kembali ke manhaj taghyeer madrasah rasulillah saw

49
Kembali Kepada Madrasah Rasulullah (s.a.w) Dan Ke Arah Mencontohi Generasi Al-Quran Yang Unggul (Unik). (Katibah Raj’ati Manhaj ar-Rasul) Oleh Ustaz Ahmad Daud Ishak El- Merbawiy TYDP dan Mas’ul Tarbiah IKRAM Dungun 26 Mac 2015 SRIAAD

Upload: asudi-hamdun

Post on 10-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rasulullah saw telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnah baginda. Bukan setakat itu sahaja, sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunnah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal abadi bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman di kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.

TRANSCRIPT

Page 1: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Kembali Kepada Madrasah Rasulullah (s.a.w) Dan Ke Arah Mencontohi Generasi Al-Quran Yang Unggul (Unik).(Katibah Raj’ati Manhaj ar-Rasul)

OlehUstaz Ahmad Daud Ishak El-MerbawiyTYDP dan Mas’ul Tarbiah IKRAM Dungun26 Mac 2015 SRIAAD

Page 2: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

1.0 Muqaddimah. Sepanjang sejarah manusia, terdapat

tokoh-tokoh yang telah mempengaruhi pemikiran dan kehidupan dalam bentuk ajaran moral, pemikiran dan falsafah dalam jurusan tertentu, tetapi membiarkan sudut-sudut lain terluang kosong dan tidak diberikan perhatian.

Page 3: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Telah diturunkan para anbiyaa’ di zaman terdahulu..namun mereka merubah dan menyimpangkan agama samawi mengikut hawa-nafsu dan akal fikiran mereka sehingga menyimpang terjadi penyelewengan dan penyembahan berhala dan sesama manusia. (wa yuharrifuuna al-kalima ‘an mawaadhi’ihi)

Page 4: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

• Di sinilah takdir dan kehendak Ilahi menurunkan Rasulullah saw; Muhammad Ibnu ‘Abdillah dengan Risalahnya bersifat syumul, memberi panduan bagi manusia di setiap masa dan merangkumi setiap ruang lingkup kehidupan mereka. (wa Maa farratnaa fi al-kitab minsyai’in)

• Tidak terdapat sebarang ruang di dalam kehidupan manusia yang dibiarkan tanpa panduan dan bimbingan oleh risalah yang dibawanya. (tibyaanan likulli syai’in)

Page 5: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Kesan kekuatan risalah Islam yang berteraskan aqidah telah membolehkan Rasulullah (s.a.w.) membina satu generasi yang kukuh.

mendukung ajaran Al-Quran dan petunjuk-petunjuk As-Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Mereka juga adalah satu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan

Page 6: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

• Generasi ini tidak pernah timbul dan muncul lagi sesudah itu, walaupun terdapat beberapa individu dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir bagi segolongan besar manusia, di satu tempat tertentu.

• Sejarah manusia membuktikan bahawa ACUAN RABBANI ini berlaku secara praktikal dari makhluk manusia (bukan malaikat), memindahkan ACUAN RABBANI ini kepada sejumlah besar sahabat – hawari-anbiyaa’illah pada anggaran 110, 000 orang jumlah mereka.

• *Sibghatallah..wa ,man ahsanu minallahi sibghat wa nahnu lahu ‘aabiduun - Celupan dari Allah swt..tidak adalah acuan sebaik acuan dari Allah swt..dan kami adalah golongan yang menyembahNya dengan penuh pengabdian diri.

Page 7: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

2.0 Rasulullah (s.a.w.) Pembela Dan Pembebas Ummah.

Fenomena Jaahiliyyah sangat jelas dengan riwayat Jaafar ibnu Abi Talib di hadapan Najasyi sewaktu Hijrah pertama ke Habasyah

“kami adalah kaum jaahilyyah, kami menyembah berhala, memakan bangkai, menyakiti jiran kami (permusuhan). Golongan yg kuat akan menekan golongan yang lemah”

Page 8: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

• Kitab-kitab dan ajaran-ajaran lama telah diabaikan, dipinda ataupun ditokok tambah menurut selera pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

• Manusia menghadapi masa depan yang seolah-olah tidak bermakna lagi di bawah telunjuk kegelapan dan kesesatan. Akal telah diperintah oleh Hawa, Syahwat, kebendaan, kekuasaan al-malaa’ dan menjadi alat peperangan dan permusuhan antara kaum. Manusia tidak mengerti sebuah “KEMANUSIAAN dan KETUHANAN” hakiki di dalam dan luar diri mereka.

Page 9: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

3.0 Cahaya Islam menunjukkan dirinya – Nahwa an-Nuur

• Allahu Nuur as-samaawat wa l-’ardh.• Dengan risalah tauhid, Rasulullah (s.a.w.)

menjawab persoalan-persoalan pokok yang tidak pernah terjawab sebelum ini; dari mana manusia datang, untuk apa ia dijadikan, kepada siapa ia bertanggungjawab dan ke manakah kesudahannya.

• Memang benar, pada dasarnya mereka adalah manusia baru, baru dari segi aqidah dan keimanan. Mereka adalah manusia yang baru kembali kepada fitrah asal di mana Allah telah menciptakan mereka.

Page 10: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

• Sudut-sudut Perubahan – Manhaj at-Taghyeer • Pandangan hidup berTuhan• Bimbingan ke arah petunjuk fitrah asal• Keilmuan tinggi (Ilahiyah) meresap jiwa dan

mengakar umbi dalam tindakan• Kini mereka bertanggung jawab terus kepada

ILAHI dan bukan lagi terbelenggu dengan manusia , berhala dan kebendaan – Ruh mereka diMERDEKAKAN dan MERASAI sangat nikmat kebebasan ini yg tidak ada TUKARANNYA LAGI..inilah yg diungkapkan BILAL IBNU RABAH..AHADUN..AHAD..AHADUN..AHAD

• kembali kepada fitrah asal CIPTAAN Allah telah mencetak mereka dengan KELEBIHAN dan KEKUATAN zahir dan batin.

Page 11: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Rasulullah (s.a.w.) menghancurkan berhala-hala syirik di dalam jiwa-jiwa manusia, melenyapkan segala penyembahan berhala-hala tersebut YANG BERKUASA di alam nyata.

Penghulu segala nabi, pemimpin golongan mujahid, pembebas serta pembela umat manusia sejagat dan rahmat kepada seluruh alam. وما أرسلناك إال رحمةللعالمين

Page 12: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

4. Perubahan Masyarakat Dan Madrasah Rasulullah (s.a.w.).• Madrasat wa Manhaj at-Taghyeer – Asas

Tarbiah Nabi saw dan Sistem perubahan Rabbaniy.

• Mengajak manusia kepada KALIMAH TAWHID - هDDه إال اللDDشهادة أال إلوأن محمد رسول الله

• Kalimah inilah perubah segala-gala 360

• Asas cabaran Rasulullah saw sangat BERAT;

Page 13: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

• ‘ATABAH Rabee’ah menawarkan Kepimpinan Makkah, Menjadi Jutawan Makkah dan Meninggalkan Dakwah dan Tarbiah.

• Jawapan Nabi saw ; “Sekiranya kamu memberikan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, maka aku tidak akan meninggalkannya..sehinggalah aku disentuh ajal..sedang aku masih berada dalam keadan demikian (Jalan Dakwah).”

Page 14: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

• Dalam Manhaj Ar-Rasulillah saw, baginda meletakkkan TITIK PEMISAH ANTARA JAHILIYYAH DAN ISLAM sehingga JELAS YG HAQQ DAN BAATIL.

• Maka itu Allah swt menurunkan surah al-Kaafirun..syed Qutub melihat bahawa hasil sifat THABAT AR-RASUL DGN surah al-Kaafirunlah..maka Allah swt menyusuli dengan Hudaibiyyah dan fathu Makkkah – surah an-Nasr.

Page 15: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

• Rasulullah (s.a.w.) memecahkan segala berhala-berhala penyembahan yang dicipta sendiri oleh kesesatan hawa nafsu manusia. Kalimah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) menetapkan satu garis pemisahan yang jelas di antara iman dan kufur, di antara cahaya dan kegelapan dan di antara kebenaran dan kebatilan. – secara nyata dan telah berkuasa bgi memperlihatkan kpd rakyat Tuhan berhala tidak mampu lagi menghalang Tuhan Allah swt memberi kemenangan kepada Muhammad saw dan para sahabat Radhiyallahu ajma’ieen.

Page 16: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

5. Madrasat an-Nababwiyah mengambil bentuk; 5.1. Pembentukan sebuah Gerakan; Selepas Institusi Bukit sofa, baginda

mengambil bentuk “GERAKAN DAKWAH” – Al-Arqam ibnu abi al-Arqam.

Mengumpul anasir “AnsarUllah” dan “junudullah” dalam menjayakan Dakwah Muhammad saw agar menjayakan penyibaran Risalah Allah swt dan Takwin al-Insan

Page 17: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Rasulullah (s.a.w.) telah menanamkan dengan lebih teguh lagi pengertian dan tuntutan-tuntutan aqidah tauhid, membersihkan hati-hati mereka daripada segala saki baki jahiliyyah, diisi jiwa mereka dengan roh ketaqwaan kepada Allah dan dihidupkan semangat mereka dengan denyutan nadi perjuangan untuk mempertahankan aqidah suci

Page 18: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Firman Allah swt:““Dialah yang mengutus kepada kaum

yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan aya-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu’ah: 2)

Page 19: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Intisarinya :- Rasul utusan Allah swt utk golongan

suatu Ummah yg Jaahiliyyah- Membacakan kepada Mereka KALAM

ALLAH- MEMBERSIHKAN Jiwa dan akal mereka

serta khuluq mereka- Walau pun mereka itu JAAHILIYYAH sgt

NYATA

Page 20: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

5. 2. Membebaskan Daripada Sebarang Perhambaan. – Tahrir Min al-Jaahiliyyah wa al-’itqi al-Musyrikeen.

keimanan dan i’tiqad tidak dapat diatasi oleh sesuatu pun sama ada halangan yang dikenakan terhadap mereka itu dalam bentuk penyeksaan, penderitaan, pemulauan, kelaparan ataupun pem-bunuhan, namun ikatan aqidah yang telah tersimpul di dalam keyakinan mereka tidak mungkin dapat dirungkaikan

Page 21: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Allah pusat pengabdian mereka, tumpuan kepatuhan mereka dan curahan harapan dan kecintaan mereka. Golongan salihin ini tidak rela melihat manusia memperhambakan diri mereka kepada sesama manusia

Di dalam madrasah Rasulullah (s.a.w.), Golongan salihin juga sangat membenci sebarang perhambaan manusia kepada sesuatu selain Allah, sama ada dalam bentuk perhambaan terhadap hawa nafsu, pengaruh syaitan ataupun warisan nenek moyang yang lapok dan menyesatkan.

Page 22: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Firman Allah swt:

“Katakanlah: ‘Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku: “Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” (Al-Kahfi: 110)

Page 23: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

5. 3. Berjuang Untuk Ambil Alih Kekuasaan Dari Golongan Kufur.

Baginda arif tentang kuasa-kuasa dan anasir yang mempengaruhi masyarakat. Baginda sentiasa memerhati golongan yang memegang teraju kekuasaan dan pemerintahan di dalam masyarakatnya.

Tetapi kekuasaan ini diperlukan untuk melaksanakan amar makruf, nahi mungkar serta menegakkan hukum-hukum Allah. Bagi Rasulullah (s.a.w.) kekuasaan bukanlah matlamat perjuangannya.

Page 24: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Hanya melalui kekuasaan Islam sahajalah dapat di-tegakkan keadilan dan dapat membolehkan seramai mungkin manusia kembali mengabdikan diri mereka kepada Allah, Pencipta mereka.

Firman Allah swt: “Katakanlah: ‘Wahai Tuhan Yang mempunyai

kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Aali-Imran: 26)

Page 25: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

5. 4 Rasulullah (s.a.w.) dan Generasi Al-Quran.

Rasulullah (s.a.w.) bertujuan untuk membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada sebarang unsur yang lain daripada landasan rabbani yang terkandung di dalam Al-Quran Karim(2).

Page 26: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

para sahabah pula taat sepenuhnya kepada perintah Rasulullah (s.a.w.) dan tidak mencari sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w.). Mereka menerima panduan hanya dari Al-Quran, mempelajarinya dengan penuh minat, menghayati seluruh ajaran-ajarannya dan bangkit berjuang untuk menegakkan tuntutan-tuntutannya.

Page 27: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

6.0 Generasi Al-Quran Dan Ciri-cirinya. – Jeelu al-Quran al-Fareed

Kekuatan Aqidahketeguhan iman atau kekuatan aqidah. Usaha Rasulullah (s.a.w.) terhadap permasalahan pembentukan iman ini dilakukannya secara gigih, berterusan dan tanpa tolak ansur.

Page 28: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Mereka tidak dapat ditakut-takuti dengan kerugian, kesakitan, kekalahan ataupun kematian sekali pun. Segala ancaman-ancaman yang cuba menghalang mereka daripada terus berjuang di jalan Allah sebenarnya tambah meningkatkan lagi keimanan dan tawakkal mereka kepada Allah.

Page 29: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”(At-Talaq: 3)

Kekuatan aqidah inilah yang menjadi sumber kepada kekuatan-kekuatan lain di dalam generasi Al-Quran. Hakikat kekuatan ini berpusat dalam jiwa, iaitu kekuatan Iman, tidak kepada bilangan.

Page 30: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Betegas dengan Prinsip Mereka mempertahankan dasar-dasar tadi

dengan penuh cemburu dan tidak rela ianya ditolak ansurkan. Mereka sanggup berpisah dengan orang-orang yang mereka kasihi dan mengasihi mereka sekiranya orang-orang tersebut menjadi penghalang

Tegas mereka dengan Kafir dan Lemah lembut mereka dgn mukminin

Page 31: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

3. Berkasih sayang sesama mukmin – Tahaabaa fillah

Rasulullah membina dan menumbuhkan kasih sayang (CINTA) kepada para sahabat, seperti individu klasih kepada diri sendiri..timbagannya ada;h kasih kepada Allah swt dan Rasul saw

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan perlindungan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung melindungi.” (Al-Anfal: 72)

Page 32: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

4. Mendudukung Dakwah dan Jihad

Mereka juga adalah satu generasi yang benar-benar menjaga amanah dakwah dan jihad yang telah disyariatkan oleh Allah melalui Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meng-khianati Allah dan Rasul dan juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27)

Page 33: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

menjadikan diri sebagai hamba-hamba Allah yang patuh dan taat sepenuhnya kepada-Nya. Sedangkan kepatuhan ini tidak mungkin dapat tercapai tanpa melaksanakan dakwah dan jihad.

Dalam masa yang sama mereka tidak henti-henti bekerja dan berjuang bagi memastikan bahawa kalimah tauhid sentiasa berada di tempat yang teratas sekali. Mereka tidak takut celaan dan penghinaan daripada musuh-musuh

Page 34: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Bagi mereka perjuangan mereka di dunia ini cuma berakhir dengan dua perkara; berjaya menewaskan golongan kafir yang bererti mereka akan mendapat ganjaran dari Allah kelak, ataupun terkorban di jalan Allah yang bererti memperolehi syahid - sesuatu yang mereka idam-idamkan.

Bersih mereka dari penyakit WAHAN; hubbu ad-dunya wa karahiyyatu al-Mawt

Page 35: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

5. Kesetiaan kepada Allah swt dan Rasulnya; - sam’a wa at-to’ah

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat: 15)

Sikap tidak ragu-ragu dalam berkorban untuk Islam dan melaksanakan jihad fi sabilillah telah menjadikan mereka tidak diperdayakan dengan kehidupan dunia dan tarikan-tarikannya

Page 36: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Tidak ragu-ragu dalam menyempurnakan kesetiaan telah menjadikan mereka sebagai satu umat yang berjaya dalam me-laksanakan segala tuntutan perjuangan mereka

Generasi Al-Quran adalah generasi yang memenuhi tuntutan memberi kesetiaan yang telah disyaratkan oleh Allah di dalam Al-Quran:

Page 37: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya golongan Allah itulah yang pasti menang.” (Al-Maidah: 55-56)

Page 38: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

6. Menurut Jejak Langkah Generasi al-Quran Sikap sahabat terhadap al-Quran Sangat seimbang dalam menghayatai

kandungan al-Quran Memebebaskan diri dari sebarang

bentuk JAHILIYYAH

Page 39: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

6.1 Sikap sahabat terhadap al-Quran

Mereka mendatangi Al-Quran seolah-olah mereka mendengar perintah-perintah Allah kepada mereka. Mereka sentiasa peka terhadap apa yang diwahyukan oleh Allah. Mereka menganggap bahawa sesuatu perintah Allah itu ditujukan khusus kepada mereka. Mereka tidak bersikap sambil lewa terhadap ayat-ayat Allah ataupun menganggap bahawa ayat-ayat itu diturunkan untuk orang lain.

Page 40: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Bila mereka membaca ayat-ayat berkenaan orang-orang munafiq, mereka sentiasa cemas, takut-takut ayat-ayat itu sedang membicarakan tentang diri mereka.

Sebaliknya sekiranya ayat-ayat itu berkenaan sifat-sifat orang-orang mukmin atau pun janji-janji dan balasan-balasan syurga, maka mereka berusaha untuk menempatkan diri mereka dengan sifat-sifat tersebut.

Page 41: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

6.2 Sangat seimbang dalam menghayati kandungan al-Quran

Al-Quran tidak akan mencurahkan isi perbendaharaan-nya kecuali kepada orang yang datang bertumpu kepadanya dengan ruh dan jiwa yang inginkan ilmu untuk diamalkan

Mereka tidak cuba untuk membaca ayat-ayat Al-Quran sebanyak yang mungkin kerana mereka sedar bahawa ini akan menjadi satu beban yang berat yang sukar untuk dilaksanakan. Mereka akan membaca sebanyak-banyaknya sepuluh ayat, menghafalnya dan terus melaksanakannya(1).

Page 42: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Melalui cara ini kemudiannya seluruh keyakinan, pemikiran, rasa, percakapan dan perbuatan mereka dipengaruhi dan dikuasai oleh dasar-dasar rabbani yang tertanam teguh di dalam hati sanubari mereka.

Sikap mereka ialah belajar untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan Al-Quran memudahkan mereka mengamalkan ajaran-ajarannya di dalam kehidupan mereka. Kesannya menghasilkan orang-orang yang bergerak dan berjuang di atas desakan iman yang mendalam kepada Allah.

Page 43: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

6. 3. Membebaskan Diri Daripada sebarang Unsur Jahiliyyah

Seseorang sahabat Rasulillah saw yang menganut Islam akan melucutkan segala sesuatu yang jahiliyyah dari dirinya.

dia seolah-olah memulakan penghidupan baru yang terpisah jauh daripada kehidupannya yang lampau di alam jahiliyyah.

Page 44: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Dengan perasaan rendah diri dia mengharapkan Islam untuk memberikan hidayah kepadanya.

Ini bererti dia meninggalkan dasar-dasar, nilai-nilai dan amalan-amalan jahiliyyah. Ia masih mungkin boleh berhubung dengan orang-orang kafir yang tidak memperolok-olokkan Islam.

Page 45: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Oleh itu jelas kepada mereka bahawa kemasukan mereka ke dalam Islam adalah satu kemasukan yang sepenuhnyaويسلموا تسليما) )Penerimaan mereka terhadap Islam adalah satu penerimaan yang bulat pula. Lantaran daripada kemasukan yang penuh dan penerimaan yang bulat terhadap Islam menjadikan mereka menolak segala unsur jahiliyyah yang dapat merosakkan kepenuhan hati dan jiwa mereka terhadap Islam.

Page 46: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208)

Page 47: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

7. Rumusan dan penutup Baginda telah melaksanakan perintah Allah

melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunnah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal abadi bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman di kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.

Page 48: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunnah dan perjuangan Rasulullah (s.a.w.) dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabah - Generasi Al-Quran Yang Unggul.

Page 49: Kembali Ke Manhaj Taghyeer Madrasah Rasulillah SAW

Wallahu ‘an ‘ilmihi wa Qudratihi wa Ihatatihi wa

sawabihi A’lam

JAZAKUMULLAH ‘ALA HUSNI INTIBAAHIKUM

WASSALAMUJALAIKUM WARAHMATULLAH