kerajaan tempatan

13
GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN 1.0 PENDAHULUAN Local Agenda 21 (LA21) merupakan salah satu program yang diputuskan dalam sidang kemuncak UNCED (United Nations Commission on Environment and Development) pada tahun 1992, atau juga dikenali sebagai Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil. Salah satu aspek penting yang dibincangkan adalah mewujudkan pembangunan yang seimbang, atau sustainable development, di peringkat tempatan. Persetujuan ini memerlukan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendedahkan kepada masyarkat setempat dan pihak swasta terhadap isu pembangunan seimbang (ICLEI, 1997). Pembangunan mampan merupakan salah satu agenda utama dunia amnya, dan kerajaan Malaysia khususnya, semenjak tahun 1990- an. Konsep pembangunan mampan mementingkan kesejahteraan rakyat yang bergantung kepada kemakmuran ekonomi, dan pembentukan insan yang hasratnya adalah keharmonian hidup bermasyarakat; serta penglibatan awam dalam proses perancangan dan pembangunan. Malaysia menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan prinsip-prinsip pembangunan LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 1

Upload: lydia-mohammad-sarkawi

Post on 18-Jul-2016

252 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kerajaan tempatan

TRANSCRIPT

Page 1: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

1.0 PENDAHULUAN

Local Agenda 21 (LA21) merupakan salah satu program yang diputuskan

dalam sidang kemuncak UNCED (United Nations Commission on

Environment and Development) pada tahun 1992, atau juga dikenali sebagai

Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil. Salah satu aspek penting yang

dibincangkan adalah mewujudkan pembangunan yang seimbang, atau

sustainable development, di peringkat tempatan. Persetujuan ini memerlukan

Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendedahkan kepada masyarkat setempat

dan pihak swasta terhadap isu pembangunan seimbang (ICLEI, 1997).

Pembangunan mampan merupakan salah satu agenda utama dunia amnya,

dan kerajaan Malaysia khususnya, semenjak tahun 1990-an. Konsep

pembangunan mampan mementingkan kesejahteraan rakyat yang

bergantung kepada kemakmuran ekonomi, dan pembentukan insan yang

hasratnya adalah keharmonian hidup bermasyarakat; serta penglibatan awam

dalam proses perancangan dan pembangunan. Malaysia menunjukkan

komitmen yang tinggi dalam melaksanakan prinsip-prinsip pembangunan

mampan dalam proses perancangan, pelaksanaan pembangunan,

pentadbiran, penguatkuasaan, serta memberi kepentingan kepada

penglibatan dan penyertaan masyarakat setempat dalam proses membuat

keputusan. Bagi menjayakan agenda di atas, penglibatan menyeluruh

masyarakat yang terdiri daripada agensi kerajaan, masyarakat setempat, dan

pihak swasta amatlah diperlukan. Penglibatan secara menyeluruh oleh semua

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 1

Page 2: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

pihak mampu mencapai kewujudan Local Agenda 21 (selepas ini dikenali

sebagai LA21).

Jika dilihat dari aspek pelaksanaan, LA21 di Malaysia telah dimulai pada

tahun 2000 (Osman, Rashid & Ahmad, 2008). Empat buah Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) telah dipilih sebagai perintis bagi memulakan program yang

mempunyai agenda besar ini. PBT yang terlibat ialah Majlis Perbandaran

Petaling Jaya (MPPJ), Majlis PerbandaraN Kuantan (MPK), Majlis

Perbandaran Miri (MPM) dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Kempat-empat

PBT yang terpilih diberikan tanggungjawab besar bagi memastikan

pelaksanaan program LA21 di Malaysia mampu memenuhi kehendak dan

tujuan penubuhannya. Kejayaan keempat-empat PBT ini akan dijadikan tanda

aras dan rujukan bagi PBT lain di Malaysia (KPKT, 2002). Bagi

merealisasikan pelaksanaan LA21, PBT yang terpilih perlu terlebih dahulu

membentuk jawatankuasa. Jawatankuasa yang dibentuk adalah mengikut isu

setempat. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh pihak masyarakat

sendiri yang secara sukarela menyertai program LA21. Jawatankuasa yang

terbentuk bertanggungjawab merancang program-program yang bersesuaian

dan perlu memikirkan strategi untuk menarik minat masyarakat setempat

untuk melibatkan diri dan menjayakan program yang dirancang. Di antara

contoh jawatankuasa yang dibentuk oleh PBT perintis ini ialah Jawatankuasa

Alam Sekitar, Jawatankuasa Kemiskinan, Jawatankuasa, Sosial, serta

Jawatakankuasa Lalulintas dan Perumahan. Pelaksanaan LA21 telah

dijadikan dasar kerajaan dan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT), semua PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Malaysia telah

diarah mewujudkan Jawatankuasa LA21 di peringkat PBT masing-masing

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 2

Page 3: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

mulai tahun 2004. Keperluan mewujudkan jawatankuasa LA21 adalah

bertujuan untuk membolehkan aspirasi kerajaan, melalui pelaksanaan

program LA21, dapat disemarakkan di seluruh negara. Namun, persoalan

utama yang wujud ialah, sehingga kini, masih terdapat PBT yang dilihat gagal

menyahut arahan dan cabaran KPKT, di mana wujudnya kelewatan di

kalangan PBT untuk mewujudkan jawatankuasa LA21 dan merancang secara

menyeluruh pelan tindakan program LA21 di PBT masing-masing.

1.2 Objektif kajian

Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk mengenalpasti peranan PBT dalam

pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mapan.

2.0 METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN

Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan

maklumat untuk mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. Untuk

menghasilkan kertas kerja ini, saya telah memilih pendekatan kualitatif

melalui kaedah temubual sebagai metod kaedah pertanyaan dan berbincang

dengan rakan-rakan sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang

penulisan kertas kerja ini. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah

digunakan sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperoleh

daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian

untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-topik tugasan ini. Dalam

mengkaji aspek-aspek tersebut, perhatian dan penelitian akan difokuskan

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 3

Page 4: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

kepada peranan PBT dalam pelaksanaan Local Agenda 21 ke arah

pembangunan mapan.

2.0 PENGENALAN

Pihak berkuasa tempatan

Konsep Pembangunan Mapan

Pembangunan mapan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan

pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan

pada masa depan. Pembangunan bandar yang mapan harus dijalankan

dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber,

pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas

bandar dan kawasan sekelilingnya. (White & Whitney, 1992). Pembangunan

bandar yang mapan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan

manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan

masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut

adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi,

peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya

peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity

sector) menjadi penting. (David Drakakis-Smith, 1995).

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 4

Page 5: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

Tujuan PM:

1. Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang

dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan

sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber

semulajadi. resolusi isu global. Pemuliharaan merangkumi penggantian

sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada

faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.

2. Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam

semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling

memanfaatkan.

Membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan

tersebut. Meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan

dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 5

Page 6: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan

mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan

pekerjaan.

3. Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan

mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau

menjejaskan kualiti kehidupan. Mengurangkan atau mengubah proses

pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia.

Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.

4. Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara

golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat

mengurangkan ketidaksamaan sosial. Mengurangkan pembaziran tenaga

manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di

sesuatu kawasan.

5. Penyertaan Politik

Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 6

Page 7: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

5.0 PERBINCANGAN

5.1 LOCAL AGENDA 21 KE ARAH PEMBANGUNAN MAPAN

Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di

bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada

Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada

3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan

pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke-

21. Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil

kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang

kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam

Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam

Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses

perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21"

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 7

Page 8: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat

tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan

5.1 PRINSIP-PRINSIP LA21

Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai

objektif ke arah pembangunan mampan iaitu:-

1. Penyertaan Dan Ketelusan

Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa

tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21.

Maklumat tentang program LA21 dan pembangunan mampan mestilah

sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.

2. Usahasama

Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak

berkepentingan di semua peringkat program LA21.

3. Kebertanggungjawaban

Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada

keputusan dan tindakan yang diambil.

4. Pendekatan Menyeluruh

Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan

cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

5. Peka Kepada Keupayaan

Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam

dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 8

Page 9: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

6. Kesaksamaan

Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa

membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar

belakang, diwakili dalam program LA21.

7. Mementingkan Masa Hadapan

Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi

masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21.

8. Hasil Yang Nyata

Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat

dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

5.3 Peranan PBT dalam LA21

PBT merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan

program pembangunan mampan menerusi LA21. Oleh yang demikian PBT

perlu tahu isu berbangkit di kawasan pentadbirannya dan seterusnya dapat

menarik minat masyarakat setempat dan pihak swasta bersama-sama

menangani segala isu dan permasalahan seperti masalah kesihatan dan

sosial di kawasan tersebut. Maka, pengetahuan yang mendalam mengenai

kaedah dan mekanisme pelaksanaan Program LA21 perlu wujud di kalangan

PBT tersebut agar Program LA21 dapat direalisasikan secara berkesan.

Hasil daripada kajian ini dapat menunjukkan sama ada peranan dan aktiviti

yang dilaksanakan oleh PBT mampu mencapai objektif pembangunan

mampan bertepatan dengan kehendak semasa masyarakat setempat. PBT

berperanan untuk membina, memproses dan mewujudkan polisi dan

peraturan alam sekitar tempatan dan membantu melaksanakan polisi alam

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 9

Page 10: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

sekitar di peringkat separa kebangsaan dan kebangsaan. Memandangkan

PBT adalah peringkat kerajaan yang terdekat dengan orang ramai, maka

mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik, mengerakkan dan

memaklumkan kepada orang awam untuk menggalakkan pembangunan

mampan.

Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti mana

dibawah iaitu:-

i. Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama

ii. Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan

sepersetujuan (consensus)

iii. Melibatkan masyarakat tempatan

iv. Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang

berkepentingan untuk menguruskan proses ini

v. Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu

vi. Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan

projek

vii. Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan

viii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan

pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan

Antara Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan

kerjasama antara PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan

kawasan persekitaran yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya

kerjasama antara masyarakat dan PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga

akan lebih teratur dan peka kepada keperluan tempatan. Disamping itu juga,

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 10

Page 11: KERAJAAN TEMPATAN

GMGA 2053 KERAJAAN TEMPATAN

sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan

seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat, sektor swasta dan MBJB dapat

diselaraskan.

LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 11