kemahiran menulis penting dikuasai oleh

Upload: princessyeexin

Post on 05-Jul-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    1/15

    Kemahiran menulis penting dikuasai oleh pelajar sejak tahap satu. Sejauhmanakah peringkat

     persediaan menulis ini dijalankan oleh guru di bilik darjah. Jalankan kajian terhadap

     pelaksanaan peringkat persediaan menulis di dalam bilik darjah oleh guru yang terlibat.

    Bincangkan dari segi teori, model, pendekatan kaedah dan teknik yang digunakan. Laporkan

    hasil kajian anda dalam bentuk penulisan ilmiah.

    PENGENALAN

    Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada peringkat awal terutama di

    Tahun Satu telah mengakibatkan berlakunya Academic Deficit  dalam kalangan murid sekolah

    rendah dan berterusan hingga ke sekolah menengah.

    Pelaksanaan “ Pemulihan Dalam Kelas KBSR” kurang berupaya menangani masalah

     penguasaan membaca dan menulis dengan berkesan. Selain itu, Automatic Promotion juga

    merupakan elemen peyumbang kepada Deficit Accumulation dalam kalangan murid Tahun

    Satu.

    Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah mengambil

    ketetapan supaya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalamkalangan murid ditangani segera. Justeru, Pusat perkembangan Kurikulum (PPK) telah

    dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah ini.

    Menulis memainkan peranan penting walaupun dalam era teknologi. Kemahiran menulis

    sering digunakan oleh kanak-kanak di sekolah. Menulis adalah satu proses yang kompleks

    dalam meluahkan perkataan melalui genggaman pensil, pembentukan huruf dan postur badan.

    Kecekapan menulis memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran termasuk penglihatan,

    koordinasi tangan dan mata, lengan, tangan, ingatan, postur dan kawalan badan.

    Prevalen masalah menulis dalam perkembangan kanak-kanak dianggarkan antara 10%

    hingga 30% dan lebih ketara kerap berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki daripada

     perempuan.

    Tugas utama di dalam kelas adalah menulis. Kira-kira 30% hingga 60% daripada masa kelas

    di sekolah rendah dihabiskan dengan aktiviti menulis dan motor halus. Kanak-kanak yang

    mempunyai masalah dalam menulis akan mengalami kesukaran dalam mengambil nota, ujian

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    2/15

    atau menyiapkan kerja sekolah mereka. Ini boleh menjejaskan harga diri, prestasi akademik

    dan sikap serta persepsi mereka terhadap sekolah.

    Perkembangan Normal Menulis

    Kebanyakan kanak-kanak mula menconteng di atas kertas selepas mereka mula dapat

    memegang pensel dan jika tidak diselia, mereka akan menulis pada mana-mana permukaan

    yang ada.

    Umur  Kebolehan Perkembangan genggaman

    pensel 

    10-12 bulan Menconteng Memegang pensel dengankeseluruhan tangan

    2 tahunCuba membuat garis melintang,

    menegak dan bulatanKanak-kanak di peringkat ini,

    memegang pensil dengan lebih

    matang dengan memegang pensel

    diantara hujung ibu jari, telunjuk

    dan jari tengah.

    3 tahunMenyalin garis melintang, menegak

    dan bulatan

    4-5 tahunMenyalin '+', '/', '\', beberapa hurudan nombor serta mungkin dapat

    menulis namanya sendiri

    5-6 tahun

    Menyalin segitiga, menulis nama

    sendiri, menyalin huruf besar dan

    kecil.

    Pada tahap ini, lengan bawah

     biasanya dalam keadaan supinated

    dan otot tangan yang akan

    menggerakan pensel.

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    3/15

    Sumber: Erhardt, 1992

    DEFINISI TULISAN

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    4/15

    Tulisan adalah Bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Jika tulisan itu

    dibunyikan ia dikatakan Bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.

    Ia merupakan Bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.

    Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui

     butiran-butiran tulisannya. Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak

    sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang

    itu.

    Tujuan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan

    akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga sebaliknya.

    Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya. Dan seseorang itu pula

     berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.

    Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah

    sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Walaupun

     pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi adakalanya kanak-kanak telah

     pun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan. Kerana sewaktu

    mereka menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidak elok kanak-kanak

    disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.

    TUJUAN TULISAN

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    5/15

    Tujuan tulisan adalah untuk :

    a) 

    Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis

    dengan baik, cekap dan pantas.

     b) 

    Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan

    menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

    c)  Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengaan cara membaca tulisan-tulisan yang

    tercatat atau membawa buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.

    d) 

    Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam

     bentuk penulisan.

    e)  Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Ramai mempunyai bakat tetapi

    tidak mempunyai minat untuk melahirkannya.

    f)  Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

    Tujuan Lanjut

    Tujuan ini adalah untuk :

    a) 

    Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.

     b)  Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya,

    seseorang penulis, penyajak, atau pengarang dapat menggambarkan sesuatu melalui

     penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-

     perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa

    depan dan sebagainya.

    c)  Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan

    hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang

    ramai umumnya.

    JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN 

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    6/15

    Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.

    Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran

    (mental).

    Kemahiran Menulis Secara Mekanis.

    Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-

    murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan

    seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana ia

     bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan supaya berupaya membantu

    murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku

    kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boelh dijalankan

    untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di antaranya :

    a)  Latihan pergerakkan tangan , otot dan membentuk atau membuat garisan-garisan,

     bulatan , segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.

     b) 

    Tunjukkan cara pergerakkan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan

    sebagainya.

    c)  Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih

    menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.d)  Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf , menulis perkataan dan ayat.

    e)  Mengawasi tulisan murid tentang bentuk saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan,

    kebersihan dan lain-lain.

    f)  Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.

    g)  Melatih menulis cantik.

    Kemahiran Menulis Untuk Pelahiran (Mental)

    Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat

    kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang

     boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah;

    a)  Latihan pernyataan fikiran atau pendapat

     b)  Latihan pernyataan perasaan

    c) 

    Latihan pernyataan kehendak

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    7/15

    d)  Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

    PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

    Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga :

    a)  Peringkat Pramenulis

     b)  Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

    c) 

    Peringkat untuk pelahiran

    Peringkat Pramenulis 

    Peringkat Pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti

    menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh

    masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada

    murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran

    membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancang

    haruslah sistematik, bertitik tolak dariapada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk

     bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :

    a)  Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan

     b)  Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan

    sempurna.

    c)  Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.

    d)  Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

    AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRAMENULIS 

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    8/15

    a)  Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah

    latihan menulis dari kiri ke kanan.

    i. 

    ii. 

    iii. 

    iv. 

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    9/15

     b)  Latihan mewarnakan dari kiri kr kanan atau kanan ke kiri

    i. 

    ii. 

    c) 

    Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa

    menggunakan alat tulis. (bulatan besar –  bulatan kecil)

    d)  Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari,

    menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.

    e) 

    Latihan-latihan membentuk garisan lurus.

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    10/15

     

    f) 

    Latihan Membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan

    secara bebas.

    Peringkat mendirikan Asas (Peringkat Tulisan Mekanis)

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    11/15

    Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta

     boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang

    tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang

    tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih

    membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf

     pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang

    lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah adalah latihan menulis terkawal dari mula

    hingga ke lemabaran satu garis itu.

    i.  Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.

    ii.  Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.

    a a b c d e f g h i 

    iii.  Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

    a a b b c

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    12/15

    iv.  Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul. Untuk mendapatkan

    keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah

    dibaca. 

    Aa Bb Cc Dd

    Gg Hh Ii Jj

    Mm Oo Rr Yy

    PENYAMPAIAN KEMAHIRAN

    Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada

     beberapa perkara :

    i. 

    Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan

    menggunakan gambar..

    ii.  Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat

    daging kanak-kanak.

    iii. 

    Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.

    iv.  Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu baharulah

    menggunakanbuku yang bergaris.

    v. 

    Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, baharulah dilatih

    menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    13/15

     

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    14/15

     

    Ahmad Durani (2010). Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun Tiga Melalui Kaedah

    Penulisan Berperingkat. Seminar Penyelidikan Tindakan 2010 IPGKBL (BM Pendidikan

    Rendah)

    Sharifah Saad, Siti Hazlifah Hilaluddin (2012). Penggunaan Buku Garis Empat Dengan

    Kaedah Line And Space Secara Bimbingan Individu Bagi Meningkatkan Kekemasan Tulisan

    Kanak-Kanak Prasekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, 3(5).

    http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-kanak/tumbesaran-a-

     perkembangan/bermain-meningkatkan-kemahiran-menulis

    Mohd. Amin et.al (2012). Mengatasi Masalah Tulisan Buruk Dalam Penulisan Rumi, Murid

    Pemulian

  • 8/16/2019 Kemahiran Menulis Penting Dikuasai Oleh

    15/15

     Nabilah Jumal, mangaleswaran Annamalai (2012). Meningkatkan Tahap Penglibatan Murid-

    Murid Prasekolah Terhadap Pembelajaran Slot Tematik Melalui Aktiviti Motor Halus.

    Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan,2(5). Pada 7 Februari 2013