kemahiran dwibahasa

3
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Matlamat FPG - Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. - Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan - Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan. - Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. PENDIDIKAN DWIBAHASA Kamus Dewan (2007) : Suatu yang ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa atau boleh bertutur dalam dua bahasa. Mohd Rasdi bin Saamah (t.thn): Konsep kedwibahasaan atau bilingualism muncul apabila dua bahasa atau lebih digunakan dalam masyarakat Macnamara (1967) : Kedwibahasaan membawa maksud seseorang itu dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran bahasa dalam bahasa keduanya walaupun pada tahap yang minimum

Upload: yogen-ambrose

Post on 11-Jan-2016

468 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

aspirasi murid

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Dwibahasa

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Matlamat FPG

- Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang

boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.

- Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan

- Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.

- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan

menengah di Malaysia.

PENDIDIKAN DWIBAHASA

Kamus Dewan (2007) : Suatu yang ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa atau boleh

bertutur dalam dua bahasa.

Mohd Rasdi bin Saamah (t.thn): Konsep kedwibahasaan atau bilingualism muncul apabila

dua bahasa atau lebih digunakan dalam masyarakat 

Macnamara (1967) : Kedwibahasaan membawa maksud seseorang itu dapat menguasai

sekurang-kurangnya satu kemahiran bahasa dalam bahasa keduanya

walaupun pada tahap yang minimum 

ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada

pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu

bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini

mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid

secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu

penekanan kepada elemen Pengetahuan dan  Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis,

Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia

dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap

elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid

memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Page 2: Kemahiran Dwibahasa

Kemahiran Dwibahasa

Aspirasi keempat terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan Kemahiran Dwibahasa

dalam kalangan murid-murid. Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai

bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi

antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan digalakkan untuk menguasai bahasa

tambahan seperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain

seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid

bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyumbang

kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.