kemahiran-maklumat

9
KEMAHIRAN MAKLUMAT 1. PENGENALAN Zaman 80-an dan 90-an telah dikenali sebagai saman maklumat kerana tumpuan terhadap kepentingan maklumat dalam kehidupan akan terus meningkat dan dirasai oleh generasi masa kini dan akan datang.Dekad 2000 ini maklumat merupakan satu komoditi yang penting dalam kehidupan. Setiap lapisan masyarakat dalam apa jua bidang dan profesion memerlukan maklumat untuk pembelajaran,pengajaran,pengurusan,perancangan dan pentadbiran yang teratur dan efektif. Generasi muda kita menghadapi dunia yang lebih mencabar. Ketika ini banyak bahan maklumat telah dihasilkan dan bahan- bahan ini telah direkodkan dalam bentuk bercetak,bukan bercetak dan elektronik. Disebabkan maklumat dapat dipearoleh dalam pelbagai bentuk adalah perlu mereka diasuh dan didedahkan akan kepentingannya serta mengetahui cara menggunakan maklumat yang bersesuaian dengan kehendk dan masa. Selain mengetahu sumber maklumat,generasi muda perlu juga mengetahui kaedah untuk meanilai kredibiliti sesuatu maklumat dan menggunakan maklumat yang tepat ,releven,dan terkini dalam proses pembelajaran mereka serta memperkayakan lmu pengetahuan untuk kejayaan pelajaran ,kerjaya dan kehidupan. Oleh itu,kita perlu menyediakan generasi muda kita dengan kemahiran maklumat. Penerapan kemahiran maklumat ini boleh diberikan melalui pendedahan formal dan tidk formal oleh guru,penyelaras pusat sumber dan pihak pentadbir. Kemahiran ini perlu diterapkan kepada pelajar di peringkat rendah,menengah dan di Institut Pengajian Tinggi supaya mereka bersedia menghadapi cabaran-cabaran berhubung dengan pengendalian maklumat.Dengan itu diharapkan mereka mengetahui cara mendapat,menilai dan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan ilmiah dari masa ke masa.

Upload: muhammad-arif

Post on 20-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kemahiran-maklumat

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MAKLUMAT

KEMAHIRAN MAKLUMAT1. PENGENALAN

Zaman 80-an dan 90-an telah dikenali sebagai saman maklumat kerana tumpuan terhadap kepentingan maklumat dalam kehidupan akan terus meningkat dan dirasai oleh generasi masa kini dan akan datang.Dekad 2000 ini maklumat merupakan satu komoditi yang penting dalam kehidupan.

Setiap lapisan masyarakat dalam apa jua bidang dan profesion memerlukan maklumat untuk pembelajaran,pengajaran,pengurusan,perancangan dan pentadbiran yang teratur dan efektif.

Generasi muda kita menghadapi dunia yang lebih mencabar. Ketika ini banyak bahan maklumat telah dihasilkan dan bahan-bahan ini telah direkodkan dalam bentuk bercetak,bukan bercetak dan elektronik. Disebabkan maklumat dapat dipearoleh dalam pelbagai bentuk adalah perlu mereka diasuh dan didedahkan akan kepentingannya serta mengetahui cara menggunakan maklumat yang bersesuaian dengan kehendk dan masa.

Selain mengetahu sumber maklumat,generasi muda perlu juga mengetahui kaedah untuk meanilai kredibiliti sesuatu maklumat dan menggunakan maklumat yang tepat ,releven,dan terkini dalam proses pembelajaran mereka serta memperkayakan lmu pengetahuan untuk kejayaan pelajaran ,kerjaya dan kehidupan.Oleh itu,kita perlu menyediakan generasi muda kita dengan kemahiran maklumat. Penerapan kemahiran maklumat ini boleh diberikan melalui pendedahan formal dan tidk formal oleh guru,penyelaras pusat sumber dan pihak pentadbir. Kemahiran ini perlu diterapkan kepada pelajar di peringkat rendah,menengah dan di Institut Pengajian Tinggi supaya mereka bersedia menghadapi cabaran-cabaran berhubung dengan pengendalian maklumat.Dengan itu diharapkan mereka mengetahui cara mendapat,menilai dan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan ilmiah dari masa ke masa.

2.KEMAHIRAN MAKLUMAT

Kemahiran Maklumat bermaksud keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat secara berkesan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan . Kemahiran ini dianggap sebagai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang perlu ada pada setiap individu bagi meastikan penggunaan maklumat secara efektif bagi penambahan lmu pengetahuan. Kemahiran maklumat merangkumi :

2.1Kemahiran Perpustakaan

2.1.1 Loksasi bahan/sumber maklumat

2.1.2 Sistem katalog

2.1.3 Susunann bahan

2.1.4 Bahagian buku

2.1.5 Membuat bibliografi/Nota kaki

2.1.6 Cara menggunakan bahan rujukan

2.2Kemahiran Belajar

2.2.1 Berfikir

2.2.2 Membaca

2.2.3 Mendengar

2.2.4 Melihat

2.2.5 Mencatat nota

2.2.6 Mengorgansasi dan menyampaiakan maklumat secara betul

2.2.7 Membuat renungan dan rumusan

2.3Kemahiran Komunikasi

2.3.1 Cara untuk menyoal/bertanya

2.3.2 Menemuramah

2.3.3 Memberi pendapat

2.3.4 Berbahas

2.3.5 Memberikan ucapan

2.3.6 Menyampaikan laporan

2.4Kemahiran Hidup

2.4.1 Mengurus masa

2.4.2 Mengurus diri

2.4.3 Berinteraksi dan etika

2.4.4 Pembelajaran sepanjang hayat

3.CIRI-CIRI KEMAHIRAN

3.1 Mengutamakan empat kemahiran iaitu kemahiran perpustakaan (library skills) kemahiran belajar (study skills) dan kemahiran komunikasi (communication skills) dan kemahiran hidup (living skills). Setiap kemahiran mempunyai kepentingan tersendiri dan tidak boleh diajar secara berasingan kerana setiap aspek meamerlukan kemahiran yang berkaitan.

3.2 Mengutamakan penggunaan pelbagai sumber maklumat yang diperoleh daripada bahan bercetak ,bukan bercetak dan media eleaktronik . Pelajar harus didedahkan dengan pelbagai jenis sumber maklumat premier,sekunder dan tertier. Pelajar harus diajar cara menggunakan sumber-sumber ini untauk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan menilai maklumat mengikut keperluan.

3.3 Kemahiran maklumat juga mementingkan konsep pembelajaran berasaskan sumber/resource-based learning. Konsep ini menekankan aspek penggunaan sumber-sumber lain seperti organisasi,orang perseorangan,rangkaian maklumat,penerbitan dan sebagainya bagi mendapat maklumat selain daripada guru dan buku teks

3.4 Pelaksanaan kemahiran maklumat berunsurakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

4.OBJEKTIF

Program kemahiran maklumat mempunyai objektif-objektif yang tertentu.4.1Membolehkan pelajar bertahan survivedalam zaman maklumat dan persekitaran teknologi maklumat.

4.2Membolehkan pelajar memahami strukatur dan bentuk-bentuk maklumat yang berlainan.

4.3Memahami kepentingan maklumat dalam pembelajaran,pengajian,pekerjaan dan kehidupan seharian.

4.4Memberi kesedaran mengenai kepentingan maklumat pusat sumber dan membolehkan pelajar menggunakan pusat sumber/perpustakaan dengan berkesan.

4.5Membentuk keupayaan pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber iaitu mencari,mengguna,menyusun,menilai,menganalisa dan memproses maklumat untuk kertas kerja dan tugasan ilmiah yang lain.

5.PENERAPAN KEMAHIRAN di KALANGAN PELAJAR

Program kemahiran ini boleh dilakukan dengan cara course-related instruction,course integrated instruction ataupun secara berasingan. Kemahiran ini disemai semasa guru sedang mengajar matapelajaran lain atau secara kendiri .Kaedah yang digunakan mestilah mempunyai objektif yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan pelajar.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlu diberi inovasi baru yang memberatkan pembelajaran secara kendiri (independenta learning and study) dan secra berkumpulan(study group). Pembelajaran menggunakan pendekatan ini banyak memberi peluang kepada pelajar untuk menyelidik dan menyiasat mengenai sesuatu topik dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat.Pengaplikasian kemahiran maklumat lebih memberi makna kepada pelajar.Aktiviti-aktiviti seperti kuiz,peraduan menulis esei,berpidato,perdebatan,forum dan sebagainya yang melibatkan penggunaan maklumat hendaklah dipergiatkan di kalangan pelajar.

Semasa merancang untuk memberikan sesuatu projek kepada pelajar perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

Apa (What)Bidang kurikulum /pengajian dan apa yang ingin dicapai(attaiment targets)

Mengapa(Why)Pengetahuan,kemahiran dan sikap yang ingin disemai/diterapkan,tujuan projek tersebut

Bagaimana (how)Kaedah pengajaran ,aktiviti dan sumber

Bila(When)Masa dalam jadual,panjangnya program tersebut

Di mana (Where)Aktiviti dalam kelas,di sekolah atau lawatan ke perpustakaan atau pusat sumber

Dengan siapa (with whom)Dengan pelajar lain,guru atau penceramah luaran

Keputusan/Hasilan(outcome)Apakah hasilnya,pameran,kuiz,perbincangan,hasil kerja atau apa saja cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan hasil kerja mereka

Berdasarkan soalan soalan yang dikemukakan,guru yang menjalankan program ini harus mempunyai beberapa tujuan:a.perlu tahu bagaimana hendak menggunakan serta menambah pengetahuan berdasarkan pengetahuan asas yang ada

b.apa yang ingin dicapai melalui program tersebut

c.apakah sikap dan kemahiran yang ingin disemaikand.fikirkan strategi yang ingin digunakan,kumpulan pelajar mana dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan

e.fikirkan kesimpulan yang diperoleh dan cara menilai kesimpulan tersebut

6.PENDEKATAN BERSEPADU KEMAHIRAN MAKLUMAT

Kemahiran maklumat penting diajarkan sebagai satu proses untuk pembelajaran berkesan. Proses pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada enam langkah,iaitu:

6.1Langkah Pertama- Menentukan

pelajar dapat:

6.1.1menggambarkan skop sesuatu topik

6.1.2mengingati isi penting mengenai perkara yang berkaitan

6.1.3membuat gambarajah,mengumpulkan peta pengetahuan dan lakaran topik

6.1.4mengenalpasti maklumat yang penting6.1.5memahami penentuan jenis maklumat yang ada pada sumber yang berlainan

6.1.6menghubungkaitkan maklumat dengan sumber-sumber yang ada.

6.2Langkah Kedua-Mencari

Pelajar berkebolehan:

6.2.1memahami bagaimana sumber disimpan dan disusun untuk digunakan

6.2.2memahami bahawa bahan elektronik adalah pelengkap kepada bahan buku

6.2.3memilih sumber yang sesuai

6.3Langkah Ketiga- Menggunakan

Pelajar dapat:6.3.1menggunakan kemahiran belajar dan membaca dengan meluas,fleksibel dan bermanfaat

6.3.2memilih dan menggunakan kaedah atau teknologi yang sesuai untuk mendapat maklumat yang diperlukan

6.3.3menggunakan teknik belajar seperti skimmingscanningSQ3R,kata kunci dan lain-lain untuk memproses maklumat dengan meramal,membuat hipotesis,bandingan dan analisis.

6.4Langkah Keempat_Mencatat

Pelajar berkemahiran:

6.4.1memilih cara membuat nota mengkut keperluan kajian dengan mengenal pasti isi penting dan menggunakan perkataan sendiri.6.4.2mengumpul dan menyusun maklumat untuk persembahan6.4.3menggunakan kemahiran,menulis,melukis dan menghasilkan nota yang sistematik dan berkesan.

6.5Langkah kelima- Melapor

Pelajar dapat:

6.5.1berkomunikasi dengan tepat dengan mengambil kira media,mesej dan penonton/audiens.

6.5.2menyedari diri sebagai pengkaji yang boleh menilai strategi dan kemahiran di setiap peringkat kajian dengan kebolehan dan keyakinan yang tinggi

6.6Langkah Keenam-Menilai

6.6.1Mengenalpasti kemahiran yang diperlukan dan membincangkannya dengan guru

6.6.2Mengimbas kembali proses kajian dan menyatakan pengalaman dan kepuasan menjalankan kajian.

7.LANGKAH-LANGKAH UNTUK PELAJAR

Untuk memudah pelajar,terdapat enam langkah ringkas yang boleh dijadikan panduan:

7.1Langkah Pertama-Menentukan

7.1.1Apa yang perlu saya ketahui dengan tepat?

7.1.2Apakah yang sudah saya tahu?

7.1.3Apakah yang akan saya buat dengan maklumat itu?

7.2Langkah Kedua- Mencari

7.2.1Di mana saya boleh mendapatkan maklumat?

7.3Langkah Ketiga-Mengguna

7.3.1Apakah maklumat yang perlu saya catatkan?

7.4Langkah Keempat-Mencatat

7.4.1Apakah maklumat yang perlu saya catatkan?

7.4.2Bagaimana mencatatnya?

7.5Langkah Kelima-Melapor

7.5.1Apa yang diperlukan untuk mendapat maklumat secara sistematik dan mempersembahkannya dengan baik?

7.6Langkah Keenam-Menilai

7.6.1Adakah saya seperti seorang penyelidik semasa proses pembnaannya?

7.6.2Bagaimanakah hasil terakhir?7.6.3Adakah saya berpuas hati?8.LANGKAH-LANGKAH UNTUK GURU

Untuk memudahkan guru membimbing pelajar,perhatikan enam langkah ini sebagai panduan:

8.1Langkah Pertama-Menentukan

8.1.1Apakah sebenarnya yang saya harap mereka cari?

*Apa yang saya harap mereka cari?

*Adakah saya akan memberi mereka persembahkan?

*Adakah saya memberi mereka peluang membuat pilihan?

*Adakah mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mencari dan

menggunakan maklumat tersebut?

*Bagaimana saya boleh membantu?

*Adakah mereka sudah bersedia untuk memulakan tugasan?

8.2Langkah Kedua-Mencari

8.2.1Di mana mereka boleh mencari maklumat?

* Adakah mereka boleh mencari maklumat?

*Adakah sumber yang ada mengikut tahap kebolehan mereka?

*Bolehkah mereka mengesan sumber yang ada?

8.3Langkah Ketiga-Mengguna

8.3.1Bolehkah mereka menggunakan pelbagai bahan untuk mendapat maklumat yang sesuai bagi keperluan projek?8.4Langkah Keempat-Mencatat

8.4.1Bolehkah mereka membuat pilihan untuk mencatat nota daripada maklumat yang diperolehi?

*Adakah mereka mempunyai kemahiran mencatat nota?

8.5Langkah Kelima- Melapor

8.5.1Adakah mereka berkebolehan menganalisis dan mengumpul maklumat itu daripada pelbagai sumber ?

8.5.2Adakah mereka berkebolehan mempersembahkannya dalam bentuk atau cara yang menarik dan berkesan ?

8.6Langkah Keenam-Menilai

8.6.1Adakah hasil kerja pelajar dinilai berdasarkan pembelajaran yang dilalui?