kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu...

13
KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105) NAMA NUR HAMIZAH BT. A.HAMID ANGKA GILIRAN 1418 NO KAD PENGENALAN 920430-14-6424 PROGRAM PISMP SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2012 KUMPULAN/UNIT PISMP 4.06 NAMA PENSYARAH KURSUS PUAN MAZILAH BINTI HJ.ABDULLAH TARIKH HANTAR 2 OGOS 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P

(EDU 3105)

NAMA NUR HAMIZAH BT. A.HAMID

ANGKA GILIRAN 1418

NO KAD PENGENALAN 920430-14-6424

PROGRAM PISMP SEMESTER 4

AMBILAN JANUARI 2012

KUMPULAN/UNIT PISMP 4.06

NAMA PENSYARAH

KURSUS PUAN MAZILAH BINTI HJ.ABDULLAH

TARIKH HANTAR 2 OGOS 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

2

ISI KANDUNGAN

Senarai Kandungan Muka Surat

Borang Maklum Balas

1.0 Rancangan Pengajaran Harian 1 - 4

2.0 Refleksi 5 – 8

Lampiran 9 - 11

Page 3: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

1

1.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Bahasa Arab

Kelas : 2 Pintar

Tarikh / Masa : 18 Julai 2013 / 8.00 Pagi – 8.30 Pagi

Bilangan Murid : 25 Orang (10 Lelaki + 15 Perempuan)

Tajuk : Mari Mewarna

Standard Kandungan : 3) Mendengar perkataan dan ayat yang mudah.

Standard Pembelajaran : 3.1 Mampu mendengar kalimah dan ayat serta mengulangnya sehingga faham.

6.1 Menyebut perkataan dan ayat mudah.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1) Menyebut 6 perkataan warna dengan sebutan yang betul.

2) Menentukan warna berdasarkan gambar yang diberikan.

3) Mengaitkan warna dengan benda yang berada di sekeliling.

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif : Menentukan warna berdasarkan gambar yang dipaparkan.

Fokus Kemahiran : Mendengar dan Bertutur.

Penerapan Nilai : Keberanian.

Bahan Bantu Belajar : Video, LCD.

Page 4: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

2

Catatan Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Isi Pelajaran Langkah /

Masa

Murid membaca doa secara beramai-ramai.

Mengucap dua kalimah syahadah

dan membaca doa:

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا اللهم افتح .أرحم الرحمين

Pendahuluan

(2 Minit)

Bahan Bantu

Belajar:

- Video

- Guru menayangkan video.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang

video tersebut.

- Guru mengaitkan jawapan murid dengan

pelajaran yang akan dipelajari.

Video orang mewarna.

Set Induksi

(3 Minit)

Bahan Bantu

Belajar:

- Video

- Guru menunjukkan gambar-gambar yang

melambangkan warna melalui tayangan

video.

- Murid melihat paparan dan mendengar

sebutan perkataan.

Lihat dan dengar perkataan

warna:

1) Merah

2) Hitam

3) Putih

Langkah 1

(5 Minit)

Page 5: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

3

4) Kuning

5) Hijau

6) Biru

Bahan Bantu

Belajar:

- Video

- Guru menyebut perkataan yang terdapat

dalam paparan video dengan sebutan yang

betul.

- Murid mendengar sebutan guru dan

mengulangnya secara kelas.

- Guru membahagikan murid kepada

beberapa kumpulan dan murid menyebut

perkataan mengikut kumpulan.

- Guru memilih beberapa orang murid untuk

menyebut perkataan secara individu.

Dengar dan sebut perkataan

dengan sebutan yang betul.

1) Merah

2) Hitam

3) Putih

4) Kuning

5) Hijau

6) Biru

Langkah 2

(8 Minit)

Bahan Bantu

Belajar:

- Video

- Guru menayangkan video kepada murid-

murid.

- Murid-murid menjawab soalan berdasarkan

soalan yang diajukan melalui video.

- Guru meminta beberapa orang murid untuk

Latihan: membezakan warna

melalui video yang ditunjukkan.

Langkah 3

(7 Minit)

Page 6: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

4

menjawab soalan.

Bahan Bantu

Belajar:

- Video lagu

- Guru menayangkan sebuah video lagu

berkaitan tajuk warna.

- Murid-murid menyanyi beramai-ramai.

Aktiviti pengukuhan

Penutup

(5 Minit)

Page 7: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

5

REFLEKSI

NUR HAMIZAH BINTI A.HAMID 920430-14-6424

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana di atas

nikmat yang diberikan saya berjaya menyelesaikan tugasan EDU 3105 ini dengan

sempurna. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W

kerana di atas perjuangan Baginda dalam menyampaikan dakwah, kita dapat kecapi

dan peroleh ilmu pada masa sekarang. Alhamdulillah.

Pada 2 Julai 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan kursus EDU 3105

iaitu Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tugasan ini dinilai melalui aspek

penghasilan Bahan Bantu Belajar yang berbentuk video pendidikan dan Rancangan

Pengajaran Harian. Di samping itu juga, penulisan refleksi juga merupakan salah satu

aspek yang dinilai.

Tugasan ini adalah secara berpasangan. Oleh itu, pada hari tersebut saya telah

berbincang bersama rakan dan saya telah memilih, Liyana Binti Laily sebagai rakan

setugas saya untuk menjalankan tugasan kursus ini. Setelah itu, kami telah berbincang

dan kami telah memilih subjek Bahasa Arab, iaitu subjek major kami bagi menghasilkan

video pendidikan. Seterusnya, kami telah melihat tajuk-tajuk yang terkandung dalam

mata pelajaran Bahasa Arab dan kami telah memilih mata pelajaran Bahasa Arab

Tahun 2 mengenai tajuk “Hayya Nulawwin”.

Di awal permulaan tugasan, saya merasakan sedikit sukar berikutan tahap

pengetahuan saya dalam bidang teknologi adalah amat cetek. Tambahan pula, saya

tidak mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Bagaimanapun, tugasan ini

tetap diteruskan dan saya telah bertanya rakan-rakan yang lain mengenai perisian

Page 8: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

6

video. Memandangkan saya hanya mengetahui perisian Cyberlink sahaja dan perisian

ini tidak terdapat tulisan jawi, saya telah meminta tunjuk ajar dan pandangan rakan.

Rakan saya iaitu, Nur Azmina telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan

perisian Movie Maker di awal pembikinan video. Alhamdulillah, masalah ini dapat saya

atasi dengan baik.

Setelah itu, saya bersama rakan setugas saya telah berbincang dan merangka

Rancangan Pengajaran Harian bagi peringkat awal. Kami telah menetapkan aktiviti

yang bersesuaian bagi tajuk yang kami pilih. Untuk proses penyemakan, kami telah

bertemu pensyarah pembimbing iaitu, Puan Mazilah Binti Abdullah. Alhamdulillah,

Rancangan Pengajaran Harian kami diterima dan beliau telah mencadangkan kepada

kami untuk membuat satu video pendidikan seperti cerita Dora. Kami telah mencuba

untuk menghasilkannya bagaimanapun ianya tidak berjaya berikutan kesukaran untuk

menghasilkan jalan ceritanya. Disebabkan itu, kami telah menukar perancangan video

kami.

Di peringkat awal penghasilan video, kami bersepakat untuk memuat turun video

dari you tube sahaja dan mengolahnya. Saya sendiri telah menjalankan perancangan

tersebut dan banyak masalah telah saya hadapi. Di antaranya, kesukaran untuk

memuat turun video disebabkan saya tidak mempunyai perisian memuat turun. Oleh itu,

saya telah memasukkan perisian memuat turun video terlebih dahulu. Setelah itu, saya

mencuba untuk menyunting video tersebut dan menambah perkataan arab. Saya tidak

menghadapi kesukaran untuk memasukkan penggunaan tulisan jawi kerana saya

menggunakan perisian Movie Maker. Bagaimanapun, masalah itu timbul semasa saya

menyunting video yang dimuat turun tersebut. Video tersebut agak sukar disunting dan

hanya memakan masa selama seminit sahaja. Ia amat tidak bersesuaian dengan

tempoh pengajaran. Oleh itu, saya telah mencuba menghasilkan video sendiri.

Alhamdulillah, ia berhasil.

Page 9: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

7

Setelah menghasilkan video, kami mendapati video tersebut masih pendek dan

tidak bersesuaian. Kami telah meminta pendapat rakan-rakan yang lain sekali lagi dan

pendapat mereka amat positif. Salah seorang rakan kami, Aidha telah mencadangkan

kepada kami untuk melakonkan situasi di kedai pakaian. Kami telah mengambil

cadangan tersebut dan telah menulis skrip lakonan dalam Bahasa Arab. Setelah itu,

kami turut mengadakan penyemakan bersama Pensyarah Bahasa Arab, Ustazah

Sumaiyah Binti Sulaiman bagi menyemak tatabahasa arab yang kami gunakan dalam

skrip. Seterusnya, kami juga turut meminta rakan-rakan yang lain untuk berlakon.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan kami berjaya menghasilkan satu video

pendidikan.

Proses seterusnya adalah pemurnian Rancangan Pengajaran Harian dan video

pendidikan. Kami telah menggabungkan video yang telah kami bina dan menjadikannya

sebagai satu video. Bagaimanapun, satu lagi masalah yang tidak dijangka perlu kami

hadapi. Ketika kami membuka semula video yang telah kami gabungkan, terdapat

beberapa bahagian yang rosak dan tidak dapat dibuka. Bagi mengatasinya, kami

terpaksa mengeditnya semula. Inilah masalah dan dugaan yang perlu kami hadapi

sepanjang pembikinan video. Bagaimanapun, ia amat banyak memberi pengalaman

kepada kami. Memandangkan video ini merupakan video pertama yang saya hasilkan,

terlalu banyak pengalaman yang saya peroleh.

Melalui tugasan ini, saya kefahaman saya terhadap perkembangan kognitif

individu semakin bertambah. Seperti yang diketahui, kanak-kanak yang sedang

membesar melalui proses perkembangan kognitif dari satu peringkat ke satu peringkat.

Semasa di alam persekolahan, perkembangan kognitif murid-murid adalah perkara

yang penting. Sewajarnya guru menyedari hakikat tersebut dan seorang guru yang

berjaya berupaya untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.

Page 10: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

8

Dengan itu, saya sebagai bakal guru seharusnya merancang suatu perancangan

pengajaran dan pembelajaran yang memberi kesan terhadap perkembangan kognitif

murid-murid. Melalui pembikinan video ini, ia dapat menjadi salah satu cara bagi saya

mengembangkan kognitif murid-murid. Contohnya, di dalam video yang saya dan rakan

telah hasilkan, kami telah menggabungkan imej yang melambangkan warna dengan

audio. Melalui cara ini, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran guru dengan

cara mereka melihat dan mendengar sebutan audio melalui video tersebut.

Seterusnya, kami juga turut memasukkan video bagi aktiviti latihan dan

pengukuhan. Kami telah membina soalan dengan memasukkan pilihan jawapan.

Melalui pilihan jawapan yang diberikan, murid-murid akan berfikir dan memberikan

jawapan di masa itu. Di sini, kognitif murid-murid akan semakin berkembang.

Secara keseluruhannya, tugasan ini amat memberi impak yang besar kepada

saya. Tambahan pula, pembikinan video yang dihasilkan adalah hasil usaha saya

bersama rakan. Semoga pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang

proses penghasilan tugasan ini akan membantu saya dalam merancang pengajaran

dan pembelajaran. Insya Allah, di masa hadapan saya akan membuat video pendidikan

yang lain pula bagi mencipta suatu kelainan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 11: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

9

Page 12: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

10

Page 13: KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P (EDU 3105)anamurabbi.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480032/edu_3105.pdf · kerja kursus : projek teknologi dalam p&p (edu 3105) nama nur hamizah

11