kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri.docx

3
Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika kita mengetahui fungsi kita bertutur, ia akan sedikit sebanyak akan membantu kita menyusun ujaran kita dengan lebih baik serta memilih laras bahasa yang sesuai digunakan dalam konteks pertuturan tersebut. Secara umumnya terdapat beberapa fungsi dalam kemahiran bertutur antaranya adalah seperti berikut : Bertutur berperanan untuk memberitahu dan menjelaskan maklumat Bertutur berperanan untuk memberi maklumat yang dimaksudkan di sini ialah penutur mengujarkan sesuatu untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ini menunjukkan tugas kita sebagai penutur adalah untuk memperjelas maklumat yang hendak kita sampaikan tersebut bermakna dan juga mudah untuk diingati. Bagi mencapai objektif ini, kita perlu mengaplikasikan tiga perkara yang terdapat dalam ujaran bermaklumat. Antara perkara tersebut ialah memberitahu pendengar perkara yang akan perkatakan, ujarkan, atau memaklumkan perkara tersebut serta menyimpulkan perkara yang telah kita perkatakan tersebut. Jadi, melalui objektif. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bermatlamatkan supaya murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Jadi, sebagai seorang pendidik, tujuan bertutur adalah amat penting kerana mempunyai perkaitan yang rapat dengan peranan guru itu sendiri sebagai penyampai maklumat serta ilmu pengetahuan terhadap murid-murid. Untuk menyampaikan maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah dengan memulakan sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian pendengar serta membuatkan mereka hendak terus mendengar. Seterusnya, penutur perlu menyusun isi penting ujaran dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu sama lain. Selain itu, penutur seharusnya menggunakan bahasa secara natural serta tidak bersifat emotif serta kurangkan penggunaan bahasa yang bersifat terlalu terlalu teknikal dan berbunga-bunga. Penutur juga sepatutnya menggunakan gambar, rajah, carta, poster dan sebagainya untuk membantu

Upload: syamkimi75

Post on 22-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri.docx

Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika kita mengetahui fungsi kita bertutur, ia akan sedikit sebanyak akan membantu kita menyusun ujaran kita dengan lebih baik serta memilih laras bahasa yang sesuai digunakan dalam konteks pertuturan tersebut. Secara umumnya terdapat beberapa fungsi dalam kemahiran bertutur antaranya adalah seperti berikut :

Bertutur berperanan untuk memberitahu dan menjelaskan maklumat Bertutur berperanan untuk memberi maklumat yang dimaksudkan di sini ialah penutur mengujarkan sesuatu untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ini menunjukkan tugas kita sebagai penutur adalah untuk memperjelas maklumat yang hendak kita sampaikan tersebut bermakna dan juga mudah untuk diingati. Bagi mencapai objektif ini, kita perlu mengaplikasikan tiga perkara yang terdapat dalam ujaran bermaklumat.

Antara perkara tersebut ialah memberitahu pendengar perkara yang akan perkatakan, ujarkan, atau memaklumkan perkara tersebut serta menyimpulkan perkara yang telah kita perkatakan tersebut. Jadi, melalui objektif. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bermatlamatkan supaya murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Jadi, sebagai seorang pendidik, tujuan bertutur adalah amat penting kerana mempunyai perkaitan yang rapat dengan peranan guru itu sendiri sebagai penyampai maklumat serta ilmu pengetahuan terhadap murid-murid.

Untuk menyampaikan maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah dengan memulakan sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian pendengar serta membuatkan mereka hendak terus mendengar. Seterusnya, penutur perlu menyusun isi penting ujaran dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu sama lain.

Selain itu, penutur seharusnya menggunakan bahasa secara natural serta tidak bersifat emotif serta kurangkan penggunaan bahasa yang bersifat terlalu terlalu teknikal dan berbunga-bunga. Penutur juga sepatutnya menggunakan gambar, rajah, carta, poster dan sebagainya untuk membantu bagi menjelaskan maklumat, menarik minat pendengar di samping dapat mengukuhkan isi penting yang disampaikan. Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi membawa pengertian kepada ujaran penutur yang mengkehendaki pendengar mengubah persepsi ataupun fikirannya mengenai sesuatu perkara atau mempengaruhi pendengar mengambil langkah bagi membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Seseorang guru perlulah mempunyai kemahiran mempengaruhi yang tinggi terhadap murid-muridnya terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini penting kerana untuk mempengaruhi serta mendorong murid untuk terus belajar serta melakukan semua aktiviti yang diarahkan bukan satu tugas yang mudah. Dua perkara penting yang berkaitan dengan bertutur yang berfungsi untuk mempengaruhi ialah dengan memastikan kehendak serta keperluan pendengar. Hal ini penting untuk memotivasikan pendengar melakukan sesuatu tindakan dan ia perlu disertakan dengan alasan yang munasabah serta menepati keperluan pendengar. Menurut ahli psikologi berpendapat bahawa keperluan manusia terbahagi kepada beberapa kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah psikologi, keselamatan, dimiliki dan disayangi, sanjungan

Page 2: Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri.docx

kendiri dan juga keupayaan kendiri. Seterusnya, perkara yang kedua yang ditekankan ialah menyediakan hujah yang relevan. Bagi mencapai matlamat bertutur untuk mempengaruhi pendengar terhadap sesuatu , maka penutur terlebih dahulu perlu bersedia dengan pendapat yang relevan. Bagi mengemukakan pendapat yang releven, ia memerlukan kemahiran serta pengalaman. Guru yang berpengalaman biasanya tidak menghadapi masalah dalam memberi hujah, fakta dan alasan untuk mempengaruhi dan memotivasikan murid mereka. Ini menunjukkan kepakaran seseorang guru dalam bidangnya membolehkan mereka memperjelas fakta serta mencadangkan sesuatu yang baik. Bertutur menimbulkan keseronokan. Bertutur untuk menimbulkan keseronokan atau santai merujuk kepada pertuturan menyebabkan pendengar seronok dan terhibur. Fungsi pertuturan untuk menimbulkan keseronokan atau santai adalah tujuan sampingan kepada peranan yang sebenar. Bertutur dapat beri kelebihan kepada pihak penutur serta pendengar iaitu pendengar berupaya untuk memberi perhatian yang lebih terhadap penutur yang dapat menghiburkan mereka. Melalui pertuturan ini, penutur boleh memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan, nilai murni melalui aktiviti bertutur sebagaimana yang terkandung dalam HSPBMSR. Berfungsi sebagai alternatif mewujudkan perhubungan Bagi tujuan sosial, murid haruslah dilatih bertutur melalui fungsi ini. Fungsi ini amat penting dalam kehidupan seharian manusia untuk membantu seseorang tersebut hidup dalam masyarakat dengan selesa serta mesra. Dalam hal ini, penekanan utama adalah diberikan terhadap pengucapan bertatasusila bagi menjamin keharmonian perhubungan serta perpaduan dalam masyarakat. Antara contoh pengucapan yang bertatsusila yang dimaksudkan adalah melahirkan rasa simpati terhadap orang lain. Ini merupakan salah satu objektif yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan melalui kemahiran bahasa ini murid akan dapat menghayati serta mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan juga kewarganegaraan. Contoh lain ialah dapat menumpang kejayaan, menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain dan lain-lain lagi.