kemahiran membaca dalam sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah dan impaknya kepada...

17
KEMAHIRAN MEMBACA DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAN IMPAKNYA KEPADA PERSEDIAAN GURU DI DALAM BILIK DARJAH OLEH BAYREI B. ASRIN JERED B. YUTUI KAMILLAH MOHAMED NORHAYATI MOHAMAD SITI SALBIAH BT. SHAFIE Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 25 Mac 2008 PENGENALAN Kini, pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003) Dalam penulisan ini, kami akan membincangkan beberapa subtopik berkaitan kemahiran membaca iaitu interpretasi kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam sukatan pelajaran sekolah

Upload: afi-le-feu

Post on 27-Jul-2015

30.564 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

KEMAHIRAN MEMBACA DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH DAN IMPAKNYA KEPADA PERSEDIAAN GURU DI DALAM

BILIK DARJAH

OLEH

BAYREI B. ASRIN

JERED B. YUTUI

KAMILLAH MOHAMED

NORHAYATI MOHAMAD

SITI SALBIAH BT. SHAFIE

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

25 Mac 2008

PENGENALAN

Kini, pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit

demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk

membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut Kamus

Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui

oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama

ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji,

melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir,

meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga

membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis.

Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran

membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan

kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan

penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik

bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003)

Dalam penulisan ini, kami akan membincangkan beberapa subtopik berkaitan kemahiran

membaca iaitu interpretasi kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam sukatan pelajaran sekolah

Page 2: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

rendah, isu-isu dan kepentingan kemahiran membaca, impak kemahiran membaca terhadap

persediaan guru di dalam bilik darjah serta langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk

meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

INTERPRETASI KEMAHIRAN MEMBACA DALAM SUKATAN PELAJARAN

Sukatan Pelajaran KBSR disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Ia bertujuan untuk

membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia bertujuan untuk

membolehkan seseorang murid yang belajar selama enam ahun di sekolah rendah itu

menggunakan bahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umur mereka dalam perhubungan

sehari-hari dan dalam mempelajari mata pelajaran lain yang terkandung dalam kurikulum sekoah

rendah. Tegasnya, seseorang murid, selama enam tahun berada di sekolah rendah, dapat

menguasai kesemua kemahiran bahasa dari segi lisan, bacaan dan kefahaman dan gerak kerja

bertulis (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).

Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa termasuk kemahiran

mendengar, bertutur dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada

kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang

berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd

Baharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid

bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses

kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan

yang dibaca (PPK, 2001: 14). Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahami

perkara yang dibaca.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, didapati bahawa kemahiran membaca diajar pada semua

peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Tahap pembacaan

Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang

dibacakan. Manakala, bagi murid Tahun Enam penekanan kepada proses membaca, memahami

dan mengenalpasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk

memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

Page 3: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid adalah

melalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah itu sendiri. Dalam

objektif yang keempat, adalah diharapkan agar murid dapat membaca pelbagai bahan sastera dan

bahan berunsur pengetahuan dengan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk

memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis. Pada umumnya, terdapat beberapa

teknik yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau

peringkat permulaan. Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membaca

sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. DR. Henry Guntur

Tarigan (1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan waktu

untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari norma-norma kekritisan yang

mencakup norma-norma estetik, sastera dan moral. Hal ini memperlihatkan bahawa kemahiran

membaca penting untuk dikuasai oleh murid sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk

membaca.

Di dalam bilik darjah, kemahiran membaca diaplikasikan secara penggabungjalinan.

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program penggabungjalinan ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini

membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu seperti yang

dialami dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat dua

cara penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan kemahiran dapat

dilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya, kemahiran membaca dapat digabungjalinkan

dalam kemahiran lain seperti bertutur dan menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran dapat

juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau beberapa mata pelajaran lain.

Contohnya, kemahiran bahasa dapat digabungjalinkan dengan kemahiran Seni Muzik,

Pendidikan Jasmani atau mata pelajaran lain. Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar

Hisham Mohd Baharin (2007) pula mengatakan kata kunci bagi kemahiran membaca adalah

seperti ’membaca kuat’, ’membaca dan memahami maklumat’, ’membaca, menaakul.....’ dan

sebagainya yang menggambarkan kewujudan kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan

Page 4: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

pelajaran. Program penggabungjalinan dapat mengelakkan kebosanan dalam proses

pembelajaran.

Oleh itu, disebabkan peri pentingnya kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh murid, maka

guru perlu bijak mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai

pendekatan dan teknik dalam proses mengajar membaca dalam kalangan murid. Hal ini kerana,

pendekatan dan teknik yang betul menentukan pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran

membaca dengan tepat dan lancar. Namun begitu, walaupun kemahiran membaca merupakan

kemahiran penting yang perlu dicapai dalam sesuatu pengajaran, tetapi kemahiran mendengar,

bertutur dan menulis tidak boleh diabaikan kerana ia juga merupakan elemen penting dalam

sesuatu pengajaran bahasa.

ISU-ISU DAN KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya

seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi

psikomotor tapi sebaliknya, kanak–kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna

, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran

membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri

jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu

perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah

yang masih tidak boleh membaca dan menulis dengan lancar dan baik.

• Isu- Isu Dalam Pendidikan

Pada 12 Oktober 2005, Kementerian Pelajaran menyedari wujudnya masalah murid yang

tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat pada

masa itu. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah itu

sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera

ditambah segera ke sekolah terbabit. Pada masa itu, lebih kurang terdapat 100,000 murid

sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis.

Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar

Page 5: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

100,000 murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika

langkah yang sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak.

Selain itu, pada masa kini juga masih ramai lagi yang keciciran bukan sahaja dalam

kemahiran membaca malahan 3M juga. Pada 11 Disember 2007, kita dikejutkan dengan

berita dalam Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa kini terdapat 3.1 juta murid sekolah

lagi yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira

(Utusan Malaysia, 2007). Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Fadillah Yusof

(BN-Petra Jaya) mendakwa bahawa sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat

menguasai sepenuhnya kemahiran 3M. Dalam berita ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk

Noh Omar memberikan respon tentang masalah ini dengan mengatakan bahawa pihak

mereka sedar bahawa masih terdapat sebanyak 3.1 juta murid di negara ini yang masih belum

dapat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca, menulis dan mengira namun beliau

memberitahu juga bahawa kementerian telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah

tersebut dengan melaksanakan Program Bimbingan Kemahiran Asas Membaca dan Menulis

yang dikenali sebagai Probim. Menurut beliau lagi, bagi mengatasi masalah pelajar di

peringkat menengah yang lemah dalam bidang akademik, kementerian telah melaksanakan

sebanyak 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah dan melalui mata pelajaran

vokasional ini, para pelajar dapat mempelajari kemahiran teknikal supaya mereka dapat

berdikari atau memulakan perniagaan

Sehubungan itu, pelbagai pendapat dari mulut masyarakat tentang siapakah yang harus

dipersalahkan dalam masalah ini dan sudah pasti pihak yang disalahkan adalah pihak

pendidik yang dikatakan lemah dan cuai dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang

guru. Menurut Utusan Malaysia pada 20 November 2005, Guru-guru yang semakin lemah

dan terhakisnya budaya `kerja kuat' di kalangan mereka adalah punca murid-murid gagal

menguasai kemahiran 3M serta mendapat gred corot dalam Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah (UPSR) 2005. Sehubungan itu beberapa orang pakar pendidikan membidas Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menyalahkan faktor kekurangan guru di

kelas-kelas pemulihan sebagai punca kepada masalah itu. Menurut bekas Ketua Jemaah

Page 6: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

Nazir Sekolah, Datuk Abd. Rahim Tahir juga berkata, budaya `kerja kuat' di kalangan guru-

guru dalam membantu memulihkan murid masing-masing semakin terhakis.

• Kepentingan Kemahiran Membaca

Membaca sudah lama menjadi topik yang diminati dan sering dibincangkan dari semasa ke

semasa di kalangan para pendidik terutama di Malaysia. Mereka yang berminat dalam bidang

ini sentiasa mengkaji berbagai-bagai perspektif dan pendekatan tentang pengajaran

membaca, sama ada di peringkat bacaan awal, di peringkat pertengahan ataupun di peringkat

bacaan luas. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mencuba teknik membaca yang berkesan

untuk golongan sasaran yang tertentu. Kemahiran membaca merupakan komponen yang

penting dalam sesuatu kurikulum dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Tanpa

menguasai kemahiran membaca, seseorang itu tidak dapat meneroka buku ilmiah ataupun

buku bacaan berbentuk hiburan. Dalam sistem persekolahan di Malaysia, yang bermula

daripada peringkat sekolah tendah, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam sukatan

pelajaran bahasa dan kepentingannya telah dirakamkan dalam penyataan objektif dan

matlamat sukatan pelajaran tersebut.

Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah aspek

komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca

dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu

menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata-

mata. Sekiranya kemahiran membaca seseorang indivudu itu lemah, maka, mesej yang

hendak disampaikan oleh penulis itu, sukar difaham oleh pembaca. Selain itu, kemahiran

membaca juga penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu

pengetahuan. Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat berbentuk bacaan,

kemahiran membaca perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah

diperolehi. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk

menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis.

Membaca seperti ini disebut membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-

fakta (reading for details or facts).

Page 7: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid

sekolah rendah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan

masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh

menunding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu

mengambil langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membaca

mempunyai banyak kepentingan.

IMPAK KEMAHIRAN MEMBACA TERHADAP PERSEDIAAN GURU DI DALAM

BILIK DARJAH

Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang perlu dikuasai oleh murid

bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kemahiran membaca menjadi

landasan kepada sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar. Bagi

membolehkan murid membaca dengan baik, asas membaca yang kukuh perlu dibina sejak

mereka di sekolah rendah lagi. Sehubungan dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia

Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh

murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain

itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa

dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat

membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka

kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin,

2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap persediaan

guru di dalam bilik darjah.

Antara impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah adalah guru

perlu menganalisis ciri-ciri murid. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid itu sudah

menguasai kemahiran membaca atau belum menguasai. Mengikut model ASSURE oleh Heinich,

Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum

merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang

belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaan

guru di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke

unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit itu.

Page 8: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

Penguasaan unit pembelajaran oleh murid terhadap sesuatu unit pembelajaran akan bertambah

rumit jika kemahiran membaca mereka adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah menguasai

sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca.

Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar potensi murid dapat

diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam

sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru

perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi

membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan

murid yang lemah dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan

bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru. Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru

seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan

kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru

juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya mereka tidak

merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti berlakon, simulasi dan main

peranan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992).

Selain itu, impak kemahiran membaca murid juga memastikan guru untuk melakukan aktiviti

pengayaan. Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang

dijalankan sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri atau kebangsaaan.

Aktiviti ini hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan

kemahiran bahasa yang telah dan sedang dipelajari. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang

tambahan untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap berdikari dan

bakat kepimpinannya. Aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid

atau pilihan guru. Dalam aktiviti pengayaan pilihan murid, mereka bebas memilih dan

menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Guru boleh

menyediakan beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri oleh murid. Manakala bagi

pilihan guru pula aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tertentu. Aktiviti ini

dikendali secara formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan

Mengajar Bahasa, 1992).

Page 9: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

Impak kemahiran membaca juga memerlukan guru untuk melakukan aktiviti pemulihan bagi

murid yang mengalami masalah. Pemulihan mengikut Kamus Dewan bermaksud perbuatan

memulihkan, pengembalian kepada yang semula dan pemulangan atau pengembalian. Murid

yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran

terganggu. Misalnya mereka membuat bising atau menganggu kawan lain yang hendak belajar.

Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan. Oleh yang demikian, aktiviti

pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang bermasalah ini. Aktiviti pemulihan merupakan

langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan

dalam waktu yang pendek.

Goleman (1995) mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecerdasan emosional yang

tinggi mampu mengenal emosi sendiri (self-awareness), menguruskan emosi (self-management),

memotivasi diri (motivation), memahami emosi dalam orang lain (empathy) dan dapat menjalin

hubungan dengan manusia (sosial skills). Sekiranya seseorang murid itu dapat mengenal pasti

emosinya sendiri, dia akan menyedari kelemahan dan kekuatannya dan membuat sesuatu

keputusan dengan bijak (Shukri Zain, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa guru hendaklah

memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kecerdasan emosi murid bagi membolehkan

mereka bersemangat untuk belajar membaca dan lebih mahir.

Kesimpulannya, kejayaan pengajaran guru-guru bahasa tidak hanya bergantung kepada latihan

mengenai cara-cara pengajaran, tetapi juga pengetahuan yang secukupnya tentang bahasa yang

menjadi bahan pengajaran mereka. Tetapi dengan penguasaan bahasa yang tinggi serta

dibekalkan dengan kaedah pengajaran yang baik, belum tentu guru itu akan berjaya tanpa

disokong oleh sikap dedikasi, usaha dan inisiatif yang perlu dilakukan oleh guru itu (Azman

Wan Chik, 1986). Oleh itu, kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dapat

dipertingkatkan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi, kemahiran ini merupakan bukan

satu perkara yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal pembacaan. Ramai

pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak boleh

membaca dengan lancar (Dr. Syukri Abdullah, 2007). Kemahiran membaca itu bukanlah

Page 10: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Ini

bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Pelbagai

kaedah telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina Kamal, 2007).

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca ialah:

• Peranan guru

Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah

rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi

permasalahan ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran

membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat empat kaedah mengajar membaca

Bahasa Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad, kaedah

seluruh perkataan, kaedah fonik dan kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara

penyampaian yang berbeza dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam

proses pengajaran membaca kepada murid. Namun begitu, kaedah eklektik adalah paling

sesuai digunakan untuk mengajar membaca kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik

dan kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu pelajaran membaca.

Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar

(ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru

bermula dari ‘set induksi’ sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM

atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah

Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat

memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep

yang betul. Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu

dan merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya.

Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan

mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk

menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah,

Page 11: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

murid membaca untuk tujuan-tujuan seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta

berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara, untuk mendapatkan gambaran keseluruhan

tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan

kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan

dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu menguasai dua teknik

membaca, iaitu membaca pantas dan membaca kritis. Untuk membaca pantas seseorang

boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis

seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.

� Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut iaitu, K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum

membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang

telah diketahui (selepas membaca) dan H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan

yang berkaitan (untuk membaca seterusya). Melalui teknik ini, pembaca mengingat dahulau apa

yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan

pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan

yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat

pembacaan seterusnya). Teknik pembacaan akan membolehkan murid mengaitkan pengetahuan

yang sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari

pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat

maklumat tambahan.

� Teknik skimming dan scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas

seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan

majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting

setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam

pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu

seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan

indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan

Page 12: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan

sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang

difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke

bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada

maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada

pembacaan cara skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh

digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian

sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan

teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari (Baca, 2007).

• Peranan murid

Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu rajin

dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi

meningkatkan kemahiran membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk

membaca. Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika murid

berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka perlu mengatur masa

dan memperuntukan sedikt masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry Guntur

Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30

minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akam meningkatkan kemahiran membaca

mereka. Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa

untuk membaca dalam hidupnya. Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala

kejadian pening di dunia moden sekarang ini adalah dengan membaca.

Selain itu, menyediakan masa untuk membaca berhubungan rapat dengan salah satu aspek

yang paling penting dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa yang baik dan bermanfaat

untuk dibaca. Memang tidak mungkin muurid akan membaca tentang semua perkara, oleh itu

setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang dapat membimbing mereka

terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam buku Azman Wan Chik

(1986) ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan dalam

Page 13: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

buku Personalized Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L. Abbott,

terjemahannya lebih kurang begini:

”Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-apa buku yang

saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka, saya juga suka kerana saya

diberi masa untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa sesungguhnya saya seronok membaca dan

saya fikir anda akan belajar bagaimana membaca dengan baik apabila anda membaca buku-buku yang

anda suka, ini akan menarik minat anda ingin membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan

buku-buku yang saya sudah baca, dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang bahawa

tidak ada sebuah buku yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini menjadikan mereka

akan berminat membaca buku-buku. Percayalah saya suka membaca.”

Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya dengan

memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untu

membaca.

• Peranan sekolah

Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran

membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka

dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar

mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk

memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah

penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah

Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya, pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu

diletakkan motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan

membaca. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk

cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca.

Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu

disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah

senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa mereka

membaca (Nordin Mamat, 2005).

Page 14: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

• Peranan ibu bapa

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam

pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966)

tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam

kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan

lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu

bapa. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat

membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang

membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak

tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara

lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan

konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam

kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan

persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai

di rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang

diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama

ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat

faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca

daripada secara berasingan.

Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini

dosokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui

teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang

dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka

itulah yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun

perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak.

Sebagai kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor

utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu

sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya.

Page 15: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

PENUTUP

Seseorang murid lazimnya harus banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, murid

digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai

tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula

mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang

berkesan, murid perlu menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dalam pembacaan. Oleh itu,

dalam proses pembelajaran, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh murid.

Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan.

Terdapat banyak kaedah yang sesuai digunakan dalam kemahiran membaca seperti membaca

secara berhati-hati iaitu dengan menumpukan terhadap apa yang dibaca dan mengelakkan

gangguan televisyen serta bunyi bising semasa membaca. Terdapat banyak masalah yang

berkaitan dengan kemahiran membaca seperti pelajar buta huruf namun begitu, kerajaan telah

menjalankan banyak program untuk mengatasi masalah seperti ini. Walaupun demikian, masalah

ini tidak mudah untuk diselesaikan tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa

dan guru.

Page 16: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Yusuf (2005). Nota Kuliah Prinsip Pengajaran Penulisan. Tanjung Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin. Prinsip pengajaran

penulisan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Azman Wan Chik (1986). Mengajar bahasa malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah pengajaran bahasa melayu kurikulum

bersepadu sekoah rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Nordin Mamat. (2005). Asas sosial kanak-kanak. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn.

Bhd.

Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca sebagai statu keterampilan

berbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA Bandung.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan

pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malayasia.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: pendekatan kontemporari.

Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995). Bacalah sayang!: panduan untuk ibu bapa ke arah

pembacaan awal. Selangor: Times Editions Pte.Ltd.

Shukri Zain (2007). Pengantar pemikiran. Tanjong Malim: Quantum Books.

Yusup Hashim dan Razmah Man (2005). Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi. Tanjong

Malim: Syarikat Perintis Tanjong Malim.

Page 17: Kemahiran Membaca Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dan Impaknya Kepada Persediaan Guru Di Dalam Bilik Darjah

3.1 juta murid gagal kuasai kemahiran 3M (2007). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1211&pub=utusan_malaysia&

sec=parlimen&pg=pa_01.htm&arc=hive

Dr. Shukri Abdullah. (2007). Anak berilmu keluarga beruntung. Diperoleh pada Februari 21,

2008 daripada http://www.cepatbaca.com.my/site/

Guru lemah punca murid gagal kuasai (2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=1121&pub=utusan_

malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

Kemahiran belajar (2006). Diperoleh pada Februari 21, 2008 daripada

http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm

Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca (2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008

daripada http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=013&

pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

Lee Lai Guan, Rahmah Hanafi dan Salihah Yusof. (2007). Satu tinjauan pelbagai aspek

membaca murid-murid tadika. Diperoleh pada Februari 23, 2008 daripada

http://members.tripod.com/ipdares/baca.htm

Kementerian sedar wujud murid tidak tahu membaca (2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008

daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=013&pub=utusanmalaysia&sec

=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive

Guru lemah punca murid gagal kuasai (2005). Diperolehi pada 6 Mac 2008 daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=1121&pub=utusan_

malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive