kem penghayatan ibadah

5
KEM PENGHAYATAN IBADAH “Membentuk Remaja Muslim Bertaqwa” Disediakan oleh: TASNIM TRAINING & MANAGEMENT No. 8, Jalan 17/28, Petaling Jaya, 46400 Selangor Darul Ehsan Tel: 012-4774523 / 03-79577711 E-mail: [email protected] “Ke Arah Pembentukan Remaja Muslim Bertaqwa” 1

Upload: amar-cz

Post on 13-Sep-2015

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

SEMINAR

KEM PENGHAYATAN IBADAHMembentuk Remaja Muslim BertaqwaDisediakan oleh: TASNIM TRAINING & MANAGEMENTNo. 8, Jalan 17/28, Petaling Jaya, 46400 Selangor Darul EhsanTel: 012-4774523 / 03-79577711E-mail: [email protected] Arah Pembentukan Remaja Muslim Bertaqwa

Sila hubungi Koordinator Program

Ustzh. Robiatul Adawiah Ohn

012-4774523

PengenalanPeribadi Al-Quran adalah cantuman dari dua sumber utama rujukan muslim Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Dengan keperibadian Al-Quran, seorang muslim akan mengarah kepada keutamaan yang menyempurnakan penghayatan agamanya dan memperbaiki kehidupannya di dunia dan akhirat.

Sepertimana Rasulullah SAW yang disifatkan berperibadi Al-Quran, seperti itu jugalah ciri-ciri peribadi yang seharusnya menjadi tonggak ikutan remaja muslim. Prinsip hidup muslim inilah yang akan menjadi landasan penyelesaian kepada segala penyelewengan dan kemerosotan yang sedang melanda kaum muslimin dewasa ini.

Dengan sumber yang sahih dan terbaik, TASNIM TRAINING & MANAGEMENT mengambil inisiatif untuk menyediakan latihan intensif kepada golongan yang masih muda dan mudah dibentuk agar mereka terpandu ke arah jalan yang benar, jalan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Objektif

Dengan berlandaskan 3 modul utama program :

Pembinaan, pemurnian dan pengukuhan AQIDAH

Latihan intensif KLINIK Solat dengan perbincangan, amali dan Latihan Dinamika Berkumpulan. Menghalusi dan mengukuhkan teori dan amali solat.

KHULUQUN AL-QURAN Memupuk jiwa dan ruh muslim sejati ke dalam diri peserta

Kem intensif ini mempunyai objektif untuk melahirkan remaja yang :

Berpegang kepada prinsip 5 perkara : Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada Ibu bapa, Cinta kepada Ummah dan Cinta kepada Kecemerlangan

Sentiasa mencontohi Akhlak Rasulullah SAW

Mempunyai ilmu yang benar dan sahih

Memahami dan mendokong prinsip hidup sebagai ibadah

Mempunyai jati diri yang tinggi dan mampu berdepan dengan cabaran hidupMetodologi

Pembentangan kertas kerja, Penerangan / Soal jawab / bengkel oleh Moderator program. Bengkel, soal jawab, praktikal ibadah dan bimbingan secara berkumpulan . Setiap kumpulan adalah dalam bilangan 10 peserta.

Modul utama KemModul Pembinaan Aqidah

I. Mengenal dan Mencintai Allah

II. Bagaimana memelihara iman

III. Kunci kejayaan Muslim dunia akhirat

Modul KLINIK SOLATI. Maklumat Asas Solat syarat sah, rukun, perkara mebatalkan solat

II. Wudhu & Bacaan dalam Solat

III. Kaifiyat solat (fizikal)

IV. Kesalahan di dalam solatV. Solat berjamaah & Petua khusyuk dalam solat

Modul Khuluqun Al-Quran

I. Mencintai Rasulullah SAW dan mencontohi keperibadiannya

II. Mencari kecemerlangan dunia, memburu kehidupan akhirat

III. Ukhuwah Islamiyah

Program bonus

1. Qiyamullail dan Muhasabah diri

2. Riadhah senamrobik / asas mempertahankan diri

Tempoh Kursus 2 hari 2 malam (bermula khamis malam, berakhir sabtu petang)Cadangan Bilangan Peserta 200 orang peserta setiap programYuran Seminar

RM 50 seorang. Bayaran merangkumiI. Pengendalian program

II. Moderator berkepakaran III. Fasilitator TerlatihIV. Fail, tag nama serta kertas kerja

Penutup

Usaha membentuk keperibadian muslim bukan usaha yang bermusim. Paling tidak, program ini adalah mata rantai kepada proses hidayah dan menuntut ilmu. Dengan ilmu, terbitlah hidayah. Dengan hidayah, datangnya kesedaran dan kekuatan untuk memelihara dan memperbaiki diri.

Semoga dengan niat yang murni, usaha yang tulus ikhlas bersama keberkatan dari Allah, akan wujud satu generasi yang mencintai agama dan sentiasa memburu kecemerlangan dunia dan akhirat. Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

Malam 1Malam 2

7.15pm: Solat Maghrib Berjamaah: Solat Maghrib Berjamaah

7.45pm: Pembahagian kumpulan & Taaruf: Kuliah Khuluqun Al-Quran II

8.30pm: Solat Isya Berjamaah: Solat Isya Berjamaah

9.15pm: Kuliah AQIDAH I: Kuliah AQIDAH II

10.00pm: Soal jawab & LDK: Soal jawab & LDK

10.30pm: Minum malam & Tidur: Minum malam & Tidur

Hari 1Hari 2

4.30am: Siapsiaga, Qiyamullail, Tenang Diri: Siapsiaga, Qiyamullail, Tenang Diri

6.00am: Solat Subuh Berjamaah: Solat Subuh Berjamaah

6.30am: Kuliah Khuluqun Al-Quran I: Kuliah Khuluqun Al-Quran III

7.15am: Hemat diri: Hemat diri

8.00am: Sarapan: Sarapan

8.30am: Perbarisan pagi: Perbarisan pagi

9.00am: Klinik Solat I: Klinik Solat III

10.30am: minum pagi: minum pagi

11.00am: Soal Jawab: Soal Jawab

11.30am: LDK: LDK

12.45pm: makan tengahari / rehat: makan tengahari / rehat

1.20pm: Solat Zohor Berjamaah: Solat Zohor Berjamaah

2.00pm: Kinik Solat II: Klinik Solat IV

3.30pm: LDK: PENUTUP

4.15pm: minum petang

4.30pm: Solat Asar Berjamaah

5.15pm: Riadhah

6.00pm: makan malam

6.30pm: hemat diri

PAGE 1