abstrak al-manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

16
iii Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran yang digunakan oleh tokoh- tokoh gerakan dakwah semasa kearah penafsiran ayat-ayat al-Quran serta hadith-hadith berlandaskan pendekatan al-haraki. Kajian ini bertujuan mengenal pasti al-manhaj al- haraki yang wujud dalam penulisan Sayyid Muhammad Nuh khususnya metode penulisan beliau dari perspektif hadith. Kajian juga bertujuan meneliti aplikasi al-manhaj al-haraki gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani beberapa isu semasa yang timbul. Untuk mencapai objektif ini, kajian telah menggunakan dua metode penyelidikan, iaitu metode perpustakaan dan metode lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa wujud aliran al-haraki dalam pengajian hadith sepertimana wujud aliran tersebut dalam pengajian tafsir sebelum ini. Hasil kajian juga mendapati bahawa karya-karya penulisan Sayyid Muhammad Nuh terutamanya dalam penghuraian hadith-hadith Nabi s.a.w cenderung kearah huraian dan penafsiran dengan metode al-haraki. Perkara ini berdasarkan idea-idea al-haraki yang dikemukakan dalam huraian hadith-hadith serta tajuk karya yang dikemukakan oleh beliau dalam penulisannya. Hasil kajian juga mendapati bahawa aplikasi al-manhaj al- haraki gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani isu-isu semasa dilihat mengambil pendekatan yang berbeza samaada melibatkan isu mempertahankan Islam di Malaysia atau isu politik Islam di Malaysia. Kajian mendapati bahawa perbezaan dalam menangani tiga isu pertama (COMANGO, Kalimah Allah dan Syiah) adalah dari sudut penilaian terhadap ancaman yang melibatkan kedudukan Islam di Malaysia terutamanya aspek pendekatan dengan non muslim serta kaedah yang terbaik dalam menangani ajaran sesat seperti Syiah.

Upload: hoangnhu

Post on 01-Feb-2017

254 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

iii

Abstrak

Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran yang digunakan oleh tokoh-

tokoh gerakan dakwah semasa kearah penafsiran ayat-ayat al-Quran serta hadith-hadith

berlandaskan pendekatan al-haraki. Kajian ini bertujuan mengenal pasti al-manhaj al-

haraki yang wujud dalam penulisan Sayyid Muhammad Nuh khususnya metode penulisan

beliau dari perspektif hadith. Kajian juga bertujuan meneliti aplikasi al-manhaj al-haraki

gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani beberapa isu semasa yang timbul. Untuk

mencapai objektif ini, kajian telah menggunakan dua metode penyelidikan, iaitu metode

perpustakaan dan metode lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa wujud aliran al-haraki

dalam pengajian hadith sepertimana wujud aliran tersebut dalam pengajian tafsir sebelum

ini. Hasil kajian juga mendapati bahawa karya-karya penulisan Sayyid Muhammad Nuh

terutamanya dalam penghuraian hadith-hadith Nabi s.a.w cenderung kearah huraian dan

penafsiran dengan metode al-haraki. Perkara ini berdasarkan idea-idea al-haraki yang

dikemukakan dalam huraian hadith-hadith serta tajuk karya yang dikemukakan

oleh beliau dalam penulisannya. Hasil kajian juga mendapati bahawa aplikasi al-manhaj al-

haraki gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani isu-isu semasa dilihat mengambil

pendekatan yang berbeza samaada melibatkan isu mempertahankan Islam di Malaysia atau

isu politik Islam di Malaysia. Kajian mendapati bahawa perbezaan dalam menangani tiga

isu pertama (COMANGO, Kalimah Allah dan Syiah) adalah dari sudut penilaian terhadap

ancaman yang melibatkan kedudukan Islam di Malaysia terutamanya aspek pendekatan

dengan non muslim serta kaedah yang terbaik dalam menangani ajaran sesat seperti Syiah.

Page 2: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

iv

Manakala aspek perbezaan dalam menangani dua isu politik (Isu Tahaluf Siyasi dan Isu

Mengundi Non Muslim) adalah melibatkan perbezaan ijtihad dalam menilai fiqh al-

siyasah semasa berdasarkan perjalanan politik dan penilaian terhadap kuasa politik antara

masyarakat muslim dan non muslim yang wujud di Malaysia ini.

Page 3: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

v

Abstract

Al-Manhaj al-haraki is a method applied by prominent figures of current dakwa movement

in the interpretation of Quranic and hadith verses, which is based on the al-haraki method

approach. This study proposes to identify al-manhaj al-haraki that existed in the

writing of a contemporary dakwa figure, Sayyid Muhammad Nuh (d.2007), especially in

his method of elaboration in the hadith literature. In addition, this study will also

investigate the application of al- manhaj al-haraki in dakwa movement in Malaysia in

addressing some of the current issues as well as making a comparative analysis with the

theory of al-manhaj al-haraki of hadith literature by Sayyid Muhammad Nuh. To achieve

this objective, this study applies the library and field methods for acquiring data. The study

found that a significant al-haraki stream can be found in the study of hadith, as in the

previous tafsir studies. The study also found that the works of Sayyid Muhammad Nuh,

mainly in the elaboration of Prophetic hadiths are more disposed towards the al-

haraki method. This observation is based on the al-haraki ideas highlighted by him on the

respective hadiths and topics presented in his works. The study also ascertains that the

application of al-manhaj al-haraki by dakwa movements in Malaysia in addressing current

issues are conducted differently, and the differences are attributed to the basic goals of the

respective organizations. However, the differences only highlight the diversity in

approaches and do not indicate conflicts among dakwa movements in Malaysia. The

findings also reveal that the application of al-manhaj al-haraki by dakwa movements in

Malaysia in dealing with current issues differ in terms of their approach, either in terms of

defending Islam or navigating political issues. The differences can be traced in how the first

Page 4: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

vi

three issues (COMANGO, the word Allah and Shia) are dealt from the aspect of evaluation

of threats towards Islam in Malaysia, especially in approaching non-Muslims and the best

method in dealing with the Shia teachings. In terms of the two political issues (Tahaluf

Siyasi and voting for non-Muslims), the differences can be found in ijtihad when assessing

current fiqh al-siyasi, based on the political development and the evaluation of the political

power between the Muslims and non-Muslims in Malaysia today.

Page 5: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

vii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan nikmatnya sehingga

pengkaji dapat menyiapkan kajian ini.

Pertamanya ucapan penghargaan kepada penyelia kajian ini Prof Madya Dr Ishak Suliaman

yang telah banyak membimbing dan sabar dalam memberi dorongan kepada penulis

sehingga kajian ini dapat disiapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada Prof Madya Dr

Fauzi Deraman yang banyak menyokong dan memberi semangat kepada penulis dalam

meneruskan kajian berkaitan Syeikh Dr Sayyid Muhammad Nuh ini. Para pensyarah di

Akademi Pengajian Islam khususnya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Prof Dato Dr

Zulkifli Yusoff, Prof Madya Dr Fauzi Deraman, Allahyarham Ustaz Dr Abd. Rashid

Ahmad, Prof Madya Dr Mustafa Abdullah, Dr Faisal Ahmad Shah, Dr Munirah, Dr Ahmad

Kassar, Dr Khader, Dr Sedek, Ustaz Anwar Ridwan, Ustazah Thurayya, terima kasih diatas

ilmu yang dicurahkan sepanjang pengajian penulis di peringkat Sarjana dan PhD. Terima

kasih juga kepada Puan Norlina (Kak Ina) setiausaha JQH di atas segala bantuan dan urusan

sepanjang penulis menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr Husairi

Hussin, Dr Amran Abdul Halim di atas nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan agar

penulis dapat menyiapkan kajian ini dengan sebaiknya. Terima kasih kepada pihak Ijazah

Tinggi APIUM khususnya buat Prof Madya Dr Wan Zailan serta staf-staf di bahagian

Ijazah Tinggi APIUM, Puan Nor Zahian, Puan Zarimah, Kak Azzah, Kak Salimah, Kak

Zainon, Cik Rosilawati, Cik Nurul Atiqah, En Abd Ghafar, terima kasih diatas bantuan dan

kemudahan yang diberikan sepanjang penulis berurusan dengan pihak Ijazah Tinggi

APIUM. Moga Allah memudahkan urusan kalian di dunia dan di akhirat.

Terima kasih juga kepada pihak Universiti Malaya (UM) yang telah menaja pengajian

penulis melalui Skim Biasiswa Universiti Malaya (SBUM) selain tajaan sepanjang penulis

melakukan kajian di Kuwait dan Jordan. Penulis juga merakamkan terima kasih kepada

pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya kepada pihak Jabatan Pendaftar

dan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam diatas tajaan pengajian yang

diberikan melalui Skim Fellowship. Ucapan penghargaan penulis secara khusus kepada

Prof Datin Paduka Dr Jawiah Dakir, Institut Hadhari, UKM, para pensyarah di Jabatan

Usuluddin dan Falsafah khususnya Dr Indriaty Ismail, Prof Madya Dr Jaafary Awang, Prof

Madya Dr Mazlan Ibrahim, Prof Madya Dr Kamaruddin Salleh, Prof Madya Dr Ahmad

Sunawari, Dr Ahmad Yunus, Dr Abdul Rahman Mahmood, Dr Zaizul Ab Rahman, terima

kasih di atas tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan bagi memudahkan penulis

menyiapkan kajian tesis ini. Tidak dilupakan kepada Puan Khatijah Sabtu dan En

Muhammad Hafiz Roslan yang telah banyak membantu memudahkan urusan. Moga Allah

yang dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith,

APIUM, khususnya Alihanafiah, Hasbullah Salim, Selamat Amir dan rakan-rakan

muslimat yang lain yang banyak memberi semangat antara satu sama lain dalam

menyiapkan kajian ini. Semoga Allah mempermudahkan untuk kalian menyiapkan

kajian dan urusan penyelidikan. Rakan-rakan pensyarah yang banyak memberi tunjuk

Page 6: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

viii

ajar, Dr Anuar Ramli, Dr Taqiuddin, Dr Saiful Anuar, Dr Istajib, Dr Asyraf Ishraqi, Dr

Wan Adli, Dr Zaidi Daud, Dr Kamaruzzaman, Ustaz Hazrul Salleh, Ustaz Muhyiddin,

Dr Azam dan juga buat rakan-rakan yang lain, terima kasih diatas bantuan dan tunjuk

ajar yang diberikan. Juga buat rakan-rakan yang banyak membantu memudahkan

urusan tesis dan pengajian, Ustaz Ahmad Hasan Nazam, Ummu Zainab, Ustaz Luqman

(USIM), terima kasih diatas bantuan dan semoga Allah membantu memudahkan urusan

kalian. Buat rakan-rakan di Kuwait dan di Jordan yang banyak membantu ketika penulis

melakukan kajian di sana khususnya buat Mohd Ikhwan, Ustaz Mohd Shahril, Ustaz

Kamaruzzaman Abd Rahim, rakan-rakan indonesia di Kuwait, Ustaz Noor Aziz Hasan,

Ustaz Ulul Azmi Iswahyudi, Ustaz Ridwan Trijana, Ustaz Suhardi Mansur yang telah

memberi layanan dan kemudahan tempat tinggal yang terbaik sepanjang berada di Kuwait.

Rakan-rakan di Joran khususnya buat adik Anuar, Ustaz Mukhtar Uthman dan juga rakan-

rakan yang telah membantu sepanjang berada di Jordan. Terima kasih buat semua. Moga ada

saham kebaikan dalam pertolongan yang telah diberikan. Kepada staf-staf di Perpustakaan

APIUM khususnya En Jalil dan barisan staf-staf yang lain, terima kasih diatas layanan

dan kemudahan yang telah diberikan sepanjang penulis menggunakan perpustakaan ini.

Staf-staf di Perpustakaan Utama UM, Perpustakaan Zaaba, UM, Perpustakaan Tun Sri

Lanang, UKM, Perpustakaan Utama UIAM, Perpustakaan Utama, USIM. Terima kasih

buat semuanya yang telah memudahkan urusan penulis sepanjang berkunjung di

perpustakaan ini. Moga Allah memudahkan urusan semua. Kepada individu-individu yang

telah ditemubual, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ust Dr Parid Sheikh Ahmad,

Ust Abdullah Zaik Abdul Rahman, Ustaz ‘Ubadah Sayyid Muhammad Nuh, Dr Wasfi

‘Asyur, Prof Dr Syaraf al- Qudah, Dr Hammam Sa‘id, Dr Yahya Isma‘il, Prof Dr

Badlihisham Mohd Nasir, Prof Dato Mohammad Redzuan Othman, Prof Dr Abu al-Layth,

terima kasih di atas kesudian menemubual dan ruang waktu yang diberikan kepada penulis

serta memudahkan urusan penulis.

Buat arwah Abah yang telah pergi, terima kasih diatas didikan agama yang abah berikan.

Moga Allah terus merahmati abah di alam sana. Moga Allah tempatkan abah di kalangan

orang yang bertaqwa. Ucapan penghargaan buat emak yang tersayang, Puziah bt Suliaman,

terima kasih di atas didikan emak selama ini membesarkan diri ini dengan penuh kesabaran

dan doa yang tidak pernah jemu dipanjatkan. Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku ini

sepertimana mereka berdua telah mendidik aku dan mengasihani aku semenjak kecil lagi.

Terima kasih buat abang, kakak dan adik-adikku. Abang Afif, Kakak Afifah, Amin, Anuar,

Masyithoh, Azhar, Mat Nor dan Anas. Terima di atas peluang dan ruang yang diberikan.

Sokongan dan bantuan yang disalurkan samaada dalam bentuk kewangan atau sokongan

moral sepanjang menyiapkan kajian ini. Ucapan penghargaan buat isteri tersayang, Maryam

Jameelah Aizuddin yang telah banyak memberikan sokongan dan motivasi serta doa yang

di panjatkan. Segala puji dan syukur diatas kurniaan zuriat, Mujahid Ayyash, moga menjadi

penyejuk mata hati dan zuriat yang soleh. Tidak dilupakan kepada keluarga mertua, buat

abah dan mama yang banyak mendoakan kebaikan untuk penulis, terima kasih buat

semuanya.

Page 7: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

ix

Semoga kajian ini mampu memberikan kebaikan untuk perkembangan ilmu dan ummah

kelak. Jazakumullahukhairan kathira.

Muhammad Arif bin yahya

B-07-02, Apartment Sri Dahlia,

Taman Sepakat Indah 2,

43000, Kajang,

Selangor.

5 Ogos 2015.

Page 8: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

x

SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Senarai nama-nama individu yang telah ditemubual untuk mendapatkan

maklumat kajian tesis.

Jadual 2 : Karya-Karya Sayyid Muḥammad Nūḥ Yang Telah Diterjemahkan ke Dalam

Bahasa Melayu dan Indonesia

Jadual 3 : Artikel-Aritkel Tulisan Sayyid Muḥammad Nūḥ di Dalam Majallah al-

Mujtama ‘

Jadual 4 : Antara Bahan-Bahan Kuliah Yang Telah Disampaikan Oleh Sayyid Muḥammad

Nūḥ dan Dimuatkan di Dalam laman web al-Sayednooh.com.

Jadual 5 : Tulisan Artikel Berkaitan Sayyid Muḥammad Nūḥ Yang Ditulis Oleh Para

Sarjana Islam Semasa.

Jadual 6 : Pembahagian Bab dalam Kitab Min Akhlaq al-Nasr fi Jiyl al-Sahabah.

Jadual 7 : Tajuk-Tajuk Yang Dihuraikan di Dalam Kitab ’Afat ‘ala al-Tariq

Jadual 8 : Hadith-Hadith Berkaitan Keperluan Riyadah dan Tamrin Dalam Karya-Karya Sayyid Nuh

Jadual 9 : Hadith-Hadith Berkaitan ‘Azimah, Himmah dan al-Thabat Dalam Karya-Karya

Sayyid Muhammad Nuh

Jadual 10 : Hadith-Hadith Berkaitan Sifat al-Futur Dalam Karya-Karya Sayyid

Muhammad Nuh

Jadual 11 : Hadith-Hadith Berkaitan Sifat Tajjarud Pada Allah Dalam Karya-Karya

Sayyid Muhammad Nuh

Jadual 12 : Hadith-Hadith Berkaitan Tarhib dan Muraqabah Allah Dalam Karya-Karya

Sayyid Muhammad Nuh

Jadual 13 : Hadith-Hadith Berkaitan Kesyumulan Unsur Kerohanian Dalam Karya-Karya

Sayyid Muhammad Nuh

Jadual 14 : Hadith-Hadith Berkaitan Kefahaman Secara Wasatiyyah Dalam Karya-Karya

Sayyid Muhammad Nuh.

Page 9: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

x

Jadual 15 : Hadith-Hadith Berkaitan Ilmu Melahirkan Keyakinan Diri Dalam Karya- Karya Sayyid Muhammad Nuh

Jadual 16: Hadith- Hadith Berkaitan Menjauhi Sifat al-Isti‘jal Dengan Ilmu Dalam Karya-

Karya Sayyid Muhammad Nuh

Jadual 17 : Hadith- Hadith Berkaitan Pengurusan Emosi Dalam Karya-Karya Sayyid

Muhammad Nuh

Jadual 18 : Hadith-Hadith Berkaitan Mementingkan Silaturahim Dalam Karya-Karya

Sayyid Muḥammad Nūḥ

Jadual 19 : Hadith-Hadith Berkaitan “Menjaga Tutur Kata” Dalam Karya-Karya Sayyid

Muḥammad Nūḥ

Jadual 20 : Hadith-Hadith Berkaitan Islam Matlamat Perjuangan Dalam Karya-Karya

Sayyid Muḥammad Nūḥ

Jadual 21 : Hadith-Hadith Berkaitan “Mendukung Prinsip Bay‘ah dan Taat” Dalam

Karya-Karya Sayyid Muḥammad Nūḥ.

Jadual 22 : Hadith-Hadith Berkaitan “Pemerkasaan ‘Amal Jama‘i” Dalam Karya-

Karya Sayyid Muḥammad Nūḥ

Jadual 23 : Hadith-Hadith Berkaitan “Fiqh al-Waqi‘ ” Dalam Karya-Karya Sayyid

Muḥammad Nūḥ

Jadual 24 : Hadith-Hadith Berkaitan “Mengenali Agenda Musuh Islam” Dalam Karya-

Karya Sayyid Muḥammad Nūḥ

Jadual 25 : Hadith-Hadith Berkaitan “Politik dan Kekuasaan” Dalam Karya-Karya

Sayyid Muḥammad Nūḥ

Jadual 26 : Penilaian Aplikasi al-Manhaj al-Haraki Gerakan Dakwah dalam Isu

COMANGO di Malaysia

Jadual 27 : Penilaian Aplikasi al-Manhaj al-Haraki Gerakan Dakwah dalam Isu Syiah di

Malaysia

Jadual 28 : Penilaian Aplikasi al-Manhaj al-Haraki Gerakan Dakwah dalam Isu Tahaluf

Siyasi dan mengundi non muslim di Malaysia

Page 10: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

xi

SENARAI GAMBAR RAJAH

Gambar rajah 1: Definisi al-haraki yang diertikan dengan dua maksud

Gambar Rajah 2 : Kronologi hubungan antara al-Manhaj al-Islahi, Pan Islamisme dan

al-Manhaj al-Haraki

Gambar Rajah 3 : Kesinambungan antara al-Manhaj al-Islahi dan al-Manhaj al-Haraki

serta pecahan beberapa elemen al-haraki

Gambar Rajah 4 : Jumlah bilangan hadith yang di analisis dari karya-karya Sayyid

Muḥammad Nūḥ berdasarkan elemen al-haraki

Gambar Rajah 5 : Ciri-ciri Tajarrud dalam konsep kefahaman syara‘ dan gerakan

Dakwah

Gambar Rajah 6 : Kajian aplikasi al-Manhaj al-Haraki gerakan dakwah dalam isu-isu

semasa di Malaysia

Gambar Rajah 7 : Ancaman beberapa tuntutan COMANGO.

Gambar Rajah 8 : Perbezaan pendekatan gerakan dakwah dalam menangani

isu Kalimah Allah.

Gambar Rajah 9 : Bentuk Aplikasi al-Manhaj al-Haraki Gerakan Dakwah Di Malaysia.

Gambar Rajah 10 : Model Penyelarasan dan Kesatuan Gerakan Dakwah di Malaysia.

Page 11: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

xii

PANDUAN TRANSLITERASI

I. Huruf Konsonan

Huruf Arab Nama Huruf Latin

’ /Alif a ا

Ba’ B ب

Ta’ T ت

Tha’ th ث

Jim J ج

Ha’ H ح

Kha’ Kh خ

Dal D د

Dhal Dh ذ

Ra’ R ر

Zay Z ز

Sin S س

Syin Sy ش

Sad S ص

Dad D ض

Ta’ T ط

Za’ Z ظ

‘ Ayn‘ ع

Ghayn gh غ

Fa’ F ف

Qaf Q ق

Kaf K ك

Lam L ل

Mim M م

Nun N ن

Waw W و

Ha’ H ه

Ya’ Y ي

Ta’ Marbutah H ة

Page 12: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

xiii

II. Huruf vokal

Vokal Huruf Arab Huruf Latin

Pendek

Fathah -----------

A

Dammah -----------

U

Kasrah------------- I

Panjang

A آ

U ًاو

I ِاى

Diftong

Aw َأو

Ay َأي iy/i ّي Uww وّ

SENARAI KEPENDEKAN

SWT Subhanahu Wa Ta‘ala

SAW SallalLahu ‘Alayhi Wasallam

r.a RadiyalLah ‘anhum

m. Meninggal dunia

W. Wafat

H Tahun hijrah

M. Tahun masihi

PAS Parti Islam Semalaysia

ISMA Ikatan Muslimin Malaysia

IKRAM Pertubuhan IKRAM Malaysia

et.al (Latin:et alii/alia) dan lain-lain yang melebihi dua

ed. Editor (penyunting)

cet. Cetakan

& Dan

t.p. Tanpa penerbit

t.t. Tanpa tarikh

t.t.p Tanpa tempat penerbitan

No. Nombor

Ibid. (Latin : ibidem) pada tempat, buku atau halaman yang sama

Page 13: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

xiv

DAFTAR ISI

Abstrak iii

Abstract v

Penghargaan vii

Senarai Jadual x

Senarai Gambar Rajah xi

Panduan Transliterasi xii

Senarai Kependekan xiii

PENDAHULUAN

0.1 Pengenalan 1

0.2 Latar Belakang Masalah Kajian 2

0.3 Persoalan Kajian 7

0.4 Objektif Kajian 7

0.5 Kepentingan Kajian 8

0.6 Skop Kajian 9

0.7 Definisi Tajuk 11

0.8 Ulasan Kajian Lepas 15

0.9 Metodologi Penyelidikan 30

0.9.1 Metode Pengumpulan Data 30

Metode Perpustakaan 30

Metode Lapangan 31

0.9.2 Metode Analisis Data 33

Metode Induktif 33

Metode Deduktif 34

Metode Komparatif 34

0.10 Sistematika Penulisan 34

BAB 1 : AL-MANHAJ AL-HARAKI: KONSEP DAN ALIRAN AL-HARAKI DALAM

PERSPEKTIF ULASAN HADITH

1.0 Pendahuluan 38

1.1 Bahagian Pertama :al-Manhaj al-Haraki: Konsep, Ciri-Ciri dan Elemen al-Haraki

1.1.1 Definisi dakwah dan kaitannya dengan istilah haraki 39

1.1.2 Konsep al-Manhaj al-Haraki 43

1.1.3 al-Manhaj al-Haraki, al-Manhaj al-Islahi dan Pan Islamisme 49

1.1.4 Ciri-Ciri al-Manhaj al- Haraki 52

1.1.5 Elemen-Elemen al-Haraki 54

Elemen Jasadiyyah (fizikal) 57

Page 14: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

xv

Elemen Ruhiyyah (spiritual) 58 Elemen Thaqafiyyah (intelektual) 59 Elemen Khuluqiyyah (akhlak dan moral) 61

Elemen Tanzimiyyah wa Siyasiyyah (organisasi dan politik) 63

1.1.6 Kesimpulan 65

1.2 Bahagian Kedua : al-Manhaj al-Haraki: Aliran Dalam Perspektif Ulasan Hadith

1.2.1 Hadith Sebagai Sumber Dalam Dakwah dan Harakah 66

1.2.2 Aliran al-Haraki Dalam Perspektif Tafsir dan Ulasan Hadith 69

1.2.3 Al-Manhaj al-Haraki Dalam Ulasan Hadith : Pandangan Ulama Semasa 79

1.2.3.1 Prof Dr Abu al-Layth al-Khayr al-’Abadi 81

1.2.3.2 Prof Dr Syaraf al-Qudah 81

1.2.3.3 Dr Hammam Sa‘id 82

1.2.3.4 Dr Salah al-Khalidi 82

1.2.4 Kesimpulan 83

BAB 2 : BIOGRAFI SAYYID MUHAMMAD NUH DAN PENGENALAN

BEBERAPA KARYANYA BERKAITAN AL-MANHAJ AL-HARAKI

2.0 Pendahuluan 85

2.1 Bahagian Pertama : Biografi Sayyid Muhammad Nuh dan Sumbangannya Dalam

Bidang Hadith dan Dakwah Haraki

2.1.1 Kelahiran dan Latar belakang Keluarga 85

2.1.2 Pendidikan dan Kerjayanya 86

2.1.3 Pengaruh Sosio Politik di Mesir dan Keperibadian Haraki 89

2.1.4 Perpindahannya ke Negara-Negara Teluk Arab dan Pengembangan Dakwah 94

2.1.5 Hasil Penulisan Karya dan Artikel 97

2.1.6 Projek Pembinaan Laman Web Sayyid Nuh 105

2.1.7 Artikel-Artikel di Internet Berkaitan Sayyid Muhammad Nuh 107

2.1.8 Pembinaan Maktabah (Perpustakaan) Wakaf 108

2.1.9 Meninggal Dunia Serta Pujian dan Penyaksian Ulama Terhadapnya 108

2.1.10 Kekurangan dan Kelemahan 111

2.1.11 Kesimpulan 112

2.2 Bahagian Kedua : Pengenalan Beberapa Karya Sayyid Muhammad

Nuh Berkaitan al-Manhaj al- Haraki dan Metode Penulisannya

2.2.0 Pendahuluan 113

2.2.1 al-Manhaj al- Haraki Dalam Karya-Karya Sayyid Muhammad Nuh 113

2.2.2 Kitab Taujihat al-Nabawiyyah ‘ala al-Tariq 115

2.2.3 Kitab Manhaj al-Rasul fi Ghars Ruh al-Jihad fi Nufus Ashabih 116

2.2.4 Kitab Min Akhlaq al-Nasr fi Jiyl al-Sahabah 118

2.2.5 Kitab ’Afat ‘ala al-Tariq 121

Page 15: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

xvi

2.3 Kesimpulan 125

BAB 3 : ANALISIS HADITH-HADITH BERKAITAN AL-MANHAJ AL-HARAKI

DALAM KARYA-KARYA TERPILIH SAYYID MUHAMMAD NUH

3.0 Pendahuluan 127

3.1 Analisis Hadith Berdasarkan Elemen-Elemen Haraki 127

3.1.1 Elemen Harakah Jasadiyyah (fizikal) 128

3.1.1.1 Keperluan Riyadah dan Tamrin 129

3.1.1.2 Keazaman (‘Azimah), Cita-cita (Himmah) dan Kecekalan (al-Thabat) 135

3.1.1.3 Wabak al-Futur (putus asa) 143

3.1.2 Elemen Harakah Ruhiyyah (spiritual) 148

3.1.2.1 Sifat Tajarrud pada Allah 149

3.1.2.2 Tarhib dan Sifat Muraqabah Allah 156

3.1.2.3 Kesyumulan Unsur Kerohanian 161

3.1.3 Elemen Harakah Thaqafiyyah (intelektual) 166

3.1.3.1 Kefahaman Secara Wasatiyyah (Sederhana) 166

3.1.3.2 Ilmu Melahirkan Keyakinan Diri 170

3.1.3.3 Menjauhi Sifat al-Isti‘jal dengan Ilmu 173

3.1.4 Elemen Harakah Khuluqiyyah (akhlak dan moral) 176

3.1.4.1 Pengurusan Emosi 177

3.1.4.2 Mementingkan Silaturahim 181

3.1.4.3 Menjaga Tutur Kata 183

3.1.5 Elemen Harakah Tanzimiyyah wa Siyasiyyah (organisasi dan politik) 187

3.1.5.1 Islam Matlamat Perjuangan 188

3.1.5.2 Mendukung Prinsip Bai ‘ah dan Taat 192

3.1.5.3 Pemerkasaan ‘Amal Jama‘i 200

3.1.5.4 Fiqh al-Waqi‘ 206

3.1.5.5 Mengenali Agenda Musuh Islam 209

3.1.5.6 Politik dan Kekuasaan 213

Page 16: Abstrak Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran

xvii

3.2 Kesimpulan 219

BAB 4 : APLIKASI AL-MANHAJ AL-HARAKI DALAM ISU-ISU

SEMASA GERAKAN DAKWAH DI MALAYSIA

4.0 Pendahuluan 224

4.1 Pemikiran al-Manhaj al-Haraki Dalam Gerakan Dakwah di Malaysia 225

4.1.1 : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 228

4.1.2 : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 232

4.1.3 : Pertubuhan IKRAM Malaysia 236

4.1.4 : Penggunaan Karya-Karya Sayyid Muhammad Nuh Dalam Gerakan

Dakwah di Malaysia 241

4.2 Kajian Aplikasi al-Manhaj al-Haraki Dalam Beberapa Isu Semasa

Gerakan Dakwah di Malaysia 244

4.2.1 Isu Mempertahankan Islam di Malaysia 245

Isu COMANGO

Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 246

Analisis Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 251

Isu Kalimah Allah

Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 257

Analisis Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 262

Isu Syiah

Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 270

Analisis Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 276 4.2.2 Isu Politik Islam di Malaysia 281

Isu Tahaluf Siyasi

Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 281

Isu Mengundi Non Muslim

Aplikasi al-Manhaj al-Haraki 291 Analisis Kedua-dua Isu Politik 294

4.3 Kesimpulan 299

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN 302

Bibliografi 316

Lampiran 327