kementerian pelajaran malaysia - efie emeir · pdf filebahasa malaysia di sekolah jenis...

Download KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - Efie Emeir · PDF fileBahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis ... Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4 8

If you can't read please download the document

Upload: trinhhuong

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    PANDUAN GURU

    BAHASA MALAYSIA (Sekolah Jenis Kebangsaan)

    TAHUN 4

    Terbitan

    Bahagian Pembangunan Kurikulum

    2013

  • Cetakan Pertama 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

  • iii

    A. BAHAGIAN 1 PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU

    Pendahuluan 1 Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan 4 Standard Kurikulum Bahasa Malaysia 5 Matlamat & Objektif Umum 6 Fokus 7 Susunan Kandungan Standard 8 Pengisian Kurikulum 20 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 22 Struktur Modul 31 B. BAHAGIAN 2

    CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 35

    Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 37 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran

    Membaca 38 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 39 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 40 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis 42 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni

    Bahasa 43 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 44 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 45 Strategi Pengaharan dan Pembelajaran Aspek Tatabahasa 46

    C. BAHAGIAN 3 PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR

    Tema: Ekonomi 49 Tema: Keselamatan 50 Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 51

    KANDUNGAN

  • iv

    D. BAHAGIAN 4 CONTOH MODUL MENGIKUT TEMA

    1. Tema: Ekonomi 57 2. Tema: Keselamatan 103 3. Tema: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 141

    E BAHAGIAN 5 PERIBAHASA

    Simpulan Bahasa 193

    F BAHAGIAN 6 PERUMPAMAAN 199

    G BAHAGIAN 7

    GLOSARI 203

  • v

    RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

    cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • vi

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4

    3

    Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Empat ini disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan untuk membantu guru mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Empat juga mencadangkan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai. Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru menterjemahkan Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah Bahasa Malaysia yang mengetengahkan pendekatan modular dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modular ini, fokus pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan tatabahasa. Semua fokus pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dan perlu dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu mereka memantapkan kemahiran bahasa, mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malah menggalakkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberi penekanan kepada aspek penilaian, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buku panduan ini mengandungi empat bahagian; Bahagian 1 merupakan pengenalan tentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Empat dan Struktur Pendekatan Modular, Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan dan Bahagian 4 mengandungi peribahasa, perumpamaan, dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Empat. Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini hanyalah cadangan. Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti tersebut agar dapat memenuhi kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penghasilan buku ini. Buku Panduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.

    PENDAHULUAN

  • Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4

    4

    Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) turut diajar sebagai bahasa kebangsaan seperti yang dipelajari oleh murid-murid di Sekolah Kebangsaan. Namun begitu, pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di SJK menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. Pemerolehan bahasa kedua berbeza dibandingkan dengan pemerolehan bahasa pertama (bahasa ibunda). Penguasaan bahasa pertama diperoleh secara semula jadi, sebaliknya pemerolehan bahasa kedua melalui pembelajaran, sama ada secara formal atau pun tidak formal. Walau bagaimanapun, seseorang yang mempelajari bahasa kedua sebenarnya telah melalui kemahiran berkomunikasi dalam bahasa pertamanya. Justeru, menjadi tugas seorang pengajar untuk memindahkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa pertama kepada berkomunikasi dalam bahasa kedua.

    Pelbagai kaedah pengajaran bahasa kedua digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Antaranya melalui Kaedah Tatabahasa Terjemahan dan Kaedah Terus. Kaedah Tatabahasa Terjemahan dianggap sebagai satu cara yang penting dalam mempelajari penguasaan perbendaharaan kata. Melalui kaedah ini, perbendaharaan kata diberikan pada peringkat awal pembelajaran. Kaedah ini juga memberi penekanan terhadap latihan tatabahasa dengan menggunakan terjemahan dalam bahasa ibunda. Kaedah ini memberi ruang kepada guru menterjemahkan bahasa asing kepada bahasa ibunda dan sebaliknya. Kaedah ini bertujuan untuk mendapat pemahaman terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penguasaan terhadap perbendaharaan kata yang luas membolehkan seseorang itu lebih yakin ketika aktiviti berbahasa atau berkomuniksi.

    Kaedah Terus pula memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa kedua yang dipelajari secara terus. Segala penjelasan makna juga dilakukan menggunakan bahasa kedua tanpa melibatkan pengguna bahasa pertama. Begitu juga melalui kaedah dengar dan sebut. Selain itu, terdapat pelbagai kaedah lain yang sesuai digunakan seperti kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik dan kaedah gerak balas, fizikal audio lingual dan lain-lain.

    Oleh itu, menjadi tugas guru menggunakan pelbagai wacana yang tidak asing bagi murid untuk menarik minat mereka mempelajari Bahasa Malaysia. Langkah ini memberi ruang kepada guru untuk merancang secara bersistem dan formal dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah.

    BAHASA MALAYSIA DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

  • Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia SJK Tahun 4

    5

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa dan aspek sistem bahasa. Aspek tatabahasa diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan manakala aspek seni bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsu