1tugasan pentas dan fungsinya

Download 1Tugasan Pentas Dan Fungsinya

If you can't read please download the document

Upload: wynn-yasser

Post on 20-Nov-2015

791 views

Category:

Documents


65 download

TRANSCRIPT

SKMA6043 KRITIKAN SENI PERSEMBAHAN

SKMA6043 KRITIKAN SENI PERSEMBAHANNAMA PENSYARAH: DR. YUSMILAYATI YUNOS

NAMA PELAJAR: SITI SYARINA ABDUL KHALIDP71819

1

Apa itu pentas?Di dalam pementasan sebuah teater atau apa sahaja persembahan seni, pentas merupakan sesuatu yang amat penting. Pentas adalah suatu ruang yang dicipta untuk persembahan sesebuah produksi.

Fungsi pentas:

Sebagai ruang untuk para pelakon atau orang yang membuat persembahan untuk membuat persembahan/pertunjukkanSebagai titik tumpuan (skrin atau sinema) kepada para penonton.

2

Jenis-Jenis Pentas dan Fungsinya.ARENA

Penonton yang menonton teater di pentas arena akan merasa seperti mereka berlakon di dalam teater tersebut kerana pentas arena tidakmempunyai frame atau penghalang untuk penonton menonton teater di pentas tersebut.Pentas arena juga kebiasaanya berbentuk bulat, diamond atau segi tiga di mana pelakon akan keluar masuk melalui ruang yang berbeza di celah-celah penonton.George MasonUniversity di Fairfax, Virginia merupakan Arena Stage Archive yang terbesar dan mempunyai material dari 50 tahun sejarah teater. Antaranya ialah koleksi foto (gambar), buku nota produksi, buku skrap, playbills, sejarah lisan dan bertulis.Pentas berbentuk arena bersifat ekonomik (disebabkan hanya memerlukan bajet yang rendah berbandingpentasyang lain). Apa yang diperlukan ialah ruang bilik yang sangat besar: rekaan playing space, cara susunan yang dapat dijalankan dan teater in the round yang menarik.

3

Jenis-Jenis Pentas dan Fungsinya.PROSENIUM

Juga dikenali sebagaiPicture FrameStage.Proscenium Arch di Rome diterangkan sebagai prosenium yang bermaksud in front of the scenery.Panggung prosenium yang menggunakan bingkai (proscenium arch) dan dipasangkan tirai pada bingkainya adalah bertujuan untuk memisahkan ruang lakon dari penonton.Jarak ruang lakon dan kedudukan penonton juga memberikan impak kerana ianya membuatkan persembahan menjadi lebih jelas seolah-olah tiada penonton yang melihatnya (fourth wall) penonton duduk di satu arah sahaja.Penggunaan pentas prosenium juga membenarkan setiap aspek kekaguman dipersembahkan tanpa dilihat oleh penonton.

4

Jenis-Jenis Pentas dan Fungsinya.TERAS (THRUST)

Konsep teras pada peringkat umumnya digunakan berabad lamanya, dan telah digunakan pada tahun 1953 dalam Shakespeare Stratford Festival di Kanada.Bermula tahun 1957 pentas teras telah dibina secara kekal di merata tempat.Pentasteras seakan pentas prosenium tetapi 2/3 bahagian depannya memfokuskan kearah penonton. Ia mempunyai 3 posisi iaitu 1 di hadapan dan 2 di sisi kiri dan kananPintu masuk (entrance) adalah melalui belakang pentas.Ia boleh merapatkan jurang antara pelakon dengan penonton (komunikasi).

5

Terdapat beberapa jenis pentas lain yang turut digunakan di dalam sesebuah persembahan/pertunjukkan terutamanya apabila sesebuah produksi mementaskan teater berbentuk eksperimental. Pentas-pentas tersebut adalah:

Blackbox- Pentas yang sangat minimal dan sesuai untuk persembahan teater eksperimental atau tarian kontemporari solo.

Pentas terbuka (open stage)- Boleh dibuat di mana-mana kawasan lapang. Sesuai untuk persembahan tradisional.

Runway (landasan)Pentas yang memanjang dan penonton duduk di bahagian kiri dan kanan pentas. Sesuai untuk peragaan busana atau teater eksperimental.

Ampiteater- Pentas yang berbentuk seperti stadium. Sesuai untuk pertunjukkan acara besar seperti festival atau konsert besar.

6

Andaikan saudara seorang pengarah pentas/pengarah teater/pengarah drama. Apa yang saudara pentingkan dalam pengarahan persembahan saudara?Pementasan teater merupakan satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon. Ia dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.Ia merupakan suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung di hadapan khalayak.

7

PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBILKIRANaskhah/skripPenulis skripJenis teater yang akan dipentaskan (bentuk/aliran)Tenaga produksiPelakonRuang lakon (pentas)IdeaElemen visualSubjekStruktur dramatik

Penataan artistikTatacahayaTatabunyiKostumMekapSetPropsPenontonKoordinasi semua elemenKeperluan sosial

8

9

Sekian Terima Kasih

10