kepelbagaian mineral dalam kerak bumi.docx

13
Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi Mineral adalah unsur atau sebatian yang wujud secara semula jadi di dalam kerak bumi. Sebagai contohnya, emas dan perak yang dijumpai dalam bentuk mineral. Ini dinamakan unsur semula jadi. Ada juga sebatian yang dijumpai dalam bentuk mineral, seperti karbonat dan silikat. Ini kita namakan sebatian semula jadi. Sifat Mineral 1) Kekerasan Ada sesetengah mineral yang sangat keras sehingga boleh digunakan sebagai batu pengasah pisau. Dan ada juga mineral yang lembut sehingga boleh dicalarkan dengan hanya menggunakan kuku. 2) Keterlarutan Dalam Air Ada mineral yang larut, dan ada mineral yang tidak larut. Contoh mineral yang larut adalah seperti magnesium oksida dan kalsium sulfida. 3) Kesan Haba Terhadap Mineral Jika dipanaskan, oksida logam tidak mengurai untuk membentuk bahan baru. Tetapi karbonat logam akan mengurai kepada oksida logam dan karbon dioksida jika dipanaskan. Tindakbalas Logam Dengan Bukan Logam Terdapat banyak unsur yang membentuk bahan-bahan lain di bumi. Ada unsur logam seperti aluminium, besi, timah dan zink. Dan ada juga unsur bukan logam seperti oksigen, sulfur, hidrogen dan nitrogen.

Upload: siti-farah-azrin

Post on 16-Jan-2016

292 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi

Mineral adalah unsur atau sebatian yang wujud secara semula jadi di dalam kerak bumi. Sebagai contohnya, emas dan perak yang dijumpai dalam bentuk mineral. Ini dinamakan unsur semula jadi. Ada juga sebatian yang dijumpai dalam bentuk mineral, seperti karbonat dan silikat. Ini kita namakan sebatian semula jadi.

Sifat Mineral1) KekerasanAda sesetengah mineral yang sangat keras sehingga boleh digunakan sebagai batu pengasah pisau. Dan ada juga mineral yang lembut sehingga boleh dicalarkan dengan hanya menggunakan kuku.

2) Keterlarutan Dalam AirAda mineral yang larut, dan ada mineral yang tidak larut. Contoh mineral yang larut adalah seperti magnesium oksida dan kalsium sulfida.

3) Kesan Haba Terhadap MineralJika dipanaskan, oksida logam tidak mengurai untuk membentuk bahan baru. Tetapi karbonat logam akan mengurai kepada oksida logam dan karbon dioksida jika dipanaskan.

Tindakbalas Logam Dengan Bukan Logam

Terdapat banyak unsur yang membentuk bahan-bahan lain di bumi. Ada unsur logam seperti aluminium, besi, timah dan zink. Dan ada juga unsur bukan logam seperti oksigen, sulfur, hidrogen dan nitrogen. Unsur-unsur ini boleh bertindakbalas antara satu sama lain, bagi membentuk sebatian lain. Jom kita tengok lagi, apa nama sebatian yang terhasil bila unsur logam bertindakbalas dengan unsur bukan logam.

Page 2: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Sebagai contohnya, tindakbalas antara Aluminium (logam) dengan oksigen (bukan logam) akan menghasilkan sebatian yang diberi nama aluminium oksida. Nama bagi unsur logam iaitu 'Aluminium' diletakkan di hadapan nama sebatian tersebut. Manakala, unsur bukan logam, iaitu 'oksigen' diletakkan di belakang nama sebatian tersebut dan ditukar dengan 'oksida'. Begitu juga dengan unsur bukan logam 'sulfur' yang ditukar kepada 'sulfida' jika diletakkan di belakang.

Sebatian Silikon

Silikon merupakan mineral kedua yang paling banyak dalam kerak Bumi. Tetapi silikon tidak wujud dalam bentuk semula jadi sebagai unsur. Silikon akan bergabung dengan unsur lain bagi membentuk sebatian mineral. Antara contoh sebatian mineral yang berkait dengan silikon adalah SILIKA dan SILIKAT.

SILIKASilika adalah silikon dioksida, iaitu gabungan antara silikon dan oksigen.Eg : pasir, batu pasir, batu api, kuarza

Page 3: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Kuarza

SILIKATSilikat adalah sebatian yang terhasil daripada silikon, oksigen dan logam tertentu.Eg : tanah liat, asbestos, mika, feldspar, gneis, jed dan zamrud

Feldspar

Page 4: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Asbestos

Gneis

Ciri-Ciri Silika dan SilikatSebatian silikon ini adalah sangat STABIL kerana 1. Tidak larut dalam air2. Tidak terurai bila dipanaskan3. Tidak bertindakbalas dengan asid hidroklorik

Kegunaan Sebatian Silikon1. Pembuatan cip elektronik2. Pembuatan kaca3. Pembuatan gentian optik4. Pembuatan seramik (tembikar dan porselin)

Page 5: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Sebatian Kalsium

Ahad, April 13, 2014 Sains Ting 3 5 comments

Kalsium karbonat adalah sebatian yang terdiri daripada kalsium, karbon dan oksigen. Kalsium karbonat wujud secara semula jadi dalam bentuk batu kapur, marmar, kapur, kalsit, terumbu karang dan cangkerang keras haiwan laut.

Sifat-Sifat Kalsium Karbonat1. Tindakbalas dengan asid cairAkan menghasilkan garam, karbon dioksida dan air

2. Tindakbalas apabila dipanaskanAkan menghasilkan karbon dioksida dan kalsium oksida (kapur tohor)

*Kalsium oksida berpadu dengan air menghasilkan kalsium hidroksida (kapur mati)*Kalsium hidroksida larut dalam air berlebihan membentuk larutan kalsium hidroksida (air kapur)

Kegunaan Sebatian Kalsium1. Membuat jubin (keras, tahan haba, tidak larut dalam air)2. Antasid untuk melegakan sakit gastrik3. Meneutralkan tanah yang berasid4. Menyediakan simen dan cat kapur dalam pembinaan bangunan

Sumber Bahan Api Semulajadi dan Kepentingannya

Ahad, Mei 04, 2014 Sains Ting 3 15 comments

Negara kita memang kaya dengan pelbagai sumber bahan api semula jadi seperti petroleum, arang batu dan kayu kayan. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dibentuk daripada sisa tumbuhan dan haiwan mati yang tertanam berjuta tahun dahulu.

Page 6: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Lihat pembentukan bahan api fosil seperti di bawah

Penyulingan Berperingkat PetroleumPetroleum ialah satu campuran hidrokarbon, iaitu bahan kimia yang terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon.

Berikut adalah proses penyulingan berperingkat dalam menara penyulingan di loji penapisan minyak dan kegunaan pecahan petroleum yang berbeza.

Page 7: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Jika julat takat didih pecahan petroleum itu meningkat, warna nya menjadi semakin gelap, kelikatan meningkat, kebolehan untuk terbakar berkurang dan jelaga pembakaran meningkat.

Kaedah Berkesan Dalam Penggunaan Sumber Bahan Api Semula Jadi1. Menggunakan peralatan gas dan elektrik yang menjimatkan tenaga2. Mengurangkan pembaziran tenaga3. Menggunakan kenderaan yang menjimatkan bahan api yang lebih efisien4. Menggalakkan perkongsian kenderaan

Page 8: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

5. Mengitar semula dan menggunakan semula bahan6. Menggunakan sumber tenaga diperbaharui

Mineral Yang Terdapat Di Dalam Kerak Bumi

Mineral adalah unsur semulajadi (natural element) atau sebatian(compound) yang terdapat di dalam kerak Bumi (Earth's crust).

Mineral mempunyai komposisi dan struktur kristal tertentu. Contoh-contoh mineral adalah calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica), marmar (marble) dan silikat (silicate).

Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh wujud secara bebas dalam kerak Bumi. Sementara itu, unsur-unsur aktif akan bertindak balas dengan unsur-unsur lain bagi membentuk sebatian tertentu.

Unsur-unsur semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas (gold), perak (silver), platinum, raksa (mercury) dan arsenik (arsenic).

Jadual di bawah menunjukkan peratusan unsur-unsur mineral yang terdapat dalam kerak Bumi.

Unsur % mengikut berat

Oksigen 46.6

Silikon 27.7

Aluminium 8.1

Besi / Ferum 5.0

Kalsium 3.6

Sodium 2.8

Potassium 2.6

Magnesium 2.1

Titanium 0.4

Hidrogen / Karbon

0.14

Page 9: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Peratusan unsur di dalam kerak bumi.

Hampir 75% daripada berat mineral di dalam kerak Bumi adalah terdiri daripada unsur-unsur oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat (silicate minerals) yang mengandungi oksigen dan unsur-unsur silikon membentuk jumlah yang terbesar. Contoh mineral silikat adalah termasuk kuarza, feldspar, mika dan tanah liat.

Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon dikenali sebagai mineral bukan silikat (non-silicate minerals). Contoh mineral bukan silikat adalah calcite, dolomit (dolomite), magnetit (magnetite) dan bijih besi (hematite).

Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud dalam bentuk sebatian seperti oksida (oxides), sulfida(sulphides) dan karbonat (carbonates).

Unsur-unsur yang kurang aktif bergabung dengan oksigen dan sulfur untuk membentuk oksida dan sulfida seperti oksida besi, aluminium oksida, plumbum sulfida dan besi sulfida.

Sulfida bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sulfat. Sebaliknya, oksida akan bertukar ke karbonat apabila bertindak balas dengan air dan karbon dioksida.

Oksida logam (metal oxide) adalah sebatian yang mengandungi logam dan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Jenis mineral Contoh Nama kimia Unsur

Oksida(oxide)

Bauksit (bauxite)

Aluminium oksida Aluminium dan oksigen

Hematit (hematite)

Besi oksida Besi dan oksigen

Magnetit (magnetite)

Magnesium oksida Magnesium dan oksigen

Cassiterite Timah oksida Timah dan oksigen

Page 10: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx

Sulfida(sulphide)

Galena Plumbum sulfida Plumbum dan sulfur

Pirit (pyrite)

Besi sulfida Besi dan sulfur

Chalcocite Kuprum sulfida Kuprum dan sulfur

Blende Zink sulfida Zink dan sulfur

Karbonat(carbonate)

Marmar (calcite)

Kalsium karbonat Kalsium, karbon dan oksigen

Magnesit (magnesite)

Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen

Dolomit (dolomite)

Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen

Malachite Kuprum karbonat Kuprum, karbon dan oksigen

Contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Mineral yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mineral memiliki ciri-ciri yang berbeza dari segi:

1. Kekerasan (hardness).

2. Keterlarutan dalam air (solubility in water).

3. Reaksi kepada haba dan kesannya (reaction to heat and its effect).

Kuarza dan calcite adalah mineral Bumi yang biasa ditemui di dalam batu-batan di seluruh dunia.

Page 11: Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi.docx