alat artikulasi dan fungsinya

43
Alat Artikulasi Dan Fungsinya AUTHOR: AIMAN_SENSEI | POSTED AT: 10:29 PM | FILED UNDER: BAHASA MELAYU ,PPISMP SEMESTER 1 (nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 1) Gambarajah dan Label : click picture for large image

Upload: lau-ung-hong

Post on 31-Dec-2015

902 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Alat Artikulasi Dan Fungsinya

TRANSCRIPT

Alat Artikulasi Dan FungsinyaAUTHOR: AIMAN_SENSEI | POSTED AT: 10:29 PM | FILED UNDER: BAHASA MELAYU,PPISMP SEMESTER 1

(nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 1)

Gambarajah dan Label :

click picture for large image

1. Bibir Atas

2. Bibir Bawah

3. Gigi Atas

4. Gigi Bawah

5. Gusi

6. Lelangit Keras

7. Lelangit Lembut

8. Anak Tekak

9. Hujung Lidah

10. Hadapan Lidah

11. Tengah Lidah

12. Belakang Lidah

13. Akar Lidah

14. Epiglotis

15. Rongga Suara

16. Rongga Tekak

17. Rongga Hidung

18. Rongga Mulut

19. Rahang

20. Tenggorok

Alat Artikulasi

Alat artikulasi hanya terdiri daripada :

Lidah

Gigi

Bibir

Gusi

Lelangit

Rongga Hidung

Pita Suara

Fungsi Alat Artikulasi

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan

lidah, dan belakang lidah.Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah

penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-

mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara

dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan

mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar

daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah

yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga

mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke

rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara

terpaksa keluar melalui rongga hidung. 

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut

dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Gambarajah Pita Suara :

Seterusnya ialah Jenis - Jenis Bunyi yang dihasilkan Alat Artikulasi

Asal Usul Bangsa Melayu

nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 1)

Daripada Buku Tatabahasa Dewan

Asal usul orang-orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau

bagaimanapun,kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang-orang Melayu.

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah

Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru. Ini berlaku sejak tahun 2500

sebelum masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kebanyakan keturunannya adalah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di

Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi iaitu pada Zaman Logam, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah

menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Kebanyakan keturunannya adalah orang Melayu di Malaysia.

Golongan ini dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto kerana telah memperlihatkan kepandaian dalam bidang astronomi,pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangannya juga lebih banyak daripada Melayu Proto. Golongan kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar

luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang

berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaan.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa

Austris. Disamping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina. Ini dapat di rajahkan seperti

berikut:

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Ausronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300

bahasa. Oleh yang demikian, bahasa-bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu,seperti yang berikut:

1. Golongsn Filipina

2. Golongan Sumatera

3. Golongan Jawa

4. Golongan Kalimantan

5. Golongan Bali-Sasak

6. Golongan Gorontalo

7. Golongan Tomini

8. Golongan Toraja

9. Golongan Loinang

10. Golongan Bunku-Laki

11. Golongan Sulawesi Selatan

12. Golongan Muna Butung

13. Golongan Bima-Sumba

14. Golongan Ambon-Timur

15. Golongan Sula-Bacon

16. Golongan Halmahera

Daripada Portal Pendidikan

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara

para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

• Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)

• Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi

dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori Yunnan

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-

alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke

Kepulauan Melayu.

2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri

Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu

berasal daripada Yunan. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai

dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,

Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar,

berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai

dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah

pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup

di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di

bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.

Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di

kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"

3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang

Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

Alat-alat artikulasi serta fungsinyaPosted by .:naqib saad:.

KKBI- BM1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bahasa Melayu dipercayai mula digunakan di Kepulauan Melayu abad ke-7 dan dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Ahli biasa dan ahli linguistik telah mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang terdiri

daripada lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada pada mereka Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran. Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Pengetahuan tentang perkara ini amat penting terutamanya kepada para guru bagi memastikan setiap perkataan disebut dengan betul.

1.2       OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk :

                     Mengumpul maklumat berkaitan alat-alat artikulasi menggunakan sekurang-kurangnya tiga buah buku dan satu bahan bukan buku.

                     Menjelaskan alat-alat artikulasi dan fungsi-fungsinya.                     Mengemukakan contoh-contoh fungsi alat-alat artikulasi.

1.3       KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dibuat dengan kaedah ke perpustakan dengan merujuk bahan buku seperti jurnal, majalah dan buku ilmiah. Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat dan bahan di laman sesawang menggunakan internet. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikategorikan di bawah sub-topik kertas kerja ini

1.4       BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya terbatas mengenai alat artikulasi atau alat tutur dan peranannya dalam mengeluarkan bunyi bahasa terutamanya dari segi pengeluaran bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga terbatas kepada mendapatkan rajah-rajah dalam bentuk grafik dan menunjukkan tempat-tempat di mana vokal dibunyikan dan daripada bahan yang sudah dikumpul, saya ringkaskan serta melakukan olahan untuk penulisan kajian saya.

1.5       PENDAPAT/ KAJIAN LEPAS

Menurut Asmah Hj.Omar(1983),unsur-unsur kestrukturan yang baku seperti fonem,morfem dan sintaksis dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tetapi disebabkan oleh latar belakang politik dan sosial yang berbeza,terdapat beberapa penyimpangan dalam pertumbuhan dan perkembangannya.Hal ini demikian menjadikan sebutan konsonan dan vokal berbeza dan membawa kepada penggunaan alat artikulasi yang berbeza-beza.

(Sumber: Jurnal Dewan Bahasa 1998. Julai Jilid 42 Bil. 7)

BAB 2

 ALAT – ALAT ARTIKULASI

2.1       KONSEP/DEFINISI OLEH TOKOH

Menurut Dr. Abdullah Hassan,alat artikulasi adalah alat untuk menghasilkan bunyi.Ini bermaksud alat artikulasi berfungsi sebagai alat pengeluaran bunyi. Menurut  Kamus Dewan edisi Ketiga pula, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu      ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar  ( 1998 : 191 ). Maka , ini menunjukkan definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa.

2.2        PEMAPARAN GRAFIK DAN PENULISAN.

2.2.1   enarai alat artikulasi :1.    Rongga hidung2.    Lelangit keras3.    Rongga mulut4.    Gusi5.    Gigi atas6.    Bibir atas7.    Bibir atas8.    Gigi bawah9.    Depan lidah                                   10. Tengah lidah

                       11. Glotis                           12. Paru-paru                          13. Larings

                           14. Esofagus                            15. Epiglotis                     16. Rongga tekak                      17. Anak tekak                    18. Belakang lidah

                      19. Lelangit lembut

BAB 3

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

3.1        DEFINISIAlat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

3.2       FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

LidahLidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

         Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut         Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang  bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut         Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras         Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi         Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.

GigiSelain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

BibirBibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

GusiGusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

LelangitLelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. 

Rongga HidungTerletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada

keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita SuaraPita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

LANGKAH-LANGKAH  DAN KEADAAN ALAT ARTIKULASI KETIKA MENGELUARKAN BUNYI

           

Contoh-contoh daripada huruf vokal

  Semasa membunyikan vokal depan sempit [ i ]:

Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit keras.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menetup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan

Contohnya pada perkataan:

         Ikan - [i]kan         Bila - B[i]la         Tali - Tal[i]

  Semasa membunyikan vokal depan separuh sempit [ e ]

Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan

Contohnya pada perkataan:

         Enak – [e]nak         Teleng  – tel[e]ng         Tempe – temp[e]

          

Contoh – contoh daripada huruf konsonan

   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan.Arus udara dari paru-paru melalui rongg mulut tanpa menggetarkan pita suara.Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara

Contohnya pada perkataan:

         Silap – [s]ilap         Lasak – La[s]ak         Lemas – Lema[s]

            Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]

Hujung lidah dikenakan pada gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan.Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara.Arus udara melalaui rongga mulut menggetakan hujung lidah

Contohnya pada perkataan:

         Rapat – [r]apat         Tiram – Ti[r]am         Lebar – Leba[r]

4.0 KESIMPULAN

     Berdasarkan kajian yang dilakukan tentang alat-alat artikulasi,kita dapat mentafsirkan bahawa bahasa mempunyai suatu sifat yang dikatakan sebagai bahasa sebagai simbol bunyi.Dengan hanya menggunakan bahagian-bahagian tubuh manusia,kita dapat berbahasa dengan menggunakan pelbagai bunyi yang dapat dihasilkanTerdapat banyak bahagian tubuh manusia yang mendukung peranan sebagai alat artikulasi seperti bibir,gigi,gusi,lidah,tulang rahang dan anak tekak.Berdasarkam alat-alat artikulasi inilah manusia dapat bertutur dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan.     Konklusi keseluruhannya,pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar bahawa alat-alat artikulasi atau organ-organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai pefungsi yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara individu.Tambahan pula,penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang digunakan.

 

Budaya MelayuBeranda > Budaya Melayu > Bahasa Melayu > Artikel-artikel > Fonologi > Fonologi Bahasa Melayu (Malaysia)

Fonologi Bahasa Melayu (Malaysia)

Oleh: Misran

Sekilas Sejarah dan Dialek

Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan Peraturan 152 Pasal 1. Undang-

undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di

dalam Undang-undang itu digunakan istilah Bahasa Melayu, BM berulangkali berganti nama resmi. Dari pertama

bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan

terakhir pada tahun 2007, nama resmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysia.

Penggunaan BM di Malaysia tidak begitu disambut secara antusias oleh warga ketika bahasa itu disahkan sebagai

bahasa nasional. Justeru bahasa Inggris yang sering digunakan, terutama di kalangan etnis Cina dan India

 

walaupun mereka termasuk warga minoritas. Hal ini membuat pemerintah berusaha menggalakkan penggunaan

BM melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963

dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-peraturan ini dinilai secara pesimis oleh

sebagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahwa BM tidak mungkin

digunakan dimahkamah (pengadilan) karena berbagai keterbatasan yang dimiliki BM.

Perubahan baru terjadi pada dekade 80-an, yakni ketika BM berhasil menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah,

mulai taman kanak-kanak sampai perguruan tinggi. Perubahan ini seiring dengan peran Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP – diresmikan pada tahun 1956) yang semakin gencar memasyarakatkan BM. Istilah-istilah teknis

yang selama dua dekade sebelumnya sulit ditemukan masuk menerobos bersama-sama dengan gaya bahasa yang

estetis, yang banyak digunakan dalam ragam bahasa sastra. 

Pasca perubahan ini, BM akhirnya berhasil menduduki lima fungsi yang harus dimiliki oleh sebuah bahasa nasional:

fungsi sebagai bahasa nasional itu sendiri, sebagai bahasa resmi, sebagai bahasa perpaduan atau bahasa

antaretnis, sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan terakhir sebagai bahasa pendidikan.

BM yang memiliki wilayah sebar tutur di sebuah negara yang luas seperti Malaysia, tentunya, memiliki perbedaan-

perbedaan cara tutur. Masing-masing Negeri (daerah) hampir memiliki satu dialek tersendiri, yang berbeda dengan

daerah lainnya. Dialek-dialek BM yang masyhur di Malaysia antara lain, dialek Johor di Negeri Johor yang terletak

paling selatan, dialek Perak di Perak Darul Ridzuan, dialek Melaka di Negeri Melaka sebelah utara Johor, dialek

Kedah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman, dan terakhir dialek Sarawak yang terletak di Malaysia Timur

atau di Pulau Kalimantan yang disebut juga dengan Pulau Borneo.

Kata /kapal/ yang terdapat di dalam BM Piawai (standar) dapat dijadikan sebagai contoh yang jelas. Meski tetap

direalisasikan menjadi /kapal/ di Johor, Melaka dan Sarawak, di Perak ia malah direalisasikan (baca; diucapkan)

menjadi /kapɛ/ dan di Kedah direalisasikan menjadi /kapaj/. Contoh lain yang lebih mencolok perbedaannya adalah

kata /pagar/. Di Johor orang menyebutnya /paga/, di Perak orang menyebut /pagɔ/, akan tetapi di Melaka malah

disebut /pagaw/, di Kedah disebut /paga?/ (dengan glotal atau hamzah di akhir) dan di Sarawak menjadi /pagaR/. /r/

yang terdapat di akhir kata /pagar/ ternyata direalisasikan dengan cara yang berbeda-beda oleh dialek-dialek ini

dan justeru karena perbedaan-perbedaan kecil nan khas inilah mereka menjadi dialek.

Pendahuluan

Di antara tataran kebahasaan yang paling mendasar adalah tataran fonem. Tataran ini berada pada tataran bunyi

terkecil dari sebuah bahasa, yang juga memiliki sistemnya sendiri. Di dalam ilmu linguistik, cabang ilmu yang

mempelajari sistem fonem dalam sebuah bahasa disebut Fonologi.  

Fonologi adalah ilmu bunyi, yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.

Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi atau alat ucap itu disebut fon (phone). Sementara itu, fonem

adalah satuan bunyi terkecil dari sebuah bahasa yang mampu menunjukkan kontras makna. Apabila kontras

makna tidak terjadi, maka sebuah bunyi bahasa tidak dapat disebut sebagai sebuah fonem yang berbeda. Kontras

makna ini adalah syarat bagi keabsahan sebuah fon atau bunyi bahasa untuk disebut sebagai fonem.

Satu unit ujaran yang bermakna (bisa morfem dan bisa pula kata) terdiri dari beberapa satuan bunyi. Misalnya kata

pagi. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi atau fonem yaitu /p/, /a/, /g/ dan /i/. Terjadinya sebuah fonem bisa

ditunjukkan dengan melakukan perbandingan fitur. Anggapan bahwa bunyi p dan b masing-masing merupakan

fonem yang berbeda dapat diterima setelah membandingkan kedua bunyi tersebut pada kata pagi dan bagi. Kata

pagi menunjukkan waktu, dan kata bagi menunjukkan kata kerja. Kedua-duanya secara makna berbeda. Dari

perbedaan itu disimpulkan bahwa anggapan p dan b berbeda adalah benar.

Fonologi BM diterangkan dengan terlebih dahulu membicarakan fonem. Fonem vokal, konsonan, diftong dan

beberapa alofon merupakan hal-hal yang dibicarakan. Penjelasan kemudian diakhiri dengan menerangkan pola

suku kata di dalam BM.

Fonologi BM

Sistem bunyi bahasa (fonetik) mencakup dua macam fonem: fonem segmental yang membentuk kata dan kalimat,

dan fonem suprasegmental yang terdapat di dalam kata dan kalimat. Fonem segmental yang menjadi dasar

pembentukan kata dan kalimat terbagi dua: fonem vokal dan fonem konsonan. Fonem suprasegmental berupa

stres (keras/lembutnya arus ujaran), nada (tinggi/ rendahnya arus ujaran) dan durasi (panjang/ pendeknya waktu

yang dibutuhkan).

BM, seperti bahasa lain juga, memiliki fonem vokal dan fonem konsonan. Fonem vokal terdiri dari enam fonem

vokal dan fonem konsonan terdiri dari 19 konsonan asli dan sembilan konsonan pinjaman. Di samping itu, terdapat

pula diftong dan alofon.

Pembagian fonem kepada fonem vokal dan fonem konsonan didasarkan kepada terhambat atau tidaknya arus

udara ketika sebuah bunyi dihasilkan di dalam rongga. Jika arus udara bebas berlalu begitu saja, fonem yang

dihasilkan disebut fonem vokal atau vokal saja. Akan tetapi jika udara terhambat selama proses artikulasi tersebut,

fonem yang dihasilkan disebut sebagai fonem konsonan atau konsonan saja.

Fonem Vokal

Vokal di dalam BM terdiri dari enam buah. Keenam vokal itu antara lain a, i, u, o, dan e dan è. Vokal /a/ atau

disebut juga Vokal Bawah dihasilkan dengan merendahkan bagian bawah lidah. Vokal /u/ atau disebut juga Vokal

Belakang dihasilkan dengan lidah yang ditarik ke belakang rongga mulut. Sementara itu /i/ dan  /e/ yang juga

disebut Vokal Depan dihasilkan dengan menggerakkan lidah ke arah langit-langit. Vokal Tengah yaitu /è/ dihasilkan

dengan lidah dalam posisi tidak di depan dan tidak di belakang.

Tabel Fonem Vokal di dalam Bahasa Melayu

Posisi Lidah Depan Tengah Belakang

Tinggi i [i] u [u]

Tengah e [e, ɛ] e [ə] o [o, ɔ]

Rendah a [a] a [ɑ]

(Tabel: Fonem Vokal BM (Diubahsuaikan dari wikipedia.com)

Kesemua fonem vokal ini terdapat pada semua posisi, baik itu di depan, tengah atau pun belakang, kecuali vokal

[e] yang tidak terdapat di akhir kata. Vokal [a] yang terdapat di awal seperti pada kataanak (contoh miring), di

tengah seperti pada kata tanah, dan di akhir seperti pada kata lada. Vokal [è] juga terdapat pada ketiga posisi itu;

posisi awal pada kata ela, posisi tengah pada kata semak dan posisi akhir pada kata sate. Vokal [i] juga bisa

menempati posisi awal, tengah dan akhir; awal pada kata iring, tengah pada kata kita, dan akhir pada kata seri.

Agak berbeda dengan ketiga fonem di atas, fonem [e] hanya menduduki posisi awal dan tengah serta tidak

menempati posisi akhir. Pada posisi awal seperti pada kata emak dan pada posisi tengah pada kata betul. Dua

fonem yang terakhir yaitu [o] dan [u]. [o] pada posisi awal seperti pada kata obor, pada posisi tengah seperti pada

kata botak dan pada posisi akhir seperti pada kata kuno. Terakhir, [u] menduduki posisi awal seperti pada

kata ular, posisi tengah seperti pada kata susu dan pada posisi akhir seperti pada kata saku.

 Lambang fonetik  Awal  Tengah  Akhir  Keterangan

 [a]  anak  tanah  lada  

 [è]  ela  semak  sate  

 [i]  iring  kita  seri  

 [e]  emak  betul    tidak terdapat di akhir kata

 [o]  obor  botak  moto  

 [u]  ular  sultan  saku  

Tabel: Fonem Vokal dan Distribusinya (Diubahsuaikan dari wikipedia.com)

Fonem Konsonan

Konsonan adalah bunyi yang dihasilkan oleh arus udara yang terhambat atau terhalang oleh salah satu alat ucap

seperti bibir, gusi, langit-langit, dan sebagainya, sehingga udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga

hidung. Fonem konsonan BM terdiri dari 19 buah konsonan asli dan sembilan buah konsonan pinjaman. Berikut

konsonan-konsonan yang terdapat di dalam bahasa Melayu itu: [p], [b], [t], [d], [k], [g], [c], [j], [m], [n], [ŋ], [ñ], [s],

[h] [r], [l], [w], [y] dan [?] merupakan konsonan-konsonan asli, sedangkan konsonan pinjaman adalah [q], [f], [v],

[z], [x], [ts], [dz], [sy] dan [kh]. Konsonan asli menjadi objek pembahasan, sedangkan konsonan pinjaman tidak

dibahas.

Tabel Fonem Konsonan di dalam Bahasa Melayu

Bilabial Labio-dental

Dental Alveolar Pasca- Alveolar

Langit-langit

Velum Uvula Celah suara

Plosif p [p] b [b]

  t       [t]

d [d]   k [k] g [g]

q [q]

k [ʔ]  

Nasal m [m] n [n] ny [ñ]

ng [ŋ]

Frikatif f [f] v [v], [ʋ]

ts [θ] dz [ð]

s [s] z [z] sy [ʃ, ʂ, sj]

  kh [x]

h [h]

Afrikat         c [tʃ] j [dʒ]

Semi-vokal

w [w]

              y [j]

 

Vibran   r [r]          

Tap   r [ɾ]            

Lateral   l [l]

             

Tabel: Konsonan dalam Bahasa Melayu (Diubahsuaikan dari wikipedia.com)

Sembilan konsonan asli memiliki distribusi yang dapat memenuhi semua posisi, baik awal, tengah maupun akhir

kata. Konsonan-konsonan itu adalah [p], [t], [m], [n], [ŋ], [s], [h], [r] dan [l].  Konsonan [p] di awal kata seperti pada

kata pagi (contoh miring), di tengah seperti pada kata bapak, di akhir seperti pada kata hisap. Konsonan [t] di awal

kata seperti pada kata tidur, di tengah seperti pada kata mati dan di akhir seperti pada kata gigit. Konsonan [m] di

awal seperti pada kata minum, di tengah seperti pada kata nama dan di akhir seperti pada kata cium. Konsonan [n]

di awal seperti pada kata nama, di tengah seperti pada kata tanam dan di akhir seperti pada kata bulan. Konsonan

[ŋ] di awal seperti pada kata nganga, di tengah seperti pada kata tangis dan di akhir seperti pada kata

hidung. Konsonan [s] di awal seperti pada kata susu, di tengah seperti pada kata masuk, dan di akhir seperti pada

kata manis. Konsonan [h] di awal seperti pada kata hidung, di tengah seperti pada kata mahal dan di akhir seperti

pada kata marah. Konsonan [r] di awal seperti pada kata rumah, di tengah seperti pada kata kiri dan di akhir

seperti pada kata dengar. Konsonan [l] pada posisi awal seperti pada kata leher, pada posisi tengah seperti pada

kata pilih dan pada posisi akhir seperti pada kata mahal.

Konsonan Awal Arti Tengah Arti Akhir Arti

p /pagi/ ‘pagi‘ /hisap/ ‘hisap‘ /kepala/ ‘kepala‘

t /tido/ ‘tidur‘ /mati/ ‘mati‘ /gigit/ ‘gigit‘

k /kaki/ ‘kaki‘ /kakap/ ‘besar‘ /kaka?/ ‘kakak‘

m /minum/ ‘minum‘ /nama/ ‘nama‘ /cium/ ‘cium‘

n /nama/ ‘nama‘ /tanam/ ‘tanam‘ /bulan/ ‘bulan‘

ŋ /ŋaŋa/ ‘terbuka‘ /taŋis/ ‘tangis‘ /hiduŋ/ ‘hidung‘

s /susu/ ‘payudara‘ /maso?/ ‘masuk‘ /manis/ ‘manis‘

h /hiduŋ/ ‘hidung‘ /mahal/ ‘mahal‘ /lidah/ ‘lidah‘

r /rambut/ ‘rambut‘ /marah/ ‘marah‘ /tidur/ ‘tidur‘

l /leher/ ‘leher‘ /tali/ ‘tali‘ /katil/ ‘katil‘

Di akhir kata atau sebelum konsonan, /k/ direalisasikan menjadi glottal atau hamzah yang lembut /?/.

Tabel: konsonan yang dapat memenuhi semua posisi

Adapun konsonan [b], [d], [g], [c] dan [j] hanya hadir pada akhir kata pinjaman, seperti kata bab, had‘batas‘,

beg ‘tas‘, koc ‘gerbong kereta api‘ dan kolej ‘institut atau perguruan tinggi‘. Sedangkan konsonan [ñ], [w] dan [y],

tidak pernah terdapat pada akhir kata.

Konsonan [b] pada posisi awal kata seperti pada kata bapak dan pada posisi tengah seperti pada tumbuh.

Konsonan [d] pada posisi awal kata seperti pada daki dan pada posisi tengah seperti pada dada. Konsonan [g] pada

posisi awal seperti pada kata gigit dan pada posisi tengah seperti pada gigi. Konsonan [c] pada posisi awal kata

seperti pada cium dan pada posisi tengah seperti pada cacing. Adapun konsonan [j] yang menempati posisi awal

seperti pada jarum dan jahit, dan pada posisi tengah seperti pada tajam.

Ada dua konsonan lain yang dianggap sebagai semi vokal, kadang-kadang juga disebut sebagai semi konsonan

hanya saja tidak populer. Konsonan itu adalah [w] dan [y]. Kedua konsonan ini sama-sama tidak pernah

menempati posisi akhir. 

Konsonan Awal Arti Tengah Arti Akhir Arti

b /bapa?/ ‘bapak‘ /babak/ ‘babak ‘

d /daki/ ‘daki‘ /dada/ ‘dada‘

g /gigit/ ‘gigit‘ /gigi/ ‘gigi‘

c /cium/ ‘cium‘ /cacing/ ‘cacing‘

j /jarum/ ‘jarum‘ /tajam/ ‘tajam‘

ñ /ñamu?/ ‘nyamuk‘ /baña?/ ‘banyak‘

w /warna/ ‘warna‘ /awak/ ‘kamu‘

y /yas/ ‘hias‘ /ya?yuŋ/ ‘sejenis kumbang‘

Tabel: konsonan yang hanya dapat memenuhi posisi awal dan tengah

Diftong

Jika satu vokal berada dalam satu gugusan dengan vokal yang lain sehingga menghasilkan bunyi luncuran, bunyi

ini disebut sebagai diftong. Di dalam BM, hanya terdapat tiga diftong. Ketiga diftong ini dapat menempati semua

posisi: awal kata, tengah kata maupun akhir kata. Diftong /ai/ misalnya dapat menempati posisi awal, tengah dan

akhir, begitu pula dengan kedua diftong yang lain yaitu diftong /au/ dan diftong /ua/, keduanya juga menempati

ketiga posisi yang ada: awal, tengah dan akhir kata. Walhasil, ada tiga diftong yaitu /ai/, /au/ dan /ua/, yang

kesemuanya dapat menempati semua posisi.

Untuk mempermudah pembandingan, di bawah ini disajikan masing-masing diftong dalam semua posisi. Posisi

awal, tengah dan posisi akhir mendapat satu kata untuk contoh:

 Diftong  Awal  Tengah  Akhir

 /ai/  /aising/ ‘campuran gula    pada

kue‘ /pais/  ‘pepes ikan‘  /pandai/  ‘pandai‘

 /au/  /aura/ ‘suasana halus yang   

dirasakan‘ /jaur/

 ‘berjalan tanpa arah‘

 /lampau/  ‘lampau‘

 /ua/  /uan/  ‘uban‘  /perempuan/  ‘perempuan‘  /semua/  ‘semua‘

 

Alofon

Perbedaan bunyi ada yang menimbulkan kontras makna dan adapula yang tidak. Apabila kontras makna terjadi,

masing-masing dari bunyi yang berbeda itu dapat disebut sebagai fonem. Jika tidak terjadi kontras makna, kedua

bunyi itu dianggap sebagai bunyi yang sama, hanya saja salah satu di antara keduanya merupakan bunyi dasar

yang dapat disebut dengan fonem, sementara yang lain disebut sebagai alofon.

Agar perbedaan antara alofon dan fonem menjadi jelas, contoh berikut yang terdapat di dalam BM dikemukakan.

Bunyi /p/ kadang-kadang diucapkan sebagai frikatif yang tidak penuh sebagaimana dalam kata /luap/. Padahal

bunyi /p/ yang biasa terdapat di dalam kata lain merupakan frikatif yang penuh. Maka /p/ dalam kata luap yang

tidak diletupkan secara penuh ini disebut sebagai alofon dari /p/ yang diletupkan secara penuh.

Sebagaimana halnya fonem /o/ pada kata tokoh bukan diucapkan sebagai /o/ biasa, tetapi diucapkan sebagai /ɔ/.

Kedua bunyi ini berbeda, namun perbedaan itu tidaklah memengaruhi arti, sebagaimana berbedanya arti pagi dan

bagi karena bunyi /p/ dan /b/ berbeda.

Suku Kata

Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata yang didasarkan pada kehadiran vokal. Setidak-tidaknya

satu suku kata terdiri dari satu buah vokal atau satu vokal dan satu konsonan. Mengacu kepada bunyi akhir, suku

kata dibagi menjadi dua: suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka adalah suku kata yang

diakhiri oleh vokal, sedangkan suku kata tertutup adalah suku kata yang diakhiri oleh konsonan.

BM mengenal sebelas pola suku kata, dengan empat pola dasar: V, VK, KV dan KVK (V = vokal, K = konsonan).

Berikut adalah keempat pola dasar itu beserta tujuh pola yang lain. Semuanya disertai contoh:

 

Pola Suku Kata Contoh huruf miring)

  Awal Tengah Akhir

1 V i -tu tu- a -la ra- i

    e -mak ju- i -ta raj- i (talak)

2 VK em -pat ki- am -bang ka- in

    um -pa-ma bi-du- an -da bu- ah

3 KV sa -lah se- ko -lah bang- ku

    be -sar teng- ge -lam cin- ta

4 KVK ming -gu ce- mer -lang pa- dam

    lam -pu se- rang -ga se-li- mut

Pola (1) dan (3) merupakan suku kata terbuka, sedangkan (2) dan (4) adalah pola suku kata tertutup.

(Diubahsuaikan dari http://www.karyanet.com.my/bahasa/bahasa_melayu/mek5.php)

Tapi kemudian, pola penyukuan di atas dikembangkan lagi menjadi beberapa pola dengan menambah gugus

konsonan sebelum atau setelah vokal, khususnya untuk kata-kata yang dipinjam dari bahasa asing. Hasilnya, pola

itu jadi bertambah tujuh pola, dari empat pola yang sudah ada. Kesemuanya menjadi berjumlah sebelas pola.

Berikut ini adalah tabelnya:

Pola Suku Kata Contoh (huruf miring )

  di awal di akhir

5 KKV tra -fik indus- tri

6 KKVK prak -tis elek- trik

7 VKK eks -port  

8 KVKK bank -rap kon- sert

9 KKVKK   kom- pleks

10 KKKV stra -tosfera skru

11 KKKVK struk -tur skrip

(Diubahsuaikan dari http://www.karyanet.com.my/bahasa/bahasa_melayu/mek5.php)

Dari pola-pola penyukuan yang telah disebutkan, BM menurunkan kata. Sebuah kata di dalam BM paling sedikit

memiliki satu suku kata dan paling banyak empat suku kata. Ada juga yang lebih dari empat suku kata, akan tetapi

jumlahnya tidak banyak dan lebih sering merupakan kata pinjaman, seperti contoh berikut:

1. Satu suku kata

Suku kata Contoh

KV yu

VK am

KKVK draf, gred. brek

2. Dua suku kata

Suku Kata Contoh

V + KV ibu, ela, era

V + VK air, aib

V + KVK adat, emas

VK + KV anda, unta, angsa

VK +  KVK antah, untuk, ingkar,

KV + KVK bukan, dekat

3. Tiga suku kata

Suku Kata Contoh

KV+V+KV biasa, cuaca, suara

KV + V +KVK kaedah

V + KV + V abai, usia

KV+KV+VK maruah, peluang

KV+KVK+KVK kelompok, kumandang

4. Empat suku kata

Suku Kata Contoh

KV+KV+KV+KV panorama

KV+KV+KV+KVK masyarakat

KVK+KV+V+KV sentiasa

5. Lebih dari empat suku kata

V + KV + KVK +KV+KV universiti

(Diubahsuaikan dari http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm)

Penutup

Fonem dalam BM terdiri dari fonem vokal dan fonem konsonan. Ada enam fonem vokal dan 19 konsonan asli. Di

samping memiliki fonem, BM juga memiliki diftong dan alofon. Hampir semua fonem vokal dan konsonan bisa

menduduki semua posisi. Hanya beberapa fonem saja seperti b, c, j yang tidak pernah menduduki posisi akhir,

kecuali fonem pinjaman dari bahasa asing.

Pada tingkat suku kata, BM mengenal urutan konsonan maksimal dua konsonan. Konsonan yang berurut tiga bukan

merupakan urutan asli. Sebuah kata dalam BM paling tidak terdiri dari satu suku kata. Kebanyakan bersuku dua

dan paling banyak empat suku kata. Jika lebih dari empat suku kata, maka kata itu cenderung merupakan

pinjaman dari bahasa asing.

Daftar Pustaka

Ahmad, Zaharani. 2006. Kepelbagaian Dialek dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan.Bangi:

Jurnal e-Bangi Jilid 1 Bilangan 1 (Juli-Desember 2006)

Anonim. 2007. Bunyi Bahasa Melayu. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm, diakses pada

12-12-2007.

Anonim. 2007. Pembaharuan Pola Suku

Kata.http://www.karyanet.com.my/bahasa/bahasa_melayu/mek5.php, diakses pada 12-12-2007.

Anonim. 2007. Sistem Fonologi. Diperoleh dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu, diakses pada

12-12-2007.

Lubis, A. Hamid Hasan. 1994. Glosarium Bahasa dan Sastra. Bandung: Penerbit Angkasa.

Simanjuntak, Mangantar. 1990. Teori Fitur Distingtif dalam Fonologi Generatif Perkembangan dan

Penerapannya. Jakarta: Gaya Media Pratama.

Lampiran:

Tabel Perbandingan Realisasi Fonem /r/ pada Dialek-dialek Melayu BM

Input Johor Perak Melaka Kedah Sarawak

/pagar/ [paga] [pagɔ] [pagaw] [paga?] [pagaR]

/ular/ [ula] [ulɔ] [ulaw] [ula?] [ulaR]

/bəsar/ [bəsa] [bəsɔ] [bəsaw] [bəsa?] [bəsaR]

/kapal/ [kapal] [kapɛ] [kapal] [kapaj] [kapal]

/hal/ [hal] [hɛ] [hal] [haj]  [hal]

Dibaca : 12.326 kali.