geo ting 1: jenis dan taburan tumbuhan di malaysia

48
Geografi Tingkatan 1 edited by mrrem [email protected]

Upload: ramli-rem

Post on 15-Apr-2017

1.140 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Geografi Tingkatan 1

edited by mrrem

Page 2: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Hutan di Malaysia memang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. Suhu yang tinggi kira-kira 27oC serta hujan lebat kira-kira 2 600mm yang turun sepanjang tahun di Negara kita sungguh sesuai untuk pertumbuhan pelbagais sepsis tumbuhan dan haiwan. Bagi tumbuhan semula jadi, kira-kira 15 000 spesis tumbuhan dapat ditemukan di hutan kita. Dalam unit ini kita akan mengenal pelbagai jenis tumbuhan semula jadi serta pelbagai jenis hidupan liar yang terdapat di hutan Negara kita.

Page 5: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Jenis dan Taburan Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Taburan tumbuhan semula jadi meliputi beberapa kawasan hutan seperti yang ditunjukkan dalam Peta ini. Hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai, dan hutan gunung kebanyakkannya diliputi tumbuhan semula jadi yang malar hijau

Page 6: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika merupakan hutan yang paling luas di Malaysia. Hutan ini meliputi kira-kira 19 juta hektar kawasan Malaysia. Kira-kira 46% daripada keluasan hutan in terdapat di Sarawak, 31% di Semanjung Malaysia, dan 23% di Sabah. Pokok-pokok hutan hujan tropika tumbuh dengan ketinggian yang berbeza dan kelihatan berlapis-lapis. Pada umumnya ahli botani membahagikan hutan ini kepada empat lapisan iaitu lapisan renjong (emergen), kanopi (silara), lapisan tengah dan lantai hutan. Disini terdapat ciri yang membezakan lapisan tersebut.

Page 10: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Hutan hujan tropika mnjadi habitat (kediaman) bagi pelbagai ejnis hidupan liar. Rajah menunjukkan hidupan yang berbeza-beza di keempat-empat lapisan hutan hujan

tropika.

Page 11: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Hutan Paya

Hutan paya meliputi kawasan tumbuh-tumbuhan yang sering ditenggelami air. Terdapat dua jenis hutan paya, iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar.

Page 14: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Hutan Paya Air TAwar

Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk (bertakung air). Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya air sungai dan tasik. Pokok-pokok tumbuh di atas tanih aluvium, tanih gambut dan tanih liat. antara beberapa kawasan hutan paya air tawar termasuklah disekitar Tasik Chini dan Tasik Bera di negeri Pahang, sebahagian Sabak Bernam di Selangor, kawasan Tenggara Pahang dan Delta Rajang di Sarawak

Page 17: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Hutan Pantai

Hutan pantai banyak terdapatdi kawasan pantai yang berpasir. Antara kawasan itu termasuklah kawasan di sepanjang Pantai Cahaya Bulan di Kelantan, Pantai Tanjung Rhu di Pulau Langkawi, Desaru di Johor, Batu Feringghi di Pulau Pinang, Pulau Sipadan di Sabah, dan Pulau Talang0Talang di Sarawak.

Page 19: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Di hutan pantai terdapat juga pelbagai hidupan liar seperti kera, ular, biawak , tupai, burung dan serangga. Lihat Foto ini.

Page 20: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Hutan Gunung

Hutan gunung banyak terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1200 meter. Antara beberapa kawasan yang diliputi hutan gunung termasuklah kawasan Gunung Kinabalu di Sabah, Gunung Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron di Pahang, dan Gunung Jerai di kedah. Hutan gunung mempunyai pelbagai tumbuhan, contohnya pokok daun luruh seperti oak dan pokok daun tirus seperti pokok renek, contohnya orkid.

Page 22: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Bunga ini dapat tumbuh sehingga setebal 1.9 cm, selebar 91cm dan seberat 7kg. Rafflesia ditemukan di Gunung Kinabalu, Sabah.

Page 24: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juha mengikut ketinggian. Di hutan montane bawah terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga. Di hutan montane atas terdapat burung, ferretbadger, tikus, burung, dan serangga.

Page 33: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

CIRI-CIRI HUTAN

Page 48: Geo Ting 1: Jenis dan taburan tumbuhan di Malaysia

[email protected]

Adanya alam iniMenunjukkan adanyaPencipta yang maha

bijaksana

[email protected]