pihak berkuasa tempatan ditubuhkan melalui peruntukan …akta kerajaan tempatan, 1976 terdapat...

50

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pihak Berkuasa Tempatan Ditubuhkan Melalui Peruntukan Akta

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Kerajaan Ketiga dalam pemerintahan negara selepas daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

Pihak Berkuasa Tempatan boleh mendakwa dan didakwa (Seksyen 13 Akta Kerajaan Tempatan, 1976)

Sebagai Kerajaan Ketiga, Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai tugas-

tugas yang tersendiri yang mendorong ianya menguatkuasakan

peraturan-peraturan yang telah diletakkan hak kepadanya.

Tiga Undang-Undang Utama yang dikuat kuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi:

(a) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171);

(b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133);

(c) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

Amnya ketiga-tiga (3) Akta tersebut mempunyai peranan

sebagaimana berikut:

(a) Melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Pihak Berkuasa Tempatan diberi peranan untuk memastikan kehidupan masyarakat setempat berada dalam keadaan kondusif

Sambungan…..

(b) Melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pihak Berkuasa Tempatan sebagai pihak berkuasa perancang tempatan diberi peranan untuk merancang dan mengawal kawasannya bersesuaian dengan kondisi setempat

(c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) pula memberi peranan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengawal dan memastikan pembinaan bangunan, jalan dan longkang berada dalam keadaan yang baik

Sambungan…..

Kesemua Akta tersebut adalah untuk memastikan kehidupan masyarakat setempat berada dalam kondisi yang baik dan sempurna

ISU-ISU PELAKSANAAN:

(i) Persediaan di jabatan – pewujudan unit/bahagian;

(ii) Prosedur yang jelas untuk dilaksanakan;

(iii) Kefahaman dalam pengurusan dokumen di jabatan;

(v) Pengurusan fail dan kertas siasatan;

(vi) Penyelasaran antara unit/bahagian/jabatan

(iv) Kefahaman mengenai fungsi dan peranan setiap pegawai yang terlibat

RINGKAS MENGENAI AKTA-AKTA UTAMA

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Terdapat beberapa peruntukan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memperuntukkan secara langsung kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil tindakan peruntukan.

Ianya meliputi:

(a) Dalam Bahagian VIII Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan—

pencemaran anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain parit alur air oleh mana-mana orang (seksyen 69 Akta 171);

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Sambungan:

pencemaran anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain parit alur air oleh mana-mana orang yang menjalankan perniagaan (seksyen 70 Akta 171);

(b) Dalam Bahagian IX Kerajaan Tempatan, 1976 berkaitan—

Menguatkuasakan rumah-rumah, tanah-tanah atau bangunan-bangunan yang kotor dan tidak baik atau yang diliputi tumbuh-tumbuhan yang rimbun dan mudarat (seksyen 74 Akta 171);

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Sambungan:

Memeriksa dan memasuki semua rumah dan bangunan di samping mengarahkan rumah atau bangunan tersebut dicat atau dicuci sekiranya kebersihan tidak dijaga (seksyen 75 Akta 171);

Memusnahkan tikus, burung atau lain-lain vermin sekiranya ia mendatangkan bahaya kepada kesihatan rumah itu atau masyarakat (seksyen 76 Akta 171);

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Sambungan:

Kuasa untuk menghapuskan, mengubah atau meruntuhkan apa-apa penyekat, petak, para dan lain-lain rangka bina yang menjadikan ianya tidak layak untuk diduduki atau didiami (seksyen 77 Akta 171);

Menduduki sesebuah rumah dengan penuh sesak sehingga mendatangkan bahaya atau bencanakepada kesihatan (seksyen 78 Akta 171);

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Sambungan:

Kuasa untuk menghapuskan kacau ganggu (seksyen 80 Akta 171);

(c) Dalam Bahagian XIV Akta Kerajaan Tempatan, 1976 berkaitan—

Gagal untuk mempamerkan lesen (subseksyen 107(6) Akta 171);

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Selain daripada kuasa-kuasa yang tertera secara langsung dalam Akta Kerajaan Tempatan, 1976, Pihak Berkuasa Tempatan juga diperuntukkan kuasa untuk menggubal undang-undang kecil.

Seksyen-seksyen yang memperuntukkan kuasa tersebut meliputi:

(a) Seksyen 72 Akta Kerajaan Tempatan, 1976;

(a) Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan, 1976;

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

Sehubungan dengan itu, sekiranya undang-undang kecil tadi digubal dan menggariskan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum berdasarkan kuasa yang diperuntukkan, penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya.

AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976

SIAPA YANG BOLEH MENGUATKUASAKAN

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TERSEBUT?

Berdasarkan kepada seksyen 32 Akta Kerajaan Tempatan 1976 menyebut:

Tiap-tiap notis, perintah, waran, lesen, resit atau lain-lain dokumen seumpamanya yang dikeluarkan atau memerlukan pengesahan oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah disifatkan sebagai disahkan dengan cukupnya tanpa meterai pihak berkuasa tempatan itu jika ditandatangani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar atau Yang Dipertua, Setiausaha atau oleh mana-mana lain pegawai pihak berkuasa tempatan itu yang diberikuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar atau Yang Dipertua mengikut mana-mana yang berkenaan, atau oleh mana-mana perintah tetap atau undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan itu.

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN

1974

(AKTA 133)

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) terbahagi kepada

beberapa bahagian dan ianya meliputi:

(a) Jalan;

(b) Parit;

(c) Lorong Belakang;

(d) Bangunan.

Dalam mengawal pembukaan jalan-jalan di kawasan Pihak Berkuasa

Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan melalui seksyen 9 diberikan

kuasa untuk menguatkuasakan pembukaan jalan-jalan persendirian

tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan.

Antara lain, Pihak Berkuasa Tempatan juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis kepada mana-mana orang yang didapati merosakkan jalan persendirian (Seksyen 16 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Bagi halangan yang terdapat di tempat awam yang termasuk jalan, tindakan pengalihan boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Begitu juga dengan pengotoran di jalan-jalan (Seksyen 47 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Pengawalan pembinaan parit-parit, alur atau anak sungai juga

ditekankan oleh Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 di samping

melarang mana-mana orang menutup, menahan atau melencongkan

mana-mana parit (seksyen 55 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Menghubungkan sesuatu jamban atau tandas dengan mana-mana anak sungai, alur, anak sungai, kolam, tasik, laut atau mana-mana parit tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan atau Pihak Berkuasa Negeri juga merupakan kesalahan di bawah Akta (Subseksyen 55 (2) dan (4) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Begitu juga dengan pengaliran cecair keluar tred (Subseksyen 55 (3) dan (4) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Dalam mengawal lorong belakang pula, Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974 melarang mana-mana orang daripada mendirikan atau

menyenggara mana-mana halangan di lorong-lorong belakang.

Sekiranya terdapat pelanggaran kepada peruntukan tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan dibenarkan untuk menurunkan atau menghapuskan halangan tersebut. (Subseksyen 69 (2) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Bagi pendirian bangunan, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

(Akta 133) memperuntukkan bahawa:

Tiada seorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan

Subseksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 juga memperuntukkan

denda iaitu:

Sekiranya disabitkan boleh didenda tidak melebihi LIMA PULUH RIBU RINGGIT atau DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN atau kedua-duanya dan juga boleh didenda tambahan sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan

Subseksyen 70 (13) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 juga memperuntukkan bahawa:

Mana-mana orang yang menggunakan sesuatu bangunan atau bahagian sesuatu bangunan bagi sesuatu maksud selain maksud yang baginya ia telah dibina pada asalnya tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan boleh apabila disabitkan didenda TIDAK MELEBIHI DUA PULUH LIMA RIBU RINGGIT dan juga boleh didenda tambahan TIDAK MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas suatu notis untuk memberhentikan bangunan itu daripada digunakan bagi maksud lain itu telah disampaikan kepada orang itu

Subseksyen 70 (12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 juga memperuntukkan bahawa:

(1) Tiada seorang pun boleh mendiri atau mengarah atau membenar didirikan dalam sesuatu bangunan apa-apa sekatan, petak, galeri, loteng, bumbung, siling atau binaan lain tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan

Subseksyen 79 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

Antara lain, bagi menjamin keselamatan bangunan, Pihak Berkuasa

Tempatan diberi kuasa untuk mengawal selia bangunan-bangunan

yang berada dalam keadaan hampir runtuh (seksyen 83 Akta Jalan,

Parit dan Bangunan, 1974).

Begitu juga bangunan-bangunan yang ditinggalkan dan menjadi tumpuan pemalas-pemalas atau orang yang berkelakuan tidak senonoh (Subseksyen 84 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974).

Dalam melengkapkan lagi pengawalan pendirian bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa untuk menggubal undang-undang kecil berdasarkan kepada perkara-perkara yang ditetapkan di bawah seksyen 133 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974.

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

SIAPA YANG BOLEH MENGUATKUASAKAN

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TERSEBUT?

Berdasarkan kepada subseksyen 119 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 menyebut:

Semua notis, perintah, resit, waran dan lain-lain dokumen dari apa-apa jua jenis yang sesuatu pihak berkuasa tempatan itu diberkuasa untuk memberi oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh diberi oleh seseorang pegawai atau pekerja yang diberkuasa berkenaan dengannya oleh pihak berkuasa tempatan itu

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA,

1976

(AKTA 172)

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 jelas memperuntukkan

bahawa:

Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan.

Subseksyen 18 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

Kegagalan mematuhi peruntukan subseksyen 18 (1) Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 merupakan suatu kesalahan

yang boleh dihukum sebagaimana berikut:

Seseorang yang, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak orang lain—

(a) menggunakan atau membenarkan untuk digunakan mana-mana tanah atau bangunan yang berlanggaran dengan seksyen 18;

(b) ………………………………………….

(c) ………………………………………….

Sambungan…

(d) ………………………………

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi LIMA RATUS RIBU RINGGIT atau DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN atau kedua-duanya dan, berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga LIMA RIBU RINGGIT bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 juga memperuntukkan

bahawa:

Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).

Subseksyen 19 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 jelas memperuntukkan

bahawa:

Tiada seorang pun boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan selain menurut kebenaran merancang yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 berkenaan dengan pemajuan itu atau syarat-syarat kebenaran merancang itu.

Seksyen 20 Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 jelas memperuntukkan

bahawa:

Seseorang yang, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak orang lain—

(a) …………………………………..

(b) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan yang berlanggaran seksyen 19 atau seksyen 20;

(c) …………………………………..

Sambungan…

(d) ………………………………

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi LIMA RATUS RIBU RINGGIT atau DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN atau kedua-duanya dan, berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga LIMA RIBU RINGGIT bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

(Akta 172), perkataan “pemajuan” ditafsirkan sebagaimana

berikut:

ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah; dan "memajukan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya

Sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan membatalkan atau

mengubahsuai sesuatu kebenaran merancang atau pelan

bangunan, pembangunan tersebut hendaklah diberhentikan atau

diubahsuai dan kegagalan memberhentikan kerja-kerja tersebut

atau menurut pengubahsuaian tersebut merupakan suatu

kesalahan. Perkara ini dapat dilihat melalui peruntukan

perenggan 26 (1) (c) dan (d) Akta Perancangan Bandar dan Desa

1976 (Akta 172) yang menyebut:

Seseorang yang, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak orang lain—

(a) …………………………….;

(b) ……………………………..;

Sambungan…

(c) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan jika kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah dibatalkan menurut seksyen 25; atau

Sambungan…

(d) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan selepas kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah diubah suai menurut seksyen 25 dan pemajuan yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan sedemikian adalah tidak selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai

itu,

Sambungan…

(d) ………………………………

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi LIMA RATUS RIBU RINGGIT atau DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN atau kedua-duanya dan, berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga LIMA RIBU RINGGIT bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

KUASA UNTUK

MASUK

Bagi Akta Kerajaan Tempatan, 1976, kuasa untuk masuk diberikan melalui peruntukan seksyen 110 yang menyebut sebagaimana berikut:

Seseorang pegawai Pihak Berkuasa Tempatan, boleh pada setiap masa yang munasabah, memasuki mana-mana premis dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi maksud menjalankan apa-apa kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau menjalankan kerja, yang diberi kepada sesuatu pihak berkuasa tempatan.

Dalam menjalankan penyiasatan tersebut, penguatkuasa boleh

mengarahkan agar penduduk mana-mana premis memberikannya

nama dan nombor kad pengenalan dan nama serta alamat pemunya

sekiranya diketahui (subseksyen 111 Akta Kerajaan Tempatan 1976)

Perlu diingat juga bahawa keengganan memberi maklumat tersebut atau menyalahnyatakan maklumat yang diperlukan itu adalah merupakan suatu kesalahan.

Tambahan lagi, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan yang diberikuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan kesalahan tersebut (seksyen 121 Akta Kerajaan Tempatan, 1976)

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 pula, kuasa untuk masuk diberikan melalui peruntukan seksyen 97 yang menyebut sebagaimana berikut:

Boleh memasuki mana-mana tanah atau bangunan pada bila-bila masa yang berpatutan di siang hari

Bagi rumah kediaman yang benar-benar diduduki, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan yang diberikuasa boleh memasuki rumah tersebut sekiranya mempunyai persetujuan penduduknya atau selepas memberitahu penduduk itu dua puluh empat jam terlebih dahulu

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

Melalui Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 juga, sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan bercadang untuk mengambil tindakan pada waktu malam dan menggunakan kekerasan yang tertentu untuk masuk ke premis tersebut untuk memeriksa—

Boleh membuat cadangan kepada Pihak Berkuasa Negeri

Untuk disytiharkan kelas premis yang berkaitan

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Bagi Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 pula, kuasa untuk masuk ke dalam mana-mana tanah dan bangunan membuat penyiasatan diberikan melalui peruntukan seksyen 45.

Walau bagaimanapun, kemasukan ini tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Syarat-syarat tersebut meliputi:

Bagi bangunan yang digunakan untuk masuk kediaman, keizinan perlu didapatkan terlebih dahulu daripada peghuni atau dengan memberikan notis 24 jam kepada penghuni tersebut;

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Sambungan…

Bagi bangunan yang digunakan untuk masuk kediaman, keizinan perlu didapatkan terlebih dahulu daripada peghuni atau dengan memberikan notis 24 jam kepada penghuni tersebut;

Perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada kelaziman sosial dan agama penghuni tanah atau bangunan tersebut dalam mengimbangi pentingnya kemasukan tersebut;

Kemasukan di antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

SEKIAN,

TERIMA KASIH