut ketika berkomunikasi dengan gurunya. Semakin kerap guru berhubung dan berkomunikasi dengan murid-muridnya, semakin besar kemungkinan guru dapat membantu murid untuk belajar pada aras yang lebih tinggi dan lebih cepat hasil pembelajaran akan dicapai.

Seterusnya, teknik pengajaran yang diambil oleh guru dalam Negara Singapura juga menjadi kekuatan untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang. Guru dalam bilik darjah negara Singapura merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di sini guru berperanan sebagai fasililator pembelajaran. Teknik ini dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana semua murid terlibat di dalam kelas. Guru dalam darjah tersebut juga memberi peluang kepada para murid untuk meluahkan isi-isi mereka yang diingini. Murid juga terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka tanpa bosan. Guru dan murid membuat penilaian bersama melalui penghasilan portofolio,projek, serta persembahan dengan bertujuan untuk menggalakkan serta mendiagnosis pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja ini,saya juga memerhati bahawa guru tersebut telah mengunakan Alat bantu mengajar secara kreatif mengikut keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memudah para pelajar untuk memahami lebih teliti apa yang diajar oleh guru. Di sini guru ini dapat mengetahui tahap kemampuan murid. Guru di negara Singapura menggalakkan pembelajaran koperatif. Ini mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea kepada semua pelajara dalam sesebuah bilik darjah. Guru juga mengendalikan aktiviti dengan lancar dan transisi dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain berlangsung tanpa gangguan. Guru dapat menggerakkan proses P&P pada kadar berterusan dan mantap. Guru dalam bilik darjah tersebut kebanyakannya menggunakan teknik laize faire di mana member kebebasan untuk murid membuat keputusan sendiri.

Guru dalam bilik darjah Negara Singapura menggunakan kaedah pengurusan grafik semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Dipetik dari suratkhabar Kosmo yang bertarikh 17 Jun 2011 yang bertajuk Peranti teknologi di dalam bilik darjah, Seramai 120 pelajar dan 16 guru di sekolah Negara Singapura tersebut diberikan iPad sebagai kumpulan sampel dengan kos lebih RM245,780. Dijangkakan pada tahun 2013, semua pelajar di sekolah tersebut memiliki komputer tablet setiap seorang. Oleh itu, dengan kemunculan teknologi ini amat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Sejajar dengan itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar dengan memberikan pendedahan awal terhadap penggunaan teknolgi tersebut di dalam aktiviti pembelajaran di Negara Singapura. Semua pelajar di dalam bilik darjah tersebut memiliki satu komputer riba dalam bilik darjah semasa guru mengajar. Mereka mudah mencari maklumat berkaitan topic yang dipelajari dengan mudah dengan menggunakan peralatan canggih seperti Komputer riba, I-PAD dan E-book.

Dari segi dinamika bilik darjah, didapati bahawa Negara Singapura mengamalkan pembelajaran kolaboratif. Murid-murid dalam bilik darjah di Negara Singapura duduk dalam kumpulan masing-masing semasa aktiviti p&p dijalankan. Murid yang pandai memimpin murid yang lemah semasa membuat aktiviti kumpulan. Murid juga membincang dalam ahli kumpulan mereka semasa mencari maklumat dalam dengan menggunakan internet.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengurusan bilik darjah di Negara Singapura sangat sistematik dari segi fizikal, pengurusan disiplin, amalan pengajaran dan pembelajaran dan juga dinamika kelas. Pengurusan bilik darjah yang sistematik ini dapat membantu murid-murid Negara tersebut dalam menguasai ilmu dan mencapai kecemerlangan dalam akademik.iii) Kertas cadangan

Kerajaan khususnya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah lama bertekad untuk memastikan guru-guru di Malaysia memiliki kemahiran dan kualiti kerja cemerlang supaya pendidikan negara kita setanding dengan pendidikan negara lain di dunia seperti Switzerland, Sweden dan Singapura. Selepas memerhati video pengurusan bilik darjah Negara maju seperti Singapura, saya dapat mencadangkan beberapa cadangan dalam mengimplimentasikan amalan- amalan berkaitan dalam bilik darjah dalam konteks pendidikan di Malaysia. Dunia pada abad ke-21 telah berada dalam gelombang teknologi maklumat. Dapat kita lihat pelajar-pelajar pada hari ini bergelumang dengan pelbagai cabaran, peluang dan cubaan yang tidak pernah ada sebelum ini. Maklumat-maklumat yang ingin diperoleh kini hanyalah di hujung jari atau di desktop. Contohnya muzik digital, video digital, digital teks, imej digital, statistik, perniagaan dan sebagainya. Ekoran daripada itu, pelajar generasi ke-21 seharusnya menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Di sekolah, kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Para pelajar mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber yang ada pada hari ini.

Cadangan pertama adalah didapati bahawa sistem pendidikan di Negara Singapura lebih menggunakan penggunaan ICT dalam p&p. Menyedari kepentingan penggunaan ICT pada masa kini, maka guru di Malaysia digalakkan mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan. Terutamanya memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam kelas matematik (Powers & Blubaugh, 2005). Penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen. Guru tidak hanya menjalankan pengajaran dan pengajara berfokus buk teks sahaja malah menggunakan pelbagai teknik dengan menggunakan kemahiran ICT dalam bilik darjah. Contohnya , menunukkan gambar dalam slaid, menayangkan video berkaitan topic yang akan dipelajari.

Selain daripada itu , peralatan canggih sepert yang digunakan dalam sistem pendidikan di Singapura seperti I-PAD, PC tablet dan E-book. Pelajar-pelajar pada zaman abad ke-21 mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Adalah menjadi peranan guru untuk beralih kaedah pengajaran daripada tradisional kepada pendekatan yang baru dan berinovasi. Ini kerana pelajar terbukti lebih selesa dengan konsep pengajaran guru yang berpusatkan pelajar di mana mereka dapat membina pemahaman sendiri melalui aplikasi kehidupan sebenar di sekeliling mereka dan juga interaksi dengan rakan-rakan. Saya mencadangkan agar sistem pendidikan Malaysia berasaskan Mobile Learning yang amat membantu para pelajar dan guru untuk mengakses sesuatu maklumat tidak mengira di mana sahaja mereka berada. Ini kerana dengan adanya aplikasi tertentu yang telah dibina dalam setiap gadget atau peranti tersebut, pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah. Pelajar hanya perlu memuat turun perisian atau aplikasi tersebut dan dengan adanya jaringan internet, semua maklumat dapat dilayari. Bagi pengguna iPad, pelbagai aplikasi yang boleh digunakan seperti ibook, Keynote, Numbers, Pages, iMovie, Evernote, Dropbox dan juga perisian-perisian lain. Bagi guru-guru yang mengajar matapelajaran seperti Sejarah dan Geografi, mereka boleh menggunakan Keynote untuk membuat tayangan slide kepada pelajar-pelajar mereka. Aplikasi seperti Numbers pula boleh digunakan untuk guru-guru membuat graf, pengiraan markah dan sebagainya.

Selain daripada itu, dengan adanya teknologi tersebut dapat mengurangkan beban kepada pelajar untuk membawa buku teks. Anak-anak tidak lagi perlu membawa beg berat yang sarat dengan pelbagai buku teks dan buku latihan ke sekolah. Pelajar boleh memuat turun iBook dan selepas itu, mereka boleh memuat turun buku-buku dalam itunes u dan disimpan di dalam iBook Sebagai contoh, iPad sudah mengambil alih peranan buku teks dan buku nota di beberapa buah sekolah di Asia. Penggunaan iBooks dalam pembelajaran bukan sahaja untuk menyimpan bahan bacaan berbentuk eletronik, tetapi boleh juga menyimpan bahan-bahan dokumen yang kita tulis di dalam aplikasi Pages di dalam iPad, iPhone atau iPod. Dokumen tersebut kita boleh tukarkan ke dalam bentuk e-book. Buku teks yang terdapat di dalam iBooks mempunyai paparan warna yang cantik, gambar rajah dan juga boleh memuat turun video interaktif. Sebagai seorang guru, iBooks amat membantu apabila guru ingin mengajar matapelajaran tertentu dengan menggunakan bahan-bahan dokumen tersebut dalam bentuk PDF di dalam iPad Pages kemudian boleh dipindahkan ke dalam bentuk iBooks dengan cara memuat turun bahan tersebut dalam ruangan penyimpanan iBooks. Guru atau pelajar juga boleh menggunakan bahan bacaan eletronik di dalam iBooks dengan hanya sentuh sahaja paparan skrin tersebut dan mereka boleh memilih buku yang ingin di baca. Jikalau ada pengguna yang tidak tahu maksud tentang sesuatu ayat, mereka hanya perlu highlight pada perkataan tersebut dan terus berkongsi perkataan tersebut di laman Facebook atau melalui email. Dari situ, kawan-kawan atau pengguna yang lain boleh berkongsi maklumat dengan mereka.

Selain daripada itu, dicadangkan supaya guru juga perlu lebih menggunakan gaya kepimpinan demokratik seperti di Negara Singapura menciptakan suasana yang kondusif untuk pengembangan kreativiti. Guru perlu menggalakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti. Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan murid-murid secara dua hala. Guru perlu menggunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Seperti di Negara Singapura, guru perlu menggunakan teknik main peranan, lakunan, dan sesi buzz Teknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pendidikan di Negara kita masih lagi di tahap permulaan. Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi desakan ke atas penggunaan teknologi sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan teknologi dalam pendidikan diharapkan dapat mempertingkatkan lagi kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komuniksi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu negara merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar dan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan pelajar. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memberikan komitmen penuh dalam merealisasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasrat Negara yang menginginkan sumber manusia yang berkualiti dan berkebolehan pada masa akan datang.PENGHARGAAN

Kami amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus Edu 3043 Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dan maklumat yang telah kami perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan.Di samping itu, kami juga telah didedahkan dengan cara menulis yang betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami En. Nur Suhaidy Bin Ramli kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta kritikan yang membina bagi menyempurnakan lagi hasil tugasan ini. Walaupun beliau bersibuk dengan lain lain urusan tetapi beliau tidak jemu untuk memberikan bimbingan. Wajah yang segar beliau sentiasa memberikan satu inspirasi kepada kami untuk meneruskan tugasan kami. Pelbagai manfaat yang telah kami perolehi serta sedikit sebanyak telah membina semangat dan minat kami di dalam tugasan berkaitan dengan topik yang kami pelajari.Selain itu, tidak lupa juga bimbingan dan sokongan daripada rakan rakan turut banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kerja kursus ini sempurna dilaksanakan.

Sekian,terima kasih.

Surat Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .Nama : Tamil Selvi A/P Ramasami No KP (861111-23-5780)Tarikh : 22 September 2014

Bibliografi Buku

Mohd Hasani Dali &Mohamad Johdi Salleh(2009). Pengurusan Bilik Darjah. DalamNoraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. KualaLumpur: McGraw Hill. Pps 161 188. ISBN 978-983-3850-54-9

Haliza Hamzah,Joy Nesamalar Samuel.2014. Siri Pendidikan Guru, Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku .Oxford Fajar Sdn. Bhd

Mook Soon Sang.2011. Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku.Penerbitan Multimedia SDN.BHD.

Wan Zahid Mohd Noordin.1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian,KL: Nurin Enterprise. dimuat turun pada 27.8.2014

Laman Web

http://www.haluan.org.my/v4/index.php/artikel/modal-insan/22-pendidikan-aset-berharga-membina-generasi-wawasan ( Diakses pada 26.08.2014)

pendekatanpembelajaran pemusatan pelajar (student...www.academia.edu/.../pendekatan_pembelajaran_pem..(Diakes pada 27/08/2014)

http://mantanguru.blogspot.com/2010/12/maklumat-dari-finland.html (Diakses pada 7.9.2014)

http://www.drinspirasi.com/blog/sistem-pendidikan-negara-finland-yang-menarik/(Diakses pada 12.09.2014)

12