kerajaan-kerajaan awal di tanah melayu
TRANSCRIPT
SJHK 3013 KERAJAAN-KERAJAAN
AWAL DI TANAH MELAYUOLEH :
NUR FAZLIN BINTI MOHD NAIM
NAMA PENSYARAH AKADEMIK: ENCIK SAMSUDIN BIN SAAD
TARIKH: 29 JUN 2015
KERAJAAN-KERAJAAN
AWAL DI TANAH
MELAYU
Kedah Tua
Chih Tu
BeruasGangga Negara
Temasik
Kedah Tua
Menurut catatan I-
Ching, Kedah Tua
atau Che-Cha
wujud pada kurun
ke-5 Masihi
Merupakan kerajaan
awal di
Semenanjung Tanah
Melayu
Pada awalnya, pusat
pentadbiran kerajaan
ini ialah di Sungai
Mas, kemudian
berpindah ke Lembah
Bujang
Merupakan
pelabuhan
persinggahan
pelayar di Utara
Selat Melaka
Kedah
Tua
Gunung Jerai menjadi
penanda kepada kapal-
kapal bahawa mereka
sudah tiba di
pelabuhan Lembah
Bujang dan Sungai
Mas
Bentuk muka bumi Kedah
adalah rata, ini
membolehkan Kedah
menjadi pengeluar padi
utama
Kegemilangan
kerajaan ini terbukti
dengan penemuan
arkeologi di Lembah
Bujang iaitu dua keping
wang Perak yang
dipercayai berasal dari
zaman al-Mutawakil
(tahun 847-861
Masihi), manik dari
India dan kaca dari
Timur Tengah
Chih Tu Nama lain ialah
kerajaan Tanah Merah
(anggaran dari 100 SM
hingga 700 M)
merupakan sebuah
kerajaan Buddha
Purba di Semenanjung
Tanah Melayu
Sejarah Dinasti Sui ada
menerangkan mengenai
kewujudan kerajaan ini.
Namun lokasinya masih
diperdebatkan. Lokasinya
mungkin di Kelantan,
Pahang, Songkhla atau
Patani
Merupakan sebahagian
daripada Empayar
Funan. Mengikut catatan
daripada sumber China,
tanah di sekitar kerajaan
Chih Tu kebanyakkannya
merah atau bertanah liat
Chi
h T
u
Menjadi satu kewajipan untuk setiap rakyatnya menindik
telinga mereka dan memotong rambut dalam sebuah
perayaan keagamaan. Hal ini adalah bertujuan untuk
mengagungkan Buddha tetapi penghormatan yang tertinggi
diberi kepada para Brahmin. Para perempuan perlu
mengikat rambut mereka
Kerajaan Chih Tu mengamalkan ajaran Buddha dalam
kerajaan mereka, ini dapat dilihat dari struktur bangunan
dan struktur masyarakat Chih tu yang meletakkan
golongan Brahmin pada kedudukan yang istimewa.
Gangga Negara
Kerajaan Melayu Hindu Lama
yang hilang dan disebut dalam
Sejarah Melayu yang
merangkumi Beruas, Dinding
dan Manjung yang terletak di
negeri Perak. Raja Gangga
Shah Johan sebagai salah
seorang rajanya. Ahli sejarawan
percaya kerajaan ini berpusat di
Beruas dan runtuh selepas
serangan oleh Raja Rajendra
Chola I dari Coromandel, India
Selatan di antara tahun 1025
dan 1026
Menurut Hikayat Merong
Mahawangsa, kerajaan ini
mungkin telah diasaskan oleh
anak Merong Mahawangsa, Raja
Ganjil Sarjuna dari Kedah dan
keluarga diraja Khmer
Menurut kajian, dinyatakan Kerajaan
Gangga Negara wujud tidak lewat dari
abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga
Negara dipercayai terletak di daerah
Dinding (Manjong), sekitar kawasan
Selatan Gunung Bubu (1657 meter) arah
Timur Bukit Segari di tepi Sungai
Dendang. Pendapat ini juga menyebut
kemungkinan pusat Kerajaan Gangga
Negara berubah-ubah
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges" dalam
bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari Ganganagar di
barat laut India di mana penduduk Kambuja tinggal.
Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja
mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke Ligor
(Nakhon Sri Thammarat) di utara semenanjung Tanah
Melayu, merentasi Thailand dan Kemboja
Beruas
Penyelidikan pertama mengenai
kerajaan Beruas dimulakan oleh
Kolonel James Low pada tahun
1849 dan satu abad kemudian oleh
HG Qlaritch-Males. Menurut
Jabatan Antikuiti dan Muzium,
kedua penyelidik bersetuju bahawa
kerajaan Gangga Negara wujud
tetapi tidak dapat menentukan
tapaknya
Kebanyakan artifak yang ditemui oleh penduduk
kampung, dipercayai semenjak kerajaan kuno, kini
dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh dari abad
ke-5 dan ke-6. Antara artifak yang dipamerkan
adalah meriam 128 kg, pedang, ketulan timah,
tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai
era, dan tempayan besar
Pendapat mengatakan bahawa Pengkalan
(Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan,
Bidor dan Sungai Siput merupakan
sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut
mencadangkan bahawa pusat kerajaan
mungkin telah berpindah beberapa kali.
Gangga Negara dinamakan menjadi
Beruas selepas Islam bertapak di sana
Pokok Beruas: Putera Raja dari Aceh,
Sumatra bernama Malik berehat di
bawah pokok Beruas. Sejarah Pasai
ada menyebut mengenai Malik ul Salih
yang merupakan raja Hindu tempatan
pertama yang memeluk Islam pada
tahun 1267. Kini pokok beruas telah
pupus tetapi masih dapat dijumpai di
perkampungan berhampiran di
Pengkalan Baru dan Batang Kubu
Temasik
Sekitar abad ke-14, Singapura
adalah sebahagian dariipada
kerajaan Sriwijaya dan dikenali
sebagai Temasik (Kota Laut)
Bangsa Tionghua menyebutnya
sebagai
‘Pu-luo-chung” atau
‘pulau di hujung semenanjung”
Pada abad ke-14, pulau kecil berlokasi strategis ini mendapatkan nama baru. Menurut
legenda, Sang Nila Utama, seorang Pangeran dari Palembang (ibukota kerajaan
Sriwijaya), sedang berburu ketika matanya terlihat seekor haiwan yang belum pernah ia
jumpa sebelum ini. Menganggap hal ini sebagai sebuah pertanda baik, beliau kemudian
mendirikan sebuah kota di mana haiwan itu ditemukan, dan menamakannya "Kota
Singa” atau Singapura, yang diambil dari bahasa Sanskrit "simha" (singa) dan "pura"
(kota).
Abdullah Abdul Kadir Munshi menyatakan
terdapat satu batu bersurat yang mempunyai
ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah
kabur. Batu bersurat Singapura itu
menunjukkan Singapura telahpun menjadi
satu pusat pentadbiran sejak silam lama
sebelum ketibaan pihak Inggeris. Malangnya
batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak
lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang
jurutera Inggeris.
REFLEKSI
Antara kekuatan yang terdapat dalam tajuk Kerajaan-kerajaan Awal di
Tanah Melayu termasuklah terdapat pelbagai warisan monumen dan arca agama
Hindu Buddha yang masih kekal sehingga sekarang. Hal ini merupakan bukti
mengenai pengaruh kedatangan dan pembentukan kerajaan-kerajaan berkenaan
berasaskan kedua-dua agama yang dating dari India tetapi gayanya
mencerminkan adunan pengaruh India dan tempatan. Ia juga bukti bahawa
pemerintah bagi kerajaan tersebut merupakan penganut agama Hindu Buddha.
Kedua, kerajaan-kerajaan awal ini dahulunya merupakan sebuah kerajaan yang
kaya raya dan maju sehingga ramai peniaga-peniaga luar yang datang untuk
berniaga.
Oleh itu, kebanyakkan kerajaan-kerajaan awal ini adalah pelabuhan-pelabuhan
yang terkenal sehingga banyak catatan mengenai kerajaan-kerajaan tersebut
dicatat oleh pengembara Cina. Seterusnya, unsur integrasi dapat dillihat
daripada kerajaan-kerajaan tersebut melalui kemasukkan peniaga-peniaga
luar. Dengan berlakunya percampuran budaya, hal ini telah membentuk
masyarakat yang hidup harmoni di bawah satu bumbung sejak dari zaman
dahulu lagi.
RUJUKAN Ilya, G. (2014). Kerajaan Chih Tu. Diperoleh daripada laman sesawang Sejarah:
http://sejarahasiatenggara.blogspot.com
Semantani, A. (2012). Ada apa dengan Chih Tu. Diperoleh daripada laman
sesawang Melayu Nusantara: http://lokalgenius.blogspot.com
Wikipedia. (2014). Gangga Negara. Diperoleh daripada laman sesawang
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Gangga_Negara
Rotlink. (2014). Sang Nila Utama. Diperoleh daripada laman sesawang
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sang_Nila_Utama