sejarah pendidikan jasmani - welcome to...

24
SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI PENGENALAN Aktiviti-aktiviti PJ terdiri daripada aktiviti yang melibatkan kemahiran psikomotor iaitu lokomotor seperti berjalan, melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk kehidupan. Kemahiran-kemahiran ini seterusnya digunakan dalam aktiviti permainan dan sukan seperti olahraga, mendaki dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti fizikal dalam PJ mempunyai hubungan rapat dengan sukan. Permainan-permainan kecil yang dijalankan dalam aktiviti PJ merupakan lead-up games kepada sukan. Ia bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Oleh itu aktiviti-aktiviti PJ digabungjalinkan dengan sukan, rekreasi dan kesihatan. SEJARAH UMUM PERKEMBANGAN SUKAN

Upload: hoangliem

Post on 07-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN

Aktiviti-aktiviti PJ terdiri daripada aktiviti yang melibatkan kemahiran

psikomotor iaitu lokomotor seperti berjalan, melompat, membaling dan

menyambut merupakan kemahiran asas untuk kehidupan. Kemahiran-kemahiran

ini seterusnya digunakan dalam aktiviti permainan dan sukan seperti olahraga,

mendaki dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti fizikal dalam PJ mempunyai hubungan rapat dengan sukan.

Permainan-permainan kecil yang dijalankan dalam aktiviti PJ merupakan lead-up

games kepada sukan. Ia bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku

dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Oleh itu aktiviti-aktiviti PJ

digabungjalinkan dengan sukan, rekreasi dan kesihatan.

SEJARAH UMUM PERKEMBANGAN SUKAN

Bagaimana sukan wujud?

Sejak kuno lagi, menusia telah melakukan aktiviti sukan terutamanya pada zaman

itu ialah ‘survival’. Contoh aktiviti survival seperti berlari, melompat, memburu,

berenang, melontar batu dan lembing.

Page 2: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

Asal usul kebanyakan aktiviti sukan adalah hasil dari hasrat manusia untuk hidup

dan percaya bahawa aktiviti fiziakal ini dapat mempertahankan diri dari musuh

dan menyara diri.

Selain itu, sukan juga wujud hasil dari kepercayaan masyarakat. Contohnya

masyarakat Zunis percaya dengan ‘permainan hujan’ mereka akan mendapat

hujan.

Sukan juga merupakan satu upacara keagamaan iaitu dari zaman pra-sejarah

hingga zaman klasik sudah wujud hubungan antara sukan dengan upazara

keagamaan. Contohnya, di zaman Greece, sukan olympic diadakan bagi

menghormati Dewa Zeus.

Aktiviti sukan seperti memanah, berkud, gusti dan berpedang wujud hasil dari

keperluan mempertahankan diri. Dengan itu manusia mencipta berbagai jenis alat

dan aktiviti sukan berunsur ketenteraan untuk menghasilkan tentera yang kuat dan

sihat.

Page 3: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

PENDIDIKAN JASMANI DALAM TAMADUN TIMUR

CHINA

Tumpuan tersekat kerana masyarakat memberatkan hal-hal agama dan intelektual.

Kekuatan fizikal diabaikan kerana tidak ada keperluan ketenteraan.

Bukti dalam buku klasik mengatakan anak-anak muda dari golongan kaya terlibat

dalam muzik, tarian, seni pertahankan diri, memanah, gusti, tinju, bola sepak,

polo, tarik tali, bulu tangkis dan layang-layang.

Kepercayaan orang cina tentang penyakit oleh kekurangan alat fizikal telah

mewujudkan kumpulan gimnastik dan kungfu pada 2698 SM.

INDIA

• Seperti China, orang India mementingkan kehidupan berasaskan agama dan

bukan fizikal. Bukti aktiviti fizikal termasuk bermain dadu, membaling bola,

lumba kereta kuda, menunggang kuda, berpedang, tinju, gusti dan menari.

TIMUR DEKAT PURBA

( Mesir, Assyria, Babylonia, Syiria, Palestin dan Parsi )

• Masyarakat ini terkonkong dengan agama dan percaya aktiviti fizikal dapat

membantu individu hidup dengan lebih bermakna.

Page 4: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

• PJ diberi galakan terutama dari pihak tentera yang berpendapat individu cergad

dapat membentuk askar yang kuat.

• Remaja di Mesir dilibatkan dengan akviviti fizikal dan diajar tentang alatan

perang seperti pemukul, panah, lembing dan perisai.

• Antara aktiviti yang dipelajari ialah kawad kaki, gusti, gimnastik, memancing dan

memburu.

• Di negara yang berdekatan dengan Sg. Tigris dan Sg. Euphrates, PJ ditegaskan

kepada golongan berada sahaja. Aktiviti adalah seperti menunggang kuda,

memanah dan aktiviti air.

• Di Parsi pula, PJ penting kepada tentera. Raja Cyrus menekankan pelajaran moral

dan pelaziman fizikal untuk ahli tentera. Kanak-kanak lelaki yang berumur 6

tahun dilatih untuk berlari, memanah, merejam lembing, menunggang kuda,

kawad dan memburu.

YUNANI (GREECE)

Yunani purba terbahagi kepada beberapa negara-negara kota antaranya ialah

Sparta dan Athens yang mempunyai objektif PJ yang berbeza.

Di Sparta objektif PJ menyumbang ke arah pembentukan tentera yang kuat.

Di Athens objektif PJ berdasarkan prinsip demokrasi dan ketenteraan tidak

penting.

Orang Athens melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bagi tujuan membina tubuh

badan dan untuk pembangunan moral, mental, fizikal dan estetik.

Page 5: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

Empat peristiwa yang terkenal di zaman Yunani ialah :

Perayaan olimpia – mengingati Dewa Zeus

Perayaan Pythia – mengingati Dewa Apollo

Perayaan Memea – Mengingati Dewa Seus

Perayaan Isthmia – Mengingati Dewa Poseidon

Dalam perayaan di atas acara olahraga adalah aktiviti utama.

Sukan Olimpik pertama diadakan pada 776 SM dan dilangsungkan setiap 4 tahun

sehingga dimansuhkan Rom pada 394 M.

ROM

Mempercayai senaman penting untuk kesihatan & ketenteraan walaupun tidak

menganggap permainan sebagai rekreasi.

Individu berumur 17-60 tahun dikerah berkhidmat dalam ketenteraan dan latihan

fizikal adalah penting.

Mementingkan ‘profesionalisme’ berbanding dengan sifat amatur.

Aktiviti seperti pertarungan kereta kuda, pertarungan pendekar bersenjata dan

manusia lawan binatang buas amat digemari oleh masyarakat rom.

Page 6: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PERTENGAHAN

PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN GELAP

Kerajaan Rom runtuh pada kira-kira 476 M dan tempoh selepas itu dianggap

sebagai zaman gelap.

Rom mengalami kejatuhan disebabkan keruntuhan moral dan fizikal dikalangan

rakyat mereka.

Pada zaman ini terdapat dua pengaruh negatif terhadap PJ iaitu kewujudan

asetisisme dan skolastisisme.

Asetisisme mementingkan hidup selepas mati dan aktiviti fizikal dianggap usaha

yang sia-sia kerana tubuh badan adalah buruk.

Mereka menganggap badan dan otak (minda) adalah 2 entiti yang berlainan.

Kesannya adalah Sukan Olimpik pada 394 M dihapuskan oleh Raja Theodosius

kerana dianggap pagan.

Skolastisisme pula percaya bahawa fakta (ilmu) adalah penting dalam pendidikan

iaitu untuk memperkembangkan mental dan meningkatkan kuasa intelektual.

Page 7: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN FEUDALISME

Antara abad ke-9 hingga 14 M, kerajaan adalah lemah dan menyebabkan

munculnya feudalisme.

Rakyat bergantung kepada golongan kaya dan anak bangsawan sahaja untuk

menjadi paderi ataupun kesatria (knight).

Kanak-kanak berusia 7 tahun dihantar untuk berlatih tinju, berlari, melompat,

berenang dan berpedang bagi menjadi kesatria.

Pada umur 14 tahun, kanak-kanak tersebut akan ditugaskan sebagai pembantu

kesatria(squire) dan latihan fizikal diteruskan.

Jika bernasib baik kanak-kanak itu akan menjadi kesatria pada umur 21 tahun.

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PEMBAHARUAN

Zaman ini adalah antara zaman gelap dan permulaan zaman moden dari abad ke-

14 hingga ke abad ke-16.

Merupakan zaman perkembangan pesat manusia dalam akademik dan

penggunaan sains.

PJ diberi penghormatan kerana mental dan fizikal dianggap sebagai 2 entiti yang

tidak boleh dipisahkan dan pembelajaran dapat ditingkatkan dengan tubuh badan

yang sihat.

Page 8: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

PENDIDIKAN JASMANI NEGARA-NEGARA EROPAH

JERMAN

Berkait rapat dengan Basedow (1723-1790), Guts Muths (1759-1839), Jahn

(1778-1852) dan Spiess (1810-1858).

Basedow merupakan pengasas sekolah ‘Philanthropinum’ yang mengutamakan

program pendidikan jasmani seharian untuk pelajar.

Aktiviti lain termasuk berlari, melompat, berenang, berpedang, menunggang

kuda, meluncur dan kawad kaki.

Guts Muths pula menyumbangkan karya-karya seperti ‘Gymnastics for the

young’ dan ‘Games’.

Beliau juga dianggap sebagai pengasas PJ moden di Jerman berdasarkan

sumbangannya.

Jahn merupakan pencipta alatan PJ seperti alat untuk melompat, lombol,

imbangan, berlari dan memanjat.

Spiess pula merupakan pengasas sekolah gimnastik yang mementingkan

pembangunan mental, emosi, fizikal dan sosial.

Di bawah pengaruhnya menyebabkan PJ diletak dibawah sistem pendidikan

rendah dan menengah.

Beliau juga dianggap sebagai pengasas prinsip ansur maju dalam program PJ.

Page 9: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

SWEDEN

Per Henrik Ling(1776-1839) banyak menyumbang dalam bidang PJ di Sweden.

Beliau menganggap PJ sebagai mata pelajaran sains.

Beliau turut mengaplikasikan sains anatomi & fisiologi untuk menentukan apa

yang wujud dalam aktiviti fizikal yang mebolehkan tubuh berfungsi pada tahap

optimum.

Beliau juga menyumbang kepada menentukan kesan latihan terhadap jantung dan

sistem organik lain.

Turut mewujudkan 3 kategori gimnastik di institut gimnastiknya yang bernama

‘The Royal Central Institute Of Gymnastics’ di Stockholm.

1) Gimnastik pendidikan

2) Gimnastik tentera

3) Gimnastik perubatan

Beliau percaya terhadap prinsip asas perbezaan individu dalam aktiviti senaman.

DENMARK

Tokoh PJ di Denmark ialah Franz Nachtegall (1777-1847). Pada tahun 1804

beliau menubuhkan Military Gymnastic Institude.

Page 10: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

Selepas Perang Ausria dan Pnissia dalam tahun 1864, minat rakyat terhadap

gimnastik muncul semula dan Danish Rifle Clubs ditubuhkan. Ahli-ahli kelab ini

melibatkan diri dalam gimnastik dan permainan.

Pada tahun 1904 gimnastik di sekolah-sekolah diasingkan dari gimnastik

ketenteraan. Pada tahun 1921, Niles Bukh mencipta gimnastik yang dipanggil

‘primitif Gymnastiks’. Ia merupakan latihan latih tubi otot-otot besar yang

dilakukan dengan pantas dan dengan rythm. Gimnastik juga mempengaruhi

negara Eropah dan Amerika

GREAT BRITAIN

Sumbangan besar dalam program sukan seperti pendidikan pergerakan, tenis

(abad ke-13), hoki (abad ke-15), golf (abad ke-16) dan kriket (abad ke-17).

Maclaven (1820-1884) melalui kerjanya menegaskan : -

Senaman fizikal perlu untuk perkembangan optimum.

Latihan fizikal dan latihan mental tidak dapat dipisahkan.

Latihan prinsip ansur maju.

Latihan disuaikan ikut perbezaan tahap kecegasan Individu.

Pendidikan Jasmani harus menjadi sebahagian daripada kurikulum.

Page 11: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

PENDIDIKAN JASMANI DI AMERIKA SYARIKAT

• 1607-1783, Pendidikan Jasmani tidak diberi perhatian.

• 1784-1861 (zaman nasionalisme), pendidikan jasmani mendapat tempat yang

penting dalam masyarakat.

• Latihan fizikal diajarkan program di akademi tentera.

• 1882, banyak gimnasium dibina dan menjadi tumpuan ramai.

• 1900 (zaman perang saudara), acara gimnastik diperkenalkan dan dipercayai

boleh memupuk kekuatan serta otot-otot besar. Juga dapat meningkatkan

kesihatan, sahsiah sosial serta moral.

• Dr. Levies (1861), membentuk latihan-latihan guru dan sekolah pendidikan

jasmani di Boston.

• Perkembangan sukan mula berkembang. Persatuan tenis (1880), persatuan golf

(1894), persatuan olahraga amatur kebangsaan (1879).

• 1850, Pendidikan jasmani dijadikan kurikulum di sekolah rendah dan menengah.

• Persatuan taman permainan & rekreasi Amerika (1960) bertujuan membangunkan

taman permainan di bandar dan luar bandar.

• 1920-1929, ‘golden twenties’ PJ menyumbang kepada ‘the whole individual’ bagi

membentuk fizikal, mental dan sosial.

• 1930-1939, “depression years”. PJ dimansuhkan dalam pendidikan kerana

masalah kewangan. Tumpuan lebih kepada dalam bidang rekreasi.

• 1940-1970, PJ kembali penting. Artikel “Musculer fitness and Health” (1953)

mencetus pergerakan latihan fizikal.

Page 12: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

• Presiden Eisenhower (Julai 1955) mengadakan perbincangan tentang masalah

kecergasan.

PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

ZAMAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

• Tiada pendidikan formal, pendidikan jasmani tidak jelas kedudukan dalam

pendidikan.

ZAMAN KERAJAAN BRITISH (1786-1941)

Sekolah Vernakular Melayu (kurun ke-19), latihan jasmani diajar di darjah 1-4

sahaja. Selepas itu diajar di ‘Special malay Class”.

1856, di ajar 2 buah sekolah di Singapura.

Sekolah Vernakular Cina (1815), Pj diajar sebagai mata pelajaran lain.

Tidak diajar di Singapura, KL, Ipoh, Muar, P. Pinang (1923-1925).

1930, di ajar sekolah menengah atas, sekolah Chung Ling (P. pinang).

Page 13: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

ZAMAN SEBELUM MERDEKA

Usul-usul membina sukatan pelajaran bermula pada 1930 berdasarkan sukatan di

England.

1946, satu sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani ditubuhkan oleh Maktab Sultan

Idris di Tanjung Malim, Perak.

1952, sekumpulan guru dihantar ke Kibly, England untuk mempelajari kaedah

pengajaran PJ.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA

1950, Sukatan dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjong Malim,

Perak dan digunakan secara menyeluruh.

Sentiasa ada pindaan dan penambah baikan sehingga kini.

SEJARAH OLIMPIK

Sukan Olimpik

• Ianya diadakan pada tahun 776 SM dan seterusnya diadakan empat tahun sekali.

Ia diadakan sempena menghormati Dewa Zeus dan acara-acara sukan seperti

lumba lari, gusti, tinju, ‘chariot-race’, lumba kuda dan pentathlon. Acara-acara

pentathlon ialahlompat jauh, lumba lari jarak dekat, membaling cakera, merejam

lembing dan gusti.

Page 14: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

• Sukan Olympik ini dihapuskan dalam tahun 394 A.D oleh Emperoe theodosius

yang beragama kristian. Ia menganggap sukan ini mempunyai unsur-unsur

keagamaan yang bertentangan dengan ajaran kristian.

Olimpik moden

• Ditubuhkan pada tahun 1896 oleh Baron Pierre de Coubertien (1863-1937). Ia

berharap sukan ini dapat mendamaikan seluruh rakyat sejagat dan dapat

menghidupkan semangat sukan di Perancis.

• Pada tahun 1894, jawatankuasa Olympik Moden ditubuhkan setelah persidangan

di Paris dan Greece merupakan negara pertama menjadi tuan rumah. Acara-acara

yang dipertandingkan ialah 12 acara padang dan balapan, 4 acara renang, gusti

angkat berat, 6 acara berbasikal, 3 acara fencing, 8 acara gimnastik, 4 acara

menmbak dan acara tenis berseorangan dn perpasangan.

• Pada tahun 1900, beberapa acara baru dimasukkan iaitu mendayung, yathing, polo

air, golf, memanah, tarik tali dan acara tenis dan golf bagi kategori wanita.

Page 15: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

SINOPSIS PERKEMBANGAN SUKAN

Zaman Primitif

Sejak zaman ini lagi, manusia telah melakukan aktiviti-aktiviti sukan seperti berlari,

melompat, berenang dan melontar batu-batu dan lembing. Aktiviti ini adalah satu

survival dan menjadi sebahagian keperluan masyarakat pada masa itu.

Zaman Tamadun

Setelah masyarakat menjadi lebih tamaddun, keperluan-keperluan kehidupan turut

berubah dan mereka memerlukan kemahiran yang lebih ‘refine’. Dengan mesyarakat

yang sudah bertamaddun ini berkembanglah beberapa era dalam sukan.

Sukan Di Zaman greece

Di zaman Greece aktiviti sukan berpandukan konsep ‘body beautiful’. Sukan ketika

ini mempunyai unsur keagamaan dan sebahagian daripada upacara keagamaan adaalh

memuja Dewa Zeus. Sukan Olympik mula diakan di Greece pada 776 SM dan

terdapat peningkatan dalam proses P&P kebudayaan fizikal.

Sukan Di Zaman Sparta

Aktiviti sukan lebih kepada untuk tujuan ketenteraan. Perkembangan ini juga berlaku

di Greece dan Rom dan aktiviti sukan yang dijalankan seperti Lumba lari, gusti, tinju

Page 16: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

Sukan Di Zaman Rom

Selepas orang-orang Greece, orang Rom membawa profesianalisma ke bidang sukan

secara besar-besaran. Pertandingan ‘gladiator’ dan chariot-race’ menjadi kegemaran

rakyat Rom.

Sukan Di Zaman Pertengahan

Selepas kejatuhan empayar Rom, negara2 eropah menjadi lemah dan kucar-kacir.

Setelah sistem sosial di eropah luput, tinbul sistem feudal. Masyarakat dibahagi

kepada glongan feudal(bangsawan), gereja(clergy), petani(nerf) dan solfdahu. Pihak

gereja menentang akan permainan dan sukan. Di zaman ini terdapat banyak institusi-

institusi untuk meletak ‘knight’.

Sukan Di Zaman Pembaharuan

Zaman Pembaharuan merupakan zaman kebangkitan dan kemajuan. Ianya juga

adalah zaman perkembangan sukan untuk rakyat jelata. Pada 1896, sukan olimpik

Moden diadakan di greece.

Sukan Di England

Sukan di England menjadi satu kebudayaan kepada orang-orang England. Keadaan

iklim membolehkan mereka mengambil bahagian dalamgerakerja di luar. Penubuhan

‘Public school’ pada abad ke 18 mempengaruhi perkembangan sukan di England dan

lahirlah ‘organisal games’.

Page 17: SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI - welcome to …mohdrizalmohtarmsu.weebly.com/uploads/3/8/2/7/38277735/... · Web view... melompat, membaling dan menyambut merupakan kemahiran asas untuk

Gimnastik Di Jerman, Sweden Dan Denmark

Friedrich Ludwig Jahn merupakan tokoh gimnastik yang bertanggungjawab

ke atas penubuhan turnverien di Jerman. Zaman ini merupakan era turnplatz. Selepas

Jahn, Adolf Spiess melanjutkan kegiatannya. Pergerakan turnplatz berkembang ke

Sweden, denmark dan negara-negara lain. Konsep gimnastik moden tercetus dari

turnplatz.

Apabila Adolf Hitler berkuasa(1993) ia memperkenal-kan ‘Hitler youth

Movement’. Pergerakan belia ini memberi tumpuan kepada latihan ketenteraan.

Di Sweden pula, Per Hendrick Ling memperkenalkan ‘sweden Gymnastic’. Ia

memberi penekanan pada aspek perubatan dan pemulihan.

Di Denmark seterusnya, tokoh gimnastik terkenal ialah franz Nachhtegall dan

Niels Bukh. Niels Bukh memperkenalkan ‘Primitif gymnastic’.