kemahiran yang saya pilih iaitu kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang bagi tunjang...

7
PENULISAN PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN MIKRO 27

Upload: anis-syamimi

Post on 06-Feb-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran yang saya pilih iaitu kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang bagi tunjang kecergasan adalah sangat sesuai kerana ianya dapat melatih bagi membentuk koordinasi mata

PENULISAN PENAMBAHBAIKAN

PENGAJARAN

MIKRO

27

Page 2: Kemahiran yang saya pilih iaitu kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang bagi tunjang kecergasan adalah sangat sesuai kerana ianya dapat melatih bagi membentuk koordinasi mata

PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN MIKRO

(NURUL ANIS SYAMIMI BINTI MAT ASRI)

Kemahiran yang saya pilih iaitu kemahiran membaling dan menyambut pundi

kacang bagi tunjang kecergasan adalah sangat sesuai kerana ianya dapat melatih bagi

membentuk koordinasi mata dengan tangan murid-murid agar lebih tepat.Hal ini sangat

penting bagi permulaan acara-acara sukan yang melibatkan kemahiran-kemahiran

seperti ini.Contohnya bola jaring ,bola baling. Bola kerangjang dan ragbi.Aktiviti

kemahiran membaling dan menyambut ini juga dapat membantu murid-murid untuk

memahami pergerakan-pergerakan yang betul dan daya yang diperlukan agar balingan

dan teknik menyambut lebih lancar dan sangat menarik disamping memberi kelebihan

sekiranya ianya selalu dipraktikkan.

Semasa proses pelaksaan pengajaran mikro ini berlansung,saya dapati murid-

murid sangat seronok dan efektif untuk menjalani dan mempraktikkan kemahiran yang

kami ajarkan.Hal ini berkemungkinan alatan yang kami sediakan mencukupi serta

lengkap bagi mengelakkan murid-murid bosan menunggu.Dengan memjalankan aktiviti

membaling dan menyambut secara berpasangan bagi masa perkembangan,mereka

dapat melakukan aktiviti secara berterusan tanpa perlu menunggu giliran.Walau

bagaimanapun aktiviti ini selalu kami pantau agar setiap pergerakan yang dilakukan

oleh murid-murid betul dan tepat.

Apabila murid sudah mula yakin dan dapat membuat balingan serta cara

menyambut dengan betul,kami cuba jarakkan sedikit jarak hantaran agar lebih jauh.Hal

ini bertujuan agar dapat memberi cabaran serta menguji kebolehan murid-murid agar

mereka dapat melakukan gerakkan waluapun berlakunya perubahan jarak.Sepanjang

aktiviti ini berlansung,didapati ada sebilangan murid-murid yang kurang berkemahiran

dan tidak dapat menyambut pundi kacang dengan betul.Hal ini berkemungkinan kerana

27

Page 3: Kemahiran yang saya pilih iaitu kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang bagi tunjang kecergasan adalah sangat sesuai kerana ianya dapat melatih bagi membentuk koordinasi mata

tahap koordinasi tangan dan mata mereka kurang dilatih menyebabkan tangan mereka

sangat lambat bertindak untuk menyambut pundi kacang yang telah dibaling oleh

pasangan mereka.Bagi menyelesaikan permasalahan ini,kami membuat beberapa

ulangan aktiviti dan memberi penerangan dengan lebih mendalam terutamanya kepada

individu yang mengalami masalah dalam kemahiran ini.Akhirnya setelah diberi

penambahbaikkan tersebut,mereka sudah mula menunjukkan perubahan yang positif

walaupun masih ada beberapa pergerakkan mereka yang kurang lancar.

Seterusmya,kami bergerak pada aktiviti perkembangan yang seterusnya iaitu

membaling pundi kacang ke dalam gelung.Kami memilih aktiviti ini kerana ianya sangat

membantu dari segi aspek koordinasi murid-murid.Hal ini juga turut memberi cabaran

kepada mereka agar mereka lebih fokus sekaligus dapat memperbaiki koordinasi

mereka agar menjadi lebih baik.Namun begitu,terdapat beberapa kelemahan semasa

aktiviti ini dijalankan iaitu gelung itu bergerak dan menyebabkan pundi kacang itu tidak

dapat mengenai gelung dengan tepat.Hal ini terjadi kerana apabila pundi kacang itu

terkena gelung,ia akan bergerak kerana gelung itu terlalu ringan dan permukaan pada

ketika itu juga licin.Hal ini sangat menyukarkan murid-murid untuk membaling pundi

kacang tersebut ke dalam gelung.Buktinya,semasa aktiviti ini dijalankan mengikut

kumpulan,kesemua pundi kacang tidak berjaya dimasukkan ke dalam gelung bagi

kumpulan 3.Bagi kumpulan 1 dan 2 pula.hanya sebagian sahaja yang berjaya

memasukkan pundi kacng ke dalam gelung.Selain itu,kami dapati jarak yang kami

gunakan adalah terlalu jauh dan tidak bersesuaian dengan prestasi murid pada ketika

itu.kami juga sedar akan peranan jarak adalah satu faktor bagi menghasilkan satu

balingan yang tepat ke dalam gelung.Sepatutnya kami perlu menggunakan kaedah

jarak secara ansur maju iaitu daripada dekat kepada jauh atau menggunakan jarak

yang dekat sahaja ketika aktiviti tersebut berlansung memandangkan murid-murid

masih lagi belum mahir.

27

Page 4: Kemahiran yang saya pilih iaitu kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang bagi tunjang kecergasan adalah sangat sesuai kerana ianya dapat melatih bagi membentuk koordinasi mata

Oleh sebab murid-murid kebanyakannya tidak dapat membuat balingan dengan

tepat,kami mengulangi aktiviti ini sekali lagi dengan beberapa penambah baikkan iaitu

dengan mengawal gelung daripada bergerak.caranya adalah dengan memijak gelung

tersebut agar murid dapat menumpukan fokusnya terhadap gelung.Hasilnya,murid-

murid sudah mula menunjukkan reaksi yang positif iaitu jumlah pundi kacang yang

masuk ke dalam gelung dan yang hampir dengan gelung semakin meningkat.Hal ini

turut menjadikan mereka lebih ceria dan bersungguh dalam melakukan aktiviti kerana

tiada masalah dari segi ketepatan fokus mereka.

Bagi aktiviti kemuncak,Kami telah menyediakan satu permainan yang melibatkan

dua kumpulan.Akiviti yang kami terapkan ini tetap mempunyai peranan yang sama iaitu

bagi membantu koordinasi mereka untuk menyambut dan membaling pundi

kacang.Setiap pasukan mestilah berusaha memasukkan pundi kacang ke dalam gelung

seberapa banyak yang boleh.Permainan ini juga kami dedahkan kepada corak

permainan bola baling ataupun bola jaring iaitu dengan membaling pundi kacang

kepada rakan –rakan sepasukan untuk dimasukkan kedalam gelung.Mereka juga perlu

menyambut pundi kacang dengan betul.sekiranya berlaku kesilapan seperti pundi

kacang itu terlepas dari tangan,pundi kacang tersebut perlu diberikan kepada pasukan

lawan untuk meneruskan permainan.

Sepanjang permainan ini berlansung,terdapat beberapa kelemahan yang kurang

memuaskan antaranya adalah faktor kawasan.Kami telah menggunakan kawasan yang

sempit dengan jumlah pelajar yang agak ramai.Hal ini menyebabkan pergerakan

mereka untuk bermain menjadi terhad dan padat.Pelajar juga tidak dapat membuat

balingan yang betul dan balingan yang mereka lakukan menjadi kurang tepat.Hal ini

berkemungkinan kawasan yang terlalu sempit menjadikan mereka sukar

mengaplikasikan kemahiran dalam permainan tersebut akibat gangguan yang terlalu

dekat oleh pihak lawan.

27

Page 5: Kemahiran yang saya pilih iaitu kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang bagi tunjang kecergasan adalah sangat sesuai kerana ianya dapat melatih bagi membentuk koordinasi mata

Kelemahan yang kedua adalah masa permainan yang dijalankan adalah agak

singkat dan menyebabkan murid-murid tidak puas untuk bermain.Masa yang singkat

juga menyebabkan murid-murid sukar untuk menambah mata mereka.Buktinya

pasukan B tidak dapat mengumpul sebarang skor sepanjang masa permainan

dijalankan walaupun sudah bertukar gelanggang.Oleh itu,kami telah menambah jumlah

masa iaitu masa tambahan sebanyak 2 minit agar murid-murid dapat bermain dan

mengaplikasikan kemahiran dengan sempurna dan berpuas hati dengan mata yang

mereka mampu perolehi.

Namun begitu,terdapat beberapa kelebihan yang kami kira adalah yang terbaik

sepanjang aktiviti permainan tersebut dijalankan.Antaranya adalah kami telah

menyediakan kain atau reben untuk diikat pada pinggang peserta bagi membolehkan

mereka mengenali pasukan masing-masing.Kami bekalkan reben bewarna merah

kepada pasukan A dan reben bewarna jingga kepada pasukan B.Hal ini membantu

mereka mengenali pasukan masing-masing sekaligus memudahkan mereka membaling

pundi kacang kepada rakan-rakan sepasukan.

Kami juga yakin dengan aktiviti yang kami jalankan bukan sahaja dapat membentuk

kemahiran membaling dan menyambut malah turut melatih mereka agar menggunakan

pemikiran mereka agar menjadi lebih kreatif.Contohnya dalam merancang strategi

permainan agar mereka mendapatkan mata bagi pasukan mereka.Hal ini jelas

membantu murid-murid dalam aspek berfikir yang sememang penting dalam setiap

aspek pembelajaran.Oleh itu jelaslah bahawa permainan sangat penting untuk

meransang pemikiran murid-murid agar ianya terus berkembang dengan sihat dan

cerdas.

27