kepentingan alam sekitar

8
ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002) Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997) Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004

Upload: julia-bt-benjamin-siri

Post on 24-Jul-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Alam Sekitar

ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi

SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004

Page 2: Kepentingan Alam Sekitar

Kepentingan alam sekitar

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Kepentingan-kepentingannya adalah:-

Kesihatan manusia terjamin

Tarikan pelancong asing

Pembekalan udara yang segar

Ekosistem yang stabil

Habitat hidupan darat dan air terpelihara

Mengelakkan kepupusan

Punca-punca

Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu,punca-punca lain adalah:-

Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan

Penebangan pokok-pokok secara berleluasa

Pembakaran terbuka

Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.

Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk

Pembuangan sisa-sisa toksik

Page 3: Kepentingan Alam Sekitar

Kesan-kesan

Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air. Antara kesan-kesannya adalah seperti berikut:-

Pencemaran udara dan jerebu

Fenomena hujan asid

Pencemaran bau

Pencemaran air

Kemusnahan hidupan akuatik

Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat

Keracunan

Hakisan tanah dan banjir

Kesihatan terjejas

Langkah-langkah mengatasi

Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam sekitar daripada pencemaran

Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap:

- peringkat antarabangsa

- pemerintah

-organisasi

- individu.

Page 4: Kepentingan Alam Sekitar

i. Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.

ii. Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.

iii. Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah.

iv. Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

Page 5: Kepentingan Alam Sekitar

Pengertian dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti

Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan,

udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi

kesemua keperluan hidupan ini dengan bail dan pencemaran adalah pada paras yang minimum.

Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar

yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan

organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain.

Contohnya, udara perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan

mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang menyerang sistem

respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah

air. Air sungai yang dicmeari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan

habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.

Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang

berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar

yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang.

Keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi dan pembangunan.

Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia, seperti menangkap ikan dan membalak

adalah untuk meningkatakan taraf hidupnya. Kegiatan ini melibatkan perubahan kepada alam

semula jadi di sekeliling, sesuai dengan kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk

mengawal dan mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang kaya ini

boleh dikelaskana kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh

diperbaharui. Sumber yag boleh diperbaharui adalah sumber yang boleh dihasilkan atau diwujudkan

kembali di alam semula jadi dalam tempoh yang singkat. Hasil laut seperti kupang, ikan dan rumpai

air merupakan satu contoh hidupan yang boleh diperoleh sepanjang masa. Kayu balak dan rotan

mengambil masa yang lebih untuk pertumbuhan, larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan

galakan terhadap aktiviti penanaman semula balak dan rotan di Malaysia adalah contoh usaha yang

diambil untuk memulihkan amal semula jadi.

Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui kegiatan manusia dpanggil sumber yang tidak

boleh dikembalikan semula. Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan

bijih timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu dikawal atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam

jangka waktu yang singkat. Kegitan perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam

seperti plumbum yang boleh mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada

agen hakisan.

Page 6: Kepentingan Alam Sekitar

Kawasan lapang yang berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak subur dan menakung

air. Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan seperti ini kepada kawasan rekreasi seperti

Taman Tasik Perdana dan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur, Malaysia. Industri yang berasaskan

pertanian dan pengilangan menghasilkan sisa yang toksik dan berbahaya. Sisa ini mendatangkan

risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti

Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan dala mtahun 1979 menghendaki semua industri

mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum

dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar,

dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan

infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan tanah untuk

projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan. Pihak

berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau sebelum sesuatu projek pembangunan

diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi

atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus

dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata.