kementerian kerajaan tempatan dan perumahan … · “kerajaan tempatan” merupakan satu...

13
1 PELAN INTERGRITI ORGANISASI KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH 1.0 LATAR BELAKANG “Kerajaan Tempatan” merupakan satu pembahagian geografi dalam sebuah negara yang berdaulat atau separa daulat, yang mana melaksanakan kuasa pemerintah dalam sebuah kawasan yang tertentu dan ianya berada dibawah kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Kerajaan Tempatan mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang, yang mana ianya kerajaan yang boleh didakwa dan mendakwa dan boleh melibatkan diri dalam sebarang perjanjian atau kontrak. Kerajaan Tempatan merupakan “Kerajaan Peringkat Ketiga” dalam struktur Persekutuan di Malaysia. Kerajaan Tempatan di Sabah ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (No. 11) berkuatkuasa pada 1hb. Januari 1962 di bawah GN No. 134 bertarikh 15 November 1961. Selepas pilihanraya Majlis Undangan Negeri 1963, pentadbiran Kerajaan Tempatan diwujudkan berasingan daripada urusetia dengan pengwujudan Kementerian Kerajaan Tempatan. Pada tahun 1967, Kementerian ini dinamakan sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 : o OKT 1961 terbahagi kpd 15 bahagian yang memberi kuasa, tanggungjawab dan fungsi kepada Pihak Berkuasa Tempatan Sabah. Perkembangan Kerajaan Tempatan di Negeri Sabah : o 1931 : „Sanitary Boards(SB) diperkenalkan di Jesselton, Sandakan, Tawau dan Labuan iaitu sebahagian daripada pejabat-pejabat daerah. BAHAGIAN 1

Upload: lekhanh

Post on 06-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

1.0 LATAR BELAKANG

“Kerajaan Tempatan” merupakan satu pembahagian geografi dalam sebuah negara yang

berdaulat atau separa daulat, yang mana melaksanakan kuasa pemerintah dalam sebuah kawasan

yang tertentu dan ianya berada dibawah kuasa Kerajaan Negeri masing-masing.

Kerajaan Tempatan mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang, yang mana

ianya kerajaan yang boleh didakwa dan mendakwa dan boleh melibatkan diri dalam sebarang

perjanjian atau kontrak.

Kerajaan Tempatan merupakan “Kerajaan Peringkat Ketiga” dalam struktur Persekutuan di

Malaysia.

Kerajaan Tempatan di Sabah ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (No.

11) berkuatkuasa pada 1hb. Januari 1962 di bawah GN No. 134 bertarikh 15 November 1961.

Selepas pilihanraya Majlis Undangan Negeri 1963, pentadbiran Kerajaan Tempatan

diwujudkan berasingan daripada urusetia dengan pengwujudan Kementerian Kerajaan Tempatan.

Pada tahun 1967, Kementerian ini dinamakan sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan dan

Perumahan.

ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 :

o OKT 1961 terbahagi kpd 15 bahagian yang memberi kuasa, tanggungjawab dan fungsi kepada

Pihak Berkuasa Tempatan Sabah.

Perkembangan Kerajaan Tempatan di Negeri Sabah :

o 1931 : „Sanitary Boards‟ (SB) diperkenalkan di Jesselton, Sandakan, Tawau dan Labuan iaitu

sebahagian daripada pejabat-pejabat daerah.

BAHAGIAN 1

2

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

o 1954 : SB diasingkan daripada pejabat Majlis Daerah bagi penubuhan Majlis Daerah Luar

Bandar (MDLB) / Lembaga Bandaran (LB) dibawah „Municipalities and Urban Authorities

Ordinance 1954.

o 1961 : Kedudukan MDLB dan LB diperbaiki dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

(OKT).

1.2. PUNCA KUASA

Semasa penubuhan awal Kementerian ini, beberapa Ordinan telah digunapakai bagi

memastikan kementerian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan.

Ordinan-ordinan ini telah diperbaiki dan ditambah mengikut kesesuaian dan juga peredaran

zaman.

(i) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (No. 11)

(ii) Ordinan Perancangan Bandar dan Desa 1950 (Cap. 141)

(iii) Ordinan Pentadbiran Luar Bandar 1951 (Cap. 132)

(iv) Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1952 (Cap. 86)

(iv) Ordinan Hiburan Awam 1958 (No. 23)

(v) Rent Control (Business premises) Enactment 1960

(vi) Ordinan Kesihatan Awam 1960 (No. 7)

(vii) Ordinan Anjing 1960 (No.24)

(ix) Ordinan Petroleum 1961

(x) Enakmen Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan Pemaju-Pemaju Perumahan) 1978

(xi) Enakmen Penguasa Pembangunan Perumahan dan Bandar, 1981.

Kementerian ini juga bertanggungjawab bagi memastikan semua Undang-Undang Kecil

dan Peraturan-Peraturan dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan/Enakmen diselaraskan

secara teratur dan dikuatkuasakan oleh PBT. Kementerian juga bertanggungjawab dalam

menyediakan draf Undang-Undang Kecil serta peraturan dan pindaan-pindaan berkaitan dengan

undang-undang.

3

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

1.3 VISI KEMENTERIAN

Menjadikan KKTP pemacu pembangunan mampan melalui penyampaian perkhidmatan

yang kreatif dan berinovatif secara berterusan.

1.4 MISI KEMENTERIAN

Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Pihak Berkuasa Tempatan,

Pembangunan Perumahan, Pembangunan Bandar & Wilayah dan Hal Ehwal Anak Negeri untuk

mewujudkan masyarakat sejahtera.

1.5 FUNGSI DAN PERANAN

Kementerian juga bertanggungjawab dalam pentadbiran undang-undang berikut:

1) Ordinan Hiburan Awam, 1958 (No.23)

2) Ordinan Kesihatan Awam, 1960 (No.7)

3) Enakmen Kawalan Sewa (Premis Perniagaan) 1960.

Pentadbiran

Kerajaan

Tempatan

Pentadbiran

Hal Ehwal

Anak Negeri

Fungsi Perancangan

Bandar Dan

Desa

Pengawalan

Pembangunan

Perumahan

4

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

1.6 OBJEKTIF KKT&P

1.6.1 Pentadbiran Kerajaan Tempatan

Mewujudkan sistem Kerajaan Tempatan yang cekap, kompiten dan responsif melalui

penggunaan optimum ICT.

Membina sistem rangkaian sepenuhnya dan perkhidmatan on-line Pihak Berkuasa Tempatan

seluruh negeri.

Mengurangkan penggantungan kewangan PBT kepada kerajaan melalui memperkasakan

Pihak Berkuasa Tempatan.

Memastikan semua undang-undang Kecil dan suratcara-suratcara lain disemak untuk

memenuhi keperluan semasa dan melaksanakannya dengan tegas.

Memastikan keperluan asas dan kemudahan awam yang mencukupi dapat disediakan untuk

meningkatkan taraf hidup pembayar cukai.

Menyerapkan prinsip-prinsip LA21 dalam Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.

Menghapuskan setinggan menjelang tahun 2010 melalui skim-skim penempatan semula

yang teratur dan program-program perumahan kos rendah.

1.6.2 Perancang Bandar Dan Desa

Memastikan pembangunan dan pertumbuhan bandar dan pekan-pekan baru secara tersusun

melalui perancangan fizikal yang teratur.

Memastikan pembangunan fizikal bandar dan luar bandar secara teratur melalui

perancangan yang sistematik di semua peringkat.

Memastikan pertumbuhan bandar yang seimbang melalui pembangunan pekan-pekan baru

dan pusat-pusat pertumbuhan di kawasan-kawasan luar bandar yang berpotensi .

5

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

1.6.3 Kawalan Dan Pelesenan Pembangunan Perumahan

Meregulasikan industri perumahan di Sabah dengan menguatkuasakan undang-

undang dan peraturan-peraturan berkenaan untuk menjaga kepentingan semua

pihak yang berkaitan.

Memastikan semua dasar-dasar kerajan berkaitan dengan pemilikan rumah bagi

bumiputra adalah dipatuhi.

Memastikan projek-projek perumahan yang terbengkalai dipulih dan disiapkan

Menyemak dan menguatkuasakan semua undang-undang dan peraturan yang

berkaitan dengan industri perumahan secara berterusan.

.

1.6.4 Pentadbiran Pengurusan Hal Egwal Anak Negeri

Mewujudkan institusi pentadbiran Hal Ehwal Anak Negeri yang berkredibiliti dan

dihormati.

1.6.5 Nilai-nilai budaya cemerlang

Amanah

Integriti

Disiplin

Kualiti

6

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

2.0 PENGENALAN

Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta

dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk

budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Etika dan Integriti

adalah dua kata kunci terpenting yang mendasari PIN. Etika merupakan himpunan nilai dan

moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Integriti ialah

kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti

berkait dengan etika yang berlandaskan etika dalam tindakan seharian .

2.1 FALSAFAH PIN

Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip

perlembagaan Persekutuan.PIN berlandaskan kepada:

2.1.1 Falsafah dan prinsip Rukun Negara iaitu membawa masyarakat yang bersatu padu,

adil, demokratik, liberal dan progresif (5 prinsip) Rukun Negara.

2.1.2 Diasaskan oleh falsafah dan cabaran wawasan 2020 kearah mewujudkan sebuah

Negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020.

2.1.3 Pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat untuk kesejahteraan masyarakat dan

negara, mengambilkira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara lain dan impek

globalisasi.

BAHAGIAN 2

7

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

2.2 OBJEKTIF UMUM PIN

Untuk merealisasikan hasrat wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju mengikut

acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika

dengan para warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan didasari

oleh budi pekerti yang luhur.

2.3 OBJEKTIF KHUSUS PIN

2.3.1 Memberikan halatuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka bekerjasama

dalam usaha besar membina masyarakt yang bersatu padu, berharmoni,

berintegriti, bermoral dan beretika.

2.3.2 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha

peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan

dalam semua bidang.

2.3.3 Menggalakan semangat bertanggungjawab dikalangan anggota masyarakat serta

mendorong perkembangan masyarakat Sivil yang menjunjung prinsip integriti dan

bergerak cerdas menegakkan integriti.

2.3.4 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat, negara dan

peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.

2.3.5 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani

cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

8

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

PELAN TINDAKAN PIN

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

3.1 STRATEGI PIN DALAM KKT&P

3.1.1 Institusi Pentadbiran

Strategi 1: Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik

BIL. PROGRAM/

AKTIVITI MATLAMAT KUMPULAN

SASARAN

PELAKSANA

1. Meningkatkan

Tadbir Urus

Terbaik

Memastikan

pentadbiran

Organisasidi

tadbir dengan

efisyen dan

berintegriti

tinggi.

Semua

peringkat

pegawai

Bahagian Audit

2. Pemodenan

pentadbiran dan

institusi

-Memantapkan

pembaharuan

dalam

pentadbiran dan

pengurusan

-Memastikan

penambahbaikan berterusan .

Semua

peringkat

pegawai

Pengurusan

KKT&P

3. Memperluaskan

penggunaan

teknologi

komunikasi

(ICT) dalam

pelaksanaan

tugas

-Mempertingkat

kecekapan,

Keberkesanan

dan

mempercepat

proses kerja

-Memastikan keselamatan data dan rekod.

Warga anggota

KKT&P

Bahagian

Teknologi

maklumat

BAHAGIAN 3

9

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

Strategi 2: Memantapkan pengurusan sumber manusia

BIL PROGRAM/

AKTIVITI

MATLAMAT

KUMPULAN

SASAR

PELAKSANA

1. Melaksanakan

sistem saringan

dalam pemilihan

pegawai dan

staf yang lebih

ketat, terutama

mereka di

bahagian/unit

berisiko tinggi

dengan ruang

dan peluang

gejala rasuah

Memastikan

pengambilan

pegawai dan

staf

yang dianggap

bersih dan

memiliki tahap

integriti yang

tinggi

Pegawai dan

staf

pengambilan

baru dan staf

untuk kenaikan

pangkat

Bahagian

Pengurusan

Sumber Manusia

10

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

Strategi 3: Melaksanakan program kesedaran memerangi jenayah rasuah,

penyelewengan, salah guna kuasa serta meningkatkan integriti.

BIL PROGRAM/

AKTIVITI

MATLAMAT

KUMPULAN

SASAR

PELAKSANA

1. Mewujud dan

memantapkan

saluran aduan

dalaman dan

saluran aduan

awam

Memantapkan

mekanisme

ketelusan dalam

pentadbiran bagi

memperbaiki

sebarang

kelemahan dan

aduan salahlaku

atau kelemahan

pentadbiran

Menerusi:

i. Urus setia JK

keutuhan.

ii. Urus Setia

Aduan (Web).

iii. Portal yang

dicadangkan

Warga anggota

KKT&P

Bahagian

Pengurusan

Sumber

Manusia

Bahagian Hal

Ehwal

Korporat

Bahagian

Teknologi

Maklumat

2. Memperluas

Kempen

kesedaran

masyarakat

memerangi

jenayah rasuah,

penyelewengan

dan salahguna

kuasa serta usaha

pemantapan

integriti dan nilai-nilai murni di semua peringkat

Meningkatkan

tanggungjawab

pentadbiran dan

pengurusan

organisasi supaya

sentiasa memberi

kefahaman dan

kesedaran kepada

warga

organisasi

pentingnya usaha

mempertingkatkan integriti dan

menghapuskan rasuah

Semua anggota

Bahagian latihan

11

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

3.1.2 Institusi Keluarga

Strategi 1: Membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia dan sejahtera berlandaskan

nilai-nilai murni

BIL PROGRAM/

AKTIVITI MATLAMAT

KUMPULAN

SASAR

PELAKSANA

1 Mengadakan hari

keluarga setiap

tahun

Merapatkan lagi

hubungan

Sesama anggota keluarga

Keluarga

anggota warga

KKT&P

Kelab kebajikan

& Rekreasi

2 Program lawatan

kebajikan

Mewujudkan

kesedaran dalam

mengeratkan

hubungan

kekeluargaan

Anggota

keluarga

KKT&P

Kelab

Kebajikan

3.1.3 Institusi Sosiobudaya

Strategi 1: Membina insan yang berpengetahuan, berkemahiran, beretika, berintegriti,

dan bertanggungjawab

BIL PROGRAM/

AKTIVITI MATLAMAT

KUMPULAN

SASAR

PELAKSANA

1 Menjalankan

seminar atau

kempen kesedaran

integriti

Menimbulkan

kesedaran

terhadap kepentingan

integriti sebagai budaya hidup

Warga

anggota

KKT&P

Bahagian

Latihan

12

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

Strategi 2: Meningkatkan taraf kesihatan, kecerdasan, keceriaan dan produktiviti

BIL PROGRAM/

AKTIVITI MATLAMAT

KUMPULAN

SASAR

PELAKSANA

1 Membudayakan

aktiviti sukan

dan kecerdasan

dikalangan

anggota

perkhidmatan

Membina

masyarakat sihat

dan cerdas

Warga

anggota

KKT&P

Pengurusan &

Kelab Reakreasi

Strategi 3: mengembangkan budaya yang kreatif, berinovasi, dan betanggungjawab

melalui penyebaran maklumat.

BIL PROGRAM/

AKTIVITI MATLAMAT

KUMPULAN

SASAR

PELAKSANA

1 Memperkasakan

Kakitangan pelbagai

peringkat serta

menggalakkan

mereka

mengemukakan

pandangan dan

cadangan kepada

pihak pengurusan

-Mengembangkan

budaya pelaporan

dalaman (Whistle

blowing)

-Mengelakkan

penumpuan

kuasa atau kuasa

terpusat

-Membetulkan

kesilapan dan

penyelewengan

Warga

anggota

KKT&P

Bahagian

Pengurusan

Sumber

Manusia

13

PELAN INTERGRITI ORGANISASI

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

KESIMPULAN

Seiring dengan perkembangan dunia tanpa mengira sempadan pada masa kini, pelbagai

kaedah serta pendekatan telah dilaksanakan oleh semua pihak dalam usaha untuk menghapuskan

rasuah, salah guna kuasa,, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran.

Wujudnya usaha untuk memantapkan keutuhan pentadbiran, mempertingkatkan tadbir

urus serta mengurangkan karenah birokrasi dalam sektor awam seharusnya perlu dilaksanakan

secara bersepadu dan menyeluruh. Hal ini kerana, tindakan-tindakan ini tidak boleh dilaksanakan

secara sendiri dan tidak akan bergerak secara bersendirian. Hal ini akan melibatkan isu

pertindihan tugas serta membazirkan masa, tenaga dan kos.

Oleh yang demikian, perlu ada satu pendekatan yang boleh diterima oleh semua pihak

untuk memastikan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam berada ditahap yang terunggul dan

cemerlang.

BAHAGIAN 4