presentation teknik menyoal aras tinggi

39
KEMAHIRAN BELAJAR TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI ALAT-ALAT CORT I ALAT-ALAT CORT IV DISEDIAKAN OLEH : MAS IFARIEZ ZA IM BIN MASNON

Upload: fariezzaim95

Post on 20-Jun-2015

358 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation teknik menyoal aras tinggi

KEMAHIRAN BELAJAR■ TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI■ ALAT-ALAT CORT I■ ALAT-ALAT CORT IV

DISEDIAKAN OLEH : MAS IFARIEZ ZA’IM BIN MASNON

Page 2: Presentation teknik menyoal aras tinggi

TEKNIK MENYOAL Soalan mengarah pelajar supaya

bertanya dan menggunakan pemikiran peringkat tinggi.

Semua pembelajaran bermula dengan persoalan. Soalan mencetus interaksi, pemikiran, aktiviti, perbualan atau perbahasan.

Persoalan mencetus interaksi dinamik dan soalan yang baik menggalakkan penglibatan aktif pelajar.

Page 3: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Soalan dan PenyoalanWilliam Wilen dari Kent State University,

USA telah menyatakan bahawa seseorang pelajar yang bertanya adalah seorang yang berfikir.

Kindsvatter (1992) Sekiranya soalan yang ditanya berasas kognitif tinggi, bermakna ia sedang berfikir pada aras yang tinggi.

Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam bilik darjah. Oleh itu untuk meningkatkan KBKK, soalan yang berasas tinggi harus diperkembangkan.

Page 4: Presentation teknik menyoal aras tinggi

5W1HSoalan yang berdasarkan kata tanya

dikenali sebagai “5 Wives 1 Husband” atau “5 waktu 1 Hari”

Aras Kognitif Rendah

•What? (Apa)•Who? (Siapa)•Where? (Di mana )•When? (Bila)

Aras Kognitif Tinggi

•Why? (Mengapa)•How? (Bagaimana)

Page 5: Presentation teknik menyoal aras tinggi

PENYOAL YANG MAHIR MENYEBABKAN PELAJAR:

Memberikan perhatian terhadap isu semasa.

Mengintegrasikan idea baru dengan pengetahuan terdahulu.

Meneliti nilai dan kepercayaan mereka.Mengaplikasikan pengetahuan dengan

kehidupan sebenar.Meluaskan bidang pertanyaan.

Page 6: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Meluaskan idea pada tahap pemikiran yang pelbagai.

Membentuk tabiat berfikir. Menguji dan menjustifikasi kedudukan mereka.

Pindahkan pengetahuan dalam bidang lain.

Memberi tindak balas terhadap apa yang mereka pelajari.

Page 7: Presentation teknik menyoal aras tinggi

SOALAN PERINGKAT TINGGI MENGARAH KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR PERINGKAT TINGGI

Analisis, bandingkan, jelaskan, hipotesis, mereflek, mencipta, menilai, mencari makna baru dan mengembangkan imaginasi.

Page 8: Presentation teknik menyoal aras tinggi

JENIS-JENIS SOALANPENGETAHUAN …Siapa, apa, bila, di mana,

yang mana, adakah, kenal pasti, jelaskan, senaraikan, ingat semula.

PEMAHAMAN …. Menjelaskan,bandingkan,

apakah hubungan, perbezaan, terangkan dengan menggunakan perkataan sendiri.

Page 9: Presentation teknik menyoal aras tinggi

APLIKASI ….. Tunjukkan, bagaimana anda

boleh menggunakannya, ke manakah ia membawa anda, aplikasi, uji.

ANALISIS …... Bagaimana, mengapa,

apakah sebab-sebab, apakah akibatnya, analisis, klasifikasi, kaitkan.

Page 10: Presentation teknik menyoal aras tinggi

SINTESIS ….. Wujudkan, bagaimana lagi,

apa akan berlaku sekiranya, bangunkan, andaikan, mereka bentuk, menggabungkan, menjangka, bagaimana sekiranya.

PENILAIAN ….. Yang mana terbaik, ukuran

daripada baik kepada kurang baik, memilih, mengadili, menentukan yang mana satu, bagaimana, mengapa.

Page 11: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Soalan mengikut aras Taksonomi Bloom

Page 12: Presentation teknik menyoal aras tinggi

SOALAN BERTUMPUSoalan bertumpu ialah hanya memerlukan

jawapan yang tetap.Sekiranya jawapan yangditerima berbeza

dengan apa yang dikehendaki maka jawapan itu adalah salah.

Foidea/konsepSpesifik dan objektif Jawapan betul atau salahMemerlukan sebab dan penjelasan ….contoh Apakah ibu negara Malaysia? Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?

Page 13: Presentation teknik menyoal aras tinggi

SOALAN MENCAPAH

Memerlukan kemahiran pemikiran peringkat tinggi: kritikal, kreatif, rasional.

Terbuka, meluas dan subjektifMencari pelbagai jenis jawapan untuk

soalanMemerlukan pelbagai jenis jawapan

yang betulProses penilaian membuat keputusan

tentang ketepatan, kebaikan atau kesesuaian maklumat.

Page 14: Presentation teknik menyoal aras tinggi

contoh

….Mengapa sesetangah komuniti tidak prihatin terhadap pencegahan jenayah?

…. Pada pendapat anda, apakah impak teknologi terhadap pembangunan manusia?

…. Bincangkan kesan pencemaran terhadap kualiti kehidupan?

Page 15: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Perbezaan Soalan Bertumpu dan Mencapah

Soalan Bertumpu Soalan bercapah 

Aras rendah Aras tinggi 

Jawapan atau respon terhad

Jawapan atau respon luas 

Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka 

Sesuai menguji daya ingatan

Sesuai  menguji penaakulan dan penafsiran 

Lebih  bersifat objektif Lebih  bersifat subjektif

Page 16: Presentation teknik menyoal aras tinggi

LINGKARAN SOALANLingkaran soalan ialah bentuk soalan

yang memberi tumpuan kepada skop - skop tertentu :◦Perkara (P) merujuk kepada idea, isu,

tajuk, tema, peristiwa atau teks. ◦Individu (I) merujuk kepada individu

yang terlibat. ◦Luar individu (LI) merujuk kepada

masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara

Page 17: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.

I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ?

LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah- buahan di Malaysia ?

Page 18: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).

 Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir.1 = Perkara. 2 = Individu.

  3 = Luar individu.4 = Perkara + individu.5 = Individu + luar individu.6 = Perkara + luar individu.7 = Perkara + individu + luar individu

Page 19: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).

Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?

Page 20: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).

Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

Page 21: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu)

Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI) ?

Page 22: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu).

Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakahanda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

Page 23: Presentation teknik menyoal aras tinggi

ALAT CoRTEdward de Bono berkelulusan D.Phil.

Perubatan dari Universiti Cambridge telah memperkenalkan Program CoRT (Cognitive Research Trust).

Program ini mempunyai enam bahagian iaitu:◦CoRT I : Keluasan persepsi◦CoRT II : Organisasi proses berfikir◦CoRT III : Interaksi, argumen, pemikiran kritis◦CoRT IV : Pemikiran kreatif◦CoRT V : Maklumat dan perasaan◦CoRT VI : Tindakan

Page 24: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Dalam pendidikan, CoRT I dan CoRT IV digunakan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

CoRT I merupakan asas bagi program CoRT dan bertujuan memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktur dan kritis.

CoRT IV pula melatih pelajar mencambahkan idea-idea baru dengan menggunakan satu perkataan rawak.

Page 25: Presentation teknik menyoal aras tinggi

CoRT ICoRT menggalakkan individu untuk

berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat CoRT. Antaranya termasuklah :◦PMI : kebaikan, keburukan dan menarik

(Plus, Minus, Interesting)◦ CAF : Mengambil kira semua faktor

(Consider All Factors) ◦C & S : Kesan mengikut jangka masa

(Consequence Sequal)

Page 26: Presentation teknik menyoal aras tinggi

◦AGO : Tujuan, matlamat dan objektif (Aims, Goals & Objectives)

◦FIP : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities)

◦APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices)

◦OPV : Pandangan orang lain (Other People’s Views)

Page 27: Presentation teknik menyoal aras tinggi

TEKNIK ASAS DAN TEKNIK PADUAN DALAM CoRT ICoRT I terdiri daripada tujuh

teknik asas dantiga paduan (Rajah 1). Sebagai contoh teknik asas PMI dan CAF boleh digunakan untuk mencipta PERATURAN baru.

Rajah 1 menunjukkan tujuh teknik asas bagi CoRT I.

Page 28: Presentation teknik menyoal aras tinggi

RAJAH 1

Page 29: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Tujuh Teknik Asas CoRTI

RAJAH 1

Page 30: Presentation teknik menyoal aras tinggi
Page 31: Presentation teknik menyoal aras tinggi
Page 32: Presentation teknik menyoal aras tinggi
Page 33: Presentation teknik menyoal aras tinggi
Page 34: Presentation teknik menyoal aras tinggi
Page 35: Presentation teknik menyoal aras tinggi
Page 36: Presentation teknik menyoal aras tinggi

ALAT-ALAT CoRT IVCoRT IV membantu

meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru.

CoRT IV lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral, istilah yang dicipta oleh Edward de Bono.

Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.

Page 37: Presentation teknik menyoal aras tinggi

CoRT IV terdiri 10 teknik.Alat-alat yang terdapat dalam CoRT IV biasa

digunakan adalah alat penggunaan YA, TIDAK dan PO

Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA atau TIDAK . Ia telah mantap dan kukuh. Tidak dapat diubah dan dipindah.

CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil Po.

Po merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar sistem penilaian. Iaitu, kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul atau salah.

Page 38: Presentation teknik menyoal aras tinggi

Po digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru atau cara baru mengkaji sesuatu.

Po berasal daripada perkataan poetry (puisi) , dimana idea-idea yang ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu.

Po juga berkaitan dengan supposition (andaian) dan hipotesis di mana idea-idea yang belum dibuktikan digunakan untuk merangsang pemikiran yang selanjutnya.

Page 39: Presentation teknik menyoal aras tinggi

SEKIAN TERIMA KASIH……