kuliah01b penghayatan fpn.ppt

Download kuliah01b Penghayatan FPN.ppt

If you can't read please download the document

Upload: zul-yusof

Post on 03-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • KURSUS INDUKSI PENDIDIKANPENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA: KEARAH PENINGKATAN SAHSIAH GURU

    Oleh;Profesor Madya Dr. Zulkifli B. MohamedSekolah Pendidikan & Pembangunan SosialUniversiti Malaysia Sabah

  • Apa perkaitannya Falsafah Pendidikan Negara dengan kerjaya saya sebagai seorang pendidik??

  • Kerana . . . .kita semua berhasrat untuk menjadi pendidik yang baik !. Bukan sahaja seharusnya mampu menguasai bidang ilmu, tetapi sama penting berkewajipan menyampaikan ilmu itu dengan sebaik-baik yang termampu.Tetapi apakah ini berarti sekiranya kita tidak mengetahui falsafah berarti kita bukan tergolong pendidik yang baik ??

  • Bukan begitu . . .Tetapi sebaliknya kita semua, pada hakikatnya adalah insan yang baik & sempurna. Kita harus sedar bahawa manusia adalah sebaik-baiknya makhluk yang telah diciptakan oleh Allah SWT., sehingga kita terpilih untuk menjadi khalifah.

  • Dalam konteks sebagai pendidik di Malaysia . . .di dalam bilik kuliah, makmal atau bengkel, kita adalah seorang pemimpin (khalifah) yang diamanahkan untuk memimpin mengajar/ mendidik pelajar dengan sebaik-baik yang kita mampu, kerana ianya adalah suatu tanggung jawab (responsibility).ibadah yang diperhitung (accountability)

  • Persoalan sekarang . . .

    M e n g a p a F a l s a f a h ?

    (Perlukah soalan ini dijawab?)

  • Sekiranya persoalan itu perlu dijawab berarti . . .KITA TELAHPUN BERFALSAFAH!

  • Kenapa pula??Kerana kita ingin mencari suatu jawapan yang membawa kepada kebenaran mengapa sebagai seorang pendidik, kita perlu mempelajari falsafah! Kebenaran yang dibina oleh akal akan menjustifikasi fikiran & tindakan kita yang bijak.

  • Oleh itu berfalsah . . .adalah usaha manusia mencari kebijaksanaan (jawapan kepada kebenaran). Namun kebenaran yang diterima/ dibina/ ditolak dipengaruhi oleh sistem nilai dan worldview kita masing-masing.

  • Sistem Nilai . . . (adalah)suatu set prinsip dan piawaian kendiri yang dimiliki dan atau diamalkan oleh individu atau masyarakat.relatif dari satu individu kepada individu yang lain.bergantung kepada: pengalaman (hasil pembelajaran), adat resam, kefahaman agama, sosial dan sebagainya.

  • Worldview . . . (adalah)suatu skima sistematik atau bentuk idea atau konsep-konsep khusus mengenai kehidupan atau budaya dunia.perilaku atau kandungan ciri-ciri pemikiran individu, kumpulan atau budaya.

  • Jadi, apa itu Falsafah Pendidikan?Kita huraikan apa itu . . .Falsafah ?Pendidikan ?

  • Falsafah itu apa?Berasal dari perkataan Yunani {filosofia [philosophia]} bermaksud love of wisdom.produk pemikiran yang teliti tentang fundamental nature of the world yang menjadi asas kepada pengetahuan dan perlakuan manusia. Berfalsafah adalah proses.Metafalsafah = penggabung jalinan cabang-cabang falsafah di dalam berfalsafah.

  • Proses berfalsafah (metafalsafah)MetafalsafahTujuan & Kaedah Logik Nature of reasoning MetafizikNature of reality Epistemologi Nature of knowledgeAksiologiNature of valuesTujuan & KaedahTujuan & KaedahTujuan & KaedahTujuan dan Kaedahmencerminkan prosesSaintifik.

  • Pendidikan itu apa ?DIDIK = pelihara, jaga (dengan hati-hati), latih sejak kecil.rancangan mendidik dan melatih kanak-kanak, remaja dan atau orang dewasa diberbagai peringkat pengajian yang sesuai.

  • Konsep Pendidikan

  • Komponen PendidikanPelajar insan yang diamanahkan kepada guru/ pengajar untuk dididik.Pengajar orang yang terlatih yang diamanahkan untuk mendidik.Kandungan susunan tajuk-tajuk pengajaran-pembelajaran.

  • Konsep Pelajar dan Pengajar sebagai INSANPelajar dan Pengajar adalah insan yang berpotensi untuk berkembang secara jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Kedua-duanya memiliki personaliti yang tersendiri.

  • Personaliti ?bersabit dengan kajian di dalam bidang psikoanalitik. dizahirkan melalui tingkahlaku secara sadar (IQ, EQ, SQ dan RQ?) atau tidak sadar (Id, ego dan superego).

  • Persekitaran PendidikanPerlaksanaan kurikulum yang boleh berlaku di mana jua apabila ketiga-tiga komponen ini wujud dalam satu ruangan masa, atau ...

  • Perlaksanaan KurikulumIntipati perlaksanaannya adalah PEMBELAJARAN pelajar.Falsafah / pandangan yang ideal : Ketiga-tiga domain bertindih sepenuhnya sehingga membawa kepada konsep empowerment kepada pelajar untuk menentukan apa, bagaimana dan bila masa mereka belajar.

  • Kembali semula kepadaPersoalan apakah itu Falsafah Pendidikan?produk metafalsafah yang menyeluruh tentang pelajar, pengajar dan kandungan, dan .

  • Secara khusus menjawap . . .Siapakah yang hendak saya ajarkan? (mengenali diri pelajar psikologi - sosiologi).Apakah yang hendak saya ajarkan itu membawa makna kepada pelajar? (penguasaan bahan pengajaran metafizik, epistemologi, logik, aksiologi). Bagaimanakah hendak saya mengajar secara berkesan? (penguasaan teknik pengajaran dan pengolahan bahan pedagogi & Teknologi).

  • Oleh sebab itulah setiap pendidik (termasuklah pensyarah) perlu menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi tonggak kepada profesionalisme kependidikan di Malaysia

  • Falsafah Pendidikan Negara( Kebangsaan )Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • Dan berpandukan pernyataan Falsafah Pendidikan Tinggi Sains di Malaysia

  • Pernyataan Falsafah Pendidikan Tinggi SainsPendidikan sains adalah usaha untuk menghasilkan siswazah sains yang berilmu, berketrampilan dan mempunyai sahsiah sempurna yang membolehkan ia mencari dan menegakkan kebenaran dan mendekatkan diri kepada Tuhan Melalui alam ciptaan-Nya serta menyempurnakan amanah sebagai hamba dan khalifah Allah supaya ilmu dan ketrampilan yang diperoleh dapat digunakan sebaik-baiknya ke arah membina satu tamadun bangsa berbudaya saintifik dengan cara seimbang dan harmonis dengan alam persekitaran.

  • Lalu apakah pendirian saya sekarang ?Saya berpendirian (beranggapan/ bermetafor) bahawa pendidikan adalah suatu proses:pengilangan.pertanian/ perkebunan.pelancongan / pengembaraan.

  • Metafora Pendidikan sebagai proses PengilanganPelajar = bahan mentah Pensyarah = operator Bahan pelajaran = jadual spesifikasi

  • Metafor Pendidikan sebagai proses PerkebunanPelajar = tumbuhanPensyarah = tukang kebunBahan pelajaran = jadual perawatan

  • Metafor Pendidikan sebagai proses PelanconganPelajar = PelancongGuru = Pemandu PelancongBahan pelajaran = Peta/ Jadual lawatan

  • Apakah peranan saya selepas ini?membantu sekolah mencapai Misi dan Visi-nya di dalam merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia membangunkan negara secara menyeluruh. (contoh. mencapai status negara maju melalui wawasan 2020)

  • Wawasan 2020

    .. the challenge of establishing a scientific and progressive society, a society that is innovativeand forward-looking, one that is not only a consumer of technology but also a contributor to the scientific and technological civilization of the future.

  • Oleh itu, mengajar adalah menifestasi ibadah dan ketaqwaan kita kehadirat Allah SWT. Sebagai khalifah kita adalah guru/ pendidik yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab kerana menyedari akan accountability-nya di akhirat nanti ...

  • Sekian dan Terima Kasih.

    Wallahualam.

    Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh dan Salam Sejahtera.