kementerian kebudayaan, belia dan sukan

19
1 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan دان سوكنيان بلياترين كبودا كمنPETIKAN TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA TAHUN BARU HIJRAH 1443 PADA HARI SELASA 1 MUHARRAM 1443H / 10 OGOS 2021M Surat Berita Jilid: 8/2021 Dalam kehidupan, menyedari dan mengakui kekuasaan Allah adalah sangat-sangat dituntut. Kerana dengan cara ini, sifat kehambaan kita akan bertambah-tambah subur, menjadikan kita akan terpanggil untuk sentiasa merendah diri kepada Allah, bukan seperti umat-umat terdahulu yang rata-rata menyombongkan diri tidak mahu mengakui kekuasaan Allah, yang natijahnya, menjadikan mereka berkubur satu demi satu. Impak baik orang yang merendah diri dengan Allah, akan menjadikan orang itu seorang yang saleh yang sentiasa tunduk mentaati perintah dan suruhan Allah. Inilah yang kita mahukan bagi umat Negara Brunei Darussalam, dan jika ini berlaku, maka insya Allah, kita dan negara ini akan selamat dan makmur, sebagaimana janji Allah dalam surah Al-A'raf ayat 96, tafsirnya: "Sekiranya penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, tentu sahaja Kami bukakan untuk mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya (yang turun) dari langit dan (keluar) dari bumi." OGOS 2021

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

1

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

كمنترين كبودايان بليا دان سوكن

PETIKAN TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN

WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA

TAHUN BARU HIJRAH 1443

PADA HARI SELASA

1 MUHARRAM 1443H / 10 OGOS 2021M

Surat Berita—Jilid: 8/2021

Dalam kehidupan, menyedari dan mengakui kekuasaan Allah adalah sangat-sangat dituntut. Kerana dengan cara ini, sifat kehambaan kita akan bertambah-tambah subur, menjadikan kita akan terpanggil untuk sentiasa merendah diri kepada Allah, bukan seperti umat-umat terdahulu yang rata-rata menyombongkan diri tidak mahu mengakui kekuasaan Allah, yang natijahnya, menjadikan mereka berkubur satu demi satu.

Impak baik orang yang merendah diri dengan Allah, akan menjadikan orang itu seorang yang saleh yang sentiasa tunduk mentaati perintah dan suruhan Allah.

Inilah yang kita mahukan bagi umat Negara Brunei Darussalam, dan jika ini berlaku, maka insya Allah, kita dan negara ini akan selamat dan makmur, sebagaimana janji Allah dalam surah Al-A'raf ayat 96, tafsirnya:

"Sekiranya penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, tentu sahaja Kami bukakan untuk mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya (yang turun) dari langit dan (keluar) dari bumi."

OGOS 2021

Page 2: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

2

Majlis Hi-Tea Amal 'Bersamamu Palestin'

anjuran Eman Enterprise

01.08.2021

Goldstone Ballroom, The Centrepoint Hotel

Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS,Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 sebanyak BND4,500.

Isnin, 02.08.21—Sumbangan berjumlah $10,000 hasil daripada program larian amal, Larian Varsiti 2021 yang diadakan bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Ke-75, anjuran institusi-institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam (UBD, UNISSA, UTB, KUPU SB).

Selasa, 03.08.21 - Majlis Penyerahan Derma dari Wafa Hotel &

Apartment, Annajat Complex, Beribi Gadong untuk Tabung

Kemanusiaan Palestin 2021 berjumlah BND1,971.40 diadakan

di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Isnin, 09.08.21- Sejumlah BND6,310 bagi Tabung Kemanusiaan

Palestin 2021 diterima daripada Eman Enterprise,

yang merupakan kumpulan wang derma daripada kutipan peti

tabung dan hasil kutipan aktiviti amal melalui Majlis Hi-Tea

Amal 'Bersamamu Palestin', yang diadakan pada 1 Ogos 2021,

di Hotel Centrepoint, Gadong. Semua sumbangan diserahkan

seratus peratus ke Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.

Page 3: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

MAJLIS MEMBACA SURAH YAA’SIIN DAN TAHLIL,

SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN KE-16, TAHUN 2021

Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong

02 Ogos 2021

Bacaan Surah Yaa’siin dan Tahlil dipimpin oleh Johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 2021, Awang Afiq

Haririe bin Haji Mat Daud.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan Menteri Tenaga, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin

Sokiaw selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021; Ahli

Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad; juga Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan

Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021.

Juga hadir, Pemimpin-pemimpin Belia, Persatuan-persatuan Belia, Pergerakan-pergerakan Belia, Institusi Pengajian

Tinggi dan sekolah-sekolah juga pegawai-pegawai kerajaan.

Majlis Membaca Surah Yaa’siin dan Tahlil tersebut merupakan salah satu acara sampingan sempena Sambutan Hari

Belia Kebangsaan Ke- 16, Tahun 2021, di mana Acara Kemuncak Sambutan akan diadakan pada Sabtu, 27 Zulhijah

1442H bersamaan 7 Ogos 2021, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Bandar Seri Begawan, Rabu, 4 Ogos 2021- Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

melalui peruntukan JAPEM kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam bencana atap terbang yang berlaku pada 18 Julai 2021 di Kampung Buda-Buda, Daerah Temburong. Majlis berlangsung di Bilik

Kunjungan, Tingkat 8, Bangunan KKBS.

Page 4: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

4

Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) Ke-16, Tahun 2021 diadakan bagi mengiktiraf kepentingan para belia dalam memperkasakan kemajuan negara pada masa hadapan.

Golongan belia memainkan peranan yang amat penting dalam memacu kemajuan pembangunan negara ke arah kejayaan Wawasan Brunei 2035.

Belia masa depan itu ialah be-lia yang holistik, bukan sahaja cemerlang dalam pendidikan, sahsiah dan kerohanian; tetapi juga belia yang berkemahiran, inovatif dan kreatif sejajar dengan kepesatan kemajuan pelbagai bidang.

Kedayatahanan adalah kunci kejayaan belia, di samping kualiti keperibadian dan sikap tidak mahu mengalah dalam bersaing. Persaingan yang di maksudkan di sini, ialah bersaing bagi mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Parabelia itu perlu insaf, bahawa mereka adalah ibarat ‘cermin' masyarakat, di mana baik atau buruknya keadaan, dapat dilihat menerusi cermin ini.

Masyarakat cukup sensitif dengan belia. Jika baik belia, maka masyarakat pun sangat teruja dan menyanjung mereka. Tetapi jika sebaliknya, masyarakat akan lari, menjauhi diri daripada mereka.

Jangan runtuhkan identiti belia yang baik. Kekalkan identiti ini untuk mendapatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka. Ingatlah, keyakinan boleh luntur apabila identiti tidak dipelihara.

Belia, tanpa mengenal letih, mampu untuk menjadi Sukarelawan yang berjasa, inilah belia layak untuk dicontohi dalam perkara menyumbangkan bakti kepada negara. Apabila diperlukan, biasanya mereka cepat-cepat tampil menyahut panggilan.

Page 5: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2020 Belia Cemerlang Yang Mulia Awang Adi Salihin bin Roslan

Belia Berkhidmat Yang Mulia Awang Haji Abdul Mateen Bolkini bin Hj Ahmad

Pemimpin Muda Belia Yang Mulia Awang Haji Mohammad Loqman Al Hakim bin Hj Hamdan

Projek Cemerlang Untuk Belia BIG BWN PROJECT

(Pengurus: Yang Mulia Dayang Noorhafizah binti Hj Rashid)

ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2021

Belia Cemerlang Yang Mulia Dayang Chong Chin Yee

Belia Berkhidmat Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Halimshah

Pemimpin Muda Belia Yang Mulia Dayang Kwan Pei Yun

Projek Cemerlang Untuk

Belia

HIV Awareness Programme For Peers and Youth (H.A.P.P.Y)

(Penyelaras Projek: Yang Mulia Dayang Siti Kailene binti Mohd Jazlan Kashfi)

Page 6: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

6

Panel-panel terdiri daripada: - Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (Menteri Pertahanan Kedua) ;

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong (Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan), dan

- Yang Berhormat Fdr.Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman (Ahli Majlis Mesyuarat Negara) yang juga selaku Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN 2021.

Edisi kali ini memfokuskan kepada pentingnya mengembangkan belia yang berketerampilan, dapat menyesuaikan diri, berdaya tahan dan boleh bekerja menjadi ejen perubahan, cemerlang dalam bidang masing-masing dan berdaya saing di peringkat global. Sesi ini juga meneroka bagaimana Negara Brunei Darussalam membentuk belia-belia yang berpengetahuan, keusahawanan dan inovatif dalam sektor pertanian.

Youth Town Hall Brunei disokong oleh MBB dan Suara Kitani Studios sebagai rakan media sosial yang dihadiri lebih 600 peserta dari pelbagai latar belakang termasuk sektor awam dan swasta, NGOS, institusi pendidikan dari keempat-empat daerah secara fizikal dan maya.

BERAKAS, Sabtu, 7 Ogos 2021 - Bersempena dengan Konvensyen Belia Brunei (KBB), Young Professionals Network Brunei (YPN Brunei) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menganjurkan Youth Town Hall Brunei Edisi Ke-3 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa.

Edisi Ke-3 kali ini, bertemakan ‘Future Ready : Scaling New Heights’

Page 7: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

75 perwakilan yang terdiri daripada belia berusia antara 18 hingga 31 tahun dari sepuluh Negara Anggota ASEAN mengikuti program tersebut, yang dibahagikan kepada dua (2) sesi iaitu forum dan bengkel, ianya dijalankan secara maya.

Sementara, 100 peserta lain akan dapat turut serta sebagai pemerhati dalam sesi forum. Turut hadir ialah Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, Presiden Majlis Belia Brunei. Peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan kerajaan, pekerja sektor swasta dan pencari kerja.

Objektif forum ini adalah untuk merumuskan idea dan cadangan bagaimana meningkatkan peranan belia ASEAN dalam mewujudkan pembangunan lestari dan memastikan kesediaan belia ASEAN menghadapi cabaran masa depan seperti Revolusi Industri 4.0 dan peluang seperti keusahawanan dalam norma baharu pasca pandemik.

Bandar Seri Begawan, Ahad, 8 Ogos 2021 –Majlis Belia Brunei dengan kerjasama ASEAN Youth Advocates Network (AYAN) melancarkan Forum Belia ASEAN ke-11 dengan tema 'Future Ready in the New Normal' semasa Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-16.

Forum Belia ASEAN dianjurkan dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, Sekretariat ASEAN dan disokong oleh Forum Belia ASEAN (NGO Indonesia) sebagai rakan media.

Page 8: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan

1) Kerajaan Kemboja Mengenai Kerjasama Belia; 2) Kerajaan Kemboja Mengenai Kerjasama Kebudayaan dan Seni Halus

Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji

Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia

dan Sukan. Manakala menandatangani bagi pihak Kerajaan Kemboja ialah Puan Yang Terutama Dr. Phoeurng

Sackona, Menteri Kebudayaan dan Seni Halus, Kerajaan Kemboja iaitu bagi Memorandum Persefahaman dalam

kerjasama Kebudayaan dan Seni Halus; dan Tuan Yang Terutama Dr. Hang Chuon Naron, Menteri Pendidikan,

Belia dan Sukan, Kerajaan Kemboja bagi Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Belia.

Di antara yang hadir menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut secara maya ialah Tuan Yang Terutama Hok

Sophea, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Kemboja ke Negara Brunei Darussalam; Tuan Yang Terutama

Pengiran Kasmirhan bin Pengiran Haji Tahir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kera-

jaan Kemboja; Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Negara Brunei Darussalam; Secretary of State dan Directors-General di Ke-

menterian Pendidikan, Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kerajaan Kemboja.

D engan Penandatanganan Memorandum

Persefahaman dalam Kerjasama Belia:

- diharapkan akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama dalam

program-program belia, serta menggalakkan pertukaran

pandangan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan

kemahiran, kebudayaan dan sukan;

- mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh mengembangkan

program-program pembangunan belia dan sukan.

Bandar Seri Begawan, 11 Ogos 2021

Dengan Penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Kebudayaan dan Seni Halus:

- kedua-dua negara berhasrat untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang Seni Visual dan Pertunjukan;

Seni Halus dan Gunaan; Pertukaran Pameran; Muzium, Arkeologi dan Warisan; Perpustakaan dan Arkib; Sejarah

dan Sastera; Industri Kebudayaan dan Kreatif.

Page 9: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

9

Penceramah jemputan — Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dr. Ar. Siti Rozaimeriyanty DSLJ Haji Abdul Rahman, Chairwoman of ASEAN Business Advisory Council

berkongsi mengenai peluang pekerjaan dan internship di ASEAN melalui ASEAN-BAC Legacy Project "HIRED", yang akan memainkan peranan penting dalam membantu pemulihan kesan daripada COVID-19 bagi mengukuhkan keupayaan modal insan ASEAN dalam masa depan pekerjaan dan digitalisasi.

Ahli panel forum pertama — Puan Jayashree Sadanandan, Penasihat Perniagaan yang kini berpusat di London

berkongsi mengenai trend pekerjaan di peringkat global dan di rantau ASEAN, yang mempunyai fokus terhadap pekerjaan digital.

Berkongsi mengenai peluang-peluang pekerjaan secara jarak jauh (remote working) yang membolehkan para belia di ASEAN mencari pekerjaan di negara lain tanpa meninggalkan negara mereka.

beliau menekankan perlunya para belia untuk terus rajin berusaha khususnya meningkatkan diri dalam upskilling dan reskilling bagi mendapatkan peluang-peluang tersebut.

Penceramah kedua—Tuan Siriwat William Chhem, Pengarah Centre for Inclusive Digital Economy at Asian Vision Institute yang berpusat di Kemboja.

berkongsi bagaimana cara untuk meneroka peluang-peluang kerjaya baru yang tidak akan selalunya didapati dengan satu cara sahaja dan betapa pentingnya untuk terus meneroka ilmu pengetahuan baru dan belajar agar tidak ketinggalan dengan peredaran semasa.

14 Ogos 2021

Bengkel secara maya kali Ke-2

11th ASEAN Youth Forum

Tema

Pekerjaan (Kemahiran dan Masa Depan Pekerjaan)

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash 'ari, selaku Presiden Majlis Brunei Brunei.

Forum Belia ASEAN dianjurkan oleh Majlis Belia Brunei dengan kerjasama ASEAN Youth Advocates Network (AYAN) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, Sekretariat ASEAN dan disokong oleh Forum Belia ASEAN (NGO Indonesia) sebagai rakan media. Forum tersebut dikendalikan oleh Allen Lai, Pengarah ASEAN & Corporate Affairs, Majlis Perniagaan ASEAN UK.

Page 10: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Penutupan Fasiliti Dan Premis Di Bawah Kawalan Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Bandar Seri Begawan / 28 Zulhijjah 1442 bersamaan 08 Ogos 2021

-Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras

dengan saranan Kementerian Kesihatan melalui sidang media pada Hari Sabtu, 27 Zulhijjah 1442 bersamaan 07

Ogos 2021, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan

sementara fasiliti-fasiliti dan premis seperti berikut:-

1) Pusat-Pusat Sukan Tertutup (Gym, Fitness Centre, Kolam Renang dan Pusat-Pusat Boling);

2) Pusat-Pusat Sukan Luar termasuk outdoor playground;

3) Padang Golf;

4) Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE);

5) Muzium-Muzium, Galeri-Galeri Pameran dan Perpustakaan;

6) Pusat-Pusat Orang Kelainan Upaya (termasuk Pusat-Pusat Bahagia di keempat-empat Daerah);

7) Pusat-Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

Kenyataan Media Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Page 11: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Berikutan dengan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan selaras

dengan saranan Kementerian Kesihatan melalui sidang media pada Hari Sabtu, 27 Zulhijjah 1442 bersamaan 07

Ogos 2021, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan

sementara Kaunter-Kaunter Perkhidmatan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan Di

bawahnya:-

KAUNTER DITUTUP SEMENTARA NO TALIAN DIHUBUNGI

A KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

Kaunter Unit Kewangan, Tingkat 1, KKBS 2382911 ext 1153

B JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Kaunter Permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) 2382911 ext 1249

Kaunter Permohonan Pencen Umur Tua, Pencen Orang Buta, Pencen Hilang Upaya, Elaun Bercelaru Mental, Elaun Kusta dan Elaun Kurang Upaya

Talian Kebajikan 141

Kaunter Pendaftaran Anak Yatim 2382911 ext 1336

Kaunter Pendaftaran Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

Kaunter Perkhidmatan Pentadbiran dan Kewangan 2382911

Bagi kaunter perkhidmatan yang dinyatakan di atas dan dokumen berkaitan dihantar dan dimasukkan ke dalam peti khusus di Ruang Legar Tingkat 1, KKBS dan semua cawangan JAPEM di daerah-daerah

C JABATAN BELIA DAN SUKAN

Kaunter Unit Hasil, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan 2381903 ext 1435

D DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Unit Kewangan 2382511 ext 113/115/117

Unit Perlaksanaan Bahasa dan Unit Jawi 2382511 ext 116/126/127

Unit Terjemahan 2382511 ext 130/131/133/134

Bahagian Perancangan Buku 2382511 ext 187

Semua perpustakaan dan perkhidmatan kaunter

(perkhidmatan dalam talian berjalan seperti biasa)

2235501 ext 121

E JABATAN MUZIUM-MUZIUM

Kaunter Perkhidmatan Akses dan Rujukan Arkib Negara 2381672

Kaunter Penerimaan Fail Arkib Negara

Kaunter Perkhidmatan dan Akses Perpustakaan Jabatan

Muzium-Muzim

2381672 ext 100

F PUSAT SEJARAH BRUNEI

Kaunter Unit Kewangan 2240166 ext 307

Kaunter Rujukan Perpustakaan 2240166 ext 240

Kaunter Rujukan Pusat Pengkajian Borneo 2339303 / 4

G BAHAGIAN KHIDMAT BAKTI NEGARA, KKBS

Kaunter Perkhidmatan Program Khidmat Bakti Negara 5222017

Page 12: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

12

PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Majlis Perniagaan Wanita Brunei Darussalam berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak BND 1,000.00 hasil jualan kotak juadah yang mengandungi makanan kering dan kumpulan derma daripada ahli-ahli majlis berkenaan.

Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama menyerahkan sumbangan sebanyak BND 4,310.11 yang diperolehi melalui "Program Brunei Peduli Palestin" yang telah diadakan pada 7 Ogos 2021 di Onecity Shopping Centre.

Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak BND 3,015.00 yang diperolehi daripada kutipan para pegawai, kakitangan dan penuntut-penuntut sekolah berkenaan.

Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam menyerahkan sumbangan sebanyak BND 5,050.00 hasil aktiviti jualan bunga-bunga mawar yang digelar "Roses for Palestine" yang telah diadakan pada 10 Julai 2021 di Mabohai Shopping Complex, Kampong Mabohai.

Pelancaran majlis dan perlaksanaan jualan tersebut adalah tajaan dengan kerjasama Mabohai Shopping Complex, Riza Fudhlana Enterprise and Trading Company, dan Yelly Florist.

Pertubuhan Wargamas beroleh mengutip sebanyak BND 2,800.00 hasil sumbangan daripada ahli-ahli persatuan berkenaan.

Bandar Seri Begawan, Khamis, 19 Ogos 2021 – Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 telah menerima sumbangan derma daripada 5 buah agensi dan persatuan iaitu:

1) Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama; 2) Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah; 3) Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam; 4) Pertubuhan Wargamas, dan 5) Majlis Perniagaan Wanita Brunei Darussalam

Jumlah keseluruhan yang diterima sebanyak BND 16,175.11 diserahkan kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.

Page 13: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Penyerahan Derma Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 Daripada Persatuan Masyarakat Indonesia (Permai)

23 Ogos 2021

Sumbangan derma berjumlah BND5,500.00 diserahkan oleh Mukhidin Umar, Presiden Persatuan Masyarakat Indonesia (PERMAI) di Negara Brunei Darussalam kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.

Susunan dalam gambar dari kiri ke kanan:

1) Nurbilhaki (Naib Presiden PERMAI);

2. Endang Mardeyani ; (Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di NBD)

3. Mukhidin Umar (Presiden PERMAI);

4. Hj. Ismaya Sukardi (Penasihat PERMAI)

Presiden Persatuan Masyarakat Indonesia (PERMAI) turut menyatakan bahawa sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli persatuan berkenaan yang juga turut disaksikan oleh Endang Mardeyani, wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam.

Daripada jumlah kumpulan derma tersebut, sejumlah BND 3,795.35 adalah hasil sumbangan daripada orang ramai melalui akaun Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Wecare dan selebihnya BND 1,413.00 adalah hasil keuntungan jualan merchandise semasa acara Brunei Peduli Palestin.

Sumbangan derma berjumlah BND5,208.85 diserahkan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Akmal bin Haji Marsidi, Presiden Wecare kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Palestin 2021.

Penyerahan Derma Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 Daripada Persatuan Wecare [Kamiprihatin]

24 Ogos 2021

Page 14: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

14

PEMBAYARAN PENCEN-PENCEN, ELAUN-ELAUN DAN BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN (BKB)

BAGI BULAN OGOS 2021

Kaedah pembayaran melalui Penghulu dan Ketua Kampong, pelaksanaan pembayaran adalah secara pandu lalu di beberapa tempat pembayaran yang telah dimaklumkan semasa Sidang Media KKBS pada 20 Ogos 2021 iaitu mengikut masa secara berperingkat-peringkat (staggered timing) iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan disambung pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang kecuali hari Jumaat iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan disambung pada pukul 2.15 petang hingga 5.00 petang.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Ogos 2021 - Pembayaran pencen-pencen, elaun-elaun iaitu Pencen Umur Tua, Pencen Orang Buta, Pencen Hilang Upaya, Elaun Bercelaru Mental, Elaun Kurang Upaya dan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dilaksanakan mulai hari ini 23 hingga 28 Ogos 2021 secara serentak di keempat-empat daerah. Kaedah pembayaran melalui akaun bank mula dibayar pada hari ini seperti lazimnya.

Penerima-penerima adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP-SOP keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan khususnya pemakaian sungkup muka pada setiap masa, membawa pen sendiri, tidak keluar dari kenderaan dan sentiasa bersabar mengikut giliran semasa Pandu Lalu serta mengikut tarikh dan masa giliran yang ditetapkan oleh Penghulu dan Ketua Kampong bagi mengelakkan perkumpulan ramai.

Bagi yang tidak mempunyai kenderaan ataupun kurang sihat adalah dikehendaki untuk melantik wakil dengan mengisikan borang, membawa kad pengenalan asal penerima dan disahkan oleh Ketua Kampong masing-masing. Manakala, bagi yang tidak mempunyai wakil hendaklah memaklumkan Ketua Kampong untuk mendapat kaedah pembayaran yang bersesuaian.

Page 15: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Ogos. - Mesyuarat yang dikendalikan dalam format hibrid (fizikal dan maya) tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kesaksamaan dan Keluarga, Republik Itali, Puan Yang Terutama Elena Bonetti dan turut dihadiri oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal wanita dari anggota G20 dan negara-negara tetamu, perwaki-lan peringkat tinggi dari institusi, organisasi antarabangsa serta dari kumpulan rakan kongsi dan rakan sosial rasmi G20.

Persidangan mengenai Pemerkasaan Wanita ini adalah acara yang julung kalinya diadakan dalam Sistem G20 yang bertujuan untuk mengetengahkan kualiti peranan wanita dalam masyarakat dan pelaksanaan dasar-dasar yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang awam dan swasta, sekali gus bagi meningkatkan perlindungan hak mereka dan juga dari keganasan berkaitan gender.

Persidangan ini bukan sahaja berperanan sebagai platform untuk mempromosikan tindakan synergetik dan komitmen bersa-ma dengan mengurus atur rujukan-rujukan mengenai kesetaraan jantina dan pemerkasaan wanita, malah juga akan memas-tikan kesesuaian dan koordinasi dasar di seluruh spektrum institusi dan rakan kongsi.

Dua bidang tematik persidangan tersebut adalah STEM, Literasi Kewangan dan Digital, Alam Sekitar dan Kelestarian; dan Pemerkasaan Tenaga Kerja dan Ekonomi dan Keseimbangan Kerja-Kehidupan.

Semasa persidangan tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menekankan misi ASEAN ke arah kesaksamaan jantina dan pemerkasaan semua wanita dan gadis dalam setiap aspek kehidupan, komitmen ASEAN terhadap Deklarasi ASEAN mengenai Pelaksanaan Responsif Jantina bagi Wawasan Komuniti ASEAN 2025 dan SDGs, dan Agenda Tin-dakan ASEAN mengenai Pemerkasaan Ekonomi Wanita.

Dalam hal ini, usaha dan keputusan pemulihan ASEAN juga dilengkapi dengan maklumat dan data melalui laporan ASEAN Gender Outlook 2020 serta ASEAN Regional Study on Women, Peace and Security. ASEAN sentiasa berterusan dalam menghasilkan data dan statistik jantina untuk mengatasi ketidaksamaan dan halangan terhadap pemerkasaan wanita.

Dalam usaha yang selari, ASEAN juga meneruskan untuk memperkukuhkan perlindungan sosialnya dalam memastikan tiada sesiapa pun yang ketinggalan. Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN 2021 juga giat berusaha memperkem-bangkan Rangka Ekonomi Penjagaan Komprehensif ASEAN dan Pelan Tindakannya dalam menangani keperluan masa ini dan masa hadapan yang timbul dari perubahan demografi, ketidaksamaan dan cabaran pembangunan yang mampan.

Ini dihasratkan akan dapat mendorong kemajuan dalam pemerkasaan wanita dengan menangani jurang jantina dalam kerja-kerja penjagaan yang menghalang kebanyakan wanita dan gadis mengembangkan potensi dan kemampuan mereka sepe-nuhnya.

Sebagai langkah ke hadapan hala tuju, ASEAN pada masa ini sedang berusaha untuk mengembangkan Pelan Induk Pem-bangunan Wanita di ASEAN. Ini akan menggabungkan pelbagai inisiatif yang berkaitan dengan pembangunan wanita ke arah memupuk sinergi dan kerjasama dalam memastikan rangka kerja yang lebih padu dan komprehensif bagi mempromosikan kesetaraan dan pemerkasaan wanita serta gadis secara keseluruhan di rantau ini.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi Tunggak Komuniti-Sosio Budaya ASEAN 2021 menghadiri Persidangan G20 mengenai Pemerkasaan Wanita sebagai tetamu undangan Republik Itali selaku Presiden G20 tahun ini.

PERSIDANGAN G20 MENGENAI PEMERKASAAN WANITA

Page 16: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

16

MAJLIS PENUTUPAN FORUM BELIA ASEAN KE-11 'SIAGA MASA DEPAN DALAM NORMAL BAHARU’

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 27 Ogos 2021 – Forum Belia ASEAN ke-11 yang dianjurkan oleh Majlis Belia Brunei dengan kerjasama ASEAN Youth Advocates Network (AYAN) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam, Sekretariat ASEAN dan disokong oleh Forum Belia ASEAN (NGO Indonesia) sebagai rakan media telah berlangsung pada 14, 21, 25, 26 dan 27 Ogos selama 6 hari, secara digital.

Program ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kepimpinan belia, pembangunan diri dan menggalakkan kerjasama rentas sektor di kalangan sepuluh Negara Anggota ASEAN yang melibatkan 75 delegasi berusia antara 18 hingga 31 tahun. Forum Belia ASEAN ke-11 dijalankan melalui dua kaedah iaitu forum dan bengkel, yang dijalankan secara maya. Di samping itu, lebih daripada 200 orang peserta juga boleh menyertainya sebagai pemerhati.

Antara lain objektif forum ini adalah seperti berikut:

1) Menggubal idea dan cadangan bagaimana untuk meningkatkan peranan belia ASEAN dalam merealisasikan pembangunan mampan;

2) Memastikan kesediaan belia ASEAN menghadapi cabaran dan peluang masa depan dalam era Revolusi Industri 4.0 dan dalam konteks normal baharu pasca pandemik; dan

3) Menggalakkan dialog substantif di kalangan delegasi dan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pemimpin Belia (AMMY) dan Ketua Sekretariat ASEAN. Tema Forum Belia ASEAN ke-11 adalah ''Future Ready in the New Normal' yang merangkumi perkara berikut:

1) Sebagai tambahan, ia juga dijangka akan meningkatkan pemahaman mengenai dasar, sistem dan hubungan negara dan menggalakkan perbincangan dan pertukaran pandangan serta pandangan atau cadangan di kalangan delegasi negara -negara anggota ASEAN;

2) Masa depan kerja dan tenaga kerja menghadapi perubahan dramatik yang didorong oleh teknologi, globalisasi, demo-grafi, nilai sosial, dan jangkaan peribadi tenaga kerja yang berkembang; dan

3) Forum Belia ASEAN ke-11 direka untuk menangani isu dan peranan Belia ASEAN dalam menerajui perubahan kepada trend baru dalam menentukan kerja dan kerjaya mereka.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan selaku Menteri yang bertanggung jawab dalam Mesyuarat ASEAN berkaitan dengan sektor belia (AMMY) dan Brunei Darussalam's ASEAN Chair 2021. Tuan Yang Terutama Dr. Hang Chuon Naron, Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja sebagai Pengerusi ASEAN 2022, Tuan Yang Terutama Dato Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN dan SOMY Leader Malaysia telah diwakili oleh Under Secretary, Jabatan Hub-ungan Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia yang menghadiri Sesi Belia Maya bersama Menteri-Menteri yang bertanggungjawab ke atas Belia (AMMY).

Turut hadir selaku pemerhati pada majlis ini ialah Pesuruhjaya dan Duta Besar Negara-Negara ASEAN ke Brunei Darussalam.

Dalam Sesi Belia Maya bersama Menteri-Menteri yang bertanggungjawab ke atas Belia (AMMY) dan Setiausaha Agung ASEAN, para peserta Forum Belia ASEAN ke-11 berpeluang bertanyakan soalan kepada kedua-dua menteri dan Setiausaha Agung ASEAN mengenai amalan terbaik dari negara masing-masing dan juga dalam konteks ASEAN dalam bidang seperti akses pendidikan, peluang pekerjaan, keusahawanan dan pembangunan belia dalam era pendigitalan ini. Majlis diteruskan dengan Kenyataan Belia ASEAN dan Pelancaran Zine ASEAN. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, selaku Presi-den Majlis Belia Brunei dan Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Page 17: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Taklimat Pemberigaan Perintah Akta Pencen Umur Tua Dan Elaun Kurang Upaya (Pindaan), 2021

Dan Perintah Orang Kurang Upaya 2021 Secara Dalam Talian

Kepada Pertubuhan-Pertubuhan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Secara Dalam Talian

30 Ogos 2021

Taklimat dipengerusikan oleh Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Ke-

budayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidi-

kan Khas, Kementerian Pendidikan dan Pusat-Pusat Bahagia di keempat-empat daerah.

Taklimat diteruskan dengan sesi soal jawab yang bertujuan untuk memberikan kefahaman secara lebih terperinci

kepada warga-warga golongan kelainan upaya mengenai Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya,

2021 dan Perintah Orang Kurang Upaya, 2021, khususnya faedah-faedah seperti elaun dan undang-undang yang

akan melindungi golongan ini dari penderaan dan pengabaian.

Kedua-dua perundangan ini dihasrat untuk sama-sama melengkapi dan mendukung pelbagai inisiatif kerajaan Ke-

bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kearah

pembangunan masyarakat yang inklusif, serta menitikberatkan dan memberi keutamaan terhadap kebajikan dan

kesejahteraan warga emas dan orang kelainan upaya di negara ini agar sentiasa dijaga, dipelihara dan diberi peluang

saksama.

Dalam kata-kata penutupnya, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab, selaku Yang Di-Pertua

dan bagi pihak Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya, menyatakan bahawa kedua undang-undang ini amatlah

disambut baik dan berharap ianya akan dilaksanakan dengan berjaya.

PELANCARAN INDEKS PEMBANGUNAN BELIA ASEAN FASA II

30 Ogos 2021

Mesyuarat Menteri Belia ASEAN (AMMY) melancarkan laporan Indeks Pembangunan Belia ASEAN Fasa II, bersempena dengan Hari Belia Antarabangsa 2021 melalui videoconference.

Indeks Pembangunan Belia ASEAN Fasa II yang memfokuskan kepada domain ke-lima: Memahami Bagaimana Belia Melihat ASEAN: Kesedaran, Nilai dan Identiti. Ini adalah untuk mengenal pasti masalah utama belia dan untuk melihat perspektif belia mengenai ASEAN. Matlamat utama adalah untuk menjadikan asas kepada pembuat dasar dan pihak berkepintingan untuk membuat keputusan, rancangan, dan dasar untuk mendokong para belia; untuk mempromosikan pem-bangunan belia; dan untuk melihat bagaimana kesedaran dan pen-erimaan belia terhadap ASEAN akan dapat ditingkatkan.

AMMY telah melancarkan Fasa Pertama Indeks Pembangunan Belia (YDI) pada tahun 2017 merangkumi empat domain iaitu pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan, pekerjaan dan peluang serta penyertaan dan penglibatan.

Belia adalah agenda penting di seluruh negara dan memerlukan perhatian kerana mereka adalah pemimpin kita sekarang dan masa depan dan pemangkin pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Untuk mempastikan pembangunan belia yang berkesan, adanya keperluan untuk mewujudkan banyak dasar berasaskan bukti mengenai pembangunan belia. Di sinilah Indeks Pembangunan Belia (YDI) menjadi penting sebagai asas untuk merumuskan dasar dan program berkaitan pem-bangunan belia baik di Negara Anggota ASEAN dan ASEAN.

Hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai 90 orang peserta menghadiri taklimat berkenaan,

yang terdiri dari Yang Di-Pertua Majlis Kesejahteraan

Orang Kelainan Upaya, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd

Alimin bin Haji Abdul Wahab, serta Penaung-penaung dan

Ahli-ahli Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya

(MKOKU), Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; So-

ciety for the Management of Autism Related Issues in

Training, Education and Resources (SMARTER); Persatuan

Paraplegic and Physically Disabled Association (PAPDA),

Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA); Brunei Darussalam

National Association for the Blind (BDNAB); Special Olym-

pics Brunei Darussalam (SOBD); Persatuan Orang Kurang

Pendengaran (OKP); Persatuan Sindrom Down (ABLE) dan

Learning Ladders Society (LLS). Turut hadir juga adalah wakil Persatuan An-Nur Harapan dan Persatuan La Vida.

Page 18: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

18

Penyerahan Derma Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 Daripada Kutipan Masjid-Masjid Dan Kempen SMS Brunei Prihatin

31 Ogos 2021

Penyerahan derma bagi Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 pada hari ini disampaikan daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid,

Kementerian Hal Ehwal Ugama dan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu Syarikat Datastream Digital Communications

Sendirian Berhad (DST), Progresif Sendirian Berhad dan Imagine Sendirian Berhad dengan jumlah keseluruhan yang diterima

sebanyak BND459,532.74.

Syarikat DST Communications Sendirian Berhad telah menyerahkan sejumlah

BND267,451.00 iaitu berupa hasil kutipan derma pelanggan DST melalui kempen SMS

Brunei Prihatin sebanyak BND257,451.00 dan sumbangan daripada DST Sdn Bhd

sebanyak BND10,000.00.

Progresif Sendirian Berhad juga telah menyerahkan sejumlah BND49,623.00 yang

berupa hasil kutipan derma pelanggan Progresif Sdn Bhd melalui kempen SMS

Brunei Prihatin sebanyak BND46,623.00 dan sumbangan daripada Progresif

sebanyak BND3,000.00.

Imagine Sendirian Berhad menyerahkan sejumlah BND5,430.00 yang berupa sumbangan

hasil kutipan kempen SMS Brunei Prihatin dan portal laman web Imagine

di www.imagine.com.bn.

Hasil kutipan dari sejumlah 132 peti tabung yang ditempatkan di masjid, surau dan

balai ibadat di seluruh negara telah berjaya mengumpulkan sumbangan derma

sebanyak BND137,028.74.

Dalam kesempatan ini, Urus Setia Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma-penderma di negara ini sama ada secara individu, kumpulan, jabatan, pertubuhan, badan-badan atau syarikat-syarikat di atas sumbangan derma yang telah diberikan kepada tabung berkenaan. Insya'Allah, dengan sumbangan ikhlas yang telah dihulurkan para penderma akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin.

Page 19: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Jurufoto:

Hajah Ajijah binti Haji Ali (KKBS),

Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman (KKBS),

Hj Norfaizal bin Hj Mat Salleh (KKBS),

Sufyan Aiman bin Sufri (JAPEM),

Mohd Nazib bin Hj Jumat (DBP),

Abdul Aziz bin Hj Abd Hamid (PPB),

Ehzha Ahwaz Safaraz bin Hj Jeffridin (PS),

Penerangan (infofoto)

Media Permata

Majlis Belia Brunei

Sumber Berita:

Pelita Brunei dan Media Permata

Tim Penerbitan :

Unit Perhubungan Awam, KKBS

Perwajahan dan Aturgambar:

Unit Perhubungan Awam, KKBS