kemasukan pelajar kaum cina ke aliran … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada...

36
KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK FOONG CHAN YAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: haminh

Post on 03-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN

TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

FOONG CHAN YAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya FOONG CHAN YAT ( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

NO. 46, JALAN BESAR, TN. HJ. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT 31100 SUNGAI SIPUT (U), (NAMA PENYELIA) PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: 1 APRIL 2006 Tarikh: __________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.

Tandatangan : ......................................................................

Nama Penyelia : TN. HJ. ASNUL DAHAR BIN MINGHAT

Tarikh : 1 APRIL 2006

Page 4: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN KEJURUTERAAN

TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

FOONG CHAN YAT

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………........

Nama Penulis : FOONG CHAN YAT

Tarikh : 1 APRIL 2006

Page 6: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

iii

Kepada ibu bapa yang disanjungi

(FOONG PING CHUA & LAI KIM MOOI)

serta

Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi dorongan ke arah kejayaan

ini

(FOONG CHAN CHOONG & FOONG CHAN YEN)

dan

rakan seperjuangan yang menyokong selama ini

Page 7: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima

kasih kepada pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda, Tn. Hj. Asnul Dahar bin

Minghat atas bimbingan, dorongan, tunjuk ajar, perbincangan serta nasihat pakar yang

diberikan dalam menjayakan projek ini.

Seterusnya penghargaan ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas kebenaran

bertulis yang diberikan bagi menjalankan kajian ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada Pengetua Sekolah

Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, Encik Choong Chee Kong dan Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Encik Lee Hah, guru-guru tingkatan, guru-

guru dan pelajar-pelajar atas kerjasama yang telah diberikan untuk menyempurnakan

kajian ini.

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menyebabkan

pelajar kaum Cina kurang memilih Sekolah Menengah Teknik (SMT) untuk melanjutkan

pelajaran mereka. Sampel kajian terdiri daripada kesemua 77 orang pelajar kaum Cina

Tingkatan Empat di dua buah Sekolah Menengah Harian di Pekan Sungai Siput (U) yang

mempunyai kelayakan memohon memasuki SMT dalam aliran kejuruteraan teknikal

berdasarkan pencapaian akademik mereka dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)

tahun 2004. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen kajian ini. Semua data adalah

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

version 11.0 for Windows. Dapatan kajian telah menunjukkan faktor ibu bapa

merupakan faktor utama yang mempengaruhi kemasukan pelajar kaum Cina ke aliran

kejuruteraan teknikal di SMT, diikuti dengan faktor rakan sebaya sebagai faktor kedua

utama. Kajian ini turut mendapati pelajar kaum Cina kurang mendapat pendedahan

dalam aliran kejuruteraan teknikal di SMT. Beberapa cadangan diberikan untuk

memungkinkan kajian lanjutan.

Page 9: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to determine the factors cause a small

number of participation of Chinese students pursuing technical engineering field in SMT.

The selected respondents for this study consisted of 77 Form Four Chinese students

currently studying in Sekolah Menengah Harian, Sungai Siput (U), of which the

respondents’ 2004 PMR results indicate qualification of SMT intake in technical

engineering field. Questionnaire was chose as an instrument in this research. The

analysis of data is using SPSS software version 11.0 for Windows. The findings indicate

that parental factor is the main factor that contributes to the decision of pursuing

technical engineering field in SMT. This is followed by peer factor as the second factor.

In addition, the findings also illustrate that Chinese student lack the exposure towards

study in that field. Some recommendations had been proposed for future researcher.

Page 10: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 5

1.2 Pernyataan Masalah 14

1.3 Objektif Kajian 14

1.4 Persoalan Kajian 15

1.5 Kepentingan Kajian 16

1.5.1 Pelajar-pelajar Kaum Cina Sekolah

Menengah Rendah 16

1.5.2 Ibu Bapa 17

1.5.3 Guru-guru 17

Page 11: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

viii

1.5.4 Pihak Sekolah 17

1.5.5 Jabatan Pelajaran Negeri Perak 18

1.5.6 Kementerian Perpaduan Negara

dan Pembangunan Masyarakat 18

1.6 Batasan Kajian 18

1.7 Definisi Terminologi 19

1.7.1 Sekolah Menengah Teknik 19

1.7.2 Aliran Teknikal 19

1.7.3 Aliran Kejuruteraan Teknikal 20

1.7.4 Aliran Stenografi 20

2 SOROTAN KAJIAN 21

2.0 Pengenalan 21

2.1 Kaum Cina serta Pendidikan Teknik dan

Vokasional 21

2.2 Faktor Minat 23

2.3 Faktor Ibu Bapa 26

2.4 Faktor Rakan Sebaya 28

2.5 Faktor Pendedahan 31

3 METODOLOGI KAJIAN 34

3.0 Pengenalan 34

3.1 Reka Bentuk Kajian 34

3.2 Sampel Kajian 35

3.3 Instrumen Kajian 35

3.3.1 Kajian Rintis 37

3.3.1.1 Kebolehpercayaan Item Soal

Selidik 37

3.3.1.2 Kesahan Kajian 38

Page 12: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

ix

3.4 Prosedur Kajian 39

3.4.1 Mentadbir Soal Selidik 40

3.5 Analisis Data 41

4 ANALISIS DATA 42

4.0 Pengenalan 42

4.1 Analisis Bahagian A 42

4.1.1 Jantina 43

4.1.2 Gred Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu (KHB) Dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Tahun 2004 43

4.1.3 Aliran Pengajian Di Sekolah

Menengah Atas 44

4.1.4 Bidang Pekerjaan Ibu Bapa 45

4.2 Analisis Bahagian B 45

4.2.1 Persoalan Kajian Pertama 46

4.2.2 Persoalan Kajian Kedua 49

4.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 52

4.2.3.1 Purata Skor Peratusan Dalam

Faktor Rakan Sebaya 55

4.2.4 Persoalan Kajian Keempat 56

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN 60

5.0 Pengenalan 60

5.1 Rumusan Kajian 61

5.2 Perbincangan Kajian 62

5.2.1 Faktor Ibu Bapa 62

5.2.2 Faktor Rakan Sebaya 66

Page 13: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

x

5.2.3 Faktor Minat 69

5.2.4 Pendedahan Tentang Aliran

Kejuruteraan Teknikal 71

5.3 Cadangan Kajian 73

5.3.1 Pelajar-pelajar Kaum Cina Sekolah

Menengah Rendah 73

5.3.2 Ibu Bapa 74

5.3.3 Guru-guru 74

5.3.4 Pihak Sekolah 74

5.3.5 Jabatan Pelajaran Negeri Perak 75

5.3.6 Kementerian Perpaduan Negara

dan Pembangunan Masyarakat 75

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 75

BIBLIOGRAFI 77

Lampiran A - H 84 - 98

Page 14: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik

Johor Bahru tahun 2004 10

1.2 Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik

Johor Bahru tahun 2005 11

1.3 Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik

Kota Tinggi tahun 2004 12

1.4 Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik

Kota Tinggi tahun 2005 13

3.1 Bilangan pelajar kaum Cina Tingkatan Empat yang

mempunyai kelayakan memohon memasuki Sekolah

Menengah Teknik untuk aliran kejuruteraan teknikal

tahun 2005 35

3.2 Skala Likert lima pemeringkatan di Bahagian B soal selidik 36

3.3 Taburan item-item di Bahagian B soal selidik 37

4.1 Taburan responden mengikut jantina 43

4.2 Taburan responden mengikut gred mata pelajaran KHB 43

4.3 Taburan responden mengikut aliran pengajian 44

4.4 Taburan responden mengikut bidang pekerjaan ibu bapa 45

4.5 Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor minat 46

4.6 Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor ibu bapa 49

4.7 Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor rakan sebaya 53

4.8 Purata skor peratusan dalam faktor rakan sebaya 56

4.9 Skor frekuensi dan peratusan dalam faktor pendedahan 57

Page 15: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Laluan melanjutkan pelajaran dalam sistem Pendidikan

Teknik dan Vokasional 9

Page 16: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

xiii

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPTek - Jabatan Pendidikan Teknikal

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KS - Kurang Setuju

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PSM - Projek Sarjana Muda

S - Setuju

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPM (V) - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)

SPSS - Statistical Package For Social Science

SPVM - Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

SS - Sangat Setuju

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UNESCO - United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

f - frekuensi

Page 17: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 84

B Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian (1) 90

C Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian (2) 91

D Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan, UTM 92

E Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM 93

F Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak 95

G “MPV di Semua Sekolah Menengah” Petikan

Berita Harian, Rabu, 16 Julai 2003 96

H “PMR 2003 - 50,520 Tempat Disediakan di SMT”

Petikan Utusan Malaysia, Selasa, 9 Disember 2003 97

Page 18: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia sejak awal kewujudannya telah mengalami berbagai-

bagai reformasi akibat daripada sistem kolonial yang kuat berpegang kepada sistem

pecah-perintah. Sebelum pendidikan formal terlaksana, masyarakat majmuk di Malaya

telah mendidik anak-anak mereka perkara mengenai kehidupan. Masyarakat Melayu

mengajarkan anak-anak mereka berkebun dan menangkap ikan. Keluarga Cina pula

mengajarkan anak-anak mereka berniaga dan melombong. Manakala, anak-anak

masyarakat India dilatih berladang dan menoreh getah. Bertitik tolak daripada

pendidikan bercorak praktikal ini, Pendidikan Teknik dan Vokasional telah berakar umbi

di Malaysia.

Pada tahun 1916, R.O. Windstead yang merupakan Penolong Pengarah

Pendidikan pada masa itu telah memperkenalkan pendidikan bercorak praktikal di

Malaya. Anak-anak Tanah Melayu ini buat pertama kali diajarkan kemahiran

manipulatif seperti melukis, berkebun, memasak dan membuat anyaman melalui

pendidikan formal. Kemudiannya, pada tahun 1918, pendidikan teknikal khas yang

pertama diberikan kepada anak-anak Melayu melalui penubuhan Sekolah Tukang (Trade

Schools) di Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penubuhan Sekolah Tukang di Pulau

Pinang, Ipoh dan Johor Bahru di antara tahun 1926 hingga tahun 1934.

Page 19: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

2

Pada masa itu, sekolah ini menyediakan kursus tiga tahun untuk latihan mekanik,

elektrik dan ketukangan kayu. Tujuan utama pendidikan ini diberikan adalah untuk

membantu anak-anak Melayu menjadi mekanik. Sekolah Tukang ini kemudian bertukar

nama kepada Sekolah Pertukangan Teknik Rendah dan seterusnya kepada Sekolah

Menengah Pertukangan. Syarat kemasukannya pula ditingkatkan kepada persekolahan

menengah rendah.

Pada tahun 1938, pendidikan mirip vokasional telah bertapak di Malaya. Namun,

pendidikan ini tidak dapat terlaksana kerana ketiadaan teknologi di Malaya pada masa

tersebut. Polisi Pendidikan Baru kemudiannya dibentuk pada tahun 1946 untuk

melaksanakan Laporan 1938 (yang gagal kerana Perang Dunia Kedua) dengan membina

struktur dan polisi baru.

Pada tahun 1956, Penyata Razak telah membuat penyatuan sukatan pelajaran di

Sekolah Venakular (Plural Schools) di seluruh Malaya dan Bahasa Melayu telah

dijadikan Bahasa Kebangsaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos

1957, pendidikan terus mengalami reformasi. Pada tahun 1960, Laporan Rahman Talib

dihasilkan dengan tujuan mengkaji semula Laporan Razak. Hasil cadangan Laporan

Rahman Talib, Pendidikan Vokasional diperkenalkan sebagai pendidikan formal di

negara kita.

Sekolah Menengah Pertukangan perlahan-lahan dimansuhkan menjelang tahun

1967 dan nama institusi ditukar kepada Sekolah Menengah Vokasional. Kursus sebelum

ini selama tiga tahun telah dikurangkan menjadi dua tahun. Kurikulum Pendidikan

Vokasional turut dikaji dari semasa ke semasa dengan dua per tiga daripada

kurikulumnya diperuntukkan bagi kursus vokasional dan satu per tiga daripadanya bagi

pendidikan am.

Pada tahun 1969, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah

diimplementasi dalam sistem pendidikan negara. Seterusnya, pada tahun 1987, Sijil

Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) ditukar namanya kepada Sijil Pelajaran Malaysia

(Vokasional) atau SPM (V). Perkembangan ini secara langsung telah membawa kepada

Page 20: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

3

penyelarasan sistem pensijilan di seluruh negara. Pada tahun yang sama, Peperiksaan

Sekolah Menengah SPM dimulakan di seluruh Malaysia (www.moe.gov.my, 15.8.2005).

Pada tahun 1979 pula, Laporan Jawatankuasa Kabinet telah memperakukan

Sekolah Menengah Vokasional yang ada untuk disemak dan digubah semula supaya

lebih bersesuaian dengan permintaan tenaga pekerja sejajar dengan perkembangan

perindustrian yang pesat. Hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju terserlah apabila

enam puluh sembilan buah Sekolah Menengah Vokasional di seluruh negara dinaik taraf

kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1997. Pertukaran status sekolah ini telah

memperlihatkan “aliran kejuruteraan teknikal” diperkenalkan dalam sistem Pendidikan

Teknik dan Vokasional di samping aliran vokasional dan aliran kemahiran yang sedia

ada. Aliran kejuruteraan teknikal yang telah diperkenalkan terdiri daripada tiga jurusan

yang berikut:

1. Pengajian Kejuruteraan Jentera (atau Mekanikal)

2. Pengajian Kejuruteraan Awam

3. Pengajian Kejuruteraan Elektrik

Pada tahun 1995, Kementerian Pelajaran Malaysia telah distruktur semula dan

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dipertingkatkan kepada Jabatan

Pendidikan Teknikal (JPTek) bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020

(www.moe.gov.my, 15.8.2005). Semua sembilan unit yang asal disusun semula dan

dirangkumkan ke dalam lima buah bahagian. Pada tahun 2000 pula, JPTek mewujudkan

satu lagi bahagian baru selaras dengan penubuhan Kolej-kolej Komuniti. Berikutan

perpindahan beberapa Bahagian ke Kementerian Pengajian Tinggi, JPTek kini hanya

terdiri daripada empat Bahagian sahaja, iaitu:

1. Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknikal & Vokasional

2. Bahagian Kurikulum Teknikal & Vokasional

3. Bahagian Perancangan & Penyelidikan Teknikal & Vokasional

4. Bahagian Latihan & Kemajuan Staf

Page 21: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

4

Sejak penubuhannya, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mengkonsepsi dasar dan arah tuju

perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional, menentukan pelaksanaan dan

penyelarasan institusi pendidikan teknikal dan vokasional serta merancang, menggubal

dan menilai keberkesanan pendidikan teknikal dan vokasional. Selain itu, JPTek telah

menggariskan matlamat dan misi Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk:

1. Memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam

pendidikan sains dan teknologi memperluaskan kebolehan mereka

menjadi tenaga kerja yang berteknologi tinggi dan warganegara yang

produktif.

2. Menawarkan program teknologi yang lebih rigorous bagi membolehkan

pelajar berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang

teknikal dan kejuruteraan. Melalui cara ini, negara akan dapat melahirkan

tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi, berketrampilan dan

mengamalkan nilai murni.

Seiringan dengan matlamat ini, Pendidikan Teknik dan Vokasional telah

berkembang pesat dan kini menjurus kepada tiga aliran yang berlainan, iaitu aliran

teknikal, aliran vokasional dan aliran stenografi (www.schools.sains.com.my, 15.8.2005).

Bagi aliran teknikal, sebanyak tujuh kursus telah ditawarkan untuk calon-calon SPM

manakala untuk aliran vokasional pula, sebanyak enam belas kursus ditawarkan.

Berikutan enam puluh sembilan buah Sekolah Menengah Vokasional di seluruh

negara telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1997, terdapat

sejumlah tujuh puluh empat buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh Semenanjung

Malaysia (www.moe.gov.my, 20.8.2005). Pada masa ini, jumlah keseluruhan Sekolah

Menengah Teknik di Malaysia mencecah lapan puluh sembilan buah (Rajmah, 2003).

Page 22: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

5

Kepentingan peranan yang dimainkan oleh Pendidikan Teknik dan Vokasional

dalam sistem pendidikan Malaysia semakin menyerlah apabila Mata Pelajaran Teknikal

turut ditawarkan di lima belas buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), tujuh buah Sekolah

Menengah Agama, dua puluh empat buah Sekolah Premier dan 230 buah Sekolah

Menengah Harian yang dipilih (www.geocities.com, 20.8.2005).

Manakala, Mata Pelajaran Vokasional (MPV) juga diperkenalkan ke semua 1,738

buah sekolah menengah di seluruh negara mulai tahun 2004 selaras dengan permintaan

negara yang memerlukan pekerja mahir untuk memenuhi sektor pembuatan dan

perkilangan. (Manzaidi, 2003).

Menyedari hakikat ini, arah tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional pada masa

depan perlu selaras dengan arus pembangunan yang pesat di Malaysia. Untuk

merealisasikan aspirasi negara menjadi sebuah negara maju seiring dengan mandat

Wawasan 2020, Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu memainkan perwatakannya

mengembangkan potensi pelajar yang celik teknologi dan seterusnya melahirkan generasi

tenaga pekerja yang produktif, berketrampilan dan berteknologi tinggi

(www.moe.gov.my, 20.8.2005).

1.1 Latar Belakang Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Jabatan Pendidikan Teknikal telah

menawarkan sebanyak 50,520 tempat kepada pelajar lepasan Penilaian Menengah

Rendah (PMR) tahun 2003 untuk memasuki tingkatan empat di Sekolah Menengah

Teknik (SMT) di seluruh negara pada tahun 2004 (Rajmah, 2003). Jumlah itu

melibatkan pertambahan 1,890 tempat berbanding tahun sebelumnya berikutan

pembukaan tiga Sekolah Menengah Teknik baru, iaitu di Jengka, Pahang, di Pendang,

Kedah dan di Pontian, Johor. Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan SMT setakat

ini ialah lapan puluh sembilan buah.

Page 23: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

6

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan

Vokasional, Abdul Aziz Mastam, daripada jumlah itu, sebanyak 36,340 tempat

disediakan untuk aliran teknikal, 14,180 tempat untuk aliran vokasional dan 1,320 tempat

untuk aliran kemahiran (Rajmah, 2003).

Sebanyak dua puluh daripada lapan puluh sembilan buah Sekolah Menengah

Teknik di seluruh Malaysia menawarkan hanya aliran teknikal manakala selebihnya

menawarkan ketiga-tiga aliran teknikal, aliran vokasional dan aliran kemahiran (Rajmah,

2003).

Pendidikan Teknik atau pendidikan aliran teknikal ialah kursus lepasan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) selama dua tahun di Sekolah Menengah Teknik. Calon-

calonnya akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setelah tamat

kursus ini (www.moe.gov.my, 3.8.2005). Aliran teknikal kini telah menawarkan tujuh

jurusan, antaranya termasuk Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan

Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pertanian, Perdagangan, Ekonomi Rumah

Tangga (Pengurusan Makanan) dan Ekonomi Rumah Tangga (Pengajian Pakaian)

(Rajmah, 2003). Menurut Moktar (1999), tiga jurusan yang bercorak kejuruteraan

(Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian

Kejuruteraan Elektrik) pula boleh digolongkan dalam kumpulan yang lebih kecil sebagai

aliran kejuruteraan teknikal.

Pendidikan Vokasional atau pendidikan aliran vokasional pula menyediakan

pelajar untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) atau SPM(V)

setelah tamat kursusnya. Bagi aliran vokasional, sebanyak enam belas kursus

ditawarkan, iaitu elektrik, elektronik, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi

logam, automatif, binaan bangunan, penyejukan dan penyamanan udara, katering, rekaan

fesyen dan membuat pakaian, seni kecantikan, asuhan kanak-kanak, bakeri dan

konfeksioneri, pengurusan perniagaan, holtikultur hiasan, kejenteraan ladang dan

pengurusan ladang (www.moe.gov.my, 20.8.2005).

Page 24: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

7

Aliran kemahiran atau aliran stenografi ini berlainan dengan kedua-dua aliran di

atas dari segi syarat kemasukannya. Aliran ini terbuka kepada pemohon yang lulus

dalam peperiksaan SPM atau SPM(V) dan lulus Bahasa Inggeris. Selain itu, umur

pemohon hendaklah tidak melebihi dua puluh satu tahun pada tarikh kemasukan

(www.schools.sains.com.my, 15.8.2005). Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan

dianugerahkan kepada pelajar yang lulus dalam kursusnya.

Sementara itu, aliran teknik dan vokasional menggariskan syarat bahawa

pemohonnya mestilah warganegara Malaysia yang sihat tubuh badan serta tidak

menghidapi penyakit (www.moe.gov.my, 3.8.2005). Pemohon-pemohon juga perlu

memenuhi syarat-syarat berikut bagi melayakkan diri untuk diterima masuk ke sekolah

ini:

1. Untuk pemohon dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, pemohon mesti

berada di Tingkatan Tiga dan mengambil Penilaian Menengah Rendah

(PMR) serta memenuhi syarat memasuki Tingkatan Empat tahun

berikutnya.

2. Untuk pemohon dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan, pemohon

mesti berada di Tingkatan Tiga, mengambil Penilaian Menengah Rendah

(PMR), layak memohon memasuki Tingkatan Empat di Sekolah

Menengah Bantuan Penuh Kerajaan serta tidak tertahan di mana-mana

tingkatan atau darjah terdahulu.

Suhaimy (1991) dalam kajiannya mendapati masih terdapat tanggapan negatif

yang mengatakan bahawa Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional adalah untuk

pelajar yang lemah dan peluang untuk mendapatkan pekerjaan serta melanjutkan

pelajaran adalah sukar. Tanggapan yang bias ini harus dibetulkan secepat mungkin.

Page 25: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

8

Dari aspek kelayakan akademik, pencapaian dalam PMR menjadi faktor

pertimbangan semasa proses pemilihan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik

(www.moe.gov.my, 20.8.2005). Bagi aliran teknikal, pemohon mestilah mendapat

pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

1. Peringkat B dalam Bahasa Melayu

2. Peringkat B dalam Sains dan Peringkat C dalam Matematik atau Peringkat

B dalam Matematik dan Peringkat C dalam Sains

3. Peringkat C dalam Kemahiran Hidup

Maka, hanya pelajar yang mempunyai pencapaian akademik baik dan pencapaian

akademik sederhana baik layak memohon meneruskan pelajaran dalam aliran teknikal di

Sekolah Menengah Teknik.

Dari segi peluang melanjutkan pelajaran pula, Pendidikan Teknik dan Vokasional

ini mempunyai peluang yang sangat cerah. Laluan untuk melanjutkan pelajaran

ditunjukkan dalam rajah seperti berikut:

Page 26: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

9

(Sumber: www.beliathai.org.my)

Rajah 1.1 : Laluan melanjutkan pelajaran dalam sistem Pendidikan Teknik

dan Vokasional

Ekoran kualiti dan peluang melanjutkan pelajaran diragui, tanggapan negatif

terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional berlanjutan dan menular kepada seluruh

masyarakat Cina. Chan (1995) dalam kajiannya telah mendapati bahawa hanya 33.6

peratus daripada ibu bapa masyarakat Cina sudi menghantar anak-anak mereka ke

Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional manakala 66.4 peratus tidak ingin membuat

demikian. Sikap masyarakat Cina ini secara langsung telah membawa impak kepada

populasi pelajar Sekolah Menengah Teknik. Bilangan kemasukan pelajar kaum Cina ke

Pasca Ijazah

Ijazah

Diploma

Diploma

Politeknik

Sijil

Politeknik

Kelayakan

Vokasional

STPM

Sijil Kolej

Komuniti

Sijil Kemahiran M’sia (SKM) dll.

Dunia Pekerjaan

Institusi Pengajian Tinggi Awam/

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Matrikulasi

Tingkatan Enam

Kolej Komuniti

Institusi Latihan

Teknikal dan

Vokasional

Politeknik

Teknikal Vokasional Kemahiran

Sekolah Menengah Teknik/ Sekolah Menengah Vokasional (Tingkatan 4 dan 5)

Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3)

Mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Page 27: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

10

Sekolah Menengah Teknik adalah terlalu sedikit sehingga tidak dapat mencerminkan

identiti negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Realiti sebenar di dua buah Sekolah Menengah Teknik di negeri Johor dewasa ini

adalah cukup jelas untuk memperlihatkan fenomena ini. Bilangan kemasukan pelajar

mengikut jantina dan kaum ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah

Menengah Teknik Kota Tinggi bagi tahun 2004 dan tahun 2005 untuk aliran kejuruteraan

teknikal ditunjukkan dalam jadual-jadual seperti berikut:

Jadual 1.1 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Johor

Bahru tahun 2004

Lelaki Perempuan Kelas

Melayu Cina India Melayu Cina India Jumlah Semua

Pengajian Kejuruteraan

Awam 1

11

0

0

27

0

0

38

Pengajian Kejuruteraan

Awam 2

8

0

2

29

0

0

39

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1

33

0

0

5

0

0

38

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2

32

0

1

6

0

0

39

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 1

28

0

0

9

0

0

37

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 2

23

0

1

13

0

0

37

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 3

29

0

0

8

0

0

37

Jumlah

164

0

4

97

0

0

265

(Sumber: Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor)

Page 28: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

11

Jadual 1.2 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Johor

Bahru tahun 2005

Lelaki Perempuan Kelas

Melayu Cina India Melayu Cina India Jumlah Semua

Pengajian Kejuruteraan

Awam 1

12

0

0

19

0

0

31

Pengajian Kejuruteraan

Awam 2

11

0

0

14

0

0

25

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1

18

0

0

6

0

0

24

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2

17

0

0

4

0

0

21

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 1

13

1

0

8

0

0

22

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 2

7

0

0

18

0

0

25

Jumlah

78

1

0

69

0

0

148

(Sumber: Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor)

Page 29: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

12

Jadual 1.3 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi

tahun 2004

Lelaki Perempuan Kelas

Melayu Cina India Melayu Cina India Jumlah Semua

Pengajian Kejuruteraan

Awam 1

19

0

0

20

0

0

39

Pengajian Kejuruteraan

Awam 2

19

0

0

19

0

0

38

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1

32

0

0

4

0

0

36

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2

38

0

0

0

0

0

38

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 1

20

0

0

21

0

0

41

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 2

18

0

0

23

0

0

41

Jumlah

146

0

0

87

0

0

233

(Sumber: Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor)

Page 30: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

13

Jadual 1.4 : Bilangan kemasukan pelajar ke Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi

tahun 2005

Lelaki Perempuan Kelas

Melayu Cina India Melayu Cina India Jumlah Semua

Pengajian Kejuruteraan

Awam 1

14

0

0

23

0

0

37

Pengajian Kejuruteraan

Awam 2

26

0

0

12

0

0

38

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1

25

1

0

7

0

0

33

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2

26

0

0

5

0

1

32

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 1

11

0

0

22

0

0

33

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik 2

20

0

0

14

0

0

34

Jumlah

122

1

0

83

0

1

207

(Sumber: Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor)

Daripada jumlah penduduk di Malaysia pada Banci Tahun 2000, kira-kira 21,890

ribu atau 94.1 peratus ialah warganegara Malaysia. Daripada jumlah ini, kaum

Bumiputera terdiri daripada 65.1 peratus, Cina terdiri daripada 26.0 peratus dan India

terdiri daripada 7.7 peratus (www.statistics.gov.my, 20.8.2005). Perangkaan telah

menunjukkan bahawa kaum Cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia selepas

kaum Bumiputera. Akan tetapi, anak-anak kaum Cina yang memasuki Sekolah

Menengah Teknik untuk melanjutkan pelajaran mereka adalah sangat sedikit dan

fenomena ini telah membentuk satu perbezaan nisbah yang begitu drastik dengan

populasi sebenar kaum Cina.

Page 31: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

14

“Jika kita serius untuk berdaya saing dan jika kita benar-benar mahu

keamanan serta masyarakat yang stabil, kita bukan saja mesti berusaha

untuk meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan di sekolah, tetapi

juga meningkatkan tahap integrasi nasional. Tahap integrasi dan

kefahaman sesama kaum masa kini menjadi satu kebimbangan. Sekolah

kini menjadi lebih mono-kaum…”

(Berita Harian, 28.4.2004)

Kata-kata hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada

Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia tahun 2004 wajar diambil prihatin agar sama-

sama berikhtiar mencari jalan penyelesaian.

1.2 Pernyataan Masalah

Pola bilangan pelajar memasuki Sekolah Menengah Teknik mengikut kaum

menunjukkan Sekolah Menengah Teknik kurang mendapat sambutan daripada pelajar

kaum Cina. Dengan ini, penyelidik ingin meninjau faktor-faktor yang menyebabkan

pelajar kaum Cina di dua buah Sekolah Menengah Harian di Pekan Sungai Siput (U)

kurang memilih Sekolah Menengah Teknik untuk melanjutkan pelajaran mereka.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang

menyebabkan pelajar kaum Cina kurang memilih Sekolah Menengah Teknik untuk

melanjutkan pelajaran mereka. Objektif kajian ini adalah untuk:

Page 32: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

15

1.3.1 Meninjau faktor minat pelajar kaum Cina untuk melanjutkan pelajaran dalam

aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik.

1.3.2 Meninjau sama ada faktor ibu bapa menyebabkan pelajar kaum Cina kurang

memilih aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk

melanjutkan pelajaran mereka.

1.3.3 Meninjau sama ada faktor rakan sebaya menyebabkan pelajar kaum Cina kurang

memilih aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk

melanjutkan pelajaran mereka.

1.3.4 Meninjau pendedahan pelajar kaum Cina tentang perihal melanjutkan pelajaran

dalam aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik.

1.4 Persoalan Kajian

Empat persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik adalah seperti yang

berikut:

1.4.1 Apakah faktor minat mempengaruhi pelajar kaum Cina untuk melanjutkan

pelajaran dalam aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik?

1.4.2 Apakah faktor ibu bapa menyebabkan pelajar kaum Cina kurang memilih aliran

kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk melanjutkan pelajaran

mereka?

Page 33: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

16

1.4.3 Apakah faktor rakan sebaya menyebabkan pelajar kaum Cina kurang memilih

aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah Menengah Teknik untuk melanjutkan

pelajaran mereka?

1.4.4 Apakah pelajar kaum Cina mendapat pendedahan yang secukupnya tentang

perihal melanjutkan pelajaran dalam aliran kejuruteraan teknikal di Sekolah

Menengah Teknik?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilakukan kerana kajian ini dapat memberi kepentingan dan

sumbangan kepada pihak-pihak yang berikut:

1.5.1 Pelajar-pelajar Kaum Cina Sekolah Menengah Rendah

Pelajar-pelajar ini mula mendapat idea pembentukan awal kerjaya mereka semasa

mereka belajar di Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Kajian ini memberi kesedaran kepada

pelajar-pelajar tentang minat dan hala tuju mereka pada masa akan datang. Mereka

berpeluang merancang matlamat dan aliran yang ingin diceburi di Tingkatan Empat

nanti. Pelajar-pelajar kaum Cina ini dapat mengenal pasti satu lagi pilihan alternatif yang

ada untuk melanjutkan pelajaran, iaitu ke Sekolah Menengah Teknik.

Page 34: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

17

1.5.2 Ibu Bapa

Melalui kajian ini, ibu bapa pelajar kaum Cina akan lebih mengenali Sekolah

Menengah Teknik, khususnya bagi aspek syarat kemasukan ke Sekolah Menengah

Teknik. Secara tidak langsung, ibu bapa kaum Cina dapat membentuk tanggapan yang

lebih positif tentang Sekolah Menengah Teknik dan lebih banyak ibu bapa akan sudi

menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.

1.5.3 Guru-guru

Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap pelajar-

pelajarnya. Menurut Moktar (1999), guru perlu sentiasa memperkaya diri dengan

pelbagai maklumat kerjaya yang diperlukan oleh pelajar. Kajian ini dapat menyedarkan

guru-guru tentang peranan yang dimainkan oleh mereka dalam aspek-aspek seperti

perkembangan minat pelajar, pemberian bimbingan untuk melanjutkan pelajaran dan

pembentukan awal kerjaya pelajar-pelajar.

1.5.4 Pihak Sekolah

Hasil kajian ini turut memberi idea dan rujukan kepada pihak sekolah supaya

lebih mengenali minat pelajar terhadap pendidikan yang diberikan kepada mereka.

Sekiranya pelajar-pelajar sangat berminat dalam melanjutkan pelajaran di Sekolah

Menengah Teknik, pihak sekolah haruslah mengambil tindakan dengan kadar cepat,

terutamanya dalam prosedur dan pendaftaran ke Sekolah Menengah Teknik. Pihak

sekolah perlu mengatur langkah bijak mengembangkan bakat dan minat pelajar kaum

Cina terhadap Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Page 35: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

18

1.5.5 Jabatan Pelajaran Negeri Perak

Hasil kajian ini dapat memberitahu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak bahawa

satu fenomena ganjil telah berlaku di Sekolah Menengah Teknik, iaitu hampir seratus

peratus pelajar Sekolah Menengah Teknik terdiri daripada kaum Melayu.

Kesinambungannya, dapatan kajian dapat dijadikan bahan rujukan dalam usaha

menggalakkan lebih banyak pelajar kaum Cina memasuki Sekolah Menengah Teknik.

1.5.6 Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Semenjak negara kita

mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mewujudkan perpaduan

negara. Antaranya termasuklah usaha mewujudkan Sekolah Kebangsaan untuk

kemasukan semua kaum dan usaha menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa

pengantar di sekolah untuk mengeratkan hubungan rakyat yang berbilang kaum. Usaha

murni ini wajar diteruskan di Sekolah Menengah Teknik dalam membentuk populasi

sekolah yang berbilang bangsa dan budaya. Justeru itu, kajian ini memang perlu

dilakukan agar dapat membantu dalam menggalakkan lebih banyak pelajar kaum Cina

memasuki Sekolah Menengah Teknik.

1.6 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah terhad kepada pelajar-pelajar kaum

Cina dari dua buah Sekolah Menengah Harian di Pekan Sungai Siput (U), Perak Darul

Ridzuan. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Jenis

Kebangsaan Shing Chung, Sungai Siput (U) dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Methodist, Sungai Siput (U). Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor yang

menyebabkan pelajar-pelajar kaum Cina kurang memilih Sekolah Menengah Teknik

Page 36: KEMASUKAN PELAJAR KAUM CINA KE ALIRAN … · telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

19

untuk aliran kejuruteraan teknikal sahaja, iaitu jurusan Pengajian Kejuruteraan Jentera,

Pengajian Kejuruteraan Awam dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik.