kepercayaan guru terhadap matematik

17
Trends And Issues In Education For Mathematics Sciences (SME 3023) PENULISAN ILMIAH NAMA : NORFAEZAH BINTI HAMZAH GROUP : B PROGRAM: IJAZAH SAINS (MATEMATIK) DENGAN PENDIDKAN NAMA PENSYARAH: PROF DR MARZITA BINTI PUTEH

Upload: faeeyzah

Post on 09-Apr-2017

124 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepercayaan guru terhadap matematik

Trends And Issues In Education For Mathematics Sciences

(SME 3023)

PENULISAN ILMIAH

NAMA : NORFAEZAH BINTI HAMZAH

GROUP : B

PROGRAM: IJAZAH SAINS (MATEMATIK)

DENGAN PENDIDKAN

NAMA PENSYARAH: PROF DR MARZITA BINTI PUTEH

Page 2: Kepercayaan guru terhadap matematik

Definisi Pendidikan

Kamus Dewan Edisi Baru (1993) mendefinisikan pendidikan adalah mendidik yang merujuk

kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berasal

daripada perkataan didik yang bermaksud ajar, bimbing, bentuk dan asuh. Pendidikan menurut

perkataan Inggeris adalah “Education” yang berasal daripada Latin, “Educare” yang memberi

maksud mengasuh, memelihara dan membimbing.

Mok Soon Sang (1991) berkatan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang

berusaha untuk memperkembangkan kemahiran fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang

individu serta meningkatkan ilmu pengetahuan supaya dapat memberi faedah dan kemajuan

dalam diri sendiri, masyarakat dan negara. Menurut Najeemah Md Yusuf (2006) pendidikan

adalah aktivit perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa semula jadi melalui

pembelajaran yang sudah dirancang yang meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan

formal. Secara keseluruhan, pendidikan adalah suatu proses pertumbuhan dalam mencapai

kesempurnaan akal, mental serta perkembangan jasmani.

Definisi guru

Menurut Kamus Dewan (edisi) guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Di dalam

konteks pendidikan, seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut

Mok Soon Sang (1990) guru adalah merupakan seorang ahli yang mempunyai perhubungan

social yang saling berkait rapat dengan masyarakat.

Page 3: Kepercayaan guru terhadap matematik

Definisi Kepercayaan

Kepercayaan bermaksud nilai, sikap, sistem konsep, teori peribadi dan juga perspektif tentang

sesuatu (Gardner, 2006). Cunningham et al (2005)telah memperincikan kepercayaan sebagai

struktur asas yang dibina secara sedar ataupun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang

untuk berfikir, bertindak dan membuat pilihan, persepsi, pertimbangan dan keputusan terhadap

sesuatu perkara. Dalam aspek psikologi, sistem kepercayaan mebolehkan seseorang guru atau

bakal guru memahami profesion keguruan dan berpegang kepada falsafah yang didokongnya

(Habsah et al. 2007).

Van Der Sandt (2007) membahagikan sistem kepercayaan guru matematik kepada empat

bahagian iaitu kepercayaan terhadap pengajaran, pembelajaran, sifat matematik dan pelajar.

Sistem kepercayaan menurut Thompson (1992) adalah dinamik dan terdiri daripada struktur

mental yang sensitif kepada perubahan pengalaman termasuklah perubahan amalan pengajaran

dan diikuti oleh perubahan kepercayaan dan pengetahuan guru khususnya dalam tiga aspek iaitu

pengetahuan dan kepercayaan guru terhadap pelajar, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta

pengetahuan dan kepercayaan guru terhadap matematik (Putnam et al. 1992)

Roslina (2007) berpendapat kepercayaan terhadap matematik boleh dibahagikan kepada

kepercayaan matematik secara umum, kepercayaan terhadap tajuk matematik dan kepercayaan

terhadap perkaitan matematik dengan kehidupan seharian manusia. Nilai yang wujud dalam PdP

merupakan kepercayaan dan menjadi rujukan kepada amalan dan tingkah laku pelajar dan guru

didalam bilik darjah. Kepercayaan guru merupakan asan yang penting dalam usaha penerpana

nilai di dalam diri pelajar di sekolah. Ia merupakan konstruk peribadi bagi seseorang guru dan

berkait rapat dengan perancangan PdP guru didalam bilik darjah. Ini disokong oleh Nik Azis

Page 4: Kepercayaan guru terhadap matematik

(1997) yang mengatakan kepercayaan, nilai dan sikap memberi kesan yang besar kepada PdP

kerana selain pengetahuan, aspek kepercayaan, nilai dan sikap yang dimilik oleh seseorang guru

banyak mempengaruhi amalan dan tingkah laku mereka di dalam bilik darjah.

Kepercayaan bukan sahaja mempengaruhi dan memberi panduan kepada guru dalam

membuat keputusan dan melaksanakan startegi pengajaran serta tindakan guru semasa mengajar

malah meliputi akan bagaimana seseorang guru itu mentafsirkan PdP yang dijalankan (Fang

1996). Gardner (2006) berpendapat kepercayaan tidak semestinya diterjemahkan dan dizahirkan

kepada amalan semata, namun kepercayaan guru tentang pendidikan memberi persepsi tentang

world view dan pegangan guru tentang bagaimana pendidikan perlu dilestarikan. Secara

umumnya, kepercayaan guru merangkumi kepercayaan terhadap pendidikan matematik dengan

isu matematik sebagai suatu subjek, pembelajaran matematik dan penyelesaian masalah,

kepercayaan kepada diri sendiri dan kepercayaan dalam konteks social (Op‟t Eynde et al. 2002)

Kepercayaan guru terhadap kurikulum

Kurikulum merupakan kata pinjam dari bahasa Inggeris iaitu „ curriculum‟ yang bermaksud

bidang pengajaran di sekolah (Kamus Dwibahasa 1922). „curriculum‟ juga berasal daripada

Latin yang bermaksud ruang sesi pembelajaran berlangsung. Definisi kurikulum menurut Hirst

(1975) adalah satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru

untuk mebolehkan murid-murid mencapai objektif yang ditentukan. Menurut Ishak Ramly

(2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah

dan perkaran yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Kurikulum juga berperanan sebagai

garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan mengikut peringkat

tertentu.

Page 5: Kepercayaan guru terhadap matematik

Isu: Dasar Pendidikan Yang Berubah-Ubah

Guru boleh dibahagikan kepada dua iaitu guru lama dan guru baharu. Guru lama dikaitkan

dengan seseorang yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama dan sebahagian

mereka lemah dalam konsep matematik. Cara pengajaran guru lama juga kebanyakkannya

menggunakan kaedah tardisional seperti Chalk and Talk dan tiada interaksi dua hala antara guru

dan pelajar. Mereka juga memiliki pengetahuan prosedur yang berasaskankefahaman relasional

ketika menerangkan konsep sesuatu perkara dimana mereka masih bergantung kepada rumus dan

sukar untuk membuat perkaitan dan hubungan antara elemen yang terlibat (Macghee, 1990).

Bagi guru yang baharu pula, mereka lemah dalam memahami konsep matematik kerana

kurang pengalaman berkaitan pengajaran di dalam sesuatu subjek dan ini mengakibatkan mereka

tidak dapat memahami masalah yang timbul dalam kalangan pelajar. Guru baharu juga kurang

membuat rujukan untuk mengetahui dan memahami sesuatu topik tersebut dan ini menyebabkan

mereka akan kurang memberi respon terhadap pertanyaan pelajar. (Macghee, 1990).

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasam

Universiti kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh

negara, kebanyakkan guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris apabila kerajaan memperkenalkan dasar pendidikan yang baru pada 2003

iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Page 6: Kepercayaan guru terhadap matematik

Isu: Perkembangan Teknologi

Perkembangan teknologi kini sudah semakin berkembang dan ianya sedikit sebanyak

memudahkan akan kerja seorang guru dalam mengajar sesuatu topik kepada pelajar. Penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ‘Information Communication

Technology’ (ICT) di dalam pengajaran adalah menggunakan ICT secara berfikrah, terancang

dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses PdP. Guru

menggunakan ICT sebagai alat persembahan dan demonstrasi bagu memuidahkan pemahaman

pelajar manakal pelajar menggunakan ICT sebagai salah satu medan untuk meneroka sesuatu

topik, tutorial dan memudahkan komunikasi antara satu sama lain yang berkaitan dengan PdP.

Penggunaan ICT ini merangsang pelajar untuk belajar dan meningkatkan kefahaman akan

sesuatu konsep dalam membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan

penyelesaian masalah selain mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan berbentuk

penerokaan.

Walaubagaimanapun, timbul beberapa masalah yang melibatkan penggunaan teknologi

didalam PdP. Antaranya adalah kemudahan yang disediakan pihak sekolah tidak memuaskan.

Hal ini disokong oleh Kulanz (2009) yang menyatakan pembekalan komputer yang tidak

seimbang antara sekolah bandar dan luar Bandar tetapi berlandaskan kepada kurikulum yang

sama. Penyelenggaraan komputer juga kurang memuaskan di sekolah apabila komputer yang

disediakan disekolah tidak dapat digunakan kerana mengalami kerosakkan dan tidak

diselenggara dengan baik.

Page 7: Kepercayaan guru terhadap matematik

Selain itu, sikap guru itu sendiri turut mempengaruhi masalah penggunaan teknologi di

dalam PdP apabila mereka fobia atau takut akan komputer dan teknologi yang semakin maju

zaman kini. Guru juga berpandangan negative dalam menggunakan teknologi di dalam PdP

mereka apabila mereka sedah terbiasa dengan kaedah pengajaran mereka yang gunakan. Hal ini

disokong oleh Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi (2011) yang mengatakan bahawa guru-guru di

sekolah sudah terbiasa dengan penggunaan teknik pengajaran secara kaedah tradisional.

Tambahan pula, penggunaan teknologi memerlukan kemahiran dan penguasaan guru

yang tinggi supaya mereka dapat mengajar pelajar dengan sistematik dan teratur seperti yang

dinyatakan oleh Zoraini (2000), dimana sesorang guru kebiasaannya dilatih dalam proses

mengimplementasi program berasaskan komputer di sekolah tetapi bilangannya teramat terhad.

Masa juga merupakan salah satu faktor utama kurangnya penggunaan teknologi di dalam PdP

kerana apabila seseorang guru menggunakan makmal komputer, mereka perlu melakukan

persediaan dengan peralatan dan perkakasan komputer dan ini mengambil masa yang lama. Hal

ini menyebabkan masa PdP menjadi kurang dan pelajar hanya mendapat input yang sedikit

sahaja.

Isu: Guru Melaksanakan Pdp Berdasarkan Kepada Huraian Sukatan Pelajaran

Menurut Lim dan Zhao (2005) dalam kajian mereka, “ Assessment and Examintaion System: A

Comparative Study between Malaysia and Shanghai (China), menyatakan terdapat beberapa

faktor yang menyebabkan prestasi pelajar dalam matapelajaran matematik di China lebih baik

daripada di Malaysia walaupun terdapat banyak persamaan diantara sistem peperiksaan di kedua-

dua negara ini. Antara faktor tersebut ialah ketinggian tahap kandungan pengajaran di negara

China. Guru matematik di China lebih cenderung untuk mengajar lebih daripada yang terdapat

Page 8: Kepercayaan guru terhadap matematik

didalam kurikulum yang disediakan. Kandungan matapelajaran yang diajar oleh guru lebih sukar

sukar berbanding dengan yang terdapat didalam buku teks dan yang disediakan oleh kurikulum

kerana bagi mereka, jika pelajar diajar lebih daripada kandungan yang disediakan, maka ianya

akan membawa kepada skor yang lebih baik di dalam peperiksaan. Guru-guru di Malaysia pula

hanya mengajar berdasarkan kepada buku teks dan kandungan kurikulum yang telah disediakan

semata.

Terdapat juga sesetengah guru yang memilih untuk mengorbankan beberapa kandungan

yang mereka anggap terlalu sukar untuk pelajar mereka dan menumpukan hanya kepada topik

yang terhad untuk memastikan pelajar mereka menguasai topik tersebut dan seterusnya lulus

didalam peperiksaan tanpa mengambil kira bahawa jika pelajar didedahkan dengan kemahiran

penyelesaian masalah, pelajar tidak perlu diberi penekanan terhadap bentuk soalan peperiksaan

dan latih tubi.

Kepercayaan guru terhadap sifat matematik

Menurut Clark (1997), terdapat empat sifat Matematik iaitu corak dan perhubungan, cara

pemikiran, hasil seni dan bahasa. Haylock (2003) menyokong bahawa sifat corak dan

perhubungan memang terdapat didalam matematik:

“...the negative effect …of the teacher‟s response to …failure to understand... “

Cherkas (1992) menyokong bahawa sifat matematik melibatkan cara pemikiran seseorang itu

dimana untuk membuat matematik, ada cara yang betul dan salah. Menurut Tobias (1991), tidak

semestinya apabila seseorang itu bagus dalam bidang seni, maka ia tidak boleh bagus dalam

bidang matematik. Schwartz (2000) menyatakan bahawa kesukaran juga terjadi apabila

mengenali dan mengklasifikasikan matematik yang menggunakan bentuk dan simbol.

Page 9: Kepercayaan guru terhadap matematik

Menurut Marzita Puteh (1998), sifat matematik ini adalah pengiraan, menyelesaikan

masalah, latihan dan abtraks dimana dari segi pengiraan, Brady dan Bowd (2005) telah

membuktikan bahawa pelajar dijangka dapat memahami selepas sedikit penerangan tentang

konsep, tetapi guru juga memalukan diri mereka dihadapan pelajar. Menurut Oxford dan

Anderson (1995), Pelajar terhalang untuk memahami sesuatu masalah kerana pelajar telah diajar

bahawa matematik ini tidak perlukan penyiasatan. Selain itu, latihan yang banyak membolehkan

seseorang itu mahir dalam matematik dan dapat meningkatkan keyakinan.

Kepercayaan guru terhadap pengajaran

Kepercayaan terhadap pengajaran telah menjadi isu yang utama di dalam dunia pendidikan dan

berperanan sebagai alat untuk seorang guru membuat keputusan tanpa bergantung semata-mata

kepada pengetahuan pedagogi dan garis panduan yang ditetapkan dalam kurikulum dan ia

merupakan teori personel untuk pengetahuan guru (Handal, 2004). Menurut Thompson (1984),

kepercayaan membentuk tingkah laku seseorang guru itu. Kepercayaan juga memberi kesan yang

signifikan kepada bentuk dan jenis pengajaran yang digunakan oleh guru (Vacc & Bright, 1999).

Brown, Cooney dan Jones (1990) menyatakan bahawa kepercayaan guru telah wujud sebelum

guru-guru tersebut menjalani latihan perguruan kerana guru pelatih ini membentuk kepercayaan

secara implisit melalui pengalaman peribadi sebagai pelajaserta wujudnya isu kepercayaan dalam

pertentangan pengetahuan guru dalam subjek matematik dan amalan pengajaran mereka

(Liljedahl,2008).

Menurut Roehrig dan Kruse (2005), kepercayaan adalah konstruk peribadi bagi seseorang guru

dan berkait rapat dengan perancangan dan perlaksanaan pengajaran di dalam bilik darjah dan

kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik mendominasi tindakan guru dalam

Page 10: Kepercayaan guru terhadap matematik

perlaksanaan kurikulum. Ernest (1994) berpendapat bahawa peranan guru, tindakan dan aktiviti

kelas merupakan aspek yang terkandung di dalam pengajaran matematik dan terdapat tiga jenis

pengajaran guru iaitu guru sebagai penunjuk ajar, penerang dan fasilitator. Hubungan

kepercayaan dan pengajaran guru merupakan satu proses kerana kepercayaan adalah dinamik

yang dipengaruhi oleh pengalaman dan guru-guru yang berpengalaman mempunyai kurang

variasi dalam corak kepercayaan mereka disebabkan pengalaman mereka berkadar langsung

dengan tahap kerasional mereka (Zaidah, 2005)

Isu: Guru Bukan Opsyen

Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan minat seseorang pelajar itu di dalam

sesuatu subjek. Guru yang diberikan amanah untuk mengajar subjek yang bukan dikuasai

olehnya mempunyai kesukaran untuk mengajar subjek tersebut kerana mereka kurang

pengetahuan akan subjek tersebut. Mereka juga kurang penjelasan dan pengukuhan akan sesuatu

konsep bagi sesuatu subjek dan ini membuat mereka mengambil sambil lewa akan subjek

tersebut. Apabila mereka tidak bersemangat untuk mengajar, maka tiada persediaan yang

dilakukan sebelum mengajar dan mereka hanya mengajar berdasarkan apa yang terkandung

didalam buku teks semata selain daripada pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) yang

kurang diamalkan.

Selain itu, guru yang mengajar subjek yang kurang dikuasai oleh mereka ini hanya

mengajar untuk peperiksaan dan hanya menumpukan kepada latih tubi semata. Ini menyebabkan

pelajar tidak memperoleh proses pemahaman dan pembinaan konsep akan sesuatu topik. Hal ini

akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk memperlajari subjek tersebut dan akhirnya

pelajar tidak memberi tumpuan di dalam PdP yang dijalankan

Page 11: Kepercayaan guru terhadap matematik

Isu: Pengajaran Berdasarkan Buku Teks

Setiap guru dan pelajar akan dibekalkan buku teks bagi memudahkan pengajaran. Guru

menganggap buku teks adalah merupakan sumber yang utama dimana guru hanya berpandukan

kepada buku teks semata bagi menjalankan pengajaran mereka. Buku teks mengandungi

keseluruhan isi kandungan yang telah ditetapkan dan digariskan di dalam kurikulum. Apabila

guru hanya menggunakan rujukan buku teks tanpa membuat rujukan dari sumber yang lain di

dalam pengajaran mereka, pemikiran pelajar akan terhad di dalam buku teks sahaja. Pelajar tidak

akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian mereka kerana

mereka tidak didedahkan dengan perkaitan antara apa yang dipelajari dengan apa yang mereka

pelajari.

Isu : Kaedah Pengajaran Guru

Guru gemar untuk memanggil pelajar untuk ke hadapan kelas bagi menjawab soalan latihan yang

diberikan. Hal ini akan menyebabkan pelajar menjadi gementar dan takut kerana jika tersalah

memberikan jawapan, mereka akan dimalukan dihadapan rakan-rakan mereka. Apabila beberapa

pelajar yang dipanggil ke hadapan untuk menyelesaikan soalan yang diberikan guru, guru akan

terus membuat kesimpulan bahawa keseluruhan pelajar di dalam kelas memahami topik tersebut.

Kebanyakkan guru menggunakan kaedah tradisional seperti Chalk & Talk yang lebih

kepada kaedah hafalan rumus, fakta dan teori. Pelajar tidak didedahkan dengan perkaitan dengan

kehidupan seharian mereka. Sesetengah guru juga melaksanakan pengajaran mereka dengan

penyampaian yang terlalu laju. Hal ini disebabkan oleh guru ingin menghabiskan silibus

mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh kurikulum dan ini menyebabkan pelajar tidak

memahami akan topic yang diajarkan. Guru juga menggunakan kaedah tradisional ini kerana

Page 12: Kepercayaan guru terhadap matematik

dengan menggunakan kaedah ini, mereka telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang jadi

mereka tidak mahu mengubah cara pengajaran mereka.

Kepercayaan guru terhadap pembelajaran matematik

Menurut Gages dan Liner (1991), pembelajaran didefinisikan sebagai proses yang membawa

kepada perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman dan latihan. Menurut Rohazal (2004)

pula, pembelajaran adalah proses interaksi yang melibatkan pelajar, pengajar dan persekitaran.

Earnest (1989) menyatakan sistem kepercayaan guru dalam pembelajaran Matematik

mengandungi pandangan guru tentang proses pembelajaran, tingkah laku dan aktiviti mental

pelajar, aktiviti pembelajaran pelajar, jangkaan, konsepsi dan imej aktiviti pembelajaran dan

proses pembelajaran Matematik secara umum.

Menurut Barkatsas & Malone (2005), perkara-perkara yang berlaku semasa aktiviti

pembelajaran dalam kelas matematik dipengaruhi oleh kepercayaan guru. Ini termasuklah

bagaimana guru mengenal pasti proses pengajaran, pembelajaran, potensi pelajar, keupayaan,

dan kemampuan mereka. Menurut Liljehdahl (2008), hubungan kepercayaan dan pedagogi

adalah sangat jelas bagi guru matematik. Penggunaan pelbagai takrif dan pembuktian merupakan

strategi pedagogi amalan guru yang mempunyai pandangan sistematik tentang matematik.

Menurut Zawawi (2001), kajian tentang kepercayaan dan amalan pengajaran masih kurang di

Malaysia. Terdapat dua jenis kepercayaan guru terhadap pembelajaran iaitu kepercayaan jenis

yang pertama merujuk kepada guru yang percaya bahawa pembelajaran matematik dapat

dipelajari sekiranya sesuatu konsep atau kemahiran telah diajar manakala kepercayaan terhadap

pembelajaran yang kedua menyatakan bahawa kefahaman telah dicapai sekiranya pelajar mampu

mengaitkan dengan pengetahuan yang lepas.

Page 13: Kepercayaan guru terhadap matematik

Menurut Ibrahim (1994), pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara

ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik menjadi tidak

bermakna. Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, „petua‟ dan „hukum-hukum‟ yang

dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi, 1999; Omar, 1994; Amin,

1993). Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil

tentang matematik dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu

konsep atau kemahiran Matematik (Tengku Zawawi, 1997). Beberapa kajian dalam bidang

pendidikan menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku apabila murid-murid mengasimilasikan

maklumat baru dengan aktif serta mengalami dan membina skim matematik mereka sendiri

(Wang, S. Y. P. et al,1999).

Isu: Pilih Kasih

Terdapat sesetengah guru yang bersikap pilih kasih dengan pelajar mereka. Guru tersebut

berlaku tidak adil dengan pelajar-pelajarnya dan hanya memberikan perhatian yang lebih kepada

pelajar yang mempunyai kelebihan tertentu seperti memiliki kepandaian yang lebih dan

mempunyai latar belakang yang berada. Hal ini bukan sesuatu yang baharu kerana ianya kerap

terjadi.

Page 14: Kepercayaan guru terhadap matematik

Rajah 1: Keratan Akhbar Berita Harian 6 Jun 2010

Rajah 1: Keratan Akhbar Berita Harian 20 September 2013

Page 15: Kepercayaan guru terhadap matematik

Isu: Guru Bersifat Autokrasi

Terdapat juga sesetengah guru yang mempunyai sikap autokrasi ini apabila guru memandang

rendah dengan kemampuan pelajar dan pelajar tidak diberi peluang untuk bertanya. Penglibatan

pelajar juga kurang di dalam perlaksanaan PdP dan ini yang menyebabkan pelajar gemar untuk

tidak hadir ke sekolah kerana tidak gemar dengan sikap guru yang satu ini.

Kesimpulan

Perasaan anxiety yang terdapat didalam diri pelajar dan guru dapat diatasi bermula daripada guru

itu sendiri kerana apabila guru mempunyai sikap yang positif, pelajar juga akan mempunyai

sikap tersebut. Guru juga perlu mengajar dengan ikhlas dalam memahamkan pelajar dimana

mereka tidak tahu apa-apa sebelum PdP bermula. Kepelbagaian corak dan cara pengajaran turut

membantu pelajar untuk mempunyai minat didalam subjek matematik ini.

Page 16: Kepercayaan guru terhadap matematik

Rujukan

Austin, S. and Wadlington, E. (1992) Education 112(3): 390.

Brady, P. and Bowd, A. (2005) Mathematics anxiety, prior experience and confi dence to teach

mathematics among pre-service education students. Teachers and Teaching: Theory and

Practice 11(1): 37–46.

Cherkas, B. M. (1992) A personal essay in math? College Teaching 40(3): 83.

Clark, G. (1997). What is mathematics? Laman Internet. Dalam Puteh, M. (1998). Factors

Associated With Mathematics Anxiety and Its Impact On The Primary Teacher Trainees In

Malaysia. PhD thesis, University of East Anglia, Norwich. (n. published).

G. Leder, E. Pehkonen & G. Törner (penyt.), Beliefs: A Hidden Variable in Mathematics

Education (pp.13-38). Boston, MA: Kluwer Academic Publishing.

Handal, B. (2004). Teachers instructional beliefs about integrating educational technology. e-

Journal of Instructional Science and Technology, 17(1).

Haylock, D. (2003) Mathematics Explained For Primary Teachers. 2nd Edition. London: Paul

Chapman.

Liiljehdal, P. (2008). Teachers’ Beliefs as Teachers’ Knowledge. Prosiding International

Commission on Mathematics Instruction, 5 – 8 Mac.

Op‟t Eynde, P., De Corte, E. & Verschaffel, L. (2002). Framing students‟ mathematics-related

beliefs: A quest for conceptual clarity and a comprehensive categorization.

Oxford, R. L and Anderson, N. J. (1995) A crosscultural view of learning styles. Language

Teaching 28: 201–215.

Puteh, M. (1998). Factors Associated With Mathematics Anxiety and Its Impact On The Primary

Teacher Trainees In Malaysia. PhD thesis, University of East Anglia, Norwich. (n.

published).

Roehrig; G.H. & Kruse, R.A. (2005).The Role of Teachers‟ Beliefs and Knowledge in the

Adoption of a Reform-Based. School Science and Mathematics; Dec 2005; 105, 8;

ProQuest Education Journals, pg. 412.

Roslina Radzali, (2007). Kepercayaan Matematik, Metakognisi, Perwakilan Masalah dan

Penyelesaian Masalah Pelajar. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia.Zaidah (2005)

Schwartz, A. E. (2000) Axing math anxiety. Education Digest 65(5): 62

Page 17: Kepercayaan guru terhadap matematik

Tobias, S. (1991) Math mental health. College Teaching 39(3): 91.