kementerian : kementerian belia dan sukan malaysia

13
KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA INISIATIF INOVASI: Gerakan FitMalaysia 1. RINGKASAN INOVASI FitMalaysia merupakan satu gerakan secara besar besaran (National Movement) yang akan membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan ( Sports Loving Nation) kepada Negara Bersukan (Sporting Nation). Ia juga merupakan satu pendekatan terhadap perubahan gaya hidup masyarakat secara total. FitMalaysia berteraskan lima prinsip utama iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusif dan bakat sukan. Ia bukan sahaja memberi fokus tentang amalan gaya hidup sihat, tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama keluarga atau rakan supaya amalan kecergasan ini berterusan dan konsisten. Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat ‘community centric’ di mana aktiviti yang dilaksanakan tidak memerlukan fasiliti atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh dilakukan pada bila bila masa secara berseorangan atau berkumpulan. Ia juga tidak memerlukan masa yang lama dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Gerakan FitMalaysia mula dilancarkan di peringkat kebangsaan bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 7 September 2014 dengan penglibatan lebih 20 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Upload: vuhanh

Post on 31-Dec-2016

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

INISIATIF INOVASI: Gerakan FitMalaysia

1. RINGKASAN INOVASI

FitMalaysia merupakan satu gerakan secara besar – besaran (National Movement) yang

akan membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan (Sports Loving Nation)

kepada Negara Bersukan (Sporting Nation). Ia juga merupakan satu pendekatan terhadap

perubahan gaya hidup masyarakat secara total.

FitMalaysia berteraskan lima prinsip utama iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusif

dan bakat sukan. Ia bukan sahaja memberi fokus tentang amalan gaya hidup sihat, tetapi

memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama – sama sihat melalui

penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau

melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama keluarga atau rakan

supaya amalan kecergasan ini berterusan dan konsisten.

Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat ‘community centric’ di mana aktiviti yang

dilaksanakan tidak memerlukan fasiliti atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh

dilakukan pada bila – bila masa secara berseorangan atau berkumpulan. Ia juga tidak

memerlukan masa yang lama dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Gerakan FitMalaysia mula dilancarkan di peringkat kebangsaan bertempat di Dataran

Merdeka Kuala Lumpur pada 7 September 2014 dengan penglibatan lebih 20 ribu orang

yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.

Page 2: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

2. LATAR BELAKANG

Tahap budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia masih lagi sederhana iaitu sekitar 40.8%

berbanding Negara maju (Kajian Budaya Sukan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia, 2014).

Secara umumnya, rakyat Malaysia berminat dan mengambil peduli tentang pasukan

kebangsaan dan sukan komersil antarabangsa namun penglibatan masyarakat dalam

bidang sukan tidak memberangsangkan.

Berdasarkan kajian perubatan British, The Lancet, Malaysia mempunyai kadar obesiti

paling tinggi di Asia dengan 44% lelaki dan 49% wanita adalah obes. Peratusan rakyat

Malaysia yang berlebihan berat badan pula adalah setinggi 45.3%. Jumlah penghidap

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) juga tinggi iaitu 15.2% diabetes, 32.7% darah tinggi dan

35% kandungan kolestrol yang tinggi berdasarkan National Health and Morbidity Survey

2011. Situasi ini memberikan impak terhadap kos rawatan dan perubatan serta kualiti hidup

rakyat Malaysia

Isu polarisasi kaum semakin meningkat dan dapat dilihat melalui komen – komen yang

ternyata menghalang usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni. Komen –

komen ini dapat dilihat samada di media tradisional mahupun media sosial. Sukan

merupakan satu medium yang mampu menzahirkan sokongan tanpa mengira perbezaan

agama, bangsa dan latarbelakang. Penyatuan dan perpaduan ini juga dapat dicapai

apabila lebih ramai rakyat Malaysia bersukan merentasi silo perkauman.

Prestasi atlet Negara di peringkat antarabangsa yang tidak konsisten memberikan petunjuk

bahawa sektor sukan Malaysia memerlukan banyak penambahbaikan untuk mampu

bersaing dan cemerlang di peringkat elit. Untuk melahirkan lebih ramai atlet elit, Malaysia

memerlukan ‘talent pool’ yang lebih besar untuk kita mengenalpasti bakat – bakat yang

berpotensi menjadi atlet elit Negara. Apabila Malaysia menjadi negara bersukan, kita akan

mempunyai ‘talent pool’ yang lebih besar.

Page 3: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Arus permodenan secara tidak langsung membentuk gaya hidup yang lebih bersifat

individualistik. Kemudahan dan penetrasi jalur lebar setiggi 67 % secara tidak langsung

melunturkan semangat kemasyarakat oleh kerana kurangnya komunikasi fizikal di antara

individu di Malaysia terutamanya di kawasan bandar. FitMalaysia menggalakkkan aktiviti

sukan yang dilakukan bersama – sama komuniti tidak kira berdasarkan demografi atau

sukan pilihan.

3. SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa batasan umur,

keupayaan fizikal, jantina dan bangsa.

4. OBJEKTIF

Perpaduan

Memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui aktiviti sukan dan kecergasan

Kesihatan

Meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti

sukan dan kecergasan. Lebih penting, kempen kesedaran dan tips kesihatan akan

dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bukan hanya untuk bersenam, tetapi

memberi fokus kepada aspek pemakanan dan gaya hidup.

Komuniti

Membina komuniti sukan yang saling memberi motivasi dan inspirasi

Page 4: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Inklusif

Melibatkan semua kelompok masyarakat tanpa batasan kaum, umur, jantina dan keadaaan

fizikal. Program FitMalaysia akan melibatkan aktiviti khas untuk golongan wanita dan

golongan kurang upaya.

Bakat Sukan

Meningkatkan jumlah bakat sukan yang boleh dikenalpasti dan digilap menjadi jaguh sukan

antarabangsa.

5. PENERANGAN MENGIKUT KRITERIA AIPM SEPERTI BERIKUT:

KREATIVITI

Unik/pendekatan di luar kotak (asIi atau diadaptasi)

Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter digunakan sepenuhnya

untuk tujuan mempromosikan gerakan FitMalaysia ini. Dengan cara ini,

golongan belia generasi Y akan lebih teruja dan tertarik untuk menyertai

program ini. Selain itu, aplikasi android FitMalaysia juga diwujudkan dan

boleh dimuat turun menerusi PlayStore Google. Melalui aplikasi ini, pengguna

dapat berkongsi secara maya tentang aktiviti sukan yang sedang dilakukan

dan pengguna lain dapat turut sama menyertai aktiviti tersebut sekiranya di

kawasan sekitar. Selain itu, pengguna juga dapat mengumpulkan pemain –

pemain di sekitar kawasan mereka dan sekaligus dapat memperkukuhkan

perpaduan.

Penyelesaian kreatif yang melangkaui ekspetasi

Dengan penganjuran program FitMalaysia di seluruh negara, secara tidak

langsung dapat menggalakkan masyarakat Malaysia membudayakan sukan

didalam kelompok komuniti mereka sendiri. Program FitMalaysia bukan

Page 5: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

sahaja ditekankan di bandar – bandar besar sahaja, malah turut diperluaskan

ke daerah – daerah seluruh negara menerusi program FitMalaysia Komuniti

yang menawarkan program seperti berbasikal, berlari, senamrobik atau

berjalan. Ini adalah usaha KBS untuk menerapkan gaya hidup yang lebih

sihat kepada masyarakat bukan sahaja di bandar malah di kawasan –

kawasan pendalaman. Kepelbagaian aktiviti didalam program ini adalah untuk

disesuaikan dengan semua peringkat usia. Sekaligus mengurangkan alasan

untuk tidak bersukan.

Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar

Rata – rata masyarakt sekeliling amat berpuas hati dengan penganjuran

FitMalaysia yang telah dilancarkan di bandar – bandar yang telah dilancarkan.

Mereka berharap penganjuran program seperti ini akan diperbanyakkan dan

diteruskan lagi untuk ke arah membentuk Negara Bersukan (Sporting Nation).

Penciptaan Nilai

Usaha untuk membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan (Sport

Loving Nation) kepada Negara bersukan (Sporting Nation) dengan

menerapkan gaya hidup sihat dan cergas di dalam setiap masyarakat

Malaysia

Pelaksanaan dalam garis masa yang singkat

Pelaksanaan penganjuran Pelancaran FitMalaysia peringkat Kebangsaan dan

peringkat negeri – negeri tidak mengambil masa yang begitu lama. Sebagai

contoh, pelaksanaan program FitMalaysia sempena Hari Belia Negara 2014

mengambil masa selama dua minggu sahaja untuk merancang dan

melaksanakan program tersebut. Hasil pelaksanaan program tersebut amat

mengejutkan kerana penyertaan sangat menggalakkan.

Page 6: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Relevan

Memenuhi agenda Nasional

Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang bangsa dan kaum.

Kesan dari kemajuan teknologi dan media sosial, isu perkauman banyak

dimainkan oleh generasi baru yang tidak mengenal erti penat lelah generasi

terdahulu untuk mencapai keharmonian dalam hidup berbilang kaum. Untuk

mengharmonikan kembali masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini,

sukan dilihat satu mekanisme yang sangat sesuai dijadikan sebagai agenda

untuk penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian makanan. Malah Malaysia

digelar syurga makanan oleh sesetengah pelancong luar negara. Ini

disebabkan oleh kepelbagaian kaum yang ada di negara ini. Disebabkan

kepelbagaian makanan yang ada di pasaran, masyarakat Malaysia

mempunyai masalah untuk mengamalkan makan secara sihat. Ini

menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Melalui

program FitMalaysia, rakyat Malaysia dapat dididik secara langsung tentang

pemakanan yang sihat sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan

Malaysia terhadap kos perubatan yang menelan belanja yang banyak setiap

tahun. Ini kerana di setiap pelancaran FitMalaysia, terdapat zon Healthy Food

and Beverages yang boleh mengenalkan kepada masyarakat setempat

tentang pemakanan yang sihat.

Mengambilkira persekitaran semasa dan sesuai di peringkat tempatan / global

Aktiviti sukan dan kecergasan yag dilaksanakan dibawah FitMalaysia ini

mestilah mudah dijalankan dengan memerlukan peralatan yang minima serta

boleh dilakukan di mana - mana dan pada bila – bila masa. Ia merangkumi

empat kumpulan aktiviti iaitu:

Page 7: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Berjalan / Berlari

Perlaksanaan program melibatkan jarak yang pendek mengikut

kesesuaian lokasi. Dua jarak iaitu 5km dan 10km telah dianjurkan di

setiap pelancaran FitMalaysia di peringkat kebangsaan dan negeri.

Berbasikal

Perlaksanaan program melibatkan jarak yang sederhana mengikut

kesesuaian lokasi. Setakat ini, dua jarak iaitu 10km dan 30km telah

dianjurkan di setiap pelancaran FitMalaysia di peringkat kebangsaan

dan negeri dan aktiviti Century Ride telah diperkenalkan buat kali

pertama di penganjuran FitMalaysia Negeri Sembilan. Century Ride

jaraknya lebih jauh iaitu kurang lebih 100 km dan melibatkan peserta

dari luar negara.

Seni Mempertahankan Diri (Martial Arts)

Seni Mempertahankan Diri tradisional dan kontemporari seperti Silat,

Silambam, Wushu, Muaythai, Capoeira, Urban Self Defense dan lain –

lain.

Aktiviti Kecergasan

Aktiviti kecergasan termasuklah Variasi Senamrobik, Bootcamp, Cross

Training, Taichi dan lain – lain.

Seamless dan kolaborasi strategik

Kerjasama dan komitmen rakan kongsi

Program TalentID di bawah Institut Sukan Negara (ISN) adalah

program yang berstruktur bagi mengenalpasti bakat baru dalam bidang

sukan. Gerakan FitMalaysia mampu menjana jumlah bakat baru yang

lebih besar apabila masyarakat terlibat secara aktif didalam aktiviti

sukan dan kecergasan.

Page 8: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Program Senaman Untuk Rawatan (PESENAM) dilaksanakan dengan

kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengurangkan jumlah pengidap

Penyakit Tidak Berjangkit. Program ini dilaksanakan melalui

pendekatan latihan oleh KKM kepada instruktur gimnasium di bawah

KBS. Masyarakat yang lebih aktif yang menjadi inspirasi FitMalaysia

dijangka dapat mengurangkan risiko Diabetes sebanyak 58 %.

Pelaksanaan FitMalaysia dengan pengisian program perlu mendapat

kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak samada

kementerian di peringkat pusat, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa

Tempatan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Swasta dan NGO’s yang

berkaitan.

Signifikan

Keberhasilan yang memenuhi objektif inisiatif

Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat

dan cergas

Mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan komuniti

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aktiviti kecergasan

Menyemai semangat budaya bersukan dalam individu dan dijadikan amalan

seharian.

Penjimatan kos/sumber (value for money)

Program FitMalaysia dilihat dapat mengurangkan kos perubatan yang perlu

Kerajaan Malaysia peruntukan dari bajet setiap tahun. Ini kerana program

FitMalaysia secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat Malaysia

mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang sihat. Kos yang

sepatutnya diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia kepada perubatan, dapat

Page 9: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

disalurkan kepada perbelanjaan yang lebih penting seperti menaiktaraf sistem

pendidikan Malaysia atau kepada yang lebih memerlukan lagi.

6. PENCAPAIAN DAN PENGIKITIRAFAN YANG DIPEROLEH

Penganjuran FitMalaysia pada tahun 2014 telah berjaya mengumpulkan penyertaan

lebih dari 50,000 orang. Ini adalah hasil dari satu pelancaran peringkat Kebangsaan

dan tiga pelancaran di negeri iaitu negeri Melaka, Sabah dan Pahang.

7. RUMUSAN

FitMalaysia akan diterima dan diterjemahkan melalui pelaksanaan sebagaimana

yang dirancangkan untuk memastikan bahawa semua komuniti yang terdiri daripada

pelbagai golongan akan menjadi frontlines dalam menitik beratkan aktiviti sukan,

kecergasan dan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan

mengukuhkan perpaduan.

Pelaksanaan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 adalah susulan daripada

pelaksanaan FitMalaysia yang telah diadakan. Hari Sukan Negara adalah satu hari

ikonik tahunan dimana seramai mungkin rakyat Malaysia bersukan. Hari Sukan

Negara juga memberi pengiktirafan kepada orang ramai, pemimpin persatuan

sukan, atlet dan media yang terlibat dalam aktiviti sukan.

FitMalaysia adalah diharapkan dapat mencapai misi menjadikan Malaysia sebagai

sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation)

Disediakan Oleh:

Cawangan Kecergasan Nasional

Bahagian Pembangunan Sukan

Jabatan Belia dan Sukan Negara

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Page 10: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

FITMALAYSIA – DATARAN MERDEKA

PERASMIAN FITMALAYSIA OLEH YB

MENTERI BELIA DAN SUKAN

GIMIK PELANCARAN FITMALAYSIA

BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN

SUKAN

FUN RIDE OLEH PESERTA PELEPASAN PESERTA LARIAN

Page 11: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

SENAM SENI @FITMALAYSIA AKTIVITI PARKOUR @FITMALAYSIA

Page 12: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

FITMALAYSIA – DATARAN MERDEKA

GIMIK DEMO PELANCARAN

FITMALAYSIA

AKTIVITI SELF DEFENSE

@FITMALAYSIA

EXTREME GAME @FITMALAYSIA MUSIC GALA @FITMALAYSIA

Page 13: KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

FITMALAYSIA – KOTA KINABALU, SABAH

PELEPASAN ACARA FUN RUN

FITMALAYSIA

SELFIE PERASMIAN BERSAMA YB

MENTERI BELIA DAN SUKAN

PHOTO BOOTH @FITMALAYSIA SESI CABUTAN BERTUAH

@FITMALAYSIA