kepimpinan pjm3112

19
1 BINCANGKAN KETIGA-TIGA GAYA KEPIMPINAN: KEPIMPINAN AUTOKRATIK, KEPIMPINAN DEMOKRATIK DAN KEPIMPINAN LAISSEZ-FAIRE DAN KESANNYA TERHADAP PENGURUSAN ORGANISASI

Upload: ikhwan-izam

Post on 18-Feb-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kepimpinan PJK 3112

TRANSCRIPT

Page 1: kepimpinan PJM3112

1

BINCANGKAN KETIGA-TIGA GAYA KEPIMPINAN:

KEPIMPINAN AUTOKRATIK, KEPIMPINAN DEMOKRATIK DAN KEPIMPINAN

LAISSEZ-FAIRE

DAN KESANNYA TERHADAP PENGURUSAN ORGANISASI

Page 2: kepimpinan PJM3112

2

SENARAI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 3

1.1 Bekerja Secara Berkelompok 3

1.2 Tujuan Kepimpinan 3

1.3 Impak Kepimpinan 4

1.4 Kajian Kurt Lewin 4

1.4.1 Kepimpinan Autokratik 4

1.4.2 Kepimpinan Demokratik 5

1.4.3 Kepimpinan Laissez-Faire 5

2.0 Kepimpinan Autokratik 7

2.1 Ciri-ciri Kepimpinan Autokratik 7

2.2 Adolf Hitler 7

3.0 Kepimpinan Demokratik 9

3.1 Ciri-ciri Kepimpinan Demokratik 9

3.2 Impak Kepimpinan Demokratik 9

4.0 Kepimpinan Laissez-Faire 10

4.1 Ciri-ciri Kepimpinan Laissez-Faire 10

4.2 Kelemahan Kepimpinan Laissez-Faire 10

4.3 Kesan-kesan Kepimpinan Laissez-Faire Kepada Subordinat 11

5.0 Perbandingan Gaya Kepimpinan 11

5.1 Tiga Gaya Kepimpinan 11

6.0 Kesimpulan 12

Page 3: kepimpinan PJM3112

3

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Bekerja Secara Berkelompok

Bekerja dan berusaha secara berkelompok atau berorganisasi ini merupakan

sesuatu yang tabii bagi manusia. Malah bekerja secara berkumpulan seringkali

mencetuskan hasil yang lebih baik daripada bekerja secara individu. Namun

demikian, bekerja dalam satu kumpulan atau organisasi yang besar mempunyai

cabaran-cabarannya yang tersendiri. Untuk memastikan setiap organisasi

berjalan lancar, organisasi tersebut perlu dipimpin oleh seorang pemimpin yang

baik.[1]

1.2 Tujuan Kepimpinan

Dalam suatu organisasi, kepimpinan adalah sesuatu perkara yang diperlukan

untuk tujuan mengurus atur sesuatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang

kerosakan dan perlanggaran tanggungjawab yang boleh menjejaskan

kepentingan orang ramai. Pemimpinlah yang bertanggungjawab menentukan ke

arah mana pengikut-pengikutnya akan dibawa. Keharmonian atau kegelisahan

yang wujud dalam organisasi berkait rapat dengan agenda yang dibawa oleh

pemimpin[2]. Banyak nas syara’ yang menekankan fungsi pemimpin sebagai

penggerak sosial dan mengakui pemimpin mempunyai implikasi besar kepada

corak atau pola perlakuan pengikut, misalnya firman Allah s.w.t dalam surah Al-

Baqarah ayat 257 yang bermaksud:

Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang

beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman).

Dan orang-orang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut, yang

mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka

itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Page 4: kepimpinan PJM3112

4

1.3 Impak Kepimpinan

Kepimpinan seseorang pemimpin dalam organisasi mempunyai impak dan

pengaruh yang besar terhadap kepuasan bekerja, tekanan bekerja, rangsangan

untuk bekerja di tempat lain dan mutu hasil kerja di kalangan staf [3] . Khalifah Ali

menyatakan bahawa:

A good leader must use his head (wisdom), heart (feelings and emotions),

hands (strength and power) and tongue (good communication) to help others

because the Almighty Allah holds himself responsible to help those who sincerely

try their best to help Him. A person can only reach the stage of piety or total God-

fearing with full wisdom of knowledge and practising them with deep sincerity

under the guidance of Allah and the traditions of the Prophet [4]

1.4 Kajian Kurt Lewin

Pada tahun 1939, satu kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh seorang pakar

psikologi, Kurt Lewin[5] telah membuat kajian tentang jenis-jenis kepimpinan.

Kajian ini sangat berpengaruh dan menjadi satu sumber rujukan bagi penyelidik-

penyelidik lain sehingga sekarang. Hasil kajian beliau mendapati bahawa

terdapat tiga jenis kepimpinan:

1.4.1 Kepimpinan autokratik:

Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan

visi yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa

yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan. Kebiasaannya,

pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan

mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung.

Proses membuat keputusan juga tidak kreatif. Jenis kepimpinan ini hanya sesuai

diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa

yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan

daripada subordinat dalam sesuatu perkara.

Page 5: kepimpinan PJM3112

5

1.4.2 Kepimpinan demokratik

Pemimpin demokratik akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orang-

orang bawahannya. Dalam masa yang sama mereka juga akan melibatkan diri

dan memberi ruang kepada subordinat untuk menyatakan pendapat masing-

masing. Namun demikian, berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik,

kumpulan organisasi yang bekerja di bawah kepimpinan demokratik kurang

produktif tetapi sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih

baik, lebih kreatif dan lebih berkualiti.

1.4.3 Kepimpinan Laissez-Faire

Kajian Lewin membuktikan pemimpin laisez faire jarang melibatkan diri dalam

proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan. Kepimpinan ini

mungkin boleh berjaya sekiranya subordinat mempunyai kepakaran yang tinggi

dalam bidang masing-masing. Walau bagaimanapun ia biasanya akan

mengakibatkan subordinat terbabit mempunyai motivasi yang rendah.

Page 6: kepimpinan PJM3112

6

Rajah 1: Kesinambungan Gaya Kepimpinan[6]

Merujuk kepada Rajah 1, gaya kepimpinan autokratik lebih fokus kepada work

centered. Pemimpin hanya mengeluarkan arahan dan memastikan arahan

tersebut dilaksanakan tanpa memberikan penjelasan. Pemimpin demokratik pula

akan melibatkan diri sekaligus menggalakkan penyertaan subordinat manakala

pemimpin laissez faire memberikan kebebasan kepada subordinat merancang

aktiviti bagi mencapai objektif. Rajah 2 menunjukkan lakaran yang lebih ringkas

mengenai ketiga-tiga jenis kepimpinan.

Page 7: kepimpinan PJM3112

7

Rajah 2: Tiga Gaya Kepimpinan[7]

2.0 Kepimpinan autokratik

2.1 Ciri-ciri Kepimpinan Autokratik

Pemimpin autokrasi cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa

secara paksaan. Mereka suka mendominasi. Gaya ini memperlihatkan satu

bentuk kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima akibat

daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk. Pemimpin autokratik

lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian

atau kritikan membina. Pemimpin jenis ini juga memaksa pengikut membuat

sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu. Mereka tidak prihatin pada

perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari. Pengikut

melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear). Gaya kepimpinan

ini jarang sekali mengamalkan konsep syura sedangkan amalan syura sangat

dituntut di dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Ali-Imran ayat

159:

Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut

terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah

mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan

Page 8: kepimpinan PJM3112

8

mohonkanlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka

dalam urusan itu.[8]

2.2 Adolf Hitler

Adolf Hitler merupakan satu contoh pemimpin yang mengamalkan gaya

kepimpinan autokratik. Telah banyak kemusnahan yang diakibatkan oleh Hitler[9].

Kepimpinan beliau secara perlahan-lahan telah menghakis kebebasan awam.

Walaupun pengaruh Hitler diakui sangat berpengaruh dan berjaya untuk jangka

masa pendek, namun untuk jangka masa panjang, Hitler gagal mencapai

matlamatnya. Malah Hitler juga turut dikenang sebagai antara pemimpin yang

paling kejam dalam sejarah kepimpinan dunia. Ini jelas menunjukkah, bahawa

kepimpinan autokratik sesuai digunakan apabila sesuatu keadaan sedang

meruncing dan memerlukan keputusan yang cepat dan jelas. Namun demikian,

akibat daripada keputusan itu boleh jadi baik atau tidak baik. Sekiranya

mengakibatkan natijah yang lebih buruk, maka kesannya akan dirasai oleh

keseluruhan organisasi untuk satu tempoh yang panjang. Allah s.w.t melarang

terhadap mana-mana pemimpin yang terlalu taksub dengan dirinya sendiri

sepertimana dalam firman Allah dalah surah An-Najm ayat 32:

Maka janganlah kamu menganggap diri kamu itu suci daripada sebarang

kelemahan, Dialah yang lebih tahu mengenai sesiapa yang paling bertaqwa[10]

Imam Nawawi telah menyenaraikan beberapa hadis yang berkaitan dengan sifat

rendah diri atau tawaduk[11]. Antara hadis yang digunakan beliau ialah hadis yang

diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar bertawaduklah

(merendah diri) sesama kamu sehingga tidak ada yang berbangga ke atas

saudaranya yang lain dan sehingga tidak ada yang melampau ke atas seorang

yang lain

Page 9: kepimpinan PJM3112

9

3.0 Kepimpinan Demokratik

3.1 Ciri-ciri Kepimpinan Demokratik

Antara kebaikan yang diperolehi daripada kepimpinan demokratik adalah pekerja

lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap

keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin[12]. Pemimpin

demokratik juga lebih bertimbangrasa dan sentiasa memberi galakan dan

penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai kerja-kerja yang perlu dibuat.

Pemimpin sentiasa melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan

tetapi keputusan muktamad akan ditetapkan oleh pemimpin. Penglibatan

pemimpin dalam proses kerja boleh dioptimumkan dengan mengambil

kesempatan ini untuk menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya.

Dalam masa yang sama ia juga boleh meningkatkan kempotensi organisasi[13].

Walaubagaimanapun, Kedia et al.[14] menyatakan bahawa teknik membuat

keputusan yang secara komprehensif kadangkala boleh mengakibatkan sesuatu

keputusan itu lambat dan sukar dicapai.

3.2 Impak Kepimpinan Demokratik

Vries et al. [15] menyatakan bahawa kepimpinan yang berorientasikan manusiawi

mampu meningkatkan kepuasan bekerja. Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai

pemimpin yang sentiasa mendidik dan berlemah-lembut terhadap para

sahabatnya. Sebagai contoh, Baginda telah menerapkan konsep ihsan kepada

para sahabat bagi melahirkan umat yang berkualiti dan sentiasa memberikan

hasil kerja yang terbaik[16]. Malah, Packard dan Kauppi[17] telah membuktikan

dalam kajian mereka bahawa pemimpin demokratik menunjukkan sikap

bertimbangrasa, memberi sokongan dan mempunyai sikap demonstratif yang

tinggi sekaligus akan menatijahkan subordinat yang memperolehi kepuasan

bekerja yang tinggi. Tambahan lagi, penglibatan pemimpin akan menyediakan

ruang yang lebih felksibel untuk maklumbalas antara subordinat dengan

pemimpin sekaligus pemimpin lebih peka dengan sebarang perubahan pada

organizational climate[13].

Page 10: kepimpinan PJM3112

10

4.0 Kepimpinan Laissez Faire

4.1 Ciri-ciri Kepimpinan Laissez Faire

Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire tidak begitu berminat

dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Kuasa yang ada padanya tidak

digunakan. Gaya kepimpinan ini melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit

sekali. Pemimpin laissez faire memberikan sepenuh kebebasan kepada ahli-

ahlinya untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedeimikian memberi

kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara

mencapainya[18] . Antara ciri-ciri kepimpinan laissez faire[19]:

i. Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa

penjelasan daripada pemimpin

ii. Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat

keputusan

iii. Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan

kepelbagaian tugas

iv. Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti

objektif organisasi

v. Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan

sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.

4.2 Kelemahan Kepimpinan Laissez-Faire

Gaya kepimpinan ini agak popular dan sering diamalkan namun demikian ia tidak

realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasai di mana

perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan,

inovasi dan teknologi[20]. Bradford dan Lippit [21] menyatakan bahawa pemimpin

laissez faire bersikap deskriptif. Mereka sedaya upaya mengelak daripada

mempengaruhi subordinat. Pemimpin seperti ini tidak mempunyai keyakinan

terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Mereka banyak bergantung kepada

Page 11: kepimpinan PJM3112

11

subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas dan tidak membantu

subordinat untuk membuat keputusan.

4.3 Kesan-kesan Kepimpinan Laissez-Faire Kepada Subordinat

Telah dinyatakan sebelum ini dalam perkara 1.4.3 bahawa gaya kepimpinan ini

mungkin berkesan sekiranya setiap ahli mempunyai kepakaran yang tinggi dalam

menjalankan tugas yang diberikan. Tetapi dalam kes-kes yang melibatkan ahli

yang mempunyai kepakaran yang rendah, organisasi tersebut telah dikenalpasti

sebagai kurang kompeten dalam menangani masalah dan kurang kepuasan

bekerja[22]. Kumpulan pekerja seperti ini turut merasa tertekan dan menunjukkan

mutu kerja yang rendah kerana kurang berdisiplin[23]. Aspegern[24] mendapati

bahawa motivasi ahli-ahli yang berada di bawah kepimpinan laissez faire berada

di tahap yang rendah. Secara ringkasnya, produktiviti, hubungan sesama ahli,

perubahan persekitaran dan inovasi adalah rendah apabila berada di bawah

kepimpinan laissez faire.

5.0 Perbandingan Gaya Kepimpinan

5.1 Tiga Gaya Kepimpinan

Jadual 1 menunjukkan perbandingan tiga gaya kepimpinan dari segi

keberkesanannya.

Page 12: kepimpinan PJM3112

12

Jadual 1: Perbandingan Tiga Gaya Kepimpinan[7]

Berkesan apabila..

Tidak patut digunakan

apabila…

Autokratik

i. Subordinat tidak memberi

respon kepada gaya

kepimpinan yang lain

ii. Kerja perlu dikoordinasikan

dengan jabatan lain

iii. Pengurusan organisasi

berada di tahap yang

rendah

i. Subordinat mula merasa

takut dan tertekan

ii. Subordinat mahukan

pendapat mereka didengar

dan diambilkira

iii. Motivasi subordinat rendah,

turnover rate yang tinggi

dan masalah tidak hadir ke

tempat kerja

Demokratik

i. Pemimpin dan subordinat

sama-sama menunjukkan

komitmen yang tinggi

i. Perlu membuat keputusan

dengan pantas

Laissez faire

i. Subordinat mempunyai

kepakaran dan

pengalaman yang tinggi

ii. Subordinat berminat untuk

melaksanakan tugas yang

diberikan dengan cemerlang

iii. Subordinat berbaloi untuk

dipercayai

i. Subordinat merasa kurang

yakin dengan

ketidakhadiran pemimpin

ii. Pemimpin tidak boleh

memberikan maklumbalas

mengenai prestasi kerja

subordinat

iii. Pemimpin tidak pandai

berterima kasih dengan

sumbangan yang diberikan

oleh subordinat

6.0 Kesimpulan

6.1 Daripada penulisan ini, penulis mendapati bahawa terdapat unsur ektrimisme

dalam gaya kepimpinan autokratik dan laissez faire. Kepimpinan autokratik

didominasi oleh pemimpin manakala kepimpinan laissez faire didominasi oleh

Page 13: kepimpinan PJM3112

13

subordinat. Kedua-dua gaya kepimpinan ini tidak sesuai digunakan kerana hanya

fokus pada sebelah pihak sahaja. Penulis percaya bahawa mencari titik tengah

adalah kaedah yang terbaik. Oleh itu, daripada tiga jenis kepimpinan yang

dibincangkan, kepimpinan demokratik merupakan gaya kepimpinan pilihan

penulis. Namun demikian, kunci kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada

keupayaan pemimpin untuk mengaplikasikan gaya-gaya kepimpinan bergantung

kepada situasi yang sedang dihadapi[25]. Kemahiran ini dinamakan sebagai

“Situational Leadership”.

6.2 Seorang pemimpian perlu konsisten dan aktif melibatkan diri dan bergaul

dengan subordinat. Ia penting kerana pemimpin boleh tahu mutu kerja setiap

subordinat adalah seperti yang telah ditetapkan. Ia juga menunjukkan bahawa

pemimpin ambil berat terhadap subordinat. Di dalam bukunya, 'Becoming A

Person of Influence', John C. Maxwell menyatakan kepimpinan adalah salah satu

cara mengaplikasikan pengaruh[26]. Kepimpinan yang paling lemah, adalah

kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan. Ada kedudukan dan

ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah.

Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak

tenteram dan tidak selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan

yang ada untuk mempertahankan kedudukannya, lebih daripada usaha

membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.

6.3 Walaubagaimanapun, dalam Islam, kepimpinan tidak semata-mata merujuk

kepada pemimpin tertinggi semata-mata. Mengikut hadis Rasulullah s.a.w.,

semua individu dianggap sebagai pemimpin dan bertanggungjawab kepada

mereka yang berada di bawah kepimpinannya seperti sabda Baginda yang

bermaksud[26]:

Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan akan diminta

bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya.

Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh

Page 14: kepimpinan PJM3112

14

Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan

akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke

atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau

yang bekerja dengan majikannya.

6.4 Sebagai pemimpin, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan ketinggian

darjat yang Allah kurniakan. Gunakanlah pangkat dan darjat ini dengan

melakukan kebaikan kepada manusia sejagat. Bersabarlah dan kreatif dalam

mendidik dan menangani permasalahan orang-orang bawahan.

Dan hairankah kamu bahawa ada peringatan yang dating dari Tuhanmu

melalui seorang laki-laki dari kalanganmu sendiri, untuk memberi peringatan

kepadamu? Ingatlah ketika Dia menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah

setelah kaum Nuh, dan Dia lebihkan kamu dalam kekuatan tubuh dan

perawakan. Maka ingatlah akan nikmat-nikmat Allah agar kamu beruntung

6.5 Dan andaikata wujud sebarang bentuk perasaan takbur, ujub, riak, tamak dan

sebagainya yang tercetus hasil hasutan iblis dan nafsu, bertaubatlah agar

sentiasa dalam perlindungan Allah jua. Luruskanlah niat agar sentiasa ikhlas

kerana Allah s.w.t.

Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan

Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu yang lain, untuk mengujimu atas

kurnia yang diberi kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi

hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Page 15: kepimpinan PJM3112

15

NOTA HUJUNG

1. Antara kandungan artikel ini termasuklah kelebihan-kelebihan syura

seperti:

i. Kualiti keputusan yang diperolehi adalah lebih baik kerana

mengambilkira banyak pandangan terutamanya daripada pakar-pakar

yang berkaitan dengan bidang berkenaan

ii. Amalan ini merupakan cara yang sangat efektif bagi mewujudkan

ownership terhadap keputusan yang dibuat.

(Sumber: http://www.jim.org.my/v1/index.php/artikel/minda- pimpinan/256-

syura- petunjuk-ilahi-mencapai-kecemerlangan-organisasi)

2. Kertas kerja ini dibentangkan oleh Nurhelmi Bin Haji Ikhsan pada Seminar

Pengurusan Islam pada 3 Mei 2008 di Quality Hotel, Shah Alam

3. Chen, J. C. & Silverthorne, C. (2005), “Leadership Effectiveness, Leadership

Styles And Employee Readiness”, Leadership & Organization Development

Journal, Vol. 26 No. 4, pp. 280-288

4. Kenyataan ini datang daripada surat yang ditulis oleh Saidina Ali melalui

suratnya kepada Gabenor Mesir, Malik al-Ashtar. Sumber ini dipetik daripada

artikel yang ditulis oleh Dr. Syed Omar Syarifuddin Syed Akhsan dari INTAN

(Sumber:http://74.125.95.132/search?q=cache:MTPz-ZrlkJ:www.intanbk.intan.my/

/cda/m_online/ptk_files/ptk5/ceramah/Energizing%2520Leadership%2520Eff

ectiveness.pdf+effectiveness+of+democratic+leadership+filetype:pdf&cd=3&

hl=en&ct=clnk&gl=my)

5. Sumber dipetik daripada

http://psychology.about.com/od/leadership/a/leadstyles.htm

Page 16: kepimpinan PJM3112

16

6. Sumber sebenar daripada Tennenbaurn, R & Schmidtt, W.H., “How to Choose a

Leadership Pattern”, Harvard Business Review 51, May-June 1973:162-180

yang dipetik daripada:

http://drtopics.modernmedicine.com/drugtipics/articleDetail.jsp?id=117440

7. Sumber ini dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Dr. Syed Omar

Syarifuddin Syed Akhsan dari INTAN

(Sumber: http://74.125.95.132/search?q=cache:MTPz-qZrlkJ:www.intanbk.intan.my/

/cda/m_online/ptk_files/ptk5/ceramah/Energizing%2520Leadership%2520Eff

ectiveness.pdf+effectiveness+of+democratic+leadership+filetype:pdf&cd=3&

hl=en&ct=clnk&gl=my)

8. Tafsiran penuh ayat 159 dari Surah Ali-Imran adalah seperti berikut:

Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut

terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,

tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah

mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah

dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah

membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah

mencintai orang yang bertawakal

Urusan yang dimaksudkan di sini termasuklah urusan peperangan,

politik,ekonomi dan kemasyarakatan.

9. Sumber dipetik daripada “Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh

Dalam Sejarah”. Buku ini adalah terjemahan daripada buku Bahasa Inggeris

berjudul “The 100, A Ranking Of The Most Influential Persons In History”,

karya Michael H. Hart, yang diterbitkan oleh Hart Publishing Co. Inc., New

York

Page 17: kepimpinan PJM3112

17

10. Tafsiran penuh ayat 32 dari surah An-Najm adalah seperti berikut: Mereka

yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-

kesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dia

mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika

kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap

dirimu suci dari sebarang kelemahan. Dia mengetahui tentang orang yang

bertaqwa

11. Sumber dipetik daripada Adlan Abd Aziz dalam artikel bertajuk “Rendahkan

Diri, Engkau Akan Tinggi di SisiNya” yang dimuatkan dalam majalah Solusi,

Isu No. 5, ms. 12-13

1. Kebaikan-kebaikan kepimpinan demokratik:

i. Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan

ii. Darjah penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bergantung

kepada situasi masalah yang dihadapi

iii. Pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi

iv. Keputusan lebih berkualiti

v.Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran pekerja

vi. Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih

bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat bersama

(http://74.125.155.132/search?q=cache:TbZ942BMq04J:www.kmpk.matrik.ed

u.my/sas/unitp_perniagaan/BAB%25207%2520AN%2520015%2520KEPIMPI

NAN.ppt+kepimpinan+laissez+faire&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firef

ox-a)

12. Howard, A.(1997), “High Involvement Leadership: Moving From To Talk To

Action”, Empowerment In organizations, Vol, 5 No. 4, pp. 185-192.

Page 18: kepimpinan PJM3112

18

13. Kedia, B.L., Nordtvedt, R. and Perez, L.M.(2002), “International Business

Strategies, Decision-making Theories, and Leadership Styles: An Integrative

Framework”, Competitive Review, Vol. 12, pp. 38-52

14. Vries, R.E., Roe, R. A. and Taillieu, T.C.B.(1998), “Need of Supervision, Its

Impact On Leadership Effectivenes”’, The Journal Of Applied Behavioral

Science, December, pp.486-501

15. Sumber dipetik daripada Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid dalam artikel

bertajuk “Strategi Kepimpinan Rasulullah” yang dimuatkan dalam majalah

Solusi, Isu No. 4, ms. 81.

Antara kebaikan konsep ihsan adalah:

i. Ikhlas dalam setiap amalan dan tindakan

ii. Bersikap amanah terhadap tugas yang diberikan

iii. Meyakini bahawa Allah sentiasa mengawasi

iv. Sentiasa bersungguh dan jujur dalam setiap keadaan

16. Packard, S.H. & Kauppi, D.R.(1999),”Rehabilitation Agency Leadership

Style:Impact On Subordinates’ Job Satisfaction”, Rehabilitation Counseling

Bulletin, Vol. 43 No. 1, pp. 5-11

17. Tatum, B.C., Eberlin, R., Kottraba, C. & Bradberry, T.(2003), “Leadership,

Decision Making, And Organizational Justice”, Journal Of Management

Decision, Vol. 41 No. 10, pp. 1006-1016

18. Sumber dipetik daripada: http://www.stewart-associates.co.uk/leadership-

models.aspx

19. Frischer, J.(2006), “Laissez-Faire Leadership Versus Empowering Leadership

In New Product Developing”, presented at Seminar On The Philosophy Of

Leadership, Aalborg University

Page 19: kepimpinan PJM3112

19

20. Bradford, L.P. & Lippit, R.(1945). “Building A Democratic Workgroup”,

Personnel, Vol. 2 No. 3, pp. 142-148

21. Murnighan, K. & Leung, T.K.(1976), “The Effects Of Leadership Involvement

And The Importance Of The Task On Subordinates’ Performance”,

Organizational Behavior And Human Performance, Vol. 17, pp. 299-310

22. Berrien, F.K.(1961), Homeostasis Theory Of Groups –Implications For

Leadership. In Petrullo, L. & Bass, B. (Eds), Leadership And Interpersonal

Behavior. New York: Holt, Rinehart & Winston.

23. Aspegren, R.E.(1963), “A Study Of Leadership Behavior And Its Effects On

Morale And Attitudes In Selected Elementary Schools”, Dissertation Abstracts

24. Howard, W.C.(2003), “Leadership:Four Styles”, Education, Vol. 126 No. 2, pp.

384-391

25. Dipetik daripada: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1610

26. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim