keperluan guru terhadap pelaksanaan · pdf fileberkemampuan untuk hidup berdikari dan...

Download KEPERLUAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN · PDF fileberkemampuan untuk hidup berdikari dan meningkatkan keterampilan diri ke arah kehidupan ... Kemahiran Abad Ke-21 ... prasekolah pendidikan

If you can't read please download the document

Upload: vonga

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • KEPERLUAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI AWAL MURID BERKEPERLUAN KHAS

    Nur Aishah Abdullah SMK Raja Muda Musa, 36000 Teluk Intan Perak Tel: 019-5581466 / e-mel: [email protected]

    Rosadah Abdul Majid, Ph.D Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Abang Adam Abang Deli Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek

    Murid berkeperluan khas merupakan modal insan yang perlu diberi perhatian agar mereka berkemampuan untuk hidup berdikari dan meningkatkan keterampilan diri ke arah kehidupan berkerjaya sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang boleh bersaing di peringkat global. Justeru kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan guru terhadap pelaksanaan program intervensi awal di prasekolah pendidikan khas. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi memperoleh data. Seramai 161 orang guru prasekolah pendidikan khas telah dipilih melalui pensampelan rawak mudah untuk menjawab soal selidik. Aspek keperluan guru merangkumi latihan, kolaborasi, infrastruktur dan pemantauan. Manakala pelaksanaan intervensi awal melibatkan aspek perancangan dan pelaksanaan. Instrumen keperluan guru diubahsuai daripada instrumen Standard Guru Malaysia manakala instrumen pelaksanaan program intervensi awal dibina oleh penyelidik berdasarkan kajian literatur yang sesuai mengikut skop kajian ini. Secara keseluruhannya, tahap keperluan guru dari aspek latihan, kolaborasi, infrastruktur, pemantauan dan perspektif guru dari aspek perancangan dan pelaksanaan adalah tinggi. Implikasi kajian ini, untuk mencapai keberkesanan pelaksanaan intervensi awal yang berkualiti, keperluan guru dari aspek latihan, kolaborasi, infrastruktur dan pemantauan perlu diberi perhatian sewajarnya.

    Kata Kunci: Keperluan Guru, Program Intervensi Awal Murid Berkeperluan Khas.

    1

    mailto:[email protected]