kewangan kerajaan tempatan

46
Jenis hasil yang hendak diperkenalkan harus mampu memberi pendapatan yang stabil di samping tidak menimbulkan reaksi negatif daripada orang ramai yang dikenakan bayaran berkenaan. Antara ciri-ciri cukai yang baik :

Upload: kaiser205

Post on 15-Feb-2015

167 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

slide kewangan kerajaan tempatan untuk rujukan. memberitahu anda tentang kewangan kerajaan tempatan.

TRANSCRIPT

Page 1: Kewangan Kerajaan Tempatan

Jenis hasil yang hendak diperkenalkan harus mampu memberi pendapatan yang stabil di samping tidak menimbulkan reaksi negatif daripada orang ramai yang dikenakan bayaran berkenaan. Antara ciri-ciri cukai yang baik :

Page 2: Kewangan Kerajaan Tempatan

Kadar Hasil• Hasil yang diperolehi dari sesuatu sumber itu

haruslah stabil, boleh diramalkan dan anjal terhadap tindak balas perubahan sosial dan ekonomi.

• Contohnya, cukai pendapatan dan cukai jualan adalah lebih anjal berbanding dengan cukai cukai harta kerana harta secara amnya sukar dapat ditingkatkan nilainya dalam tempoh singkat.

• Sumber yang dicadangkan juga harus mampu menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan yang dirancang.

Page 3: Kewangan Kerajaan Tempatan

Kos Kutipan Persoalan tentang kos kutipan ini adalah

dikaitkan dengan berapakah jumlah kos yang akan dilibatkan dalam mengutip hasil berkenaan.

Jika kos bagi mengutip seringgit hasil adalah sama atau lebih dari seringgit bermakna sumber yang dicadangkan adalah tidak ekonomik untuk dilaksanakan.

Page 4: Kewangan Kerajaan Tempatan

Adil• Beban cukai yang dikenakan haruslah adil dan

berdasarkan keupayaan membayar. • Mengikut prinsip percukaian seperti ‘ekuti

menegak’ iaitu yang berkemampuan dikenakan lebih cukai atau ‘ekuiti melintang’ di mana orang yang berada pada situasi ekonomi yang sama dikenakan kadar cukai yang sama rata.

• Asas cukai juga mestilah jelas supaya orang ramai memahami dan menerima kenapa mereka dikenakan cukai.

• Pihak yang mendapat lebih nikmat penggunaan perkhidmatan seharusnya membayar lebih cukai daripada pihak yang kurang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Page 5: Kewangan Kerajaan Tempatan

Kecekapan Ekonomi Sebarang bentuk cukai yang direka

bentuk haruslah dapat menggalakkan pengagihan sumber yang cekap dalam ekonomi.

Ia tidak sepatutnya boleh merubah atau merencatkan pilihan individu atau firma dalam melabur, menabung, berbelanja atau membuat pemilihan tempat.

Page 6: Kewangan Kerajaan Tempatan

Keupayaan Melaksana• Kesesuaian sesuatu sumber itu juga harus

dilihat dari segi keupayaan melaksanakannya sama ada dari aspek politik atau pentadbiran.

• Kemahuan politik (political will) sering dipersoalkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengenaan cukai.

• Ahli politik sering berhadapan dengan dilema menjaga kepentingan orang ramai yang semestinya tidak gemarkan sebarang bentuk cukai dan dalam masa yang sama ahli politik juga menjadi ejen kerajaan dalam mengenakan cukai

• Cukai yang jelas nampak (visible) juga harus dielakkan. Cukai jualan adalah contoh cukai kurang jelas nampak kerana semua orang dikenakan cukai bagi setiap barangan yang dibeli tetapi tidak menyedarinya berbanding dengan cukai harta.

• Keupayaan melaksana dilihat dari segi pentadbiran iaitu ianya mudah dikenakan, dikutip dan dikuatkuasakan.

Page 7: Kewangan Kerajaan Tempatan

• Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai.

• Memerlukan kos yang tinggi sama ada untuk tujuan pembangunan, perolehan barangan atau membayar gaji kakitangan.

• Hasil-hasil kerajaan tempatan di Malaysia dinyatakan secara khusus melalui Seksyen 39 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan.

Page 8: Kewangan Kerajaan Tempatan

Cukai Harta• Cukai harta (property tax) atau juga

dikenali sebagai cukai taksiran atau kadaran adalah merupakan sumber paling penting kerajaan tempatan di kebanyakan negara di dunia.

• Di Amerika ia menyumbang dua pertiga dari keseluruhan pendapatan sesebuah pihak berkuasa tempatan

• Merupakan cukai langsung yang dikenakan terhadap pegangan atau hartanah yang merangkumi tanah dan bangunan.

Page 9: Kewangan Kerajaan Tempatan

• Untuk kerajaan tempatan di Malaysia, cukai harta hanya dikenakan terhadap pegangan harta berbentuk bangunan, lebih dikenali dengan nama cukai pintu. Ccukai tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

• Bagaimanakah cukai harta ini ditentukan? • Melibatkan satu proses yang disebut sebagai

penilaian (assessment).• Pihak yang menilai pula dipanggil penilai

cukai (tax assessor). Di Malaysia, proses penilaian harta dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan sendiri dengan mendapat bantuan dari Jabatan Penilaian Harta.

Page 10: Kewangan Kerajaan Tempatan

Kerajaan tempatan di Malaysia menggunakan asas Nilai Tahunan atau Nilai Tambah sesuatu pegangan dalam mengenakan cukai taksiran.

Nilai Tahunan merujuk kepada penggunaan anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah sebagai asas pengenaan cukai.

Nilai Tambah pula menggunakan anggaran harga jualan yang berpatutan sebagai asas cukai.

Page 11: Kewangan Kerajaan Tempatan

• Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah menetapkan kadar tidak melebihi 35 peratus jika menggunakan Nilai Tahunan atau tidak melebihi 5 peratus jika menggunakan Nilai Tambah sebagai asas cukai. Kadar yang dikenakan juga berbeza mengikut penggunaan sesuatu pegangan. Contohnya, kadar untuk bangunan perniagaan biasanya lebih tinggi dari bangunan rumah kediaman.

• Pendapatan dari sumber ini adalah stabil tetapi pertambahan nilai sesuatu pegangan memerlukan penilaian semula harta yang melibatkan kos yang tinggi dan proses yang rumit. Kepada ahli politik, proses ini merupakan lpilihan terakhir yang mahu difikirkan.

Page 12: Kewangan Kerajaan Tempatan

Lesen• Pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk

mendaftar, melesen dan mengawal perdagangan, perniagaan atau perindustrian di dalam kawasan tadbirnya.

• Lesen adalah sebagai alat untuk mengawal penubuhan, pemilikan dan pengendalian sesuatu perniagaan.

• Contoh-contoh perniagaan yang memerlukan lesen ialah kedai gambar, makanan dan minuman, bengkel pembaikan kenderaan dan penjaja kecil bergerak.

• Ia merupakan salah satu sumber penting tetapi potensinya agak terhad. Ini adalah kerana ia bergantung kepada kepesatan pembangunan perniagaan dan proses perbandaran di sesuatu kawasan. Kenaikan dalam bayaran lesen juga tidak boleh dilakukan dengan mudah.

Page 13: Kewangan Kerajaan Tempatan

Sewa• Pendapatan dari sewa banyak bergantung

kepada keupayaan pihak berkuasa tempatan mendapatkan modal untuk membina rumah atau kompleks perniagaan.

• Bangunan-bangunan ini akan disewakan kepada orang ramai.

• Di United Kingdom hampir semua pihak bekuasa tempatan membina rumah-rumah yang dipanggil Council House untuk disewakan kepada orang ramai terutamanya untuk golongan kurang berkemampuan.

• Kadar sewa yang dikenakan biasanya jauh lebih rendah dari kadar pasaran terutamanya yang dikenakan oleh pihak swasta.

• Salah satu masalah utama dari sumber sewa ini ialah dari aspek pungutan dan penguatkuasaan.

• Pendapatan dari sewa agak sukar diuruskan dan kurang stabil.

Page 14: Kewangan Kerajaan Tempatan

Bayaran Perkhidmatan dan Yuran • Yuran adalah satu bentuk bayaran yang

dikenakan ke atas perkhidmatan dan penggunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

• Contohnya sejumlah yuran akan dikenakan apabila memohon kelulusan perancangan sesuatu projek pembangunan.

• Bayaran perkhidmatan dikenakan bagi penggunaan kemudahan seperti kolam renang, gelanggang, padang bola dan perpustakaan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Page 15: Kewangan Kerajaan Tempatan

• Bagaimanakah menentukan kadar yuran dan bayaran perkhidamatan yang akan dikenakan.

• Bergantung kepada matlamat pihak berkuasa tempatan itu sendiri. Adakah ia bermatlamatkan untuk menyediakan perkhidmatan tanpa mengira pulangan, untuk pulang modal atau mendapatkan sedikit untung bagi membiayai aktiviti-aktiviti lain?

• Biasanya yuran atau bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan adalah lebih rendah dari kadar pasaran atau yang dikenakan oleh pihak swasta.

Page 16: Kewangan Kerajaan Tempatan

Pulangan Pelaburan • Pendapatan dari punca ini bukanlah

merupakan sumber utama kerana kebanyakan kerajaan tempatan beroperasi dalam defisit.

• Tidak banyak lebihan dari tabungan pihak berkuasa tempatan yang boleh digunakan bagi tujuan pelaburan.

• Pelaburan yang dibuat biasanya adalah dalam akaun-akaun amanah dan simpanan tetap yang rendah risikonya.

• Pihak berkuasa tempatan juga boleh menubuhkan unit perniagaannya sendiri sebagai satu alternatif pelaburan.

Page 17: Kewangan Kerajaan Tempatan

Denda • Denda adalah satu bentuk hukuman yang

dikenakan bagi sesiapa yang melanggar undang-undang kecil dan akta berkaitan.

• Contohnya ialah denda kesalahan meletak kenderaan, membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya atau membina bangunan sambungan tanpa kelulusan

• Sumber pendapatan dari denda juga dikatakan kurang stabil kerana ia bergantung kepada keberkesanan proses penguatkuasaan.

Page 18: Kewangan Kerajaan Tempatan

7. Sumbangan Membantu Taksiran/Kadar• Pada prinsipnya semua hartanah atau pegangan dalam

kawasan pihak berkuasa tempatan adalah dikenakan cukai taksiran

• Terdapat beberapa kategori harta yang dikecualikan dari cukai ini.

• Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa tanah atau bangunan yang digunakan untuk tujuan awam adalah tidak dikenakan cukai taksiran.

• Sebagai ganti, satu bentuk bayaran yang dipanggil sebagai Sumbangan atau Caruman Bantu Kadar dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh kerajaan negeri atau persekutuan yang mempunyai hartanah di dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan.

• Sumbangan Bantu Kadar ini bolehlah dianggap sebagai satu bentuk bayaran yang dibuat oleh kerajaan negeri, persekutuan atau badan berkanun kepada pihak berkuasa tempatan kerana menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

• Kadar bayaran ditentukan melalui persetujuan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan ini khususnya dari hasil perbincangan dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan.

• Di United Kingdom Sumbangan Bantu Kadar ini disebut sebagai ‘Donation in lieu of rates’

Page 19: Kewangan Kerajaan Tempatan

Bantuan Kerajaan Negeri dan Persekutuan • Memandangkan kebanyakan hasil negara adalah

disalurkan kepada kerajaan pusat dan negeri dan bagi mengimbangkan keadaan ini, beberapa bentuk bantuan akan diberi kepada kerajaan tempatan oleh kedua-dua peringkat kerajaan yang lebih atas ini.

• Bantuan-bantuan adalah dalam bentuk geran. • Istilah geran digunakan kerana bantuan yang diberi

adalah berbentuk sumbangan hangus. Ini bermaksud ia tidak perlu dibayar balik seperti pinjaman.

• Terdapat pelbagai jenis geran yang diterima oleh sesebuah pihak berkuasa tempatan. Geran ini bukanlah satu bayaran wajib yang mesti dikeluarkan kepada setiap pihak berkuasa tempatan mengikut tempoh tertentu.

• Ia juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dan juga keupayaan kerajaan persekutuan dan negeri berkenaan.

Page 20: Kewangan Kerajaan Tempatan

• Bantuan dalam bentuk geran berkategori (categorical grants) hanya boleh digunakan bagi tujuan yang ditentukan sahaja seperti bantuan banjir, pembinaan sekolah dan sebagainya.

• Bantuan dalam bentuk perkongsian hasil (revenue sharing) juga agak popular di beberapa kerajaan tempatan di Amerika Syarikat. Cukai yang dikutip oleh kerajaan persekutuan atau negeri akan dipulangkan sebahagiannya mengikut formula tertentu kepada kerajaan tempatan. Contohnya, lima peratus dari cukai jalan yang dikutip oleh kerajaan persekutuan dipulangkan kepada kerajaan tempatan dalam bentuk perkongsian hasil.

Page 21: Kewangan Kerajaan Tempatan

• Bentuk geran yang pernah dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan di Malaysia.

 Geran Pelancaran• Dikeluarkan sekitar tahun 1978 sebagai satu

insentif bagi mempercepatkan proses penyusunan semula dan meringankan beban penguasa tempatan yang telah disusun semula.

• Setiap Majlis Daerah berhak mendapat maksimum sebanyak RM4.125 juta dan Majlis Perbandaran $3.50 juta.

• Pengiraan peruntukan adalah berdasarkan bilangan penduduk dan saiz kawasan

Page 22: Kewangan Kerajaan Tempatan

Geran Jalan• Disediakan untuk kerajaan negeri tetapi

disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan di bawah kawalan penguasa tempatan.

• Kerja-kerja ini termasuklah kerja penurapan, penampungan lubang, pembinaan jambatan dan longkang, penanaman pokok peneduh, pemasangan lampu isyarat dan sebagainya.

• Jumlah geran yang diberi adalah berasaskan perbatuan dan lebar jalan seluas 14 kaki.

• Geran jalan ini hanya diberikan kepada jalan bukan persekutuan

Page 23: Kewangan Kerajaan Tempatan

Geran Penyengaraan/Tahunan Geran ini diperkenalkan bagi mengurangkan

beban perbelanjaan pentadbiran yang disebabkan oleh kenaikan gaji kakitangan.

• Dikira berdasarkan bilangan penduduk dan jumlah kutipan hasil pihak berkuasa tempatan berkenaan.

• Pertimbangan diberi kepada penguasa tempatan yang didapati tidak berkembang dengan baik kerana kemunduran dan tiada kemampuan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan tanggungjawab yang dipikul.

Page 24: Kewangan Kerajaan Tempatan

• Pinjaman– Pihak berkuasa tempatan dibenarkan

membuat pinjaman bagi membiayai projek-projek pembangunannya.

– Pinjaman biasanya digunakan bagi membiayai projek-projek besar seperti pembinaan kompleks sukan, dewan serba guna, pusat membeli-belah dan bangunan pejabat.

– Di kebanyakan negara maju salah satu kaedah pinjaman yang digunakan ialah melalui gadai janji atau bon.

– Bon adalah satu bentuk sijil hutang yang menjanjikan pembayaran balik pinjaman pokok bersama kadar faedah tertentu apabila mencapai tempoh matang.

Page 25: Kewangan Kerajaan Tempatan

– Pelabur biasanya memilih untuk melabur dalam bon kerajaan kerana pulangannya terjamin, risiko yang rendah dan faedah yang diperolehi tidak dikenakan cukai. Kaedah pembiayaan melalui bon ini belum pernah diamalkan oleh kerajaan tempatan di Malaysia.

– Bahagian V di bawah tajuk Peruntukan-peruntukan Am Kewangan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ada memperuntukkan kebenaran kepada pihak berkuasa tempatan di Malaysia untuk membuat pinjaman bagi membiayai perbelanjaan dan projek tertentu.

– Pinjaman ini boleh digunakan untuk tujuan pengambilalihan tanah, binaan bangunan, pengendalian kerja dan juga melunaskan hutang. Pinjaman boleh dibuat dengan mana-mana pihak seperti institusi kewangan, kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.

– Nilai pinjaman hendaklah tidak melebihi lima kali nilai tahunan harta pegangan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan berkenaan dan tempoh bayaran balik tidak melebihi enam puluh tahun (Sek. 41).

– Setiap bentuk pinjaman mestilah mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu.

Page 26: Kewangan Kerajaan Tempatan
Page 27: Kewangan Kerajaan Tempatan
Page 28: Kewangan Kerajaan Tempatan
Page 29: Kewangan Kerajaan Tempatan

satu perancangan kewangan kerajaan dari segi menentukan jenis dan jumlah sumber hasil yang dijangka boleh diperolehi dan merangka strategi bagaimana untuk membelanjakannya dengan tujuan untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan iaitu memberi kesejahteraan kepada rakyat.

melibatkan satu tempoh akan datang dengan mengambil kira tempoh masa lalu.

Page 30: Kewangan Kerajaan Tempatan

mempunyai beberapa peranan yang penting memastikan wujudnya kecairan, iaitu menentukan

perbelanjaan tidak melebihi pendapatan menjadi alat menentukan dasar dan keutamaan

dalam menyediakan perkhidmatan dan membuat perbelanjaan.

Penentuan kadar cukai, bayaran perkhidmatan dan kenaan, yuran dan sebagainya juga ditentukan berdasarkan belanjawan yang dirancang

diluluskan melalui satu prosedur yang formal memberi kuasa kepada kerajaan tempatan untuk berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan

wujud unsur-unsur kawalan, iaitu melalui proses pembentangan hasil laporan audit

Page 31: Kewangan Kerajaan Tempatan

belanjawan dalam kerajaan tempatan bolehlah disimpulkan sebagai proses yang melibatkan pembuatan dasar, pengurusan dan juga kawalan.

Page 32: Kewangan Kerajaan Tempatan

PBT haruslah menetapkan matlamat utamanya, iaitu mencapai keberkesanan dan kecekapan maksimum dalam kutipan.

boleh dicapai dengan kerap mengkaji semula kadar yang dikenakan atau melakukannya mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Pastikan sesiapa yang sepatutnya membayar berbuat demikian pada jumlah yang betul dan dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 33: Kewangan Kerajaan Tempatan

Pastikan tiada unsur rasuah, penyelewengan atau pakatan (collusion) antara pembayar cukai dengan petugas pihak berkuasa tempatan dalam membuat kutipan.

Kecekapan maksimum pula boleh dicapai apabila hanya sebahagian kecil kos kutipan adalah diserap dari jumlah hasil yang dikutip

wang yang dikutip diakaunkan dengan sempurna dan mengikut prosedur yang dipiawaikan

Page 34: Kewangan Kerajaan Tempatan
Page 35: Kewangan Kerajaan Tempatan
Page 36: Kewangan Kerajaan Tempatan

a) Tindakan undang-undang Tindakan undang-undang adalah langkah

terakhir yang patut dijalankan setelah lain-lain pilihan telah diambil.

Tindakan saman dan seterusnya pelaksanaan penghakiman sehingga ke peringkat pengisytiharan muflis, penyitaan harta alih peribadi dan sebagainya harus diambil setelah langkah perundingan telah diambil.

Page 37: Kewangan Kerajaan Tempatan

Tindakan undang-undang akan hanya meningkatkan kos yang perlu ditanggung oleh pembayar cukai dan jika masih gagal dikutip ia akan menjadi tanggungan penguasa tempatan sendiri.

Di United Kingdom tindakan penguatkuasaan boleh sampai sehingga ke tahap memenjarakan pembayar yang ingkar

Page 38: Kewangan Kerajaan Tempatan

b) Bayaran secara ansuran Membenarkan bayaran secara ansuran adalah

langkah mengikut budi bicara yang selalunya disenangi oleh pembayar cukai.

Kaedah ini tidak boleh diamalkan selalu kerana pembayar akan mengambil kesempatan di atas peluang yang diberi.

Jika semua orang memilih untuk membayar secara ansuran ia akan mengganggu aliran tunai sesebuah pihak berkuasa tempatan.

Page 39: Kewangan Kerajaan Tempatan

c) Memberi insentif Beberapa jenis insentif boleh diberi bagi

menggalakkan pembayaran mengikut tempoh atau lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Cth : menawarkan diskaun atau pemberian cenderamata bagi bayaran sebelum tempoh ditetapkan.

Page 40: Kewangan Kerajaan Tempatan

d) Menerbitkan nama pemilik yang bertunggakan Langkah menerbitkan nama peminjam dan

penjamin yang ingkar dalam surat khabar pernah dibuat oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan langkah ini didapati berkesan dalam meningkatkan kutipan.

Penguasa tempatan boleh mengikut langkah ini atau dalam skala yang lebih kecil dengan memaparkan nama pembayar cukai yang ingkar di papan-papan kenyataan di pejabat penguasa tempatan sendiri.

Page 41: Kewangan Kerajaan Tempatan

e) Memungut sewa dari pegangan Akta Kerajaan Tempatan memberi kuasa

kepada penguasa tempatan untuk memaksa penyewa pegangan membuat bayaran sewa kepada penguasa tempatan sehingga tanggungan cukai selesai.

Dengan cara ini, pemilik pegangan akan berusaha menyelesaikan tunggakan sewa kerana tidak mahu menyusahkan penyewanya.

Page 42: Kewangan Kerajaan Tempatan

f) Membayar melalui kad kredit Pembayaran melalui kad kredit adalah satu kaedah

yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Perniagaan-perniagaan kecil juga kini telah mempunyai mesin kad kredit sendiri kerana ia memudahkan urus niaga dan menjadi satu keperluan masa kini.

Penggunaan kad kredit merupakan kemudahan bayaran tertangguh yang boleh dinikmati oleh pemegangnya.

PBT seharusnya mempunyai mesin kad kredit bagi membolehkan pelanggannya melunaskan semua bentuk bayaran melalui kemudahan ini.

risiko dapat dipindahkan kepada syarikat-syarikat kad kredit.

Bayaran kepada pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi lebih tetap dan terjamin.

Page 43: Kewangan Kerajaan Tempatan

g) Menggunakan ejen pungutan hutang orang ramai mempunyai persepsi dan

penerimaan yang berbeza antara agensi swasta dan awam dalam melunaskan sesuatu pinjaman atau tanggungan.

Mereka akan lebih khuatir jika gagal membayar sesuatu tuntutan dari pihak swasta berbanding dari sebuah agensi awam.

Langkah menggunakan agensi kutipan hutang swasta telah terbukti berkesan meningkatkan jumlah kutipan hasil. Penggunaan agensi kutipan swasta juga dianggap lebih berkesan kerana syarikat ini menumpukan kepada bidang pungutan hutang dan pakar dalam bidang ini.

Page 44: Kewangan Kerajaan Tempatan

h) Geran dikaitkan dengan kadar tunggakan Sebagai insentif kepada penguasa tempatan

untuk lebih aktif dan mencari cara terbaik dalam mengutip tunggakan, pemberian bantuan dalam bentuk geran boleh dikaitkan dengan jumlah tunggakan sesebuah pihak berkuasa tempatan.

mengurangkan bantuan geran jika tunggakan adalah tinggi dan begitulah juga sebaliknya.

Page 45: Kewangan Kerajaan Tempatan

i) Pengkomputeran maklumat kewangan Dalam era teknologi maklumat ini penggunaan

komputer dalam memastikan kecekapan pengurusan tidak dapat dielakkan lagi.

ada agensi yang hanya menggunakan komputer sebagai pemproses perkataan ataupun melayari internet.

Pengkomputeran maklumat kewangan akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan juga kutipan.

akan dapat mengenalpasti pembayar-pembayar cukai yang bertunggakan dengan hanya mengklik sekali sahaja atau surat-surat peringatan dapat dikeluarkan secara otomatik melalui program tertentu.

Maklumat pengkomputeran juga dapat mengurus sistem rekod pemilik dan pembayaran cukai dengan lebih berkesan.

Page 46: Kewangan Kerajaan Tempatan

j) Menentukan kos kutipan Banyak kos-kos yang terlibat dalam

menjalankan proses kutipan. kos yang terlibat boleh melebihi hasil yang

dikutip jika kos bagi setiap kes tidak diketahui dan dikawal.

Menentukan kos kutipan akan dapat mengenal pasti sama ada sesuatu tunggakan itu masih ekonomik untuk dikutip.