kemahiran menyoal

19
KEMAHIRAN MENYOAL Pendahuluan Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru. Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )

Upload: siti-zainah-ismail

Post on 28-Nov-2015

22 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

menyoal

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN MENYOAL

KEMAHIRAN MENYOAL

Pendahuluan

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah

satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas

daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang

disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara

langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.           

            Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan

daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk

memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.

Selain itu,  menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan

menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan

kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus

memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan

soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik

( Groisser, 1964 : 193 )

 OBJEKTIF PENYOALAN

            Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan

memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu

untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa

orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul

seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk

berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.

Page 2: KEMAHIRAN MENYOAL

            Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas

tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan

penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap

soalan mesti ada objektifnya iaitu:

a)      Menggerak Minda Murid

Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal

jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis

terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh

menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab

dijalankan.

b)      Menilai Pemahaman Pelajar

Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan

sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c)      Membimbing Pelajar

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan

jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan

jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang

memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar

menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.

 d)     Merantas Pembelajaran

Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa.

Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam

Page 3: KEMAHIRAN MENYOAL

sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 :

181 )

e)      Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi

Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan,

penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215)

f)       Mengekalkan Perhatian Murid

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan

pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang

berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan

semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar

terbabit( Zawawi, 1988: 215 )

g)      Mengeratkan Interaksi

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid

dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid

penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )

Objektib yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru

menggunakan tekni menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan

menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan

lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih

berkesan.

  ARAS-ARAS PENYOALAN

Page 4: KEMAHIRAN MENYOAL

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru

hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom

dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective” membahagikan enam

peringkat aras-aras penyoalan:

۞  Pengetahuan

۞  Kefahaman

۞  Aplikasi

۞  Analisis

۞  Sintesis

۞  Penilaian

            Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan

Ugama  Islam di sekolah-sekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru

mengajar pelajaran Tauhid,  dalam tajuk khas Ilmu Tauhid. Guru boleh

menggunakan soalan dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut:

PENGETAHUAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat

kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama

yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan,

terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan.

Contoh:

1)      Berikan pengertian Ilmu Tauhid?

2)      Nyatakan nama-nama  lain bagi ilmu Tauhid ?

Page 5: KEMAHIRAN MENYOAL

KEFAHAMAN

                              Soalan-soalan  di peringkat ini bertujuan menguji

keboleham calon memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta

asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan,

mengapa, huraikan dan lain-lain.

Contoh: 

1)      Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ?

2)      Terangkan ilmu Ma’rifat yang telah kamu pelajari ?  

APLIKASI

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon

menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari

untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan,

carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.

Contoh :

1)      Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ?

2)      Bagaimana kita mengenal Allah ?

ANALISIS

Page 6: KEMAHIRAN MENYOAL

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat

perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan

hubungkait antara satu sama lain.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis,

cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya.

Contoh :

1)      Bezakan maksud  ilmu Kalam dan ilmu Ma’rifat ?

2)      Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ?

SINTESIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon

menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta

mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi

atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan,

membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan,

gabungkan dan lain-lain.

Contoh:

1)      Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ?

2)      Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ?

PENILAIANNN

Page 7: KEMAHIRAN MENYOAL

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon

membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik,

memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip,

teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan,

berikan komen dan sebagainya.

 Contoh :

1)      Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya

adanya Allah ?

2)      Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Ta’ala ?

Pendahuluan

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah

satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas

daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang

disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara

langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.           

            Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan

daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk

memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.

Page 8: KEMAHIRAN MENYOAL

Selain itu,  menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan

menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan

kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus

memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan

soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik

( Groisser, 1964 : 193 )

OBJEKTIF PENYOALAN

            Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan

memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu

untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa

orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul

seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk

berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.

            Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas

tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan

penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap

soalan mesti ada objektifnya iaitu:

a)      Menggerak Minda Murid

Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal

jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis

terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh

menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab

dijalankan.

b)      Menilai Pemahaman Pelajar

Page 9: KEMAHIRAN MENYOAL

Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan

sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c)      Membimbing Pelajar

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan

jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan

jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang

memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar

menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.

d)     Merantas Pembelajaran

Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa.

Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam

sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 :

181 )

e)      Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi

Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan,

penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215)

f)       Mengekalkan Perhatian Murid

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan

pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang

berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan

semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar

terbabit( Zawawi, 1988: 215 )

Page 10: KEMAHIRAN MENYOAL

g)      Mengeratkan Interaksi

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid

dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid

penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )

Objektib yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru

menggunakan tekni menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan

menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan

lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih

berkesan.

ARAS-ARAS PENYOALAN

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru

hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom

dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective” membahagikan enam

peringkat aras-aras penyoalan:

۞  Pengetahuan

۞  Kefahaman

۞  Aplikasi

۞  Analisis

۞  Sintesis

۞  Penilaian

Page 11: KEMAHIRAN MENYOAL

            Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan

Ugama  Islam di sekolah-sekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru

mengajar pelajaran Tauhid,  dalam tajuk khas Ilmu Tauhid. Guru boleh

menggunakan soalan dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut:

PENGETAHUAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat

kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama

yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan,

terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan.

Contoh:

1)      Berikan pengertian Ilmu Tauhid?

2)      Nyatakan nama-nama  lain bagi ilmu Tauhid ?

KEFAHAMAN

Soalan-soalan  di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon

memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip

atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan,

mengapa, huraikan dan lain-lain.

Contoh: 

1)      Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ?

Page 12: KEMAHIRAN MENYOAL

2)      Terangkan ilmu Ma’rifat yang telah kamu pelajari ?  

APLIKASI

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon

menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari

untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan,

carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.

Contoh :

1)      Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ?

2)      Bagaimana kita mengenal Allah ?

ANALISIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat

perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan

hubungkait antara satu sama lain.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis,

cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya.

Contoh :

1)      Bezakan maksud  ilmu Kalam dan ilmu Ma’rifat ?

2)      Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ?

Page 13: KEMAHIRAN MENYOAL

SINTESIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon

menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta

mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi

atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan,

membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan,

gabungkan dan lain-lain.

Contoh:

1)      Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ?

2)      Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ?

PENILAIANNN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon

membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik,

memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip,

teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan,

berikan komen dan sebagainya.

 Contoh :

Page 14: KEMAHIRAN MENYOAL