jenis-jenis hutan di malaysia

4
JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA padlet.com/subai810/jenisjenishutandimalaysia Hutan Hujan Tropika Hutan hujan tropika ialah hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter. Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika: Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit bukau dan lereng gunung. Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian yang berbeza. Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir. Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau. Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh. Terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang. Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang. Hutan Paya Terdapat dua jenis hutan paya iaitu hutan paya air masin dan hutan paya air tawar 1. Hutan Paya Air Masin Tumbuh di kawasan pinggir laut berlumpur, terlindung dan ditenggelami air semasa air pasang. Hutan paya air masin banyak terdapat di: (a) Sekitar muara sungai Perak. (b) Sekitar muara Sungai Bernam, Selangor. (c) Muara sungai Rajang dan Sungai Baram, Sarawak. (d) Kawasan pantai timur Sabah. Ciri-ciri Hutan Paya Air Masin: Tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung. Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan belacak, ketam uca, kerang, memerang, burung bangau, ular, monyet dan spesies burung seperti burung merak, burung botak dan burung upih.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA

JENIS-JENIS HUTAN DI

MALAYSIA

padlet.com/subai810/jenisjenishutandimalaysia

Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika ialah hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu

meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung

Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini

biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000

meter.

Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika:

Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit bukau dan

lereng gunung.

Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian

yang berbeza.

Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.

Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing

dan balau.

Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.

Terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau,

gajah, beruang dan musang.

Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti

kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang.

Hutan Paya

Terdapat dua jenis hutan paya iaitu hutan paya air masin dan

hutan paya air tawar

1. Hutan Paya Air Masin

Tumbuh di kawasan pinggir laut berlumpur, terlindung dan

ditenggelami air semasa air pasang.

Hutan paya air masin banyak terdapat di: (a) Sekitar muara sungai Perak.

(b) Sekitar muara Sungai Bernam, Selangor. (c) Muara sungai Rajang dan Sungai Baram, Sarawak.

(d) Kawasan pantai timur Sabah.

Ciri-ciri Hutan Paya Air Masin:

Tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah pokok bakau, nipah,

lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin,

jongkong dan nibung.

Hidupan liar yang dapat ditemui ialah ikan belacak, ketam

uca, kerang, memerang, burung bangau, ular, monyet dan

spesies burung seperti burung merak, burung botak dan

burung upih.

Page 2: JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA

2) Hutan Paya Air Tawar

Hutan Paya Air Tawar terdapat di kawasan pedalaman yang

bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air. Pokok

yang tumbuh biasanya tinggi. Hutan ini meliputi 8% daripada

kawasan hutan negara kita.

Ciri-ciri Hutan Paya Air Tawar:

Terdiri daripada pokok palma, gelam, nipah, kempas,

keladi air, mengkuang.

Hidupan air yang terdapat di sini ikan, udang galah, ular,

biawak dan katak.

Hutan Pantai

Tumbuh di kawasan pinggir laut yang rendah, berpasir,

bersaliran baik dan terdedah kepada tiupan angin dari laut.

Page 3: JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA

Ciri-ciri Hutan Pantai:

Pokok-pokoknya mempunyai ketinggian yang berbeza-

beza.

Mempunyai rimbunan daun yang tebal dan lebar

.Daun berbentuk silinder seperti pokok ru.

Batang pokok lurus dan tinggi seperti pokok ru.

Kulit batang pokok kasar dan mempunyai rekahan cetek

.seperti pokok ru, kelat jambu laut dan pokok dungun.

Akar yang merebak dan menjalar jauh ke dalam tanah

seperti pokok tapak kuda.

Tumbuh-tumbuhan di kawasan ini ialah pokok ru, pokok

kelapa, mengkuang laut, pokok renek, tapak kuda, rumput

lari-lari, ketapang, kelat jambu air, bebaru, jemerlang laut,

bintangor laut dan semak-samun.

Hidupan liar yang terdapat di hutan pantai ialah kera,

ular, biawak, tupai, burung dan serangga.

Hutan Gunung

Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1

200 meter dari aras laut. Tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan subur

di kawasan tanah laterit. Pokok-pokok semakin jarang apabila

tanah semakin tinggi.

Ciri-ciri Hutan Gunung:

Tumbuh-tumbuhan jenis bantut dan tumbuh jarang-

jarang.

Pokok seperti laurel,paki-pakis,orkid dan periuk kera.

Hidupan liar seperti tupai gunung, burung rajawali dan

siamang.

Page 4: JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA

※※※※※※