surat pemberitahuan pejabat ... - recruitment.gov.bn · jabatan pembangunan masyarakat kementerian...

5
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(a) DALAM PERKHIDMATAN AWAM Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sahaja. PENGARAH PEMBANGUNAN MASYARAKAT (SUPERSCALE C) JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ========================================================== Syarat-Syarat Am: (A) Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (B) Pemohon adalah adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan-Jabatan Kerajaan sahaja. (C) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. (D) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana- mana sahaja di Negara Brunei Darussalam. Surat Pemberitahuan ini hendaklah dibawa kepada pengetahuan serta perhatian semua Pegawai-Pegawai yang layak untuk memohon SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 54/2019

Upload: trinhxuyen

Post on 22-Aug-2019

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 38(a)

DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Hanya dibukakan bagi pemohon daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sahaja.

PENGARAH PEMBANGUNAN MASYARAKAT (SUPERSCALE C)

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

==========================================================

Syarat-Syarat Am:

(A) Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

(B) Pemohon adalah adalah dipelawa daripada Pegawai dan Kakitangan yang

sedang berkhidmat di Kementerian atau Jabatan-Jabatan Kerajaan sahaja. (C) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat,

kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

(D) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa

atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana- mana sahaja di Negara Brunei Darussalam.

Surat Pemberitahuan ini hendaklah dibawa kepada pengetahuan serta perhatian semua Pegawai-Pegawai yang layak untuk memohon

SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 54/2019

KELAYAKAN MINIMUM: 1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial /

Pentadbiran Awam / Pengurusan / Kajian Kerja Komuniti atau dalam bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau bidang bersesuaian.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

2. a) Telah berkhidmat di Jabatan Pembangunan Masyarakat sebagai Timbalan

Pengarah dalam tanggagaji Kumpulan 3 selama tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

b) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dalam jawatan yang

berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau yang bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji Kumpulan 2 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

3. Lulus dalam kursus Program Perkembangan Eksekutif di Universiti Brunei Darussalam atau kursus sebanding.

4. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

1. PENGARAH PEMBANGUNAN MASYARAKAT

JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

SUPERSCALE C ($6,800 SEBULAN) KEKOSONGAN = SATU (01)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 1. Mentadbir sepenuhnya pejabat dan kakitangan dan cawangannya mempunyai 4

bahagian utama iaitu:

i. Bahagian Pentadbiran / Hal Ehwal Antarabangsa dan Penyelidikan. ii. Bahagian Perkhidmatan Pembangunan Keluarga.

iii. Bahagian Perkhidmatan Orang-Orang Cacat, Pemulihan Akhlak dan Penempatan Pekerjaan.

iv. Bahagian Perkhidmatan Kebajikan Am dan Perkhidmatan Pencen-Pencen. 2. Mengawal semua kewangan Jabatan dengan mengikut Peraturan Kerajaan (FR)

yang sedang berkuatkuasa.

3. Pengarah adalah juga selaku Pengawal Pencen-Pencen Negara mengikut Akta Pencen Umur Tua dan Cacat 1954.

4. Pengarah adalah juga dilantik sebagai Pesuruhjaya (Commissioner) dalam Akta

Perlindungan Wanita-Wanita dan Gadis 1972.

5. Melalui kuasa kewangan yang diberikan, Pengarah adalah bertanggungjawab dalam memberi kebenaran terhadap pembayaran Bantuan Kebajikan Bulanan di seluruh negara dan juga pembayaran Pencen-Pencen di bawah Akta Pencen Umur Tua dan Cacat 1954.

6. Bertanggungjawab terhadap peranan Jabatan sebagai focal point sama ada di

peringkat serantau atau antarabangsa bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal kemasyarakatan (Pembangunan Sosial, Hal Ehwal Wanita, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Cacat dan lain-lain) melalui perhubungan dengan Pertubuhan-Pertubuhan dalam ASEAN, COMMONWEALTH, UNITED NATIONS dan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa yang lain yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan masyarakat.

7. Bertanggungjawab terhadap sokongan bagi permohonan Anak Angkat seluruh

negara seperti peruntukan dalam Undang-Undang Pendaftaran Anak Angkat 1961.

8. Bertanggungjawab membuat cadangan dan sokongan bagi kenaikan pangkat,

latihan dan kursus pegawai dan kakitangan Jabatan sama ada di dalam atau luar negeri.

9. Bertanggungjawab terhadap semua tugas Pengarah sebagaiman tugas dan

tanggungjawab Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan yang lain.

Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian I

Sila pastikan maklumat-maklumat berikut hendaklah lengkap dan di muat naik

(dokumen asli) ke dalam Profil awda sebelum menekan butang ‘Apply’;

Kad pengenalan dan Lesen Memandu (Jika berkenaan).

Sijil-sijil tertinggi/professional serta KELULUSAN TRANSKRIP sepertimana yang

dikehendaki oleh Skim Iklan dan pengesahan pengiktirafan kelulusan (MKPK)

bagi kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri.

Hendaklah ada maklumat bidang kelulusan (“field”) seperti contoh Business

Administration di ruangan yang tersembunyi dengan menekan tanda “+” di

sebelah kiri diruangan Bachelor of Arts. Jika sekiranya belum diisikan maklumat

bidang (“field”), sila tekan tanda “+add”/”tambah” dibawah kelulusan tersebut

dan seterusnya menaip bidang awda seperti contoh Business Administration,

Employment Relation dan sebagainya.

Pengesahan mengenai dua kertas kerja yang telah diluluskan oleh Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam.

Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, memastikan

mempunyai pengalaman sebagaimana kehendak skim.

Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja pastikan di dalam

profil awda terdapat ruangan “Current Government Employee”/”Warga

Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam”. Jika sekiranya tidak ada,

pemohon hendaklah memaklumkan kepada POC (Kementerian/Jabatan) dan

seterusnya POC (Kementerian /Jabatan) akan memaklumkan kepada POC

(SPA).