kejohanan bola jaring sukan kerajaan tempatan .bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page

Download KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN .bola jaring- syarat sktm 2018- mala | mpmanjung page

If you can't read please download the document

Post on 21-Aug-2019

219 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 1

    KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN MALAYSIA TAHUN 2018 ANJURAN

    PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

    PADA 5 - 7 OKTOBER, 2018

    1.0 NAMA PROGRAM :

    Kejohanan Bola Jaring Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia 2018

    2.0 PENGANJUR

    Kejohanan Bola Jaring ini dianjurkan oleh Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA)

    bersama Majlis Perbandaran Manjung

    3.0 TARIKH PERTANDINGAN :

    5 – 7 Oktober 2018 (Sabtu – Ahad )

    4.0 TEMPAT PERTANDINGAN :

    Dewan Tertutup, Majlis Perbandaran Manjung

    5.0 YURAN PENDAFTARAN

    5.1 Ahli : RM 250.00

    5.2 Bukan Ahli : RM 500.00

    6.0 HADIAH

    6.1 Johan : RM2,000 + Piala Iringan + Medal

    6.2 Naib Johan : RM1,500 + Medal

    6.3 Tempat Ke 3 : RM1000 + Medal

    6.4 Tempat Ke 4 : RM 500 + Medal

  • BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 2

    7.0 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM

    7.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Persatuan Bola

    Jaring Antarabangsa (IFNA) tahun 1977 dan Jawatankuasa Penganjur.

    7.2 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak

    meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat

    penganjuran aktiviti Sukan Kerajaan Tempatan.

    7.3 Setiap pemain hendaklah terdiri daripada anggota Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri

    yang layak didaftarkan sebagai pemain termasuk anggota yang dilantik secara kontrak

    (telah berkhidmat melebihi 6 bulan).

    7.4 Setiap pendaftaran peserta hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan

    penyata gaji bagi tempoh tiga bulan (Julai, Ogos & September 2018) yang telah

    disahkan oleh Datuk Bandar, Yang di-Pertua atau Setiausaha/ Ketua Jabatan serta

    perlu dibawa semasa hari kejohanan.

    7.5 Setiap peserta berjawatan kontrak hendaklah membawa salinan penyata KWSP bagi bulan

    APRIL 2018.

    7.6 Mana-mana pasukan (yang dikenalpasti oleh pihak penganjur) menyenaraikan pemain

    bukan dari kakitangan PBT yang berkenaan (pemain import) akan DIBATALKAN

    penyertaan mereka serta-merta termasuk membatalkan penyertaan kejohanan sukan

    MALA 2018.

    7.7 Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada

    Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Urusetia Sukan Kerajaan

    Tempatan atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan

    PBT yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-

    peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan yang berkenaan.

    8.0 SYARAT DAN PERATURAN KEJOHANAN

    8.1 Semua pasukan hanya dibenarkan memakai pakaian sukan yang sesuai.

    8.2 Jawatankuasa kejohanan menetapkan hanya 32 pasukan terawal mendaftar yang layak

    menyertai kejohanan ini.

    8.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan :-

    a) 1 orang Pengurus Pasukan. b) 1 orang Jurulatih c) 1 orang Fisio (Pegawai Perubatan) d) 12 orang Pemain e) Minima 2 orang pemain veteran (40 tahun keatas) bermain dalam perlawanan dalam satu masa.

  • BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 3

    8.4 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang

    disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja

    dibenarkan untuk mengambil bahagian. Salinan Kad Pengenalan hendaklah disertakan

    bersama-sama borang pendaftaran.

    8.5 Hanya seorang pemain sahaja boleh didaftarkan dalam satu pasukan. Jika terdapat

    pemain yang pasukannya kalah / menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain

    maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan dibatalkan.

    8.6 Pertukaran nama pemain boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus-pengurus

    Pasukan yang akan diadakan sehari sebelum kejohanan dimulakan.

    8.7 Setiap pasukan boleh mendaftar seberapa ramai pemain Malaysia atau bekas pemain

    Malaysia yang berjawatan tetap manakala pemain berjawatan kontrak tahun

    berkelayakan adalah pada tahun 2013 ke atas sahaja yang dibenarkan.

    Walaubagaimanapun hanya seorang pemain Malaysia atau bekas pemain Malaysia

    dibenarkan bermain pada sesuatu perlawanan dalam pertandingan.

    9.0 FORMAT PERTANDINGAN:

    9.1 Setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pusingan awal dijalankan

    secara LIGA manakala pusingan seterusnya secara KALAH MATI.

    9.2 Pembahagian mata ialah seperti berikut :-

    MENANG - 3 MATA

    SERI - 1 MATA

    KALAH - 0 MATA

    9.3 Setiap pasukan diwajibkan menyenaraikan dua (2) pemain veteran semasa setiap kali

    perlawanan.

    9.4 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama dalam pusingan LIGA,

    pemenang akan ditentukan seperti berikut:

    i) PURATA GOL iaitu jumlah jaringan gol dibahagikan dengan jumlah gol yang kena.

    ii) Jika purata gol masih seri, maka PERBEZAAN GOL akan digunapakai iaitu jumlah

    jaringan gol tolak jumlah gol yang kena.

    iii) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan

    diisytiharkan sebagai pemenang.

    9.5 Jika berlaku keputusan berakhir dengan seri dalam pusingan KALAH MATI maka

    keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut:

    i) Pertandingan akan disambung semula setelah rehat 5 minit dan kedua-dua

    pasukan akan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah.

  • BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 4

    ii) Pemain akan diteruskan dengan 5 hantaran tengah yang dibuat secara bergilir-

    gilir. Keputusan hantaran tengah yang kelima akan berakhir dengan jaringan gol.

    9.6 Kejohanan ini dijalankan secara tertutup (indoor)

    10.0 TEMPOH PERLAWANAN :

    Pusingan Awal hingga Suku Akhir - Masa Pertama - 7 minit

    Rehat - 1 minit

    Masa Kedua - 7 minit

    Separuh Akhir dan Akhir - Masa Pertama - 10 minit

    Rehat - 3 minit

    Masa Kedua - 10 minit

    11.0 TATATERTIB PAKAIAN / PERALATAN :

    11.1 Pakaian pasukan hendaklah seragam.

    11.2 Setiap pemain hendaklah memakai - ‘T atau Jersi dengan Track - bottom’.

    Seluar pendek atau ‘tight’ tidak dibenarkan.

    11.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set Bib yang berlainan warna.

    12.0 PERALATAN PERTANDINGAN /PENGADILAN :

    Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan peralatan pertandingan dan Pegawai Teknikal

    sepanjang kejohanan

    13.0 TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN :

    13.1 Pasukan atau pemain yang terlewat 10 minit dari masa yang dijadualkan bermain akan

    dianggap sebagai menarik diri serta kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan

    dengan jumlah jaringan 10 berbalas 0.

    13.2 Walaubagaimanapun tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma

    kepada pasukan lawan. Urusetia Sukan Kerajaan Tempatan Malaysia akan mengambil

    tindakan dengan melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan agar mengambil tindakan

    tegas kepada pihak / pasukan yang terlibat bertanggungjawab.

    13.3 Menarik diri (walk over) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika ianya berlaku maka

    pasukan atau pemain dianggap menarik diri keseluruhan kejohanan sukan MALA.

  • BOLA JARING- SYARAT SKTM 2018- MALA | MPMANJUNG Page 5

    14.0 UNDIAN DAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN :

    Undian dan mesyuarat pengurus pasukan bersama pengadil, jawatankuasa teknikal dan penganjur.

    15.0 BANTAHAN :

    15.1 Setiap bantahan semasa kejohanan hendaklah secara bertulis dan akan dikemukan

    kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan dalam tempoh 30 minit selepas sesuatu acara

    berserta dengan bayaran sebanyak RM300.00 yang mana tidak akan dikembalikan

    manakala bantahan yang diterima akan dipulangkan sebanyak RM 150.00. Keputusan

    yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan / Bantahan adalah muktamad dan sebarang

    rayuan semula tidak akan dilayan.

    15.2 Jawatankuasa Bantahan / Rayuan akan dipengerusi oleh Pengerusi Jawatankuasa

    Penganjur dengan ahli-ahli berkecuali yang akan dilantik. Jawatankuasa boleh meminta

    Pengurus Pasukan menghadiri untuk mendengar keputusan bantahan / rayuan

    sekiranya perlu.

    15.3 Jawatankuasa Rayuan / Bantahan berhak memanggil pemain / pengadil / pegawai

    bertugas sekiranya perlu bagi membantu siasatan tersebut.

    16.0 RISIKO DAN TANGGUNGJAWAB :

    16.1 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan / kehilangan

    harta benda kepunyaan pegawai / pemain / kematian samada sebelum / semasa /

    selepas kejohanan berlangsung.

    16.2 Sebarang pindaan dan perubahan jadual adalah tidak dibenarkan, walaubagaimanapun

    Jawatankuasa Pengajur boleh menggunakan budi bicara sekiranya berlaku perkara di luar

    jangkaan.

    17.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN ( KUASA MUTLAK ) :

    17.1 Apa-apa jua syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang tidak DISEBUT dalam sy