bahagia itu milikku jua akhirnya

29
Bahagia itu milikku jua akhirnya Bibir tak perlu lagi berbicara…bila hati telah mula berkata-kata… Aku cinta padamu… “Ana nak jumpa nti malam nanti di blik gerakan.” Tegas suaranya di telingaku. Sedetik itu, hatiku bersuara, siapa dia untuk memberikan kata berbaur arahan padaku? Dia bukan Presiden yang ku hormati, dia juga bukan ahli Exco yang mengepalai biro di mana aku ditugaskan. “Nti dengar tak?” ah, suara itu lagi. “Ana dengar.” Ringkas jawapanku, mengharapkan dia terus menamatkan panggilan itu. “Kita jumpa malam nanti.” Serentak itu, tanpa salam mahupun kata tamat, dia mematikan talian. Aku termanggu, benarkah ini Faqih Sufiyyan yang aku kenali? Aku mengenali Faqih Sufiyyan bin Fauzi sewaktu aku masih di bangku sekolah. Dia antara mujahid yang disegani di sekolahku tika itu. Perjuangannya bersama sahabat- sahabat yang lain sangat dikagumi. Siapa yang tidak mengenali ahli usrah Ustaz Hadi. Nama-nama itu terus gah meniti di tiap bait bibir sesiapa sahaja yang berada di sekolah itu. Faqih Sufiyyan, Abu Khair, Khairuddin, Khairul Hidayat, Muharram…dan aku hanyalah seorang insan yang hanya mampu memandang mereka dari jauh. Bukan tidak pernah sahabat-sahabat ku yang lain mengajak aku menyertai mereka, namun tika itu, tidak pernah terdetik walau sekali di hatiku untuk bersama mereka, sama-sama memartabatkan syiar Islam di sekolah. Ah, aku masih terlalu muda waktu itu…masih terlalu naif… tambahan pula bila aku baru sahaja menjejaki sekolah itu. Setelah aku kehilangan umi dan abuya di dalam sebuah kemalangan jalan raya, aku dipindahkan ke sekolah ini oleh ibu saudaraku. Katanya aku perlukan pembaharuan. Katanya jua aku perlu mencari diriku sendiri yang telah hilang, bersama-sama perginya umi dan abuya. Tuhan…aku rindukan mereka… “Woi, mengelamun!” patung Patrick yang dibaling Fai, teman sebilikku mengenai kepalaku. Aduh…

Upload: hani-aznirini

Post on 27-Jun-2015

124 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

Bahagia itu milikku jua akhirnya

Bibir tak perlu lagi berbicara…bila hati telah mula berkata-kata…

Aku cinta padamu…

   

   “Ana nak jumpa nti malam nanti di blik gerakan.” Tegas suaranya di telingaku. Sedetik itu, hatiku

bersuara, siapa dia untuk memberikan kata berbaur arahan padaku? Dia bukan Presiden yang ku

hormati, dia juga bukan ahli Exco yang mengepalai biro di mana aku ditugaskan.

   “Nti dengar tak?” ah, suara itu lagi.

   “Ana dengar.” Ringkas jawapanku, mengharapkan dia terus menamatkan panggilan itu.

   “Kita jumpa malam nanti.” Serentak itu, tanpa salam mahupun kata tamat, dia mematikan talian.

Aku termanggu, benarkah ini Faqih Sufiyyan yang aku kenali?

   Aku mengenali Faqih Sufiyyan bin Fauzi sewaktu aku masih di bangku sekolah. Dia antara mujahid

yang disegani di sekolahku tika itu. Perjuangannya bersama sahabat-sahabat yang lain sangat

dikagumi. Siapa yang tidak mengenali ahli usrah Ustaz Hadi. Nama-nama itu terus gah meniti di tiap

bait bibir sesiapa sahaja yang berada di sekolah itu. Faqih Sufiyyan, Abu Khair, Khairuddin, Khairul

Hidayat, Muharram…dan aku hanyalah seorang insan yang hanya mampu memandang mereka dari

jauh. Bukan tidak pernah sahabat-sahabat ku yang lain mengajak aku menyertai mereka, namun tika

itu, tidak pernah terdetik walau sekali di hatiku untuk bersama mereka, sama-sama memartabatkan

syiar Islam di sekolah. Ah, aku masih terlalu muda waktu itu…masih terlalu naif…tambahan pula bila

aku baru sahaja menjejaki sekolah itu. Setelah aku kehilangan umi dan abuya di dalam sebuah

kemalangan jalan raya, aku dipindahkan ke sekolah ini oleh ibu saudaraku. Katanya aku perlukan

pembaharuan. Katanya jua aku perlu mencari diriku sendiri yang telah hilang, bersama-sama perginya

umi dan abuya. Tuhan…aku rindukan mereka…

   “Woi, mengelamun!” patung Patrick yang dibaling Fai, teman sebilikku mengenai kepalaku. Aduh…

   “Kau ni kan, Fai…memang takleh tengok orang senang…” Fai mengambil tempat di sebelahku.

   “Kau teringatkan sape, Faseh?”

   “Aku…aku teringatkan umi dan abuya…” serentak itu, air mataku gugur satu persatu…

“Isk…ni yang aku lomah ni. Den tak reti pujuk orang nangis ni. Kang aku panggil dak Faqih kang..”

Tuhan, berderau darahku mendengarkan nama itu. Fai… air mata yang semakin laju mengalir aku

sapu perlahan. Fai tergelak kecil dan aku hanya tersenyum memandangnya. Kalau bukan kerana Fai,

Page 2: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

sudah pasti aku tidak mampu tersenyum lagi.

“Tengok tu…asal aku sebut nama tu, mesti kau diam. Kau ni ada apa-apa ke ngan dak Faqih tu,

Faseh?” Tuhan…nama itu lagi…

“Fai…cubalah kau usik aku dengan nama lain pulak…cuba kaitkan aku dengan Muaz ke…Dolah tu ke…

Fiqri tu ke…”

“Yang tu sume tak pakai…Faqih je layak untuk kau”. Fai memotong ayatku. Dia ketawa lagi. Dan aku,

entah buat ke berapa kalinya, terasa jantungku berdegup kencang…

“Ana tak reti buat semua ni.” Suaraku lemah. Dia hanya membisu memandangku.

“Ana tak kira. Ana nak nti siapkan malam ni jugak.” Ya Allah…kenapa perlu lelaki ini menemuiku…

kenapa perlu aku mengenali lelaki ini…

“Ana cakap…ana tak reti…” aku merenung kosong skrin komputer di hadapanku. Faqih menyuruhku

menemuinya di bilik gerakan untuk menyiapkan kertas kerja program anak angkat yang terbengkalai

sekian lama. Walhal itu bukan tugasku. Aku hanyalah bendahari, yang tugasku hanya menguruskan

bahagian kewangan. Air mataku mula mengalir. Ah, kenapa mesti waktu-waktu begini kau ingin

membasahi wajahku?

“Eh, ana suruh nti buat kertas kerja tu. Bukan nangis.” Faqih mula bersuara cemas. Dia mundar-

mandir di belakangku.

“Nta kan ada setiausaha…kenapa mesti ana…” aku menangis lagi. Entah kenapa air mata ini begitu

murah kala aku berada di hadapannya. Luruh tembok ego yang aku pertahankan selama ini.

“Asma’ mintak ana cari orang lain. Dia sibuk dengan program lain.”

“Kenapa mesti ana…” soalan itu dia jawab dengan sebuah kebisuan. Dia mengeluh kecil. Aku

mencapai telefon tanganku lantas dengan pantas nombor telefon Fai aku dail.

“Nti call sape?” aku tidak menjawab soalan itu. Pada Fai, aku memintanya agar segera ke bilik gerakan

dan menemaniku. Bimbang jua akan fitnah yang bakal timbul andainya orang lain melihat kami di sini

berdua. Isk, kenapalah dari tadi aku tak terfikirkan hal itu?

Belum pun sampai sepuluh minit seperti yang dimintanya, Fai sudah berada di hadapanku. Muharram,

sahabat yang sentiasa bersama Faqih juga tiba serentak. Faqih berundur sedikit, menjauhi kami dan

mendapatkan Muharram.

Page 3: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

“Kau buat apa kat Faseh ni, Faqih?” Fai bersuara, garang. Faqih terkesima. Dia mungkin tidak biasa

dengan perempuan sekasar Fai.

“Er…ana tak buat apa-apa pun.”

“Tak yah ana nti dengan aku. Aku tak biasa semua tu. Maaflah. Aku bukan dari stok sekolah agama

macam korang ni. Tapi aku roomate Faseh. Dia takkan nangis kalau takde ape-ape. Ape yang dah ko

buat ni?”

Hampir saja aku tergelak mendengar Fai memarahi Faqih. Tuhan, syukur aku dikurniakan sahabat

seperti Fai…

   “Ana…eh, aku…urm…saya…” Faqih gagal menyusun ayat. Muharram berdehem kecil.

“Apa aku, ana, saya? Nak bercakap pun kau tak reti, macam mana kau nak jadi presiden ni? Aku

dengar bukan main lagi nama kau bakal dinaikkan jadi presiden tahun depan. Apa yang dia suruh kau

buat, Faseh?”

“Dia mintak aku siapkan kertas kerja…” aku menjawab perlahan. Terasa seolah-olah aku masih anak

kecil di sisi Fai…Faqih memandangku, buntang…

“La…itu pun kau nak nangis? Kau ni pun satu, Faqih. Kau kan ada secretary kau sendiri. Buat apa kau

nak kacau bendahari ni? Kau tak reti ke bidang tugas masing-masing?” Fai masih terus membebel bila

dia menyuruhku bangun dari tempat dudukku.

“Setiausaha dia ada kerja. Tadi baru dia khabarkan pada Faqih melalui ana.” Muharram menjawab

bagi pihak Faqih.

“Ha, dia ada kerja pastu kau nak kerjakan pulak bendahari kau?” Fai tidak mempedulikan ‘kesopanan’

Faqih dan Muharram.

“Fai…dahla tu…”

“Kau nak bela pulak jantan yang buat kau nangis ni?” eh, aku pulak yang kena marah?

“Nti nak buat apa?” Faqih bersuara, bila melihat Fai mula menekan papan kekunci di hadapannya.

“Aku pernah jadi setiausaha. Kalau roomate aku sampai nangis dikerjakan kau, jangan harap aku pun

nak nangis sama. Aku tahu kau ni special di mata roomate aku ni. So, biarlah aku tolong dia tolong

kau.” Jawapan Fai itu mengejutkan aku dan Faqih. Dia memandangku dan aku…aku memalingkan

Page 4: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

muka ku ke arah lain. Fai…kenapa kau cakap macam tu?

“Wei, takde masa nak buat drama ni. Bagi tau la apa objektif korang ni. Kau nak aku isi ape dalam

paperwork korang ni?” dan suara Fai itu membuatkan kami sama-sama kembali memandang antara

satu sama lain!

“Korang ni kelakar la!” Fai menghempaskan tubuhnya di katil. Dia ketawa lagi. Sepanjang perjalanan

kami pulang ke blok asrama, tidak habis-habis aku ditertawakannya. Lewat juga kami pulang malam

itu. Mujur ada Fai. Jika tidak, aku lah yang akan sengsara dipaksa menyiapkan kertas kerja itu. Syukur,

Ya Allah…hujungnya, aku dapat melihat senyuman Faqih…senyuman yang bisa melemahkan iman

wanita seumpamaku yang melihatnya…

“Dah la tu, Fai…dah semalaman kau gelakkan aku…” Aku akhirnya cuba meredakan tawanya yang

masih belum berhenti. Telefon tanganku tiba-tiba berbunyi, menandakan ada mesej yang tiba.

‘Salam. Syukran jazilan. Sampaikan salam ana pada sahabat nti yang banyak menolong ana. Ana

belum biasa dengan orang seperti itu. Ingin mengenalinya. Nti jadi orang tengah?’

Ringkas ayat itu, namun penuh maksud. Aku memandang wajah Fai yang keletihan. Benar, wajah itu

memang istimewa…dia tidak seperti orang lain. Biarpun dia bukan dari sekolah-sekolah agama seperti

kami, dia tetap menjaga batas auratnya dengan sempurna. Dia pandai membawa diri di khalayak

ramai. Cuma dia terbiasa berbicara seperti itu dengan sesiapa sahaja. Dia anak bongsu, daripada tujuh

adik beradik yang semuanya terdiri dari lelaki. Tidak hairanlah dia sedikit kasar jika ingin dibandingkan

dengan perempuan lain. Aku menghormatinya kerana itu.

“Fai…” aku tidak jadi meneruskan kata-kataku bila memandang dirinya yang telah terlena. Mujur juga

kami berhenti menunaikan solat Isya’ di masjid sebentar tadi. Aku membaca kembali mesej Faqih

sebentar tadi. Entah mengapa, ada rasa gembira di sebalik kekecewaanku. Ah, aku mahu kecewa atas

dasar apa? Gilakah aku ini?

‘InsyaAllah…ana sudi.’ Itu sahaja jawabku. Moga dia mengerti…

Ya Allah…Kau berilah hambaMu ini petunjuk dan inayahMu…lorongkan aku ke jalan yang benar…

amin…

Hari itu kami tidak ke mana-mana. Aku hanya menemani Fai ke Jaya Jusco mencari baju untuk

dihadiahkan pada ayahnya. Selepas itu, kami terus pulang ke asrama. Kata Fai, terlalu banyak tugasan

untuk dia siapkan. Tibanya kami di bilik, ada sepucuk surat diselitkan di bawah pintu. Aku

mengambilnya. Tertera dengan cantik tulisan khat di sampulnya, ‘Ukht Faizah Husna’. Tulisan khat

ini…aku kira aku pernah melihatnya…baru sahaja aku ingin serahkan pada Fai, dia sudah berkata.

Page 5: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

“Kau baca jelah. Pastu kau bagitau aku apa isinya. Aku sibuk.” Lantas dia terus duduk di hadapan

komputer ribanya. Aku kelu, hanya memandangnya bisu. Tanganku laju membuka sampul surat itu.

Aku membacanya sekuat hati, agar Fai mendengar…Ah, Faqih…

Assalamualaikum.

Ukhti, ana nak ucapkan terima kasih atas bantuan nti.

Ana tak pandai berkata-kata.

Ana nak mengenali nti lagi.

Ana harap nti sudi.

         Faqih Sufiyyan.

“Aku tak nak.” Ringkas jawapannya. Aku mengambil tempat di sisinya, cuba mencari kepastian.

   “Aku tak nak.” Diulang ayat yang sama seperti tadi. Aku masih diam memandangnya.

“Aku cakap, aku tak nak, Faseh. Kau bagitau dia aku tak nak. Aku tak nak.” Daripada getar suaranya,

aku dapat menjejak rahsia di sebaliknya. Namun aku tidak tahu apa rahsia yang cuba dia

sembunyikan. Ada air mata di hujung kata-kata itu. Fai…

“Aku tak nak, Faseh. Aku tak nak kenal lelaki macam tu. Cukuplah apa yang Zikri buat pada aku.”

Akhirnya Fai bersuara. Aku menggenggam erat tangannya, cuba menenangkan dia.

“Zikri…”

“Zikri mainkan hati aku. Kau pun kenal Zikri tu orang yang macam mana. Dia pun sama macam Faqih.

Orangnya sama seperti itu. Berkopiah, berbaju melayu ke mana saja. Tapi Zikri mainkan aku.” Belum

sempat aku bertanya lanjut, dia sudah mula bercerita.

“Tapi mungkin Faqih takkan buat macam tu, Fai.”

“Ah, aku dah jelak dengan lelaki seperti itu. Cukuplah sekali.”

“Tapi aku kenal Faqih. Dia disegani di sekolah kami dulu, Fai. Dia baik.”

“Kau sukakan Faqih, kan?” aku terkejut dengan soalannya.

“Kau sukakan dia kan, Faseh?” aku diam.

“Kau nak aku berkawan dengan Faqih sedangkan kau sukakan dia, Faseh? Kau ingat aku ni kejam

sangat ke?”

Page 6: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

“Fai…kalau ya pun aku sukakan dia, dia sukakan kau, Fai.” Aku bersuara,lemah. Fai melepaskan

tangannya dari genggamanku.

“Aku tak nak!” serentak itu, dia bangun meninggalkan aku.

Fai…

‘Ukht dah cuba pujuk dia?’ sms itu ku pandang bisu.

Faqih telah berulang kali menghantar mesej padaku, menanyakan Fai sedangkan sahabatku yang

seorang itu telah hampir seminggu tidak bertutur denganku. Aku sendiri tidak tahu di mana silapnya

aku. Surat yang Faqih kirimkan itu pun bukannya melalui aku, sebaliknya melalui sahabat usrahnya,

Hayati yang kebetulan tinggal di bilik bersebelahan denganku. Fai masih tidak dapat menerima

hakikat itu…hakikat yang Faqih terlalu ingin mengenali dirinya yang istimewa. Fai tidak pernah

menyedari hakikat itu. Dia masih dibayangi kenangan silam yang mengheretnya ke lembah

kekecewaan. Barulah ku tahu, Zikri terlalu kejam memainkan perasaannya. Di saat Fai mulai yakin

dengan hubungan yang terbina, setelah Fai membawanya bertemu ibu dan bapanya dan setelah Zikri

memperkenalkan Fai pada ibunya, Zikri mula menjauhkan diri. Mulanya Fai masih tidak bersangka

buruk, sehinggalah ada perempuan yang menghubungi Fai, mengaku bahawa dia adalah tunangan

Zikri. Hati mana yang tidak remuk dihadapkan hukuman seberat itu. Sedikit sebanyak, aku memahami

jiwa Fai. Aku tahu, di sebalik kegagahannya, dia sebenarnya seorang wanita yang lembut…Fai…

Pada Faqih, telahpun aku khabarkan cerita itu. Bukan niat ku untuk membuka aibnya, tapi untuk

memahamkan Faqih akan situasi Fai.

‘Ana tak kisah. Jika Zikri mengecewakan dia, ana ingin mengubatinya. Ana nak halalkan hubungan ana

dengannya.’

Ah, mana mungkin Fai akan menerima Faqih semudah itu…hatinya remuk, jiwanya hancur. Aku pun

pelik akan kesungguhan Faqih. Setahu ku ramai lagi yang mengkagumi lelaki ini (termasuk aku). Tapi

mengapa Fai yang menjadi pilihannya. Mengapa tidak dicari sahibah-sahibah dalam perjuangannya?

Mengapa tidak dicari sahaja rakan-rakan usrahnya yang sama-sama berjuang di landasan yang sama?

Mengapa mesti Fai? Dan adakalanya, syaitan berbisik di telingaku…mengapa bukan aku?

Astaghfirullah…

Hampir setahun perkara itu dibiarkan beku begitu sahaja. Hubungan aku dan Fai kembali seperti biasa,

setelah aku janjikan padanya yang aku tidak akan lagi menyentuh tentang soal itu. Faqih pun telah

kembali seperti biasa (aku harap). Kami di tahun akhir, bila sekali lagi, Faqih menghantar warkah pada

Fai…sekali lagi, Fai memintaku untuk membacanya.

Page 7: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

Assalamualaikum…

Bismillah…

Ukht,

Ana tahu, ukht pasti ingat ana dah lupakan tentang semuanya. Ana takkan lupa.

Samada ukht sudi atau tidak, ana akan hantar rombongan ke rumah nti sebaik selepas peperiksaan

akhir nanti. Ana nak nti bersama ana, menjadi sayap kiri ana. Ana tekad, dan ana nekad. Nti istimewa

di mata ana. Dan nti jawapan pada istikharah ana selama ni…

Ya Allah…

Faqih…bukan aku tidak tahu, selepas aku khabarkan padanya yang Fai menolaknya kerana masih

kecewa kerana Zikri suatu ketika dulu, dia terus ke masjid, memohon taubat pada Allah kerana telah

membuat hambaNya bersedih hati. Dan bukan aku tidak tahu, dia tidak pernah jemu mengajukan

istikharah pada Allah, memohon yang terbaik buat dirinya. Bukan juga aku tidak tahu, Faqih banyak

menghantarkan pesanan ringkas buat Fai melalui telefon tangannya selama ini. (aku pun tak tahu dari

mana dia menjumpai nombor telefon Fai. Puas aku cuba terangkan pada Fai yang aku tidak bersalah)

Aku mencapai telefon tangan Fai yang berada di sebelahku. Fai telah lama dibuai mimpi indah.

Maafkan aku , sahabat…aku ingin sekali mengetahui apa yang dihantar Faqih kepadamu…

‘Salam. Ukht, ana kagum dengan nti. Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi

pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah perempuan yang tahan menerima sebuah

kehilangan (macam nti). Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. Perempuan yang tabah

menanggung rindu setelah ditinggalkan.(macam nti). Perempuan yang tidak meminta-minta agar

dipenuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri atas teguh iman…’

‘Ukht, ana cuba guna bahasa nti. Aku nak kau jadi sayap kiri aku. Err…ana kekok. Maafkan ana. (ana

tahu nti tersenyum)’

‘Renunglah dengan mata hati kerana pandangan mata selalu menipu. Pandangan akal selalu tersalah.

Pandangan nafsu selalu melulu. Pandangan hati itu yang hakiki.’

‘Salam. Aku dengar kau sakit. Aku tak nak kau sakit lagi. Ok? (Muharram paksa ana guna cara nti lagi.

Ana kekok…) –ana tahu ’nti tersenyum lagi. Syukran.

   “Faseh…” panggilan itu mengejutkan aku. Hampir saja telefon itu terlepas dari genggamanku.

   “Kau marahkan aku?” suara Fai lemah sekali di telingaku. Aku menghampirinya.

   “Untuk apa, Fai?” tangannya ku genggan lembut. Wajahnya ku usap, penuh sayang. Tuhan, benar,

Page 8: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

aku sayangkan sahabatku ini.

   “Faqih…” ah, nama itu lagi…

“Shh…aku tak pernah menyimpan perasaan itu. Malah aku bahagia bila dia bahagia.” Air mata Fai

mula mengalir perlahan…

“Aku minta maaf.” Dia bangun dan memelukku. Aku membalas, erat. Tak akan aku lepaskan kau

pergi, sahabatku!

“Aku tak nak…”

“Apa lagi yang kau tak nak ni, Fai? Dia dah cukup baik untuk kau. Siap belajar cakap cara kau lagi. Kau

tahu, dia tak pernah cakap macam tu. Dia tu baik, Fai…dia sesuai untuk kau. Terimalah dia, Fai…dah

lama sangat kau buat dia tertunggu-tunggu…” Fai diam, suasana hening seketika…

“Dia skema…” tawaku pecah mendengarkan ayat itu. Akhirnya, kami tertawa bersama, dalam satu

suasana yang hanya Allah mengerti…ya Allah, Kau hadiahkanlah kebahagiaan pada sahabatku ini…

sungguh, YA Allah…aku bahagia andai mereka bahagia!

Panggilan yang aku terima sebentar tadi membuatkan hatiku berbunga. Fai telah sah diijabkabulkan

dengan Faqih! Alhamdulillah…aku tak dapat menghadiri majlis pernikahannya, lantaran aku sedang

berada di United Kingdom, menyambung perjuanganku mengutip segulung sarjana untuk dihadiahkan

pada umi dan abuya sebaik sahaja aku menamatkan sarjana muda ku. Perkhabaran tadi benar-benar

melegakan aku. Hmm, Faqih bukan milikku…biarpun aku yang dulu mengenalinya. Mungkin telah

tersurat, aku adalah jambatan yang menemukan Faqih dan Fai…syukur, Alhamdulillah!

Aku tak berhak untuk kecewa, apatah lagi berpatah hati. Aku bukanlah semulia Fai untuk menerima

Faqih dalam hidupku. Sungguh, aku gembira! (walaupun aku menangis…)

Telefon tanganku bingit berbunyi, meminta aku untuk menjawabnya. Eh, mak long…

“Assalamualaikum Mak Long…” salam ku hulur.

“Alaikumussalam…Faseh sihat?” suara Mak Long ku dengar bahagia.

“Alhamdulillah. Mak Long ni…kan Faseh dah pesan, jangan call. Biar Faseh je yang call Mak Long. Kan

mahal ni…”

Page 9: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

“Mak Long ada berita untuk Faseh…” jantungku berdegup, kencang…

“Ustaz Muharram hantar rombongan meminang…Mak Long terima…katanya majlis nanti bila Faseh

balik ke Malaysia…”

Ya Tuhan……………..Muharram??

Ya Allah………………………….bahagia itu milikku jua akhirnya!!!

Setia ku korbankan

“Rinduku embunan di lautan, Cintamu debunga di awanan”

   Belumpun sebulan usia pernikahanku dengan Muharram, aku dikejutkan dengan berita yang dia

terpaksa dipindahkan ke Sarawak, menggantikan rakan sejawatnya yang terpaksa ditugaskan ke

Dubai. Tuhan, belum puas aku dimanjakan dengan sayangnya sebagai suamiku yang sah. Belum puas

juga aku membajai rumahtangga kami ini dengan sayang seorang isteri. Dia akur dengan permintaan

majikannya itu, apatah lagi aku yang tidak punya hak untuk menghalangnya ini. Berat mata yang

memandang, berat suara mak long yang cuba menghalang Muharram, berat lagi bahu aku yang

menggalas bebanan perpisahan ini. Muharram berat hati meninggalkan aku, aku tahu semua itu

namun tuntutan tugasnya lebih penting bagiku. Biarlah…biarlah suamiku itu pergi…

   “Abang akan balik tiap-tiap minggu”. Itu janjinya padaku ketika aku menghantarnya ke Lapangan

Terbang Antarabangsa  Kuala Lumpur. Mulanya aku tidak ingin mengikutnya ke lapangan terbang,

bimbang aku berat untuk melepaskannya nanti, namun setelah penat dipujuk Mak Long, aku turuti jua.

Air mataku mengiringi pemergian Muharram ke Sarawak. Aku tahu, bukanlah jauh mana pun kami

terpisah. Namun entah mengapa hati ini begitu berat untuk meredhai pemergiannya. Entah mengapa

bergelodak rasa enggan melepaskan ketika aku menyalami tangannya untuk kali terakhir itu. Kucupan

sayangnya di dahi ini pun serasa bagai satu kucupan terakhir bagiku. Ah, hati…janganlah engkau

menyesakkan bahagiaku ini…

   Kini sudahpun sebulan pemergiannya ke Sarawak. Janjinya untuk pulang setiap minggu hilang entah

ke mana. Aku tahu dia sibuk, namun sedaya upayanya juga cuba menghubungiku setiap hari. Puas

aku berkata padanya, jangan menelefonku jika dia tidak berkesempatan, namun dia tegar terus

menelefonku. Aku tahu, tindaknya itu hanya untuk memadamkan rasa bersalahnya kerana tidak

mampu menunaikan janjinya padaku dulu. Aku akui, Muharram adalah suami yang layak untuk aku

banggakan. Kepulanganku ke Malaysia disambut dengan rombongannya menghantar cincin untuk

pertunangan kami. Tidak lama selepas itu, kami diijabkabulkan dalam majlis yang sederhana, cukup

sekadar untuk mengkhabarkan pada orang kampung yang aku sudahpun bergelar isteri orang. Tiada

majlis persandingan, tiada kompang yang dipalu, hanya sebuah kenduri kesyukuran yang dihadiri

sanak saudara ku di kampung. Mak Long ku lihat paling bahagia hari itu. Mana mungkin tidak bahagia,

Page 10: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

dia yang mengambil alih tugas ummi dan abuya menjagaku setelah ketiadaan mereka. Terima kasih,

Mak Long…

Bunyi telefon, dengan deringan ‘Cinta dan Harapan’ nyanyian Firdaus mengejutkan aku dari lamunan.

Lagu itu kata Muharram adalah lagu tema cinta kami berdua. Sengaja dia meletakkan bahagian chorus

lagu itu sebagai deringan khas baginya. Aku tersenyum, meskipun kelat.

   “Assalamualaikum permata yang dicari…” suara itu..ah, aku terlalu rindu…

   “Alaikumussalam…” serentak itu, air mataku mengalir.

   “Sayang menangis lagi…” Muharram melepaskan keluhan kecil. Aku hanya membalasnya dengan

esakan kecil.

“Dalam dada, ada bara cinta yang menyala. Dalam cinta, ada kita berdua…tiada siapa bisa merungkai

rindu di jiwa. Dengan iman…dapat kita membendungnya…” suara Muharram mendendangkan lagu itu

menyentuh gegendang telingaku. Aku kembali tersenyum.

“Sayang abang dah senyum…kan?” Muharram bersuara lagi.

“Abang…”

“Abang mintak maaf.” Muharram memotong kata-kataku.

“Abang tahu, abang janji nak balik setiap minggu. Tapi kerja kat sini banyak sangat. Sabar ya,

sayang…abang akan balik jugak nanti. Waktu tu, abang takkan tinggalkan sayang lagi. Abang tahu,

Fasehah ralat melepaskan abang datang sini. Tapi abang terpaksa. Abang mintak maaf. Abang tak

sanggup tengok sayang sedih macam ni.” Muharram mengeluh lagi. Ya Allah, terdetik rasa bersalah

kerana melahirkan rasa susah hatinya itu. Ampunkan aku, Tuhan…

“Abang, Faseh bukan nak cakap tentang tu. Faseh tak kisah abang nak gi sana berapa lama pun.

Faseh tak nak abang terus-terusan rasa bersalah macam ni. Abang nak Faseh pindah sana?” aku cuba

bergurau, membangkitkan ketawanya, namun gagal. Dia hanya mengeluh lagi.

“Abang tak nak susahkan sayang. Urm, sayang, bos abang panggil. Nanti abang call lagi.

Assalamualaikum.” Baru saja aku ingin berpesan padanya agar tidak perlu menelefonku, dia sudah

mematikan penggilan itu. Aku termenung kosong memandang telefon bimbitku, hadiah perkahwinan

darinya itu. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan suamiku di sana…amin…

   Malam itu, dia menelefonku lagi sehingga lewat malam. Tidurku diulit oleh suaranya yang

menyanyikan lagu ‘Cinta dan Harapan’ sehingga tamat. Aku tidak pernah puas memintanya agar

Page 11: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

menyanyikan lagu itu padaku kerana aku yakin, itu adalah luahan hatinya kepadaku. Sebelum ini pun,

dia pasti menyanyikan lagu itu padaku sebelum aku memejamkan mataku. Sudahnya, pasti aku

terlena berbantalkan lengannya. Katanya dia suka bila aku tidur di lengannya, meskipun adakalanya

dia lenguh menahan beban kepalaku. Namun, dia bahagia. Kini, tiada lagi lengannya untuk dijadikan

bantal. Abang, Faseh rindu…

   Awal pagi itu, usai melakukan solat hajat dan bebearapa solat sunat yang lain, aku tidak mampu

memejamkan kembali mataku. Lantas aku mencorak langkah ke perpustakaan mini, tempat Muharram

sering menghabiskan kerjanya sewaktu dia masih di rumah ini. Cadanganku hanya untuk

mengemaskan tinggalan dokumen yang ditinggalkannya. Terlalu lama aku tidak memasuki

perpustakaan mini ini, yang Muharram inspirasikan kerana rumah kami masih kosong katanya. Hanya

setelah kami mempunyai zuriat barulah dia akan menggantikan perpustakaan itu dengan kamar tidur.

Kalau sebelum ini, aku sering menemaninya di sini, sehingga aku tertidur kerana dia terlalu asyik

menyudahkan kerjanya yang tertangguh dari tempat kerjanya. Ah, terlalu banyak bayangan Muharram

di sini. Sungguh, aku sangat rindukan kehadiran suamiku itu…terasa bagai baru semalam dia pergi,

sedangkan telah 6 bulan dia meninggalkan aku di sini…

Emel yang aku terima dari Fai dan Faqih semalam sedikit sebanyak menghiburkan aku. Mereka kini

sedang bahagia di Plymouth, tempat Fai menyambung sarjananya yang tertangguh. Kata Fai, Faqih

kini telah betah mengasuh putera sulung mereka, Firas Faiq. Sudah bergelar ibu pun sahabatku yang

seorang itu. Aku entah bila kan lagi…Fai ada mengirimkan potret mereka sekeluarga. Sungguh,

wajahnya nampak lebih matang berbanding dulu. Aku bersyukur atas kebahagiaan sahabatku itu,

walaupun dulunya aku terpaksa mengorbankan perasaan ku sendiri. Ah. Aku tidak menyesal

melakukannya kerana jika tidak, tidak pula aku dikurniakan seorang suami sebaik Muharram ini…

Dokumen yang berterabur di meja tulis aku susun rapi. Aku pun tidak menyangka Muharram akan

meninggalkan bilik ini dalam keadaan yang tidak tersusun. Mana-mana kertas yang berteraburan di

lantai aku kutip dan ku satukan di dalam fail kosong yang diletakkan di dalam rak buku. Sejenak, aku

terpandang sepucuk surat tulisan tangan yang terselit di tengah-tengah kertas yang bertaburan

sebentar tadi. Nafasku tiba-tiba sesak membaca bait-bait ayat surat itu…

Assalamualaikum Muharram…(or should I call you Am?)

I know, this is not the right time for me to write this letter to you. Your wife might just find this letter in

your house, right? But I don’t want to hold on to this any longer. Dah lama I tunggu peluang ni nak

cakap ngan you, but you keep on running away from me. I dah penat. (or should I call myself as ‘ana’?)

sorry, I tak biasa cakap arab macam you. Alah, masa kita kat kolej dulu pun you takde pun nak cakap

‘ana’ ‘nti’ masa cakap ngan I. Sebut tentang kolej, dan terlanjur pulak you dah kerja dengan father I

(which I will take over now), I nak tanya something kat you. Why on earth did you leave me back then?

Page 12: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

You janji nak tunggu I balik dari Japan, tapi last-last, bila you masuk UIA, you jumpa entah perempuan

mana, you nikah dengan dia? I ni you nak campak mana? Berapa lama I tunggu you, Am? You dah janji

you nak nikah dengan I bila I balik from Japan. Tapi hancurnya hati I ni bila papa cakap you dah kahwin

dengan perempuan mana ntah. Perempuan kampung pulak tu! Anak yatim! Apa nak jadi dengan you

ni, Am? Bila I tanya papa, papa cakap you bagitau dia sebab I tinggalkan you lari gi Japan. Hello, you

yang galakkan I sambung study I kat Japan. You yang cakap, you nak I further study I, so that you pun

leh sambung you punye master kat Malaysia. Konon tak nak tinggal Faqih. Si Faqih tu pun satu, kahwin

tak bagitau I. I pun tak tau sejak bila kawan-kawan I ni dah jadi ustaz. Sejak bila you ni dah mula pakai

kopiah. I know, I ni tak layak untuk you. Tapi you janganlah hina I sampai macam tu sekali. Mama ngan

papa dah tau tentang hubungan kita, tau? Satu kampung dah tau I dengan you ni dah nak kahwin. Apa

guna kita bertunang dulu, Am? Sekarang, papa suruh I pindah Sarawak, jaga branch kat sana. No way I

pergi sorang-sorang, Am. I dah suruh papa pindahkan you jugak. Safuan yang kat sana tu I dah

transfer kan ke Dubai. So that I can be there with you. Haha…jahat kan I ni? Tapi you lagi jahat. Sebab

you buat I macam ni. You buat I separuh gila! It’s revenge time, Am. You tengoklah nanti apa yang I

akan buat pada wife you. I can do more than what you have done, Am. Mama masuk hospital sebab

terkejut sangat dengar berita you dah kahwin. You’ll have to pay for that, Am. YOU WILL!

                  Do you still remember these words:

   A beautiful rose for a beatiful person…Nana…(Your beautiful rose)

   Astaghfirullahal a’zim…terduduk aku tatkala surat itu ku baca. Air mata yang ku tahan jatuh satu

persatu, tidak tahu siapa yang harus aku percaya. Wanita ini nampak terlalu tekad untuk membalas

dendamnya. Ya Allah, sungguh aku tidak tahu Muharram telahpun berpunya! Sungguh aku tidak tahu

Muharram pernah bersama wanita lain! Sungguh…

Telefon tanganku berbunyi minta dijawab, kali ini bukan deringan khas untuk Muharram…

   “Assalamualaikum. Puan Fasehah?” suara perempuan! Ah, mungkin pelangganku…aku cuba

menyedapkan hati sendiri…

“Alaikumussalam. Ya, saya Puan Fasehah. Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap?” aku cuba

bertutur tenang, air mata yang laju mengalir ku usap perlahan. Surat yang hampir hancur

digenggamanku, aku campak ke tepi. Tak sanggup aku memandang tulisan itu lagi.

“Saya…Nana.” Aku tersentap. Terasa darah berhenti mengalir. Terasa jantungku berhenti berdegup.

Serta merta duniaku terasa kelam. Ya Allah, berikan kekuatan pada hambaMu ini…Abang,tolong

Faseh…

“Puan…” suara itu menyedarkan aku. Aku berdehem kecil, cuba memberitahunya yang aku masih di

talian. Dia ku dengar melepaskan keluhan kecil. Terdengar sayup suara lelaki di hujung corong talian.

Suara itu…seperti pernah ku dengar…

Page 13: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

“I dah bernikah dengan Muharram, siang tadi.”

“Abang penipu!” aku cuba menjarakkan diriku dari Muharram. Sejurus selepas Nana menghubungiku 2

minggu lepas, Muharram terus saja pulang ke rumah.

“Sayang, dengar dulu…” Muharram masih belum putus asa cuba menenangkan aku. Ya Allah,

sungguh..berikan aku kekuatan…

“Jangan panggil Faseh sayang! Faseh tak suka dengar perkataan tu dari mulut abang!”

“Sayang…”

“Faseh cakap jangan panggil Faseh sayang!” aku membentak lagi. Muharram terdiam, dia terduduk di

sofa panjang itu. Sofa biru yang aku pilih semata-mata kerana dia menyukai warna itu…

“Faseh tak faham…” ayatnya berhenti di situ. Entah dari mana lahirnya perasaan benci pada kata-kata

itu. Hilang rasa rindu yang menebal di dalam hatiku sebelum ini. Wajah Muharram pun tidak sanggup

aku pandang.

“Abang terpaksa…” dan dengan kata-kata itu, Muharram meninggalkan aku sendirian di situ…

bayangnya kian lama kian hilang, pergi bersama-sama esakan ku yang semakin mendiam…aku bisu,

tuturku sudah berbunyi kelu…abang, sampai hati abang! Serentak dengan jeritan hatiku itu, ada

pesanan ringkas yang menjengah telefon bimbitku…

‘Faseh sayang, abang terpaksa. Tolonglah faham keadaan abang. Abang nak terangkan, tapi Faseh tak

nak dengar. Sampai bila kita nak macam ni? Esok abang dah nak kena balik Sarawak. Tolonglah,

sayang…kita berbincang dulu. Bagi abang peluang menjelaskan keadaan abang.”

Inikah dugaan yang ku terima

Mencintaimu sepenuh jiwa

Untuk bersamamu kesabaran membakar fikiran…

   Pertemuan aku dengan Muharram hari tu, tidak semesra selalu. Aku tahu aku berdosa melakukan

begini pada suamiku sendiri. Aku juga tahu, redha Allah untukku kini ada pada redha Muharram. Tapi

hati perempuan mana yang mampu menerima madu sepahit hempedu yang dia berikan padaku ini?

Inikah hadiah ulang tahun kelahiranku tahun ini? Abang…Faseh terseksa, tapi Faseh tak nak abang

rasa bersalah…Faseh masih sayangkan abang…

   “Faseh…” suara Muharram kedengaran asing di telingaku. Aku memandangnya, membalas

panggilannya dengan satu keluhan kecil.

Page 14: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

   “Abang tak tahu semua ni akan jadi macam ni…” dia cuba meraih tanganku, namun aku mengelak.

Aku tunduk…abang, Faseh tak nak abang pegang Faseh hari ni…maafkan Faseh…

   “Nana pun tak sangka akan jadi macam ni…” abang tipu…Faseh dah baca surat Nana…

“Malam tu, kami baru lepas meeting. Yang tinggal dalam office tu, abang dengan Nana je. Tapi kami

tak buat apa-apa pun…” abang…abang yang menipu atau Faseh sedang buta?

“Tiba-tiba ada serbuan. Abang tak tahu dari mana diorang dapat berita yang kami ada dalam office tu.

Malam tu jugak papa Nana datang Sarawak, dan dia nikahkan kami.”

Pedih! Aku pedih mendengarkan ayat itu. “Dan dia nikahkan kami”…seolah-olah tiada penyesalan

dalam ayatnya itu. Bukankah abang seharusnya mengkhabarkan berita tu pada Faseh terlebih dahulu?

Kenapa abang dayus malam itu?

“Abang tak nak jadi dayus. Abang tak nak Nana tanggung semua tu seorangan. Abang pun salah jugak

masa tu. Sepatutnya abang dah balik, ikut kawan-kawan abang yang lain. Tapi, abang nak siapkan

kerja abang…abang tak tahu Nana ada jugak masa tu…” ringan saja kaki ku untuk bangun melangkah

pergi ketika itu, namun kewarasan yang masih ada membataskan gerakku. Aku diam. Lama aku

begitu, dia menyambung bicara…

“Lagipun Nana tu bekas tunang abang…” nah, akhirnya abang mengaku!

“Abang putuskan pertunangan kami sebab abang meminang Faseh…” abang, cukuplah…cukup!

“Waktu tu, Faqih yakinkan abang yang Faseh sangat baik…abang akui, memang Faseh sangat baik…

malah terlalu baik untuk abang…abang ni banyak kekurangan, Faseh…abang bukanlah sebaik Faqih,

atau setanding Amin Idris, pemimpin Faseh dulu…abang...”

“Kalau abang terus-terusan macam ni, Faseh nak balik. Ni bukan nak selesaikan masalah. Abang

hanya nak Faseh terima segalanya,kan? Faseh dah terima. Faseh redha dengan tindakan abang.

Sekarang ni, abang baliklah Sarawak. Nana tengah tunggu abang kat sana,kan? Lagipun Faseh dah

biasa ditinggalkan.” Tuturku beralun tegas. Muharram tersentak memandangku.

“Dan satu lagi, bang…Allah tak pandang masa silam hambaNya. Allah hanya melihat hari ini, dan hari

akan datang. Kalau abang rasa abang ni bukan yang terbaik untuk Faseh, atau Faseh ni terlalu baik

untuk abang, maknanya abang mempersoalkan takdir Allah. Dia yang satukan kita. Dia yang tentukan

Faseh akan bernikah dengan abang. Kalaupun Faqih tak yakinkan abang, kalau dah takdir Faseh ni

milik abang, Faseh tetap akan nikah dengan abang. Kenapa abang nak bergantung pada Faqih? Abang

tak pernah buat istikharah?” soalan itu laju sahaja terbit dari mulutku. Muharram terkulat

mendengarnya. Dia tertunduk. Mungkin cuba mencari jawapan pada soalanku itu.

Page 15: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

“Abang masih cintakan Nana…”

Dengan ayat itu, aku menyalami tangannya, dan terus berlalu meninggalkannya. Biarkan aku pergi,

Muharram..aku sudah terlalu terluka!

   Semalaman aku berjaga, bermunajat pada Allah. Tidak pernah aku rasakan kasihNya sehampir

begini. Saat ini, terasa seolah-olah Dia begitu hampir denganku. Seolah-olah Dia mendengar dengan

teliti apa sahaja keluh kesah dan doa yang ku panjatkan. Di saat ketenangan aku dambakan, Dia hadir

membawa lebih banyak ketenangan dari apa yang aku inginkan. Di saat aku lemah, Dia hadir

memberikan ku begitu banyak kekuatan yang tidak pernah aku sangkakan. Aku fikir aku akan rebah

pada dugaan kali ini, aku fikir istana yang aku bina bersama Muharram ini akan musnah, namun

sangkaku berbalas dengan rasional yang benar. Dia benar-benar telah meyakinkan aku…terima kasih,

Tuhan…

‘Abang, biar apa pun, abang tetap suami Faseh. Dan Faseh tetap isteri abang. Abang jaga diri baik-

baik di sarawak nanti. Faseh mohon abang restu tiap langkah Faseh sepanjang abang di sana nanti…

sampaikan salam Faseh pada Nana. Katakan padanya, Faseh pesan, “Jaga abang baik-baik”…salam

sayang, Fasehah’

   Air mata ku mengiringi hantaran pesanan ringkas itu. Bukannya aku tidak tahu, ujian Allah hanya

hadir pada sesiapa yang mampu sahaja. Jika aku tidak mampu menggalas asakan ujian ini, masakan

Allah mengujiku sebegini rupa. Dan bukan jua aku tidak tahu, Muharram bukanlah milik mutlak aku.

Dia masih milik Allah. Dan Allah jualah yang berhak menentukan hidupnya sedemikian rupa. Mungkin

benar dia tidak pernah berniat untuk memadukan aku. Biarlah…aku doakan dia bahagia di sana…

bersama madu ku…

Abang…

Dalam dada, ada bara cinta yang menyala

Dalam cinta, ada Faseh dan abang

Tiada siapa bisa merungkai rindu di jiwa

Dengan Iman, dapat kita membendungnya…

Abang, Faseh rindu…

Kau janjikan bahagia, namun kau hantui dengan gurauan berbisaKau janjikan setia, rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu…

Monolog hati, Fasehah binti Kamaruddin.

Page 16: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

Abang…baliklah…Faseh rindu nak tengok abang…Fika, anak sulung kita pun rindu nak tengok abang…Lagipun abang dah lama tak jenguk Fika,bang…Baliklah…Semalam Fika datang dalam mimpi Faseh…dia cakap, dia rindukan abang…Abang…Baliklah…

          **************************************************************************

   Muharram telah kembali bertugas di Semenanjung. Sudah sebulan pun dia kembali bertugas di sini. Namun entah mengapa jarang kakinya menjejak ke rumah ini. Jarang juga dia menghubungiku. Jika dulu ada juga dia pulang ke rumah dua kali dalam sebulan, namun kini payah benar hendak ku jejak bayangnya. Pada Nana, telah aku cuba untuk tanyakan khabar Muharram. Namun entah mengapa, dia juga tidak pernah menjawab panggilanku. Salahkah aku pada suamiku? Berdosakah aku pada maduku?

   Seingat aku, Muharram pernah memberitahuku yang Nana kini sedang hamil. Ah, aku tumpang kegembiraan itu, meskipun kandunganku sendiri sudah menginjak usia 8 bulan. Aku sedang sarat mengandung….ya, aku sedang sarat mengandungkan bukti cintaku pada Muharram. Alhamdulillah, meski Muharram jarang benar pulang ke rumah ini, namun aku sedaya upaya cuba menjaga kandungan ini. Setiap hari, aku tidak lupa mendengarkan ayat-ayat dari surat cinta Allah yang agung itu padanya. Setiap hari juga, tidak jemu aku melagukan surah Yusuf dan Maryam, agar anakku nanti bisa menjadi insan kamil, insan yang mampu menggegarkan dunia ini dengan semangat seorang mujahidah. Ah, ini anak aku dan Muharram…Tuhan, syukur ke atas segala nikmat yang Kau kurniakan…alhamdulillah…

   Malam itu, aku tertidur setelah penat mengemaskan bilik yang bakal menjadi bilik anak kecil ini. Aku tidak tahu Muharram berada di mana. Bukannya dia tidak tahu yang aku turut sama hamil. Ah, mungkin Nana lebih memerlukannya. Itu telahku. Tambahan pula kandunganku sedikit pun tidak pernah memberiku sebarang kesusahan. Cuma sesekali musim resah bertandang, bila aku mendapatkan pemeriksaan di hospital, pasti doktor yang merawatku pasti akan bertanyakan di mana suamiku. Suamiku…bagaimana aku harus menjawabnya sedangkan aku sendiri tidak tahu ke mana dia menghilang…

   Nada dering yang dikhaskan untuknya itu pun sudah terlalu lama tidak berlagu di telefon tanganku. Suara yang sering membuai aku dengan lagu cinta itu pun sudah lama benar tidak singgah di ruang dengarku. Adakalanya aku tertanya-tanya juga, apakah salahku kali ini sehingga Muharram mendiamkan diri begini. Namun, terus sahaja aku mencari ketenangan dengan bermunajat padaNya. Aku tak harus sentiasa merasa susah hati, ia akan memberi kesan pada kandunganku. Itu pesan Doktor Maria, doktor yang merawat aku selama ini. Ah, lagi sebulan…hanya sebulan lebih lagi anakku ini akan keluar menjengah dunia. Serasa tidak sabar ingin bertemankan senyuman cilik anakku ini…

Afikah Najua….itu nama yang akan aku berikan padanya nanti…semoga dia mampu menjadi seorang mujahidah seperti yang aku harapkan.

Fika…ummi sayang Fika…maafkan abuya, mungkin abuya sibuk, sayang…ummi tahu Fika pasti tertanya-tanya di mana abuya. Tapi ummi tahu, abuya sibuk. Nanti abuya balik jenguk kita ya, sayang…

Dan dengan pujukan yang aku reka sendiri itu, aku pun terlena…

Page 17: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

   “Kau sihat ke Faseh?” suara Fai itu benar-benar menggembirakan aku. Mengalir air mata kerinduan mendengarkan suaranya.

   “Alhamdulillah, aku sihat Fai. Anak angkat kau pun sihat jugak…” aku membalas, dengan esakan kecil.

   “Kau menangis ke Faseh?”

   “Eh, tak lah…”

        “Kau ni..nak tipu aku pun tak reti…sama la kau dengan Faqih ni. Selalu nak menipu aku…tapi tak pandai berlakon…” aku tergelak kecil. Kedengaran suara lelaki berdehem di belakangnya, pasti itu Faqih. Sahabatku…

        “Faseh…”

        “Ya, Fai…”

        “Aku balik Malaysia lagi 2 minggu. Aku cuti panjang. Sibuk Faqih nak bawak Firas jumpa mak angkat dia. Kau sibuk tak bulan ni?”

        “Lagi 2 minggu, Fai? Aku dah due waktu tu. Untung-untung kau boleh sambut Fika sama, Fai…”

        “Ye ke? Alhamdulillah…Faseh, Faqih nak cakap ni…” Faqih? Tuhan…                “Assalamualaikum sahabat…” suara itu…masih sama…

         “Alaikumussalam.”

         “Kaifa hal?”

         “Alhamdulillah…nta?”

           “Alhamdulillah aidhan. Muharram apa khabar?”

          “Urm…dia sihat, alhamdulillah.”

          “Nti jangan tipu ana. Betullah Fai cakap. Nti tak pandai menipu. Muharram tak balik dah lama, ya?” aku diam…

          “Ana dah tahu semuanya. Zaujah ana ni dah ceritakan pada ana. Maaflah, tapi ana berhak jugak nak tahu. Muharram tu         kawan ana jugak. Ana ada cuba contact dia tapi tak dapat. Takpelah, insyaAllah, nanti kami balik Malaysia kami tolong nti, bi’iznillah.” Aku masih lagi diam…

          “Faseh…” suara Fai pula…

         “Janganlan macam ni. Kami risaukan kau. Tu sebab sebenarnya kami nak balik Malaysia. Kalau ikutkan minggu ni dah nak balik, tapi Firas tak sihat. Dia asyik demam je sekarang ni. Maklumlah, dah nak masuk 2 tahun pun umur dia. Kau marahkan aku ke Faseh?”

         “Eh, tak lah…aku tak pernah marahkan kau, Fai…aku…entahlah…aku keliru, Fai…dah lama Muharram tak balik rumah ni…” sahabat…aku terlalu merindui suamiku itu…

Page 18: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

         “Sabarlah, Faseh. Ingat, asta’inu bissobri wassolah. Mintalah pertolongan melalui sabar dan solat. Kau jangan putus munajat pada Allah ye, Faseh?”

          “InsyaAllah, Fai. Syukran sangat-sangat. Syukur aku dikurniakan sahabat macam kau dan Faqih…”

          “Aku sentiasa bersama kau, Faseh. Lagipun kalau bukan kau yang jadi asbabnya, aku takkan jadi sayap kiri Faqih sekarang ni. Eh, Faseh, si Firas muntah. Oklah ye. Nanti aku call kau lagi. Assalamualaikum.”

          “Alaikumussalam.” Dan talian itu tamat di situ. Aku mengeluh kecil.

Fai…terima kasih…di saat aku memerlukan seseorang, kau hadir. Namun Muharram hingga kini tetap membisu. Aku sudah bingung untuk mencarinya. Jalan keluar yang aku cari bertemu jalan buntu, Fai. Aku terlalu rindukan Muharram. Tapi dia di mana…anak ini terlalu ingin bertemunya, Fai…walaupun Fika masih belum lahir, namun tak pernah sekalipun perut ini disentuhnya. Tidak pernah sekali pun tendangan Fika cuba dirasanya. Aku keliru, Fai…apa salah aku pada Muharram…aku cuba menghubungi Nana, namun dia seringkali mengelak untuk menjawab panggilanku. Aku tidak mahu bersangka buruk, Fai. Tapi sejauh manalah kesabaran ini tidak tergugat seandainya dengan terang jelas dia cuba menafikan hak aku sebagai isteri pertama Muharram? Fai…aku tak mampu menanggung semua ini keseorangan, Fai. Aku perlukan seseorang…aku perlukan kau, Fai…

‘sahabat, kuatlah! Seandainya badai menghalang laluanmu, seandainya ombak memusnahkan istanamu, bangunlah sahabat! Kau perlu kuat untuk Afikah Najua!’

   Pesanan ringkas yang aku terima dari Fai itu benar-benar meruntun hati. Aku menangis lagi…namun tendangan Afikah Najua sedikit membahagiakan aku. Dia seolah-olah mengerti akan perasaan aku. Fika, jangan tinggalkan ummi ya, sayang…kita sama-sama menentang badai ini nanti…

   Sejenak aku terkenangkan naqibahku sewaktu di kampus dahulu. Dia sering sahaja mengingatkan kami tentang mihnah dan tribulasi dalam kehidupan. Dia selalu sahaja memberikan kami bukti-bukti kebesaran Allah yang akan tiba di sebalik cubaan dan dugaan yang diberiNya. Dan seringkali itu juga manusia sering sahaja alpa dengan nikmat yang Allah berikan sewaktu senangnya.

Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan golongan yang bersyukur atas segala nikmatMu, Tuhan…

           *********************************************************************************

 2 bulan berlalu…

               “Faseh, bersabarlah…ada hikmahnya Allah takdirkan semua ini untuk kau…” suara Fai kedengaran jelas di telingaku.

Tuhan, apakah ini satu mimpi? Atau ia sekadar ujian yang hadir tika hambaMu ini hampir melupakanMu? Ya Allah, kurniakanlah hati yang sabar kepadaku, agar aku bisa menempuhi segalanya dengan kekuatan!

              “Faseh…jangan diam macam ni. Aku bimbangkan kau. Faqih pun sama. Firas dari tadi tanya kenapa ibu dia macam tu. Faseh, bangunlah. Ramai lagi yang sayangkan kau, Faseh. Jangan macam ni…” ah, suara Fai lagi. Mana Muharram? Mana suamiku itu? Di mana dia? Mana dia di saat aku memerlukannya ini? Ya Allah…apalah salahku pada suamiku itu…di mana dia?                           “Faseh…” ada esakan di hujung suara itu. Aku memandang wajah Fai. Dia menangis! Untuk

Page 19: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

apa? Bukan dia yang kehilangan anaknya! Bukan suaminya yang sudah lama menghilangkan diri! Bukan dia yang menanggung segala beban di hati! Bukan dia! Bukan dia!

             “Faseh…cakaplah…jangan diam macam ni…”suara itu lagi…aku rimas! Aku benci mendengar suara itu! Pergi! Pergi jauh dari diriku!

            “Faseh…bangun lah…sampai bila kau nak macam ni? Kau jangan fikirkan diri kau je, Faseh. Kau tak kasihankan Fika?”

Fika? Siapa Fika? Aku sudah tidak punya sesiapa. Aku hilang suami. Aku hilang anak. Aku sudah tak punya siapa!

   “Faseh…” suara itu masih beralun tangisan. Aku merenungnya lagi. Mengapa dia setia benar di sisiku sejak 2 bulan yang lalu? Bukankah dia punya kehidupannya sendiri? Bukankah dia punya keluarganya sendiri? Mengapa dia sentiasa berada di sisiku? Pergi!

   “Ukhti…” ah, suara lain pula. Aku berpaling ke arah suara itu. Ada kanak-kanak kecil di tangannya.

   “Ibu…” ibu? Siapa ibu?

         “Ukhti, bangunlah. Sampai bila nti nak macam ni? Mana Faseh yang ana kenal dulu? Mana mujahidah yang ana kenal dulu?” Faqih tegas mengatur bicara. Aku hanya memandangnya kosong. Anak kecil itu sudah mula memegang tanganku. Ah, aku serabut! Pergi!

          “Ibu…” aku memandang wajah kecil itu. Dia masih memegang tanganku. Serentak tu, aku rasakan ada air mata yang membasahi wajahku. Ah, anak kecil ini…Fika!

           “Faseh…bangunlah…jangan macam ni. Firas pun dah rindukan kau. Dah 2 bulan, Faseh…bangunlah…dah lama kita tak jenguk Fika…”

Fika! Kenapa Fika tinggalkan Ummi? Kenapa Fika ikut abuya tinggalkan Ummi? Ummi dah tak punya siapa lagi, Fika! Fika kan dah janji dengan ummi untuk sama-sama tunggu abuya balik? Kenapa Fika tinggalkan ummi? Fika! Kenapa Fika tak bawa ummi bersama…kenapa Fika tinggalkan ummi? Fika baliklah…kita tunggu abuya sama-sama. Abuya dah tinggalkan ummi. Fika pun nak ikut abuya ke? Fika…baliklah…ummi nak dengar Fika menangis lagi. Ummi belum sempat nak tengok Fika bertatih. Ummi belum sempat nak dengar Fika panggil Ummi lagi. Ummi belum sempat dengar Fika ketawa. Ummi belum sempat pegang Fika sepuas-puasnya. Kenapa Fika tinggalkan ummi? Kenapa Fika pergi? Kenapa Fika? Kenapa?

   “Fai…” aku akhirnya bersuara, sepenuh kudratku. Fai mengangkat wajahnya, dia memandangku. Tangannya kejap menggenggam tanganku.

   “Kenapa Fika tinggalkan aku?” aku terdengar esakan Fai menjawab soalanku itu. Aku tak inginkan esakan kau, Fai. Aku inginkan jawapan pada soalanku itu.

   “Fai…kenapa Fika tinggalkan aku?”esakan Fai masih memenuhi ruang tika itu.

   “Fai…jawablah…” Fai masih menangis.

   “Fai…mana Muharram?”

   “Faseh…kuatlah…bangun dari lamunan kau ni, Faseh!” Fai separuh menjerit. Aku tahu dia hilang sabar. Mengapa dia pula yang harus hilang sabar? Bukan dia yang diduga dalam cerpen ini. Tapi aku.

Page 20: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

Segalanya di pundak aku. Suamiku yang menghilangkan diri tanpa khabar. Anakku yang meninggalkan aku untuk selamanya. Bukan dia. Tapi aku. Mengapa dia yang hilang sabar?              ******************************************************************************

   “Abang kena cari Muharram.” Fai akhirnya memecahkan kebisuan yang ada ketika itu. Faqih mengeluh kecil.

   “Abang tahu. Abang tengah cuba. Faseh macam mana?”

        “Faseh macam tu jugak. Fai kasihankan dia, bang. Sampai bila dia nak macam tu?”

        “Sayang kena kuatkan dia. Saat-saat macam ni, dia dah tak ada orang lain. Dia perlukan sayang.”

         “Fai tahu…tapi…”

          “Sayang, dah lupa isi usrah kita dulu? Apa yang Saidina Ali katakan tentang sahabat? Apa yang Imam Ghazali katakan tentang adab bersahabat?”

          “Fai ingat…”

         “Sayang kena yakinkan dia tentang kuasa Allah. Sayang kena yakinkan dia dengan qada’ dan qadar Allah. Bangunkan dia, sayang. Sampai bila kita nak tengok sahabat kita macam tu.”

Sabda Rasulullah s.a.w: ‘Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah dan dia beriman dengan hari akhirat dan dia beriman dengan qada’ dan qadar Allah samada baik atau buruk, manis atau pahit’.

          “Fai…” suara aku mengejutkan mereka berdua. Fai segera mendapatkan aku.

          “Faseh…kenapa?” aku tahu Fai masih bimbang dengan keadaanku.

          “Fika datang dalam mimpi aku, Fai. Dia rindukan aku. Aku nak melawat dia.” Runtun hati Fai mendengarkan kataku itu. Dia menangis lagi. Aku sudah tidak mampu untuk menangis. Sejak Fika pergi, tidak henti-henti aku menangisi pemergian itu. Sejak Fika pergi, aku tidak pernah berhenti bersedih.

           “Nanti kita pergi ya, Faseh. Kita solat zuhur dulu…” aku mengangguk lemah. Serasa sudah terlalu lama aku melupakan Dia. Sedangkan aku tahu, daripada Dia datang segala ujian ini, dan seharusnya pada Dia juga aku meluahkan segalanya.

Ya Allah, ampunkan aku…sudah terlalu lama aku melupakan Engkau. Namun sedikit pun Engkau tidak pernah melupakan aku. Ampunkan dosaku, Tuhan…ampunkan aku…

          ***********************************************************************************

   “Nta menghilang ke mana selama ni?” Faqih tidak menunggu lama untuk melontarkan soalan. Sudah lama dia cuba menjejaki sahabatnya yang seorang ini. Ada riak bersalah di wajah Muharram.

   “Ana…ana takut nak jenguk Faseh, Faqih.” Akhirnya dia bersuara.

   “Nta takut? Apa maksud nta takut? Kenapa nta nak takut?” Faqih masih tidak berpuas hati.

Page 21: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

   “Ana dah lama sangat abaikan dia…” dia mengeluh. Berat keluhannya itu.

         “Oh, nta sedar. Ana ingatkan nta tak sedar. Kalau dah tahu macam tu, buat apa nta nak takut?” Faqih masih cuba menduga. Dia tidak menyangka sahabat yang sama-sama dengannya di medan dakwah berubah hingga begini. Tapi benarlah, hidayah itu milik Allah. Dia yang berhak memberi, dan Dia juga berhak menariknya semula.

         "Ana malu…”

        “Dayusnya nta ni.” Muharram berdehem.

        “Maaf. Tapi ana terpaksa cakap. Nta sanggup biarkan zaujah nta tanggung semuanya sendirian? Mana nta masa dia perlukan nta? Masa dia mengandungkan zuriat nta, ada nta bersama dia?”

         “Masa tu Nana pun mengandung.”

         “Nta kena ingat, Faseh dan Nana tu dua-dua zaujah nta. Tanggungjawabnya sama. Kalau Faseh sakit, nta kena hantar dia ke hospital. Sama jugak kalau Nana sakit.”

        “Ana pening, Faqih. Ana sayangkan keduanya.”

         “Tapi nta dulukan Nana?”

          “Ana sayang dua-dua, Faqih…”

         “Mana nta masa Fika meninggal? Nta tahu tak anak nta dah tak ada?”

           Muharram mengangguk lemah.

         “Oh…nta tahu. Tapi nta sanggup pulak tak menjenguk Faseh. Hampir gila meroyan zaujah nta tu!” suara Faqih mula meninggi.

          “Ana ada masa orang kebumikan Fika. Ana di luar tanah perkuburan…”

          “Heh, nta memang dayus, Muharram!”

          “Ana tak sanggup tengok Faseh.”

           “Tapi nta sanggup seksa Faseh?”

           "Ana sayangkan dia.”

          “Sayang apa kalau macam ni, Muharram? Mana Muharram yang ana kenal dulu?”

          Muharram masih bisu.

          “Nta ceraikanlah Faseh kalau macam ni. Tak patut nta gantung dia tak bertali.”

            “Ana sayangkan dia, Faqih.”

            “Mungkin nta tak layak untuk dia, Muharram. Biarlah dia bahagia. Lepaskanlah dia. Nta tak mampu nak pegang dua orang zaujah.” Dan dengan ayat itu, Faqih bangun meninggalkan Muharram

Page 22: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

keseorangan. Jauh di sudut hati lelakinya, dia menangis!

‘Maafkan abang, Faseh! Abang sayangkan Faseh!’ Namun kata-kata itu hanya terlafaz di hatinya sahaja, bukan di zahirnya…

Fika, anak ummi…Ummi harap, Fika sentiasa gembira di samping Dia. Ummi alhamdulillah sihat. Semalam, mama Fika dah pulang ke Plymouth bersama abah Fika, dan Abang Firas sekali. Mama masih ada baki satu semester di sana. Selepas ni, dia dah janji dengan ummi untuk terus tinggal bersama ummi. Tapi, segan pula pada abah, kan Fika? Abang Firas mesra memanggil ummi sebagai ibu. Mama dan abah ada menjenguk Fika kan semalam? Abang Firas tak dapat ikut. Katanya ingin menemani ummi di rumah. Abang Firas dah semakin nakal. Kalau Fika masih ada, mesti Fika pun akan nakal macam dia.

Fika, Alhamdulillah, semalam pun urusan ummi dan abuya selesai. Abuya dah dengan sah melepaskan ummi. Mungkin melepaskan abuya ke Sarawak bukan keputusan ummi yang tepat. Tapi, siapalah ummi untuk mempersoalkan takdirNya. Ummi redha, dan ummi pasrah. Mungkin ada hikmah yang masih belum ummi nampak. Pada abuya, ummi dah pesan untuk selalu menjenguk Fika. Kasihan juga pada abuya, dia tak sempat melihat wajah comel Fika. Walaupun ummi hanya sempat memegang Fika untuk setengah jam, sekurang-kurangnya ummi masih sempat menyentuh tubuh mulus Fika. Abuya mohon maaf dari ummi. Ummi dah lama maafkan abuya. Bagi ummi, segalanya suratan Allah. Ummi mahupun abuya pasti tak pernah ingin perkara ni berlaku pada kami. Dan kalau Fika nak tahu, anak abuya bersama Mama Nana pun, abuya namakan Afikah Najua…nama Fika…dia lahir sebulan selepas Fika pergi…nanti kalau Mama Nana izinkan, ummi bawa dia bertemu Fika, InsyaAllah.

Fika,Ummi dah mula mencari kerja. Ummi sedar, banyak lagi yang perlu ummi lakukan untuk agama kita. Mungkin Allah tarik Fika dari ummi untuk sedarkan ummi tentang itu. Kita kena bersangka baik pada Allah kan, Fika? Ummi minta kerja sebagai guru tadika. Semoga dengan cara itu, dapat mengubat rindu ummi pada Fika. Ummi cuma ralat, sebab ummi tak sempat nak ajar Fika sebut kalimah-kalimah Allah. Ummi nak sangat dengar Fika sebut ‘Bismillah’. Kalimah ‘ummi’ pun belum sempat ummi ajarkan pada Fika…

Fika,Abah ada hadiahkan ummi sebuah novel, karangan mama sendiri. Mama memang pandai mengarang. Dalam novel tu, mama letak ummi sebagai watak utama. Kata abah, itu doa mama. Supaya ummi pun bahagia macam watak dalam novel tu. Dalam novel tu, ummi ada Fika, dan ummi bahagia dengan abuya. Kata mama pula, mama doakan moga ummi bertemu abuya yang lebih baik dari abuya. Ummi hanya ketawa mendengar kata mama dan abah. Mereka memang pandai menghiburkan ummi. Ummi rasa Fika pun tahu masa Fika tinggalkan ummi dulu, abah dan mama lah yang kuatkan semangat ummi. Mereka tak putus-putus berdoa agar Allah kembalikan ummi. Ummi terhutang budi pada abah dan mama. Ummi doakan abah dan mama bahagia hingga ke akhir hayat, dan semoga mama dapat jadi ketua bidadari untuk abah di dyurga nanti. Kita sama-sama doa ya, Fika…

Fika,Bilik Fika dah ummi hiaskan macam yang abuya nak. Dia nak sangat bilik Fika berwarna biru langit, warna kegemaran dia. Kebetulan ummi pun sukakan warna biru. Katil Fika pun ummi dah warnakan dengan warna yang sama. Cuma ummi tak tahu nak belikan mainan apa untuk Fika…

Fika, Ummi sebenarnya rindukan abuya yang pernah ummi kenal dulu. Kami bercinta tak lama, Fika. Belum sempat kami lebih lama bercinta, dia dah tinggalkan ummi untuk ke sarawak. Dan selepas itu, bermulalah satu episod baru dalam hidup ummi. Ummi sebenarnya rindu nak dengar suara abuya

Page 23: Bahagia Itu Milikku Jua Akhirnya

menyanyikan lagu kami. Ummi rindu nak dengar abuya panggil ummi sayang macam dulu. Ummi rindu nak baca sms abuya mengatakan dia rindukan dan sayangkan ummi macam dulu. Dulu, sebelum abuya pergi mana-mana dia mesti sms ummi. Sebelum dia pergi meeting, dia mesti sms ummi. Dia sanggup tidur lambat kalau dia tahu ummi masih banyak kerja. Dia sanggup temankan ummi berjaga. Ummi rindu nak tidur di lengan abuya. Ummi rindu nak tidur sambil didodoikan abuya. Tapi sekarang semua tu dah tak ada. Abuya dah hilang. Abuya dah bawak pergi semua kenangan tu. Ummi tak sanggup nak lepaskan kenangan tu. Sebab bagi ummi, itu je yang ummi ada untuk ingat abuya. Tapi, walau semanis dan seindah mana pun kenangan tu, abuya tetap dah pergi. Sampai bila ummi nak diulit kenangan tu? Tapi Fika, ummi sayangkan kenangan tu…

Fika,Dah lewat ni. Dah dekat 3 pagi pun. Ummi ada temuduga lagi esok. Fika doakan ummi, ya? Ummi rindukan Fika…tapi ummi tak pernah sunyi, sebab ummi tahu Fika selalu ada di sisi ummi.

Fika,Mahligai itu milik kita…milik ummi dan Fika…

Ummi sayang Fika…

TAMAT