diterbitkan oleh dewan bahasa dan...

21

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

    , Lapangan Terbang Lama Berakas 8835 10 Negara B m i Damssalam

    @ Haji M. Marali Haji Abd. Karim, 2005

    Cetakan Pertama 2005

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apajua sama ada s m r a elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataucara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Bmnei Damsalam.

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussaiam Pengkatalogan Datadalam-Penerbitan

    M. Marali Haji A M . Karim, Haji Batu Senawat / Haji M. Maraii Haji Abd. Karim .- Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2005.

    15p. ; cm. - (Canang Bacaan Rumi) ISBN 999 1 7-0-401 -9

    1. Children's stories, Malay. I. Title. Il. Series

    899.283 (DDC 20)

    llustrasi Pg. Zainin bin Pg. Mansor

    Reka Bentuk Hiasan Kulit Haji Mahaddi bin Haji Mat Zain

    -Editor Penyelenggara Haji Raduan bin Haji Ratu N o m a t i binti Haji Mohd. Yusuf

    Tim Peneditan Dk. Norakmar binti Pg. Haji Mohammad, Jijah binti Haji rimbul, Hajah Ramlah blnti Haji Abd. Rahman, dan Hajah Norani binti Haji Sofri

    Rupa Taip Teks: Skia, 16'1 9 p i n

  • Prakata

    Buku Batu Senawat merupakan tugasan Awang Haji M. Marali bin Haji Abd. Karim. Buku ini adalah hasil tulisan mantan mahasiswa Universiti Brunei Darussalam.

    Usaha menerbitkan buku ini adalah atas inisiatif pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Brunei Darussalam, iaitu Dayang Hajah Jamilah binti Begawan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Haji Awang Umar. Setinggi-tinggi penghargaan untuk beliau kerana usaha sebegini sangat bererti dalam sama-sama mendokong hasrat memperbanyak bahan bacaan tambahan kanak-kanak.

    Masyarakat memang sudah maklum tentang peranan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi yang menangani penerbitan buku. Sehubungan ini, mem bantu perkem bangan sahsiah kanak-kanak adalah diambil kira.

    umur-unsur yang dapat

    Haji Sumadi bin Sukaimi Pemangku Pengarah

  • w n g i k u t cerita orang tua-tua, kononnya pada zamandahulu terdapat sekumpulan puak Murut yang tinggal di sebuah rumah panjang berdekatan dengan sebatang sungai di h u h Temburong. Ketua mereka bernama Senawat. Puak Murut ini hidup dengan bercucuk tanam, memburu binatang liar, dan menangkap ikan di sungai.

  • Puak Murut ini mempunyai upacara dan kebudayaannya sendiri. Setiap kali mengadakan upacara, lelaki dan wanita akan mcmakai pakaian yang dipanggil 'Apart. Renta k tarian 'Naiai' dimulakan dengan iringan nyanyian

  • Pada suatu petang, sekurnpulan kanak-kanak sedang mandi-manda di sungai yang berdekatan.

    "Mari kita beriawan berenang ke seberang," ajak seorang buda k kepada kawannya.

    Ketika henda k pulang ke ruma h, ti ba-tiba salah seorang daripada mereka terserempa k dengan seekor katak.

    "Eh ! Ada katak bcsar di sinilah ... ! Mari kita ajak ia naik ke rurnah," kata seorang budak gemuk.

    Mereka ketawa sam bil bernyanyi, "Lompat si katak lompat, lompat naik terus ke rumah kami." Mereka semua berasa geli hati rnelihat telatah ka tak yang melompat-lompat ketakutan menuju ke ruma h budak itu.

    Sekumpulan ibu yang ba-ru balik daripada menugal padi juga turut I

  • "Apa yang sedang diketawakan oleh budak-budak di sana tu?" tanya seorang bapa yang baru balik berburu kepada anaknya, Esot.

    'Seekor katak besar dari sungai," jawab Esot.

    Esot pun mengambii seekor tupai hasil buruan bapanya untuk dibawa masuk ke dapur. Malangnya tupai i tu terlepas dan berlari ke arah kumpulan kanak-kanak itu dengan kedua-dua kaki belakangnya cedera.

  • Gelak ketawa bertambah dan suasana menjadi semakin riuh-rendah apabila kumpulan kanak-kanak itu melihat tupai dan katak bersatu. Kedua- dua binatang itu melompat dan berlari sambil berlanggar sesama sendiri.

    What katak dan tupai itu berlanggar sesama sendiri," jerit salah seorang penghuni rumah.

    Ada kalanya katak melompat dan menunggang di belakang tupai.

  • Ti ba-ti ba suasana sekel iling menjadi gelap. Angin bertiup dengan kencang, guruh dan kilat sabung-menyabung, dan hujan turun dengan lebatnya.

    Suara jeritan dan tangisan kedengaran di rumah panjang. Masing-masing cuba lari untuk menyelamatkan diri daripada bencana yang rnenakutkan itu. Rumah panjang itu bergegar sementara hujung rumah yang di s-ebelah hulu semakin terangkat dari bumi menyebabkan rumah tersebut menegak.

  • Akhirnya hujan dan ribut pun berhenti. Segala yang ada di sekeliling bertukar menjadi kaku dan tidak bernyawa malah keras menyerupai batu. Tangisan manusia tidak lagi kedengaran. Yang dapat dilihat di sekeliling hanyalah ketulan batu yang besar.

  • Sehingga kini batu-batu ini masih wujud dan boleh dilihat kira-kira tiga kilometer dari perjalanan menuju ke Kampung Selapon. Batu-batu itu kononnya adalah sebagai satu sumpahan dipercayai berasal daripada manusia dan rumah panjang. Penduduk setempat menamakannya Batu Senawat sempena nama ketua puak Murut yang mendiami rumah panjang tersebut.