keras kerja keceriaan makmal bahasa 2015

15
PANITIA BAHASA INGGERIS PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN. KERTAS KERJA PROJEK PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN LANGUAGE LAB (MAKMAL BAHASA) DISEDIAKAN OLEH: CIK MELISSA ROSILA BINTI MOHAMAD MAHFUZ KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS PN. ASIAH HUSNA BINTI ABDULLAH

Upload: melissa-rosila-mohamad-mahfuz

Post on 15-Jan-2016

297 views

Category:

Documents


53 download

DESCRIPTION

Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

PANITIA BAHASA INGGERIS

PANITIA BAHASA MELAYU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR,

08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA

PROJEK PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN

LANGUAGE LAB (MAKMAL BAHASA)

DISEDIAKAN OLEH:

CIK MELISSA ROSILA BINTI MOHAMAD MAHFUZ

KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS

PN. ASIAH HUSNA BINTI ABDULLAH

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Page 2: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

PROJEK PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN

LANGUAGE LAB (MAKMAL BAHASA)

1.0 Ringkasan Eksekutif

Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu, mengambil inisiatif untuk

menjenamakan semula sebuah bilik pembelajaran kendiri yang lebih dikenali sebagai

Language Lab (Makmal Bahasa) bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir. Bilik

pembelanjaran kendiri ini mempunyai fungsi yang akan membantu pelajar SMK Chepir

untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan inisiatif mereka sendiri.

Bagi memberi peluang murid SMK Chepir meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan

Bahasa Melayu mereka, Language Lab (Makmal Bahasa) ini perlu mempunyai kemudahan

pembelajaran yang sesuai dan menarik. Fungsi Language Lab (Makmal Bahasa) ini adalah

untuk membantu para pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu secara

kendiri. Oleh yang demikian, projek keceriaan Language Lab (Makmal Bahasa) ini

diharapkan dapat ditingkatkan penggunaanya serta fungsinya dengan kos yang

dianggarkan berjumlah RM 1080.00.

2.0 Latar Belakang Projek

Language Lab (Makmal Bahasa) dibawah kelolaan Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia

Bahasa Melayu adalah salah satu usaha kedua-dua buah panitia ini untuk mewujudkan

budaya pembelajaran kendiri untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan

Bahasa Melayu dikalangan pelajar di sekolah. Namun kerana kurangnya kelengkapan bilik

serta bahan pembelajaran yang diperlukan menyebabkan pengurusan dan keceriaan bilik

tersebut belum dapat direalisasikan. Setelah mendapat kepercayaan daripada pihak

sekolah, Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu mendapat peluang untuk mewujudkan

bilik pembelajaran kendiri khusus untuk kedua-dua mata pelajaran ini bagi membantu

tahap penguasaan pelajar yang lemah.

Page 3: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

3.0 Objektif

3.1 Objektif Eksplisit

Mempertingkatkan minat dan tumpuan pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa

Melayu.

Mewujudkan ruang pembelajaran Bahasa Melayu secara kendiri kepada pelajar.

Menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya dalam

kehidupan seharian mereka.

Menanamkan budaya ‘Learning English is Fun’ dikalangan murid.

3.2 Objektif Implisit

Menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Melayu dengan teknik yang lebih

kasual.

Mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu pelajar melalui pembelajaran kendiri.

Mengurangkan rasa malu pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Meningkatkan penggunaaan Bahasa Inggeris ketahap yang lebih tinggi.

4.0 Komponen

Bil Projek Aktiviti Jumlah

1 Projek

Keceriaan

Language Lab

(Makmal

Bahasa)

Menyediakan peralatan pembelajaran kendiri

yang lengkap.

Menghias dan menceriakan Language Lab

(Makmal Bahasa) dengan bahan yang sesuai.

Menyediakan model pembelajaran yang

menarik minat pelajar.

Mewujudkan pengurusan bilik yang

maksimum bagi kegunaan pelajar.

Menyediakan bahan bacaan dan rujukan dalam

Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

RM 1080.00

Page 4: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

5.0 Sumber kewangan

Sumbangan badan kerajaan, berkanun, koporat dan persendirian.

6.0 Anggaran Kos

Bil Program Butiran Jumlah

1

Penyelenggaraan

Membaiki komputer

Membaiki pencetak

Membaiki pemain CD

Membaiki TV

Membaiki LCD projector

RM 350.00

RM 200.00

RM 100.00

RM 200.00

RM 150.00

RM 1000.00

2Papan Tanda Language Lab (Makmal

Bahasa)1 buah x RM300.00 RM 300.00

3 Kertas A4 80gsm (10 rim) 1 rim x RM 12.00 RM 120.00

JUMLAH RM 1420.00

Page 5: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

7.0 Output dan Faedah

Tahun Projek Output dan Faedah

2015 Projek Keceriaan

Makmal Bahasa

Mempertingkatkan minat dan tumpuan pelajar

terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

Mewujudkan ruang pembelajaran Bahasa Melayu

secara kendiri kepada pelajar.

Menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris

terutamanya dalam kehidupan seharian mereka.

Menanamkan budaya ‘Learning English is Fun’

dikalangan murid.

8.0 Justifikasi

Program ini dipilih kerana

Kurangnya bahan atau sumber rujukan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan

juga Bahasa Melayu untuk para pelajar.

Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar secara kendiri mengikut masa

senggang mereka.

Menarik dan meningkatkan keyakinan para pelajar untuk mempelajarai mata

pelajaran yang penting bagi mereka.

9.0 Maklumat tambahan

Surat memohon kebenaran (Lampiran 1)

AJK Projek (Lampiran 2)

Jadual pelaksanaan projek (Lampiran 3)

Pelan lantai Language Lab (Makmal Bahasa) (Lampiran 4)

Page 6: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

10.0 Kumpulan sasaran

Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir dari Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 5.

Semua guru mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Kebangsaan Chepir.

11.0 Tempat

Makmal Bahasa (Language Lab) Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir

12.0 Anjuran

Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan

Chepir

13.0 Aktiviti

Menyediakan peralatan pembelajaran kendiri yang lengkap.

Menghias dan menceriakan Makmal Bahasa dengan bahan yang sesuai.

Menyediakan model pembelajaran yang menarik minat pelajar.

Mewujudkan pengurusan bilik yang maksimum bagi kegunaan pelajar.

Menyediakan bahan bacaan dan rujukan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

14.0 Tempoh masa

Bermula dari 01 April 2015 hingga 30 Jun2015.

Page 7: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

Disediakan Oleh,

-------------------------------------------------

Cik Melissa Rosila binti Mohamad Mahfuz,

Ketua Panitia Bahasa Inggeris,

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir.

Disediakan Oleh,

-------------------------------------------------

Pn. Asiah Husna binti Abdullah,

Ketua Panitia Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir.

Di semak oleh,

-------------------------------------------------

Pn. Hajah Rous Nani binti Ibrahim,

Guru Kanan Bahasa,

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir.

Di sahkan oleh,

-------------------------------------------------

Pn. Zahara binti Ismail,

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir.

Page 8: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

Melissa Rosila binti Mohamad Mahfuz,

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir,

08200 Sik,

Kedah Darul Aman.

Rujukan :

Tarikh : 20 Mac 2015

Kepada,

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir,

08200 Sik,

Kedah Darul Aman.

Puan,

MEMOHON MELAKSANAKAN PROJEK KECERIAAN LANGUAGE LAB (MAKMAL BAHASA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Adalah saya selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris memohon kebenaran pihak puan bagi

melaksanakan Projek Keceriaan Language Lab (Makmal Bahasa) diperingkat sekolah pada tahun

ini. Bersama ini disertakan kertas kerja dan jadual program bagi rujukan puan. Segala kerjasama

dan keprihatinan puan dalam menyokong program ini diucapkan jutaan terima kasih.

3.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

---------------------------------------------------------

MELISSA ROSILA BINTI MOHAMAD MAHFUZ

Ketua Panitia Bahasa Inggeris,

Sekolah Menengah Kebangsaan Chepir. (KEA 8022)

Sk: Fail

Lampiran 1

Page 9: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

AHLI JAWATANKUASA PROJEK KECERIAAN LANGUAGE LAB (MAKMAL BAHASA)SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR 2015

PENASIHATPN. ZAHARA BINTI ISMAIL

Pengetua

PENGERUSITN. HJ. SHAFEI BIN AWANG AHMAD

Penolong Kanan Kurikulum

TIMBALAN PENGERUSI ITN. HJ. KU MUHAMMAD NAJMI BIN KU AZIZAN

Penolong Kanan HEM

TIMBALAN PENGERUSI IIPN. SALMA BINTI ABDULLAH

Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA IMELISSA ROSILA BINTI MOHAMAD MAHFUZ

Ketua Panitia Bahasa Inggeris

SETIAUSAHA IIASIAH HUSNA BINTI ABDULLAHKetua Panitia Bahasa Melayu

AJKPN. AKMAL FARAHATUL WAHIDA BINTI ABDUL JAMIL

PN. NURUL AIN BINTI ABD MOKTYPN. ZURINA BINTI MAT SAMANEN. NASARUDDIN BIN KASSIM

EN. HAFIZ BIN JALILPN. NORRIZAN BINTI HASHIM

PN. NOR AZIAH BINTI OTHMANPN. NORFAZILA BINTI SAMSIR

PN. NORFIDA BINTI ZUBINTN. HJ. YUSRI BIN HAMID

EN. MOHD ZAKI BIN YAAKOB

Lampiran 2

Page 10: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

JADUAL KERJA / PELAN TINDAKAN PROJEK KECERIAAN LANGUAGE LAB (MAKMAL BAHASA) SMK CHEPIR 2015

BIL PERKARAAPRIL MEI JUN

TINDAKAN1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. Pembincangan dengan Pengetua Ketua Panitia BI & BM

2. Pembincangan sebut harga dengan pembekal Ketua Panitia BI & BM

3. Penyediaan kertas kerja Ketua Panitia BI & BM

4. Penyerahan kertas kerja untuk disemak oleh guru

kanan dan pentadbiran

Ketua Panitia BI & BM

Pengetua

5. Penyediaan surat mohon sumbangan Ketua Panitia BI & BM

6. Pengedaran surat mohon sumbangan Ketua Panitia BI & BM

7. Pengumpulan sumbangan Ketua Panitia BI & BM

8.Mengemaskini Language Lab (Makmal Bahasa)

Ketua Panitia BI & BM

AJK

9. Menceriakan Language Lab (Makmal Bahasa) Ketua Panitia BI & BM

10. Menyusun atur peralatan & perabot Language Lab

(Makmal Bahasa)

Ketua Panitia BI & BM

11. Mengemaskini papan kenyataan Ketua Panitia BI & BM

12.Operasi Language Lab (Makmal Bahasa) secara

berperingkat

Ketua Panitia BI & BM

13.Penyampaian sijil penghargaan kepada

penyumbang Language Lab (Makmal Bahasa)

Ketua Panitia BI & BM

14. Language Lab (Makmal Bahasa) dijangka siap

sepenuhnya

Ketua Panitia BI & BM

Lampiran 3

Page 11: Keras Kerja Keceriaan Makmal Bahasa 2015

PELAN LANTAI PROJEK KECERIAAN LANGUAGE LAB (MAKMAL BAHASA)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR

Lampiran 4

MEJA GURUPENTAS

BERCERITA

LCD

READING ROOM

TV

KOMPUTER

MEJA

MEJA

MEJA MEJA

MEJA

MEJA

MEJA MEJA

KOLEKSI BAHAN BELAJAR KENDIRI

MODEL

RUANG PENONTON

MODELMODEL