manhaj qaradhawi dalam mereformasi rakyat mesir

72
MANHAJ QARADHAWI DALAM MEMBIMBING KEBANGKITAN RAKYAT MESIR DI ERA DR.MURSI Oleh :Ust AGS

Upload: abdul-ghani

Post on 12-Apr-2017

65 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

MANHAJ QARADHAWI DALAM MEMBIMBINGKEBANGKITAN RAKYAT MESIR DI ERA DR.MURSI

Oleh :Ust AGS

Page 2: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

PENDAHULUAN Selain dari kebangkitan golongan anak muda dan

rakyat di peringkat pertengahan dan rakyat bawahan terdapat beberapa faktor lain yang ikut serta menjayakan gerakan Ikhwan Muslimin meraih kuasa politik Di Mesir.Antaranya yang menonjol ialah bimbingan ruhani , dakwah dan politik yang di pimpin oleh golongan ulama khasnya gerakan Ikhwan Muslimin dan icon terkenal iaitu Syaikh,Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Perkara ini telah menjadi bahan sorotan Dr Wasfi Abu Zaid dalam buku beliau yang bertajuk : “Al-Qaradhawi Al-Imam Al-Thair “ atau “Al-Qaradhawi Pemimpin Revolusiner Umat.”

Page 3: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Page 4: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Dalam buku berkenaan beliau menyorot sumbangan Syaikh; yang juga merupakan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang ikut menjayakan kebangkitan politik umat Islam Mesir. Beliau mengkaji dan menelaah kaedah dan Manhaj Saikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam membimbing revolusi rakyat Mesir. Menurut beliau Syaikh telah melandaskan pandangan dan pendapat beliau atas 21 tonggak atau titik tolak ; di samping memanfaatkan manhaj dan kaedah fiqh yang tertentu.Beliau

Page 5: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

DR WASFI ABU ZAID MENEGASKAN: Titik-tolak Manhaj atau

Methodelogi rasional Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam melakukan Ijtihad syar'i terhadap isu-isu dalam tempoh masa berkenaan demi menjayakan revolusi Mesir yang telah dikhianati oleh Sisi dan penyokongnya dari dalam dan luar Mesir.

Page 6: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

ASAS DAN METHODOLOGY QARADHAWI IALAH SEPERTI BERIKUT:

1.Landasan Teks dan nas-nas Al Quran Beliau menyandarkan segala ijtihad dan pengamatan

beliau kepada nas nas al Quran dan Sunnah Rasulullah . Hal ini tidak asing lagi kerana beliau telah menghasilkan berbagai kitab yang menerangkan dua asas penting rujukan utama ini. Umpamanya buku bliau yang bertajuk: “Rujukan Tertinggi Dalam Islam Ialah Quran dan Sunnah”, “Bagaimana Berintrasksi Dengan Quran Yang Agong”, “Bagaimana Berinteraksi Dengan Sunnah: Petanda dan Kriteria”, Pengantar Dalam Kajian Sunnah Nabi”, “Sunnah Sumber Pengetahuan dan Peradaban” dan lain-lain.

Page 7: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Beliau menjadikan al-Quran paksi asas dalam menilai Sunnah. Dengan lain-lain perkataan ; Quran sebagai asas utama dan kemudian barulah Sunnah. Sikap ini menyelamatkan beliau dari terjebak dan terikut kesilapan kalangan ulama yang banyak dipengaruhi oleh tendensi mengutamakan Sunnah berbanding dalil nas al-Quran yang berkaitan dengan isu isu tertentu yang mereka tanggapi.Khasnya dalil nas quran yang yang bersifat kulli dan qath’I yang menuntut agar umat menentang kezaliman dan tidak bersekongkol dengan kezaliman atau sekadar mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya mereka duduk sahaja di masjid dan surau mengharapkan berlaku perubahan dan meraih kemenangan

Page 8: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Qasas ayat 6: يحذرون كانوا ما منهم وجنودهما وهامان فرعون ونري Maka kami tayangkan kepada Firaun dan

Menterinya (yang bernama) Haman (tindak balas kaum tertindas )yang sangat mereka khautiri akan berlaku

Surah Al-Qasas ayat 40-42 الظالمين عاقبة كان كيف فانظر اليم في فنبذناهم وجنوده فأخذناه

ينصرون ال القيامة nويوم ار الن إلى يدعون أئمة وجعلناهم المقبوحين من هم القيامة nويوم لعنة الدنيا هذه في وأتبعناهم

Page 9: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Oleh sebab itu, Kami mengepung mereka bersama-sama bala tenteranya lalu menghumbankan mereka ke dalam laut. Lihatlah bagaimana padahnya kesudahan yang menimpa orang-orang yang zalim.

  41. Kami jadikan mereka para pemuka golongan ingkar

yang mengajak manusia ke jalan neraka, dan pada Hari Kiamat kelak, mereka tidak akan diberikan sebarang pertolongan.42. Di dunia lagi Kami iringi mereka dengan laknat dan pada Hari Kiamat nanti mereka bakal mengalami seburuk-buruk pembalasan dan penghinaan.

Page 10: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Isra’ 81: زهوقا كان الباطل إن الباطل وزهق الحق جاء وقل

“Katakan: Kebenaran sudah tiba, kebatilan pasti hancur. Sememangnya yang batil pasti lenyap.

Surah Al-Ra’d 17: األرض في فيمكث اس الن ينفع ما وأما جفاء فيذهب بد الز فأما

“Adapun buih akan segera terbang menghilang.Tapi apa yang bermanfaat untuk

manusia akan terus kekal di persada dunia”.

Page 11: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Qasas 8: خاطئين كانوا وجنودهما وهامان فرعون إن

Sungguh Firaun, Haman dan kalangan tentera mereka berdua adalah golongan yang

melakukan kesalahan ”.Surah Al-Anfal 25:

خاصة منكم ظلموا ذين ال تصيبن ال فتنة قوا وات “Awas dan berhati-hatilah kalian terhadap fitnah

yang tidak hanya menimpa golongan yang zalim sahaja.”

Page 12: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Zukhruf 54: فاسقين قوما كانوا هم إن فأطاعوه قومه فاستخف

Firaun menindas kaumnya dengan budaya takut lalu merekapun mentaatinya secara membuta tuli. Memang mereka adalah golongan yang fasiq.

Surah Hud 102: شديد أليم أخذه إن ظالمة وهي القرى أخذ إذا ك رب أخذ وكذلك

Demikianlah halnya apabila Tuhanmu menghukum penghuni kampong-kampong yang zalim. Memang hukuman Tuhanmu kepada mereka; sangat pedih

dan keras”.

Page 13: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

 Surah Nuh 4:

تعلمون كنتم لو ر يؤخ ال جاء إذا ه الل أجل إنAjal ketentuan Allah itu apabila tiba ia tidak akan

ditangguhkan (walau seminit) kalau kamu tahu (padahnya)

Surah Qaf 37: شهيد وهو مع الس ألقى أو قلب له كان لمن لذكرى ذلك في إن

Al-Quran itu adalah suatu peringatan untuk manusia yang berhati peka, sedia mendengar dan sedia menjadi penyaksi (yang berintegriti)

Surah Al-Nisa’ 148:

Page 14: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Nisa’ 148: 

ظلم من إال القول من وء بالس الجهر ه الل يحب الAllah tidak suka pendedahan dengan perkataan yang

buruk kecuali untuk manusia yang teraniaya.Surah Al-Ahzab 39:

ه الل إال أحدا يخشون وال ويخشونه ه الل رساالت غون يبل ذين ال Manusia unggul ialah mereka yang menyampaikan

pesanan Allah, disamping mereka tetap takut kepada-Nya. Mereka tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah.

Page 15: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

 Surah Ibrahim 42:

الظالمون يعمل عما غافال ه الل تحسبن وال“Jangan kamu anggap Allah alpa terhadap

kezaliman golongan tirani”.Surah Al-Syu’ara’ 227:

ينقلبون منقلب أي ظلموا ذين ال وسيعلم Orang yang zalim itu kelak akan tahu di

perlimbahan mana dia akan terguling jatuh.

Page 16: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

 Surah Ali Imran 160:

بعده من ينصركم ذي ال ذا فمن يخذلكم وإن لكم غالب فال ه الل ينصركم إنالمؤمنون ل فليتوك ه الل وعلى

Kalau Allah memenangkan kamu maka tidak ada sesiapa dapat mengalahkan kamu. Namun kalau Allah membiarkan kamu kalah maka siapakah yang boleh memberi kamu kemenangan selain Allah. Sebab itu orang yang beriman perlu bertawakkal kepada Allah.

Surah Al-Qasas:4 شيعا أهلها وجعل األرض في عال فرعون إن

Firaun berlagak takabbur di mukabumi. Ia menjadikan rakyatnya berpecah-belah dan berpuak-puak.

Page 17: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

 Surah Al-Baqarah 186:

دعان إذا الداع دعوة أجيب قريب ي فإن ي عن عبادي سألك وإذاJika para hambaKu bertanya tentangKu, maka

katakanlah bahawa Aku sentiasa hampir dengan mereka. Aku memperkenankan permohonan mereka kalau mereka memohon (apa-apa) dariKu

Surah Ghafir 60: لكم أستجب ادعوني كم رب وقال

Tuhan kalian berfirman : Berdoalah memohon kepadaKu, Aku pasti memperkenankan permohonan kalian

Page 18: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Nisa’ 32: عليما شيء بكل كان ه الل إن فضnله من ه الل واسألوnا Kalian semua hendaklah memohon

kurniaan Allah. Kerana Allah sebenarnya Maha Mengetahui segala-galanya.

Surah Al-Mumtahanah 4-5: المصير وإليك أنبنا وإليك لنا توnك عليك نا ب ر

أنت ك إن نا رب لنا واغفر كفروا ذين ل ل فتنة تجعلنا ال نا ربالحكيم العزيز

Page 19: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

4.“Wahai Tuhan kami, hanya kepada Engkau kami bertawakal, dan kepada Engkau kami bertaubat dan hanya kepada Mu kami bakal kembali.”

5. “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami mangsa sasaran penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami, wahai Tuhan kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

  Surah Muhammad 4: ببعض بعضكم يبلو ل ولكن منهم النتصر ه الل يشnاء ولو ذلك Demikianlah, sekiranya Allah mengkehendaki, tentulah Dia

membinasakan mereka dengan tidak perlu kamu memerangi mereka. Tetapi Dia hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang ingkar dan mencerobohi kamu.

Page 20: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Nisa’93: وأعد ولعنه عليه ه الل وغضب فيها خالدا م جهن فجزاؤه متعمدا مؤمنا يقتل ومن

عظيما عذابا له Siapa yang dengan sengaja membunuh orang mu’min maka

balasannya ialah ia masuk neraka selama-lamanya. Allah murka kepadanya. Allah melaknat dan mengutuknya serta disediakan untuknya seksaan neraka yang amat pedih.”

Surah Al-Maidah 32: جميعا اس الن قتل ما فكأن األرض في فساد أو نفس بغير نفسا قتل من Siapa yang membunuh orang yang tidak berdosa

membunuh, atau melakukan kerosakan di dunia ini maka ia seolah-olah membunuh orang ramai (secara aniaya).

Page 21: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Surah Al-Haj 46: بها يسمعون آذان أو بnها يعقلون قلوب لهم Golongan yang memiliki hati yang peka dan berfikir,mempunyai

telinga yang dapat mendengar serta memanfaatkan telinga tersebut.

Surah Al-Taubah 105: الغيب عالم إلى وستردون والمؤمنون ورسوله عملكم ه الل فسيرى اعملوا وقل

تعملون كنتم بما ئكم فينب هادة والش Katakanlah kepada mereka: "Lakukanlah perkara yang baik kerana

Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. Kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata. Lalu Allah memberitahu kamu apa sebenarnya yang telah kamu lakukan.

 

Page 22: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

ADAPUN SUNNAH YANG KERAP BELIAU JADIKAN SANDARAN DAN HUJAH DALAM PENYAMPAIAN BELIAU ANTARANYA IALAH HADITH :

  وام كارهون له وهم قوما أم رجل ثالثة وسلم عليه الله صلى الله رسول لعن

يجب لم ثم الفالح على حي سمع Uورجل ساخط عليها وزوجها باتت رأة Tiga orang Rasulullah kutuk dan laknat. Pemimpin yang

dibenci oleh para pengikutnya, isteri yang suaminya tidur dalam kaadaan berang dan marah kepadanya. Lelaki yangmendengar seruan Hayya Alal Falah dan dia tidak bingkas menyahutnya.

عن نافع الله عن عبدحتى سجنتها هرة في امرأة عذبت قال وسلم عليه الله صلى الله رسول أن

تأ تركتها هي وال حبستها إذ وسقتها أطعمتها هي ال النار فيها فUدخلت ماتتاألرض خشاش من كل

Rasulullah bersabda: Seorang wanita diseksa dalam neraka kerana mengurung sehingga mati seekor kucing belaannya. Ia mengunci kucing tersebut dalam rumahnya tanpa menyediakan bahan makanan dan minumannya. Sepatutnya dia membiarkan kucing itu bebas mencari makan sendiri di rumput rampai bumi (milik Allah).

Page 23: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

  " الجنة رائحة يرح لم معاهدا قتل ;من

خريفا أربعين مسيرة من توجد ريحها البخاري" . .وإن رواهSiapa yang membunuh seorang kafir Mu’ahid maka dia

tidak akan dapat mencium bau syurga; sedangkan bau syurga dapat dihidu dari jarak empat puluh musim gugur”.

مسلم رجل قتل من الله عند أهون الدنيا لزوالLenyapnya dunia ini lebih mudah bagi Allah daripada

berhadapan dengan kes bunuh seorang muslim حراما دما يصب لم ما دينه من فسحة في المؤمن يزال البخاري( . لن رواه

. Iman dan agama seseorang itu masih terjaga (selamat)

selama mana ia tidak menanggong dosa nista membunuh nyawa orang yang tidak bersalah.

Page 24: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

  فبل يستطع لم فإن ، بيده فليغيره منكرا منكم رأى من

اإليمان أضعف وذلك ، فبقلبه يستطع لم فإن ، سانهمسلم. . Uرواه Siapa yangmelihat kemungkaran makaia

hendaklah ia merubahnya dengan tangan (kuasa)nya.Kalau ia tidakberupaya maka ia hendaklah menegurnya dengan lidah (tutur kata)nya. Kalau tidak mampu juga maka ia hendaklah membenci perkara berkenaan dengan hatinya, dan tahap itu adalah tahap selemah-lemah iman.

Page 25: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

  خذون� يأ حاب وأص� حواريون ته أم من� له كان إال قب�لى ة أم فى الله بعثه نبى من� ما

علون يف� ال ما يقولون خلوف بع�دهم� من� لف تخ� إنها ثم ره بأم� تدون ويق� بسنتهفهو بلسانه جاهدهم� ومن� مؤ�من فهو بيده جاهدهم� فمن� يؤ�مرون ال ما علون ويف�دل ( . خر� حبة اإليمان من ذلك وراء ولي�س مؤ�من فهو بقل�به جاهدهم� ومن� مؤ�من

Setiap Nabi yang Allah utus untuk mana-mana umat silam semuanya mempunyai para sahabat dan pembantu yang menurut Sunnah mereka dan sedia menurut arahan mereka.Kemudian muncullah selepas pemergian mereka zuriat yang mengatakan apa yang tidak diamalkannya.Melakukan perkara yang mereka tidak disuruhpun melakukannya .Maka siapa yang berjihad menentang mereka dengan tangannya (kuasa)nya maka dia adalah mukmin. Siapa yang bangun menentang mereka dengan lidahnya maka dia juga mukmin.Demikian juga siapa yang bangkit menentang mereka dengan hatinya dia juga mukmin.Selepas tahap itu maka seseorang itu tidak lagi beriman walau sebesar biji saga.

Page 26: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

  جائر سلطان عند عدل كلمة الجهاد أفضل

Jihad yang paling afdhal ialah jihad menyatakan ungkapan kebenaran dan keadilan di hadapan pemerintah yang zalim>

فأمره جائر امام الى قام ورجل المطلب عبد بن حمزة الشهداء سيدفقتله " ونهاه

Penghulu segala orang yang mati syahid ialah Saidina Hamzah Bin Abdul Muttalib dan sesiapa sahaja yang berjihad melawan pemerintah yang zalim, bangkitmenegurdan mencegah kemunkarannya; kemudian ia dibunuh (oleh pemerintah zalim tersebut)

Page 27: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

"ويدعو لهم وتدعون ، ويحبونكم تحبونهم الذين أمرائكم خيروتلعنون ، ويبغضونكم تبغضونهم الذين أمرائكم وشر ، لكم ن

ويلعنونكم هم . "

Pemerintah kamu yang terbaik ialah orangyangkamusayang kepadanya dan diapunsayangkan kamu.Kamu mendoakan mereka dan diapun mendoakan kamu.

Manakala pemerintah kamu yang paling buruk ialah orang yang kamu benci (pemerintahannya) dan diapun benci kepada kamu . Kamu mengutuk dia dan diapun mengutuk kamu.

Page 28: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

  " دعوتهم ترد ال :ثالثة

الله يرفعها المظلوم ودعوة ، العادل واإلمام ، يفطر حين الصائموعزتي : الرب ويقول ، السماء أبواب لها وتفتح ، الغمام فوق

الترمذي . رواه حين بعد ولو ألنصرنكTiga orang doa mereka tetap maqbul (tidak ditolak

oleh Allah).Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemerintah yang adil dan orang yang teraniaya.Orangyang teraniaya ini doa mereka diangkat Allah ke puncak awan, pintu langit dibuka untukmenyambutnya.Ketika itu Allah berfirman: Demi kemulian dan kebesaranKu, Aku pasti membantu dan memenangkan (kes) kamu; walaupun setelah berlalu beberapa tempoh masa tertentu .

Page 29: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

- - ، وسلم وآله عليه الله صلى النبي أنعجرة قال بن " :لكعب

السفهاء إمارة من كعب يا الله "أعاذكقا : ؟ الله رسول يا السفهاء إمارة وما قال

بهديي : " يهدون ال ، Uبعدي يكونون أمراء ل ، صدقهمبكذبه فمن ، بسنتي يستنون والم ليسوا فأولئك ، ظلمهم على وأعانهم ، م

حوضي ، على يردون وال ، منهم ولست ،نيعلى يعنهم ولم بكذبهم يصدقهم لم ومن

وسيردون ، منهم وأنا مني فأولئك ظلمهمجن . الصوم ، عجرة بن كعب يا حوضي علي

قربا والصالة ، الخطيئة تطفئ والصدقة ، ةقال - أو ن

برهان : - . م نبت لحم الجنة يدخل ال ، عجرة بن كعب يا

عج . بن كعب يا به أولى النار ، أبدا سحت نفمعتقها- نفسه فمبتاع غاديان الناس ، رة

قالفموبقها : أو

Page 30: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Bahawa nabi berkata kepada Ka’ab Bin ‘Ujrah: SemogaAllah lindungimu wahai Ka’ab dari era pemerintahan orang yang bodoh. Ka’ab bertanya apa maksud pemerintahan orang bodoh wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Selepas aku akan ada para pemerintah yang tidak menurut hidayah bimbinganku ,tidakmenurut sunnahku.Siapa yang mempercayai pembohongan mereka, ikut membantu kezaliman yang mereka lakukan maka orang berkenaan bukan (dari) ku dan aku tidak kena mengena dengannya. Dia tidak akan dapat menghampiri kolam (air)minumanku.Tapi siapa yang tidak mempercayai pembohongan mereka,tidak turut menolong kezaliman mereka maka orang berkenaan adalah sebahagian dariku dan aku sebahagian daripadanya dan dia akan dapat meneguk air kolamku …..

Page 31: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

SAMBUNGAN MAKNA HADITH .Wahai Ka’ab Bin ’Ujrah: puasa itu dinding

penyelamat.Sedekah itu menebus dosa manakala solat pulaadalah pendekatan diri (kepada Allah). Wahai Ka’ab Bin ’Ujrah: Tidak sekali-kali akan masuk syurga setiap badan yang membesar daripada rezki yang haram. Sebaliknya neraka lebih wajar menjadi tempatnya. Wahai Ka’ab Bin ’Ujrah: Manusiaini terbahagikepada dua: samada mereka golongan yang menebus diri dan dapatmembebaskan diri dari neraka atau sebaliknya orang yang terus memperosokkan dirinya kelembah kemusnahan.

Page 32: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

:- - : صلىاللهعليهوسلم - - قالرسولالله قال رضياللهعنه عنأبيموسى : : )) ذ�)) خ� أ�� أ� ل أ� أ� أ� ﴿ �� قر ثم قال ، يفلته م ����ه إ�ذ� حتى لظام يملي �له إ�ن

: هود ] أخذهأليمشديد القرىوهيظالمةإن أخذ متفق[ 102ربكإذا ؛عليه Bahawa Allah memberi masa dan

peluang untuk penzalim kembali kepangkal jalan.Sehingga apabila Allah mahu menghukumnya dia tidak akan dapat melepaskan dirinya .

Page 33: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

, , , , أخيه حاجة في كان ومن يسلمه وال يظلمه ال المسلم أخو المسلم , , من كربة nعنه ه الل ج فر كربة مسلم عن ج فر ومن حاجته في nه الل كان

, , القيامة يوم ه الل ستره مسلما ستر ومن القيامة يوم كربات Orang muslim saudara bagi muslim yang lain. Ia tidak

menzaliminya atau menyerahkannya kepada musuh. Siapa yang sentiasa menunaikan hasrat saudaranya nescaya Allah tunaikan hasrat dan hajatnya. Siapa yang melepaskan orang muslim dari kesusahan yang menimpanya nescaya Allah bebaskan dia dari mana-mana kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup aib seorang muslim yang lain pasti Allah tutup keaiban dirinya pada hari kiamat kelak.

Page 34: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

،شهيد فهو دينه دون قتل ومن شهيد، فهو ماله دون قتل من. شهيد فهو أهله دون قتل ومن شهيد، فهو دمه دون قتل ومن Siapa yang terbunuh kerana mempertahan

hartanya dia mati syahid . Siapa yang mati kerana mempertahankan agamanya dia mati syahid .Siapa yang terkurban kerana mempertahankan nyawanya dia mati syahid.Begitu juga siapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya dia juga mati syahid.

Page 35: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Hadith hadith ini membentuk sikap perjuangan yang istiqamah dan menghalang umat serta golongan ulama daripada menjadi penyokong kezaliman atau orang-orang yang zalim. Kerana itulah kita dapati tidak kurang orang orang yang berilmu yang terjebak dan terperusok dalam sikap mengampu dan mencari jalan selesa dengan tidak lagi berjuang tetapi menunggu habuan-habuan duniawi dari pembesar negara yang licik dan lihai memutar belit fakta dan diayah politik mereka . Dalam kaadaan kononnya mereka tidak mahu menanggok di air keroh rupa-rupanya mereka sendiri sudah ditanggok oleh pehak penguasa yang zalim dengan tanggok-tanggok istimewa.

Page 36: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

2. MENYEDARI DAN MENGUASAI FIQH AL SUNAN

Alam ini tegak berlandaskan kepada hukum sebab akibat,dan sunnah kauniah alam sejagat ciptaan Allah. Sebab itu seseorang reformis perlu menguasai dan memahami hukum alam ini untuk merancang dan melakar strategi dakwah atau perjuangan politik demi kejayaan perjuangannya. Allah menegaskan dalam surah Fathir ayat 43:

ت لسن تجد ولن تبديال ه الل ت لسن تجد فلن األولين ت سن إال ينظرون فهلتحويال ه الل

Lihat juga surah Al Ahzab ayat 62: تبديال ه الل ة لسن تجد ولن قبل من خلوا ذين ال في ه الل ة سن

dan lain-lain.

Page 37: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Beliau menegaskan bahawa penzalim itu akhirnya akan sampai ketitik akhir; di mana dia akan menerima balasan kezalimannya. Ini selaras dengan firman Allah( Nuh :4)

تعلمون كنتم لو ر يؤخ ال جاء إذnا ه الل أجل إنBahawa ajal ketentuan Allah itu bila tiba ia tidak akan

ditunda ; seandainya kamu tahu.Kejayaan biasanya hasil usaha muafakat yang jitu dan

kemas .Tanpa muafakat lumrahnya kejayaan sukar diraih. Sesiapayang ingin berjaya tanpa asas ini maka dia tidak menurut sunan atau hukum tabi’i yang sudah tersurat.

Page 38: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

3.MENGUASAI FIQH AL WAQI’ ATAU REALITY YANG SERBA RENCAM, PELBAGAI DAN COMPLEX.

Apa jua keputusan tentang ancaman, kelemahan, peluang, jenis lawan dan kelebihan sebenar yang dimiliki perlulah dilandaskan kepada alam sebenar yang sedang dilalui . Pengertian dan kafahaman tentang alam sebenar yang herot sudah pasti akan menghasilkan keputusan dan sikap yang sangat tidak selari dengan tuntutan logik dan reality. Apakah kepanasan suhu persekitaran – contohnya- boleh di atasi dengan perbuatan membazir dan menghempaskan beberapa buah tembikai yang sepatutnya boleh dimakan sehingga berkecai dan terbuang begitu sahaja, ataukah - sebaliknya -dengan melakukan usaha pembenihan hujan di awan,solat hajat dan lain-lain.

Page 39: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Apakah reality politik di Malaysia – umpamanya- untuk melakar tindak tanduk politik yang bijak dan berkesan.Inilah perkara yang memerlukan pengamatan pakar bidang tertentu untuk membantu para pemimpin politik yang bijak dan matang pada masa kini dan akan datang. Dalam kontek ini ternyata Syaikh Yusuf Al Qaradhawi telah memanfaatkan pengetahuan beliau yang mendalam tentang reality Mesir dalam memandu detik dan langkah-langkah perjuangan gerakan Islam di sana sehingga berakhir dengan mencapai kemenangan. .

Page 40: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

4.MENGAMBIL KIRA SARANAN FIQH AL-MAQASID.

disiplin ilmu khusus dalam rangka merealisasi kepentingan manusia atau umat dan menolak mudharat daripada kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Ia merangka tuju hala pengurusan negara dalam sektor-sektor tertentu berlandaskan kelasifikasi matlamat utama kehidupan seperti menjaga agama,nyawa, harta, nama baik atau keturunan, kepentingan umum,kebebasan,kemerdekaan, nilai-nilai utama dalam perlembagaan seperti keadilan,kesamarataan, konsep muafakat,syura atau demokrasi ,integriti ,konsep pengelolaan negara yang baik , pilihanraya yang bersih,akauntability ,pengasingan kuasa dan sebagainya .

Page 41: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

5- SETERUSNYA SYAIKH YUSUF MENGAMBIL-KIRA " FIQH AL-MA'AALAT" ATAU MEMPERHITUNGKAN TENTANG KESAN SESUATU TINDAKAN TERHADAP STRATEGI UTAMA DAN USAHA POLITIK PERJUANGAN ISLAM DI MESIR

Sebagai seorang ilmuan beliau tidak terperangkap dengan usaha pehak tertentu untuk memalingkan rakyat dari isu utama kepada isu sekunder atau sampingan yang akhirnya membantutkan reformasi politik di Mesir. Kesan buruk yang lebih besar dielakkan demi menjayakan strategi jangka panjang .

Page 42: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

6- BELIAU JUGA BERPANDU KEPADA "FIQH AL-MUWAZANAT",

segala sesuatu dinilai dari segi maslahat keutamaaannya; kesan negatif dan positif selaian faedahnya secara relatif berbanding alternatif pilhan yang lain. Proses mempertimbangkan dan membanding ini mestilah menurut manhaj dan kriteria syara’ yang berkaitan dengan isu berkenaan.Yang “Rajih” atau “Al-Maslah Al-Rajihah “–umpamanya- diutamakan daripada yang “Marjuh” atau “Al-Maslahah Al-Marjuhah”.Manfaat yang lebih besar diutamakan berbanding manfaatyang lebih kecil dan remeh.

Page 43: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

7- MERUJUK PANDANGAN PAKARAllah berfirman dalam Surah Al-Nahli 43:

تعلمون ال كنتم إن الذكر أهل فاسألواBertanyalah kepada orang ahli (pakar) kalau kamu tidak

tahuAl Furqan 59:

خبيرا به فاسأل حمن الرTuhan yang sebenarnya adalah “AL-Rahman”,

tanyakanlah tentang-Nya orang yang pakar.Fathir 14:

خبير مثل ئك ينب وال“Tidak ada yang dapat memberikan penjelasan terbaik kecuali seorang yang pakar.”

Page 44: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

8- BELIAU JUGA MENGAMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH SILAM DAN PERANAN ULAMA RABBANI

Ini kerana sejarah adalah rujukan untuk mendapat iktibar dan pengajaran. Allah berfirman dalam surah Yusuf 111:

األلباب ولي أل عبرة قصصهم في كان لقدMemang dalam kisah peristiwa generasi silam terdapat pengajaran untuk orang yang berfikir.

Untuk menyejukkan cuaca perlu dirujuk pakar berkenaan pembenihan hujan dan pakar tentang pengubahan cuaca -umpamanya- dan tidak dirujuk bomoh dengan ajaran khurafat dengan menghempas dan membazirkan buah temikai yang sewajarnya menjadi bahan makanan manusia

Page 45: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

9- MENANGKIS SERANGAN DAN PENGELIRUAN PENENTANG

Gerakan Ikhwan dan gerakan reformasi rakyat Mesir sering dituduh sebagai kumpulan subversiv, pengganggu keamanan dan golongan yang ingin menumbangkan kerajaan. Perkara ini kemudiannya ditentang dan dijelaskan tujuan sebenar perjuangan rakyat ialah untuk menegakkan keadilan, menentang korupsi, penindasan dan mengembalikan hak rakyat terhadap tanah air mereka yang dirompak kekayaannya oleh kroni Husni Mubarak dan kunco-koncunya. Mereka bukan pengkhianat negara tetapi adalah pejuang yang mempertahankan maruah dan kemerdekaan rakyat dari golongan pemerintah korup yang kejam dan zalim. Mereka bukan pengampu golongan tirani tetapi terus istiqamah mempertahankan prinsip kemerdekaan, berjihad menobatkan keadilan, memupuk sifat amanah dan kejujuran dalam masyarakat.

Page 46: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

10-MENGKRITIK GOLONGAN PEMBELOT DAN ULAMA " AL-SULTAH " PENYOKONG KERAJAAN KORUP.

Dalam masa yang sama Syaikh Yusuf lantang menyelar “ulama’ al Sultah” ilmuan yang menjadi Pak Turut dan mengampu kerajaan yang zalim. Golongan ilmuan dan ulama yang mudah ditanjur dan mudah menerima rasuah serta kelabu dengan habuan duniawi ini sudah hilang pertimbangan yang betul. Sebaliknya mereka menjadi insan bisu,pekak ,buta dan tidak menggunakan pertimbangan akal waras yang sebenarnya. Allah menegaskan dalam Surah Al-Baqarah 171

يعقلون ال فهم عمي بكم صمMereka pekak,bisu,buta dan tidak berfikir

Page 47: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

DALAM SURAH AL ANFAL AYAT 22 ALLAH MENEGASKAN:

يعقلون ال ذين ال البكم الصم ه الل عند الدواب شر إنBinatang yang paling jahat di sisi Allah ialah makhluk yang pekak, bisu dan tidak menggunakan akal.

Manusia adalah makhluk yang berfirkir dan perlu menggunakan akal fikiran untuk memilih ,jalan atau wadah dan parti terbaik untuk memenangkan hasrat dan cita cita rakyat. Manusia bukan seperti ikan sepat atau jerung yang tidak berakal. Sebab itu Allah menempelak manusia yang taat membuta tuli dan

tidak berfikir dalam surah Al An’am 50 : رون تتفك أفال والبصير األعمى يستوي هل قل

“Katakan: Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik.Apa tidak kah kamu berfikir!

Page 48: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

ANTARA QAWA'ID FIQHIAH YANG MENJADI SANDARA BELIAU IALAH:

1- Hak Umat Lebih Diutamakan Berbanding Hak Individu

Ini suatu perimbangan yang wajar demi kepentingan orang ramai dan negara. Dalam apa jua tindakan pemerintah; ia mesti mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak berbanding diri, keluarga atau kroni dan partinya. Manusia negarawan bukan seperti manusia oppotunist, egoistik,meterialistik dan memburu kepentingan diri. Sebab itu pemimpin yang lebih mementingkan diri dan suku sakatnya tidak boleh dibiarkan terus memimpin negara dan umat.

Page 49: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

2- SESUATU YANG TIDAK SEMPURNA WAJIB MELAINKAN DENGANNYA MAKA IA JUGA MENJADI WAJIB

Kaedah ini kalau dihubungkaitkan dengan politik boleh diterangkan seperti berikut. Perjuangan untuk menentang kezaliman menegakkan keadilan ,merobohkan parti pemerintah yang korup adalah suatu kewajiban. Namun hal itu tidak mungkin dapat dicapai melainkan dengan adanya pakatan parti pembangkang yang kuat untuk menentang pakatan parti yang membentuk kerajaan zalim tersebut. Oleh itu perjuangan dalam satu pakatan yang padu dan jitu adalah juga wajib. Tanpa memenuhi tuntutan ini perjuangan parti yang menyendiri berkemungkinan besar akan gagal. Sebab itu adalah wajib memenuhi kewajiban berkenaan bagi parti yang yang benar benar berhasrat untuk berjuang menumpaskan kezaliman,

Page 50: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Dalam kontek perjuangan memenangkan Islam di Mesir dengan sistem pemerintahan ketenteraannya beliau berpendapat bahawa menentang pemerintah yang zalim adalah wajib . Manakala salah satu cara dan wasilah untuk menjatuhkannya ialah melalui demontrasi besar-besaran yang berterusan. Oleh itu kaedah ini –menurut beliau - adalah wajib direalisasi demi menjatuhkan kerajan Mesir yang zalim.

Page 51: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

3- KESUSAHAN MEMBUKA RUANG KEMUDAHAN

Kaedah ini antara lima kaedah besar yang menjadi pegangan para alim ulama. Ini membayangkan betapa syara’ mengambil kira kaadaan khusus yang dilalui oleh seseorang mukallaf. Ini berlandaskan dalil al Quran yang menyatakan bahawa Allah tidak mahu memberatkan dan menyusahkan orang yang beriman di samping hadith yang menyatakan bahawa agama Islamitu adalah agamayang memudahkan dan bukan menyusahkan penganutnya. Perkara ini dianggap sebagai “Rukhsah” yang meringankan. Menurut kajian Rukhsah ini sekitar tujuh perkara: Perjalanan atau kesusuhan bermusafir, Sakit, Kerana Terpaksa,Lupa, jahil atau tidak tahu, Umum al Balwa dan ,Al-Naqs seperti belum cukup umur dan sebagainya.

Page 52: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Ketika berhimpun dalam demo kemenangan yang dihadhiri oleh 3 juta orang demonstran, Syaikh Qaradhawi membenarkan makmum terkahadapan sedikit dari kedudukan imam, melakukan solat jama’ qasar zohor dan asar dan sebagainya .

Page 53: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

4- PERKARA YANG MENYEMPITKAN BOLEH DILONGGAR DAN DILAPANGKAN ATAU:اتسع ضاق االمراذا

Sesuatu yang sempit boleh diperluaskan . Kaedah ini hampir sama dengan kaedah sebelumnya, cuma mungkin dari segi perlaksanaannya terdapat beberapa perbedaan.

Di Malaysia Parti Amanah Negara menjadikan kaedah ini antara sandaran penubuhan parti Islam baru memandangkan keperluan memberi ruang kepada bekas pimpinan PAS yang sebahagiannya menjadi ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri untuk meneruskan perjuangan mereka terhadap cita dan idea Islam yang mereka yakini dalam wadah parti Islam yang baru.

Page 54: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

5.WASILAH MENGAMBIL HUKUM MAQASID

Kalau matlamat pokoknya halal maka wasilah dan jalan ke arahnya juga dikira halal. Keabsahan wasilah adalah kerana keabsahan matlamat dan tujuan yang ditetapkan.Dimaksudkan dengan wasilah disini ialah:

" المقاصد Uالى Uالمفضية الطرقSetiap sesuatu yang menghala dn

membawa kepada tercapainya “Maqasid”atau matlamat sesuatu daya usaha.

Page 55: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

 Dalil kaedah ini banyak.Antaranya ayat 120 surah al Taubah:.

يغيظ موطئا يطؤون وال ه الل سبيل في مخمصة وال نصب وال ظمأ يصيبهم ال هم بأن ذلكالمحسنين أجر يضيع ال ه الل إن صالح عمل به لهم كتب إال يال ن عدو من ينالون وال الكفار

(Mereka tidak sepatutnya lebih mementingkan keselesaan diri mereka sendiri daripada Rasulullah). Ini adalah kerana segala kehausan, kepayahan, dan kelaparan dalam perjuangan di jalan Allah, setiap kali mereka menginjakkan kaki di tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir dan setiap kali mereka berjaya mengalahkan musuh, semua itu akan dicatatkan sebagai pahala amal soleh untuk mereka. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.”

 

Page 56: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Pahala yang diperolehi kerana kehausan dan keletihan bukan kerana hal itu semata-mata tapi kerana itu semua adalah wasilah dan penyebab ke arah tercapainya maksud perjuangan untuk menobatkan Islam dan membela nasib rakyat dan kaum muslimin.

  Ketika rakyat sebok berdemontrasi menentang regim yang korup ada

yang mengatakan bahawa demontrasi itu adalah bid’ah. Syaikh Qaradhawi menyanggah pendapat tersebut dengan mengatakan bid’ah lumrahnya dalam soal agama atau ibadat.Tapi dalam soal kehidupan di dunia asasnya adalah “Ibtida’” kreativiti, manakala urusan agama dasarnya ialah “Ittiba’”.Banyak perkara urusan dunia kita sudah mengambil dan meniru daripada Barat. Sistem Dawawin kita pinjam dari Rum. Sistem Kharaj dipinjam dari Parsi dan lain-lain. Beliau menganggap membela para demonstran, melindungi dan mengubati mereka adalah suatu kewajiban demi mencapai maksud menentang kezaliman, korupsi dan kejahatan, menegakan keadilan dan kebebasan.

Page 57: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Beliau menegaskan:Turun kejalanan, ikut serta berdemontrasi adalah suatu kewajiban syara’ bagi setiap orang mampu sampai ketempat perhimpunan .Dia tidak menghadapi sebarang halangan. Ini kerana daya usaha ini adalah wasilah untuk menurunkan Firaun atau tirani yang sedang berkuasa ,dengan cara damai dan tidak membuang nyawa. Sesuatu yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib. Beliau mengharamkan segala kelakuan jahat yang dilakukan oleh samsing upahan kerajaan yang korup terhadap rakyat yang melakukan demontrasi secara damai.

 

Page 58: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

6-HAK ALLAH BERLANDASKAN KAEDAH MUSAMAHAH DAN BOLEH BERLEBIH KURANG , HAK INDIVIDU BERLANDASKAH MUSYAHAH KAEDAH YANG KETAT MELINDUNGI HAKNYA.

Kaedah ini selaras dengan semangat syariat yang bertolakansur terhadap hak Allah tetapi tidak terhadap hak seseorang individu yang semestinya dibela dan dipertahankan dengan ketat dan bersungguh-sungguh.

Maksud kaedah ini ialah apabila terdapat percanggahan untuk melaksanakan tuntutan terhadap dua hak ini secara serentak dan tidak pula dibuat kedua-duanya sekali maka ketika itu yang lebih diutamakan ialah menyelesaikan hak seseorang berbanding hak Allah.

Page 59: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

7- DALIL ZHANNI TIDAK BOLEH MENGATASI DALIL QAT'I, DALIL MUTASYABIH TIDAK BOLEH DIDAHULUKAN DARI DALIL MUHKAM, MUJMAL TIDAK MENGATASI MUBAYYAN.

Ini adalah dasar dan pegangan ulama dalam menetapkan keutamaan hairaki dalil tertentu berbanding dalil lain dalam rangka mengistinbat sesuatu hukum syara.’

Dalam hubungan ini Syaikh Qaradhawi menjawab hujah golongan yang mengatakan keluar berdemo melawan pemerintahadalah haram; walaupun pemerintah berkenaan merampas harta rakyat dan mendera mereka.Iaitu hadith riwayatMuslim dari Abi Salam seperti berikut:

Page 60: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

قال : قال ال�يمان ب�ن ،: " : حذي�فة الله رسول يا قل�توراء من� فهل� ، فيه ن فنح� بخي�ر الله فجاء بشر كنا إناذلك : : وراء هل� قل�ت ، نعم� قال ، ؟ شر ال�خي�ر هذاال�خي�ر : : ذلك وراء فهل� قل�ت ، نعم� قال ، ؟ خي�ر ر الشبع�دي : : : يكون قال ، ؟ كي�ف قل�ت ، نعم� قال ، ؟ شر ، بسنتي تنون يس� وال ، بهداي تدون يه� ال ة أئمفي ياطين الش قلوب قلوبهم� رجال فيهم� وسيقوم : : ، الله رسول يا نع أص� كي�ف قل�ت قال ، إن�س جث�مانوإن� : ، مير لأل� وتطيع مع تس� قال ، ؟ ذلك أد�رك�ت إن�

وأطع� مع� فاس� مالك وأخذ ، رك ظه� . " ضرب

Page 61: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir
Page 62: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Hadith ini zahnni ia tidak dapat mengatasi dalil qath’I yang banyak daripada ayat ayat Quran yang menyelar kezaliman dan menyeru supaya ditentang segala kejahatan ,salah laku dan ketidakadilan .Allah berfirman dalam surah Al Imran 57:

الظالمين يحب ال ه والل Ayat 140 : الظالمين يحب ال ه المعتدين :Al A’raf 55 والل يحب ال ه إن Allah tidak suka golongan penceroboh.dan banyak ayat ayat

yang lain.Lebih lebih lagi menurut Syaikh; para pemuda berkenaan keluar berdemontrasi dengan cara damai dan melaungkan suara menuntut perubahan,keadilan,kebersihan dan hak hak asasi mereka sebagai warga negara yang merdeka. Ayat ayat tersebut adalah dalil qath’I yang mertabatnya lebih tinggi dari hadith berkenaan.

Page 63: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

8- MAFASID DAN KEROSAKAN YANG BESAR DIHINDARI DENGAN MEMILIH YANG LEBIH MINIMA.

Syariat selaras dengan logik akal dalam membuat sesuatu penilaian. Kerosakan yang kebih besar dihindari dengan berrsedia menaggung keroskan yang lebih kecil demi mengekalkan kesejahteraan umat.

Page 64: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

9- MERAIH MANFAAT YANG LEBIH BESAR DIUTAMAKAN BERBANDING MANFAAT YANG MINIMA..

Dalam peringkat meraih maslahah dan kepentingan umat maka yang diutamakan ialah maslahah atau kepentingn yang lebih besar dan mengabaikan yang lebih kecil. Menolak mudharat yang lebih besar dan bersedia menangong mudharat yang lebih menima. Dalilkaedah ini adalah “Istiqra’ Mengetahui peringkat peringkat maslahah dan yang mana lebih patut di dahulukan apabila bertembung adalah suatu yang bersifat fitrah.Menurut Ibnu Taimiyah:”Orang yang berakal itu bukan sekadar mengenal baik dari yang buruk tetapi ialah mereka yang mengenal yang terbaik dari dua kebaikan dan terburuk dari dua keburukan.

Page 65: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Ini selaras dengan firman Allah dalamsurah alA’raf 145 : الفاسقين دار سأريكم بأحسنها يأخذوا قومك وأمر

Suruhlah kaum mengambil yang terbaik (dari pesanan ayat-ayat Tuhan itu) KelakAllah akan tunjukkan tempat bersalainya orang orang yang fasiq.

Al Zumar ayat 55: بغتة العذاب يأتيكم أن قبل من كم ب ر من إليكم أنزل ما أحسن بعوا واتTurutilah apa yang terbaik yang diturunkan kepadamu

oleh Tuhan kamu sebelum datang azab seksa secara mengejut mengenai kalian.

Page 66: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Dan ayat17 Surah Al Zumar: ذين ال أولئك أحسنه بعون فيت القول يستمعون ذين ال

األلباب أولوا هم وأولئك ه الل هداهمMereka yang mendengar kata (firman

Allah) lalu mengikut yang terbaik daripadanya.Itulah golongan yang mendapat bimbingan Allah dan itulah orang yang Ulul Al-Bab ( pintar dan bijaksana)

Page 67: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Menamatkan kebangkitan rakyat dan berhenti dari perbuatan berdemo dan berpiket mungkin ada baiknya untuk kelesaan hidup ; rakyat boleh berkerja semula dan kaadan kembali kepada biasa .Tapi ini tidak merubah reality yang korup dan kezaliman mencuri harta rakyat dan sebagainya. Sebab itu meneruskan kebangkitan rakyat untuk menamatkan korupsi,kezaliman dan penipuan, membawa kehadapan pengadilan para pegawai yang korup dan menjayakan kebangkitan dan perjuangan rakyat jauh lebih besar manfaatnya demi merealisasi kebebasan,keadilan,kebersihan tatakelola dan menjamin masa depan umat.

Page 68: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

10- PENJELASAN (AL BAYAN) TIDAK BOLEH DILEWATKAN DARI MASANYA YANG DIPERLUKAN.

Al Bayan bermaksud menghilangkan ketidak jelasan dengan menampilkan penerangan dan pemberitahuan sesuatu yang samar dan tidak diketahui.Maksud kaedah ini ialah setiap dalil yang mujmal,mutlaq ‘am atau musytarakatau majaz dan lain-lain yangmemerlukan penjelasaan maka ia tidak boleh ditangguhkan apabila sampai waktu ia perlu dilakukan.Ia masa yang kalau seseorang itu terlepas dari masa berkenaan ia tidak lagi dapat menunaikan tanggongjawab berkenaan .Ulamasepakatdengan kaedah ini.

Page 69: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

Kaedah ini pun telah dilaksanakan oleh Syaikh Qaradhawi pada waktunya secara berurutan selaras dengan perkembangan politik menjatuhkan Husni Mubarak sebagai presiden Mesir dari satu tahp ke satu tahap perkembangan seperti yang dijelaskan oleh Dr Wasfi Asyur Abu Zaid dalam buku beliau al Qaradhawi Seorang Imam Yang Revolusiner Hal 112

Page 70: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

11- TINDAKAN PEMERINTAH MESTILAH DIBINGKAI DENGAN KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN RAKYAT

Menurut Syaikh Mohd Al Ghazali peranan pemerintah dalam mana mana negara muslim ialah menjaga imanumat, menegakkan keadilan,melindungi kepentingan umat dan rakyat .Jika ia mengabaikan mana mana kewajiban ini maka bermakna ia cuai menjalankan tugasnya .Ketika itu ia perlu ditegur dan dinasihati.Tapi kalau dia bertindak merobohkan keimanan dengan menyibarkan ajaran ilhad dan mensia-siakan keadilan dengan bertindak zalim mengabaikan kepentingan rakyat dengan tindakan boros dan berpoya-poya maka itu bermakna ia tidak lagi sesuai memerintah dan wajib dijatuhkan dan digeser.

Page 71: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

SAMBUNGANMenurut Qaradhawi dalam wacananya membela kebangkitan

rakyat Mesir, pemerintah adalah petugas untuk umat yang dibayar gajinya. Dia juga sebagai wakil mereka.Dia bukan tuan yang mendewakan dirinya sehingga menjadi seperti tuhan yang disembah dan dipuja , Berlagak seperti dewa yang boleh berbuat apa sahaja meskipun bertentangan dengan undang-undang dan peruntukan yang sedia adalah sangat jelas sebagaiperbuatan menyimpang.

Oleh itu berdasarkan kaedah tindak tanduk pemerintah terhadap rakyat mestilah berlandaskan kepada penjagaan terhadap kepentingan mereka, maka apabila pemerintah menyimpang dan hanya bertindak menurut kepentingan diri,kroni dan keluarga ; ketika itu rakyat berhak melepaskan ketaatan mereka dan boleh enggan mematuhinya.

Page 72: Manhaj Qaradhawi  Dalam Mereformasi Rakyat Mesir

SELESAI - TERIMA KASIH Tamat