keluarga muslim: matlamat, konsep dan amali

Upload: wahab-chik

Post on 07-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    1/10

    KELUARGA MUSLIM: KELUARGA: MATLAMAT, KONSEP DAN AMALI

    Hasnan Kasan

    Pusat Pengajian Umum

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    [email protected]

    Pendahuluan

    Insan diciptakan oleh Allah hanya bagi mengabdikan diri kepadaNya tanpa mensekutukanNya

    dengan sesuatu. Mengabdikan diri kepada Allah disebut juga dengan ubudiah lillah. Ubudiah

    lillah adalah objektif tunggal insan dijadikan. Justeru objektif ini telah diperintahkan kepada

    setiap muslim supaya mengulang-ulang sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalamtatkala membaca al-Fatihah dan tiba pada ayat yang bermaksud hanya pada engkau kami

    mengabdikan diri dan hanya pada Engkau kami meminta pertolongan.

    Ubudiah kepada Allah perlu dilaksanakan sepanjang hayat dalam segala lapangan hidup yang

    diceburi merangkumi kehidupan berkeluarga. Tidak ada satu saat dalam kehidupan muslim

    yang boleh dipisahkan daripada ubudiah kepada Allah. Ubudiah perlu diamalikan dalam setiap

    aktiviti walau bagaimana kecil nilainya dan walau sedikit mana masa yang digunakan untuk

    melakukannya.

    Ubudiah sepanjang hayat ini perlu dihayati dan diamalikan oleh setiap muslim dalam kehidupan

    seharian kerana hayat di dunia hanyalah sementara sebagai jembatan yang menghubungkan

    insan dengan akhirat dan ladang tempat bercucuk tanam bagi mengutip hasil tuaiannya di

    akhirat. Jembatan mesti ditempuh untuk sampai ke seberang dan ladang perlu diusahakan

    untuk mengutip hasilnya.

    2. Hidup Kekeluargaan Sebagai Ibadah

    Salah satu aktiviti kehidupan yang diharungi oleh semua orang ialah kehidupan berkeluarga

    samada sebagai suami, ayah, isteri, ibu, anak atau kerabat terhampir. Setiap orang terlibat

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    2/10

    dengan hidup berkeluarga. Oleh kerana hidup insan secara umum perlu dijalani dalam

    lingkungan ubudiah kepada Allah, maka hidup berkeluarga sebagai salah satu aktiviti kehidupan

    perlu juga dijalani dalam lingkungan ubudiah kepada Allah.

    3. Makna Menjalani Kehidupan Berkeluarga Dalam Lingkungan Ubudiyah kepada Allah.

    Setelah Allah menuntut insan menjalani kehidupan di dunia dalam lingkungan ubudiyah

    kepadaNya di dunia, Dia tidak meninggalkan insan terkapai-kapai menjalani jalan dan cara

    untuk mengimplimentasikan ubudiyah tersebut dalam kehidupan. Bersama-sama tuntutan

    mengamalikan ubudiyah dalam kehidupan dunia, Allah juga telah menurunkan peraturan dan

    garis panduan bagi dilaksanakan dalam aktiviti kehidupan. Sekiranya peraturan dan garis

    panduan ini dipatuhi kerana memenuhi tuntutan Allah, maka insan akan berada di atas

    landasan ubudiyah kepadaNya.

    Diaplikasikan dalam kehidupan kekeluargaan, Allah menuntut supaya hidup kekeluargaan perlu

    dilaksanakan dalam lingkungan ubudiyah kepada Allah sepenuhnya. Bersama-sama tuntutan ini

    Allah telah menurunkan panduan dan garis panduan yang jika dipatuhi oleh manusia, ia akan

    menjadikannya mengamalikan ubudiyah kepadaNya. Sebaliknya, jika insan tidak mematuhi

    peraturan ini, maka kehidupan berkeluarganya telah lari daripada lingkungan ubudiyah kepada

    Allah. Apakah makna atau nilai sesuatu aktiviti yang dilakukan dalam keadaan terkeluar

    daripada lingkungan pagar ubudiyah kepada Allah?.1

    Peraturan dan garis panduan yang diturunkan oleh Allah untuk diamalikan oleh insan dalam

    kehidupan keluarga terangkum dalam lima kategori yang dis ebut sebagai hukum-hukum taklif.

    Hukum-hukum tersebut ialah wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Wajib bermakna mesti

    dilakukan. Haram pula mesti dijauhkan. Sunat diusahakan untuk melaksanakannya. Makruh

    diusahakan untuk meninggalkannya. Manakala harus diusahakan melaksanakannya kerana

    Allah semata-mata.

    1Al-Imam al-Syatibi dalam kitab al -Muwafaqat karangannya menyatakan bahawa a ntara matla mat utama hukum-

    hukum syariat diturunkan oleh Allah kepada insane ialah bagi mengelakkan insan daripada bertindak mengikut

    hawa nafsu dan mengekalkannya dal am li ngkungan ubudiyah kepada Allah s ecara pi li han sebagaimana a nggota-

    anggota badannya melaksanakan ubudiyah secara terpaksa tanpa pili han. Lihat Muwafaqat, jil id 2 hlm 128.

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    3/10

    Dengan mematuhi hukum-hukum ini, insan akan jauh daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang

    menyesatkan. Ini kerana insan yang lari daripada panduan hukum Allah sudah pasti akan

    terjerumus ke lembah kekuasaan hawa nafsu yang menyesatkan. Justeru Allah mengingatkan

    insan supaya tidak menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan yang dipatuhi dalam firmanNya yang

    bermaksud:

    Tidakkah engkau wahai Muhammad melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai

    tuhan yang ditaati kehendaknya. (Furqan: 43)

    Berpandukan lima ketegori hukum di atas, para fuqahak telah berusaha memahami sumber-

    sumber dalil syariat terutama iaitu al-Quran dan al-Sunnah berkenaan kekeluargaan. Melalui

    proses kefahaman berdasarkan kelayakan yang ada pada mereka, maka beberapa hukum

    berkaitan mengenai keluarga telah diistinbatkan sebagai panduan insan awam yang tidak

    memiliki kelayakan memahami dan mengistinbatkan hukum daripada sumber-sumber hukum.

    Hukum-hukum berkenaan kekeluargaan ini telah disusun secara teratur dan sistematik oleh

    pengarang-pengarang yang terkemudian. Keterangan dan penjelasan mengenainya boleh

    didapati dalam buku-buku karangan mereka. Bukan menjadi hasrat saya menyebutnya secara

    terperinci di dalam tulisan ini.

    Perkara yang hendak saya tekankan dalam tulisan ini ialah; hukum-hukum ini adalah syariat

    yang diturunkan oleh Allah bagi diamalikan secara sepenuh dengan penuh kesungguhan oleh

    insan dalam kehidupan berkeluarga. Bagi seorang mukmin, tidak ada alternative lain selain

    daripada hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasulNya. Firman Allah

    menjelaskan sifat mukmin ini yang bermaksud:

    Tidak ada hak bagi orang mukmin lelaki dan orang mukmin perempuan apabila Allah dan

    rasulNya telah memutuskan sesuatu hukum bagi sesuatu perkara untuk membuat pilihan bagi

    mengikut atau membuat hukum lain. (Al-Ahzab: 36)

    Sekiranya hukum-hukum ini dipatuhi, maka insan akan beroleh manfaat dan kebaikan dalam

    kehidupan dunia dan yang lebih utamanya dalam kehidupan akhirat. Sebaliknya, jika hukum-

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    4/10

    hukum ini diingkari, maka dikhuatiri insan akan ditimpa mudarat samada terhadap agama, jiwa,

    akal, nasab atau hartanya.

    4. Matlamat Keluarga Muslim Adalah Akhirat

    Setiap insan yang hidup pasti akan mati. Mati datang setelah insan menjalani kehidupan dunia

    dalam tempoh beberapa tahun. Selepas mati, insan akan berada di alam barzakh sehingga

    berlaku hari kebangkitan semula (yaumul bathi). Apabila berlaku kebangkitan semula, insan

    akan diiringi oleh malaikat menuju ke padang mahsyar untuk menunggu hisab Allah. Apabila

    tiba masa dan giliran maka insan akan dibentangkan kitab catatan amalannya yang tidak

    meninggalkan suatu amalan yang besar atau yang kecil melainkan dihitungnya. Kitab ini akan

    dibaca satu persatu oleh insan sendiri melalui perintah Allah yang Maha Mengetahui perkara

    yang nyata dan yang tersembunyi. Antara amalan yang akan dibentangkan dalam kitab tersebut

    ialah amalan berkaitan kekeluargaan.

    Amalan yang wajib dilaksanakan akan ditanya samada dilakukan atau tidak? Sekiranya ia

    dilakukan akan ditanya samada dilakukan kerana Allah atau kerana lainNya?

    Amalan yang haram akan ditanya samada ditinggalkan atau tidak. Sekiranya ditinggalkan akan

    ditanya samada ditinggalkan kerana Allah atau kerana selainNya?

    5. Menghayati misi akhirat adalah penting.

    Misi akhirat dalam kehidupan berkeluarga tersangat penting dihayati oleh oleh setiap mukmin

    kerana beberapa sebab:

    Pertama: Kehidupan berkeluarga memakan seluruh kehidupan dan usia insan. Semenjak insan

    mencapai umur mukallaf, ia sudah terikat dengan hukum taklif. Pada ketika itu status

    kekeluargaan yang dipegang ialah sebagai anak. Syariat telah menetapkan ada perkara yang

    wajib dilakukan oleh anak dan ada yang haram dilakukan. Setelah memasuki alam perkahwinan

    dengan mempunyai pasangan suami atau isteri, insan mukallaf diikat pula dengan hukum-

    hukum berkaitan suami dan isteri. Syariat telah menetapkan kewajipan suami yang wajib

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    5/10

    dilaksanakan dan menetapkan perkara haram yang wajib dijauhi. Syariat menetapkan

    kewajipan isteri yang wajib dilaksanakan dan perkara haram yang wajib dijauhi. Setelah menjadi

    bapa dan ibu, insan mukallaf terikat pula dengan tanggungjawab sebagai bapa dan ibu. Syariat

    menetapkan kewajipan bapa yang wajib dilaksanakan dan larangan yang wajib dijauhi.

    Sebagaimana juga syariat menetapkan kewajipan ibu yang wajib dilaksanakan dan larangan

    yang wajib dijauhi.

    Insan mukallaf terikat dengan hukum-hukum ini sepanjang tempoh hidupnya dalam lingkungan

    keluarga samada sebagai anak, suami, isteri, bapa atau ibu. Ikatan ini tidak pernah terputus

    daripada kehidupan mukallaf kecuali ketika dia gila, pitam atau tidur. Tidak dapat dibayangkan

    kerugian ukhrawi yang dialami oleh seorang muslim sekiranya dia tidak mengikat dirinya

    dengan hukum-hukum taklif dalam menjalani kehidupan keluarga sedangkan bermula dari saat

    dia mencapai umur mukallaf dia telah terikat dengan hukum-hukum tersebut sehinggalah mati.

    Insan yang melupai ikatan hukum taklif adalah insan yang tidak menjadikan akhirat sebagai misi

    kehidupan keluarganya.

    Dengan itu, insan seperti ini akan sentiasa mencari kehidupan yang senang, mudah dan tidak

    memberatkan dirinya. Anak dengan mudah akan menuntut hak daripada ibubapa tanpa

    memikirkan kewajipan yang mesti ditunaikan kepada keduanya. Ibubapa akan menuntut hak

    daripada anak tanpa memikirkan kewajipan yang mesti dilaksanakan kepadanya. Suami dengan

    mudah akan menuntut hak daripada isteri tanpa memikirkan kewajipan yang mesti ditunaikan

    kepadanya. Isteri akan menuntut hak daripada suami tanpa memikirkan tanggungjawab yang

    mesti ditunaikan kepadanya. Ini kerana menuntut hak adalah jauh lebih mudah berbanding

    menunaikan kewajipan.

    Akibat daripada sikap ini ialah insan dilanda mudarat dan kerugian dari aspek agama, akhirat

    dan dunia. Kalau inilah akibat dan hasil yang dapat dirasai oleh seseorang insan melalui tenaga

    dan kerja yang dilakukannya hampir keseluruhan tempoh hidupnya, maka insan ini adalah insan

    yang malang.

    Kedua: Kehidupan berkeluarga adalah satu aktiviti yang menelan belanja yang amat besar dan

    hampir meliputi seluruh hartanya. Ini kerana sebahagian besar harta yang digunakan oleh insan

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    6/10

    adalah dibelanjakan samada untuk diri, ibubapa, isteri atau anak-anak. Sekiranya kita

    menghitung secara terperinci jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk memenuhi

    keperluan keluarga meliputi kos makan minum, tempat tinggal, kenderaan, pakaian, pelajaran

    dan rawatan perubatan maka kita akan dapati angka yang mungkin mencecah jutaan ringgit

    telah digunakan. Tambahan pula jika kehidupan berkeluarga menjangkau tempoh melebihi 50

    tahun.

    Alangkah ruginya seorang insan yang membelanjakan harta sebanyak itu, tetapi tidak

    mendapat sebarang ganjaran daripada Allah di akhirat. Apakah punca keluputan ganjaran

    tersebut. Puncanya ialah semuanya dilaksanakan bukan kerana mematuhi hukum yang telah

    ditetapkan oleh Allah.

    Adakah seorang bapa yang membelanjakan harta untuk anak-anak hanya semata-mata

    mengharapkan anak itu akan membela dan menjaganya ketika tua kelak atau hanya untuk

    mengelakkan tuntutan di mahkamah akan diberikan ganjaran di sisi Allah di akhirat? Apabila

    anak difikirkan tidak mendatangkan manfaat kepada ibubapa, maka anak tersebut akan diabai

    atau dikesampingkan.

    Adakah seorang suami yang membelanjakan hartanya untuk memenuhi keperluan isteri

    semata-mata kerana sayang kepadanya atau takut berlaku tuntutan di mahkamah akan

    diberikan ganjaran di sisi Allah di akhirat kelak? Apabila sayang telah melayang jauh dari dalam

    diri suami maka isteri akan diabaikan.

    Sekiranya situasi seperti ini berlaku maka dikhuatiri bapa atau suami telah terkeluar daripada

    lingkungan ubudiyah kepada Allah, sebaliknya telah mengabdikan diri kepada hawa nafsu yang

    menyesatkan.

    6. Keluarga Lubuk Ganjaran

    Di akhirat insan perlu kepada bekalan ganjaran kebaikan bagi memberatkan timbangan amalan

    kebaikannya untuk melayakkannya hidup dalam keadaan redha di dalam syurga. Sekiranya

    seseorang insan menghayati konsep ubudiyah dalam kehidupan berkeluarga dan

    mengamalikannya secara praktikal maka keluarga akan menjadi lubuk ganjaran yang akan

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    7/10

    memberatkan timbang amalan kebaikannya. Ganjaran mencurah-curah ini datangnya daripada

    beberapa cucuran:

    i. Belanjakan harta untuk keperluan keluarga.

    ii. Mendidik isteri dan anak.

    iii. Bersabar atas karenah dan kelakuan menyimpang ahli keluarga.

    iv. Anak soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.

    7. Ubudiyah Tertinggi Adalah Amalan Berstatus Wajib

    Dalam keutamaan ubudiyah, amalan-amalan wajib adalah menduduki tangga pertama dan

    paling utama dilakukan. Konsep ini turut diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga. Menerusi

    amalan kekeluargaan seorang mukmin dapat menunaikan ubudiyah secara berpanjangan dan

    berterusan. Pada fuqahak telah sepakat mengatakan bahawa dalam amalan kekeluargaan ada

    beberapa kewajipan yang mesti ditunaikan. Seorang mukmin tidak sepatutnya memandangkan

    kepada kewajipan-kewajipan kekeluargaan ini sebagai satu beban atau perkara yang

    menyukarkan hidup. Sebaliknya, tasawur dan sikap yang mesti ada dalam jiwa seorang mukmin

    ialah menganggap kewajipan kekeluargaan sebagai satu peluang untuk melakukan ubudiyah

    kepada Allah secara berpanjangan.

    Pada fuqahak telah menggariskan beberapa kewajipan yang mesti ditunaikan oleh ahli

    keluarga. Bapa dan suami diwajibkan menyediakan keperluan asasi hidup ahli keluarga

    merangkumi isteri dan anak-anak. Keperluan asasi ini merangkumi makan minum, tempat

    tinggal, pakaian, pendidikan dan perubatan. Isteri diwajibkan taat kepada suami sepenuhnya

    selagi mana suami tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah. Anak pula diwajibkan

    berbuat baik kepada kedua ibubapa terutama ketika keduanya telah mencapai usia tua.

    Ketinggian nilai ubudiyah dalam amalan kekeluargaan ini dapat diperhatikan melalui panduan

    beberapa hadis Rasulullah s.a.w; antaranya ialah:

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    8/10

    Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa ada dosa yang dilakukan oleh anak Adam yang tidak akan

    terhapus kecuali melalui penat lelah mencari rezeki bagi menyara keluarga.

    Rasulullah s.a.w juga menyatakan bahawa seorang lelaki yang bekerja mencari rezeki untuk

    keluarganya, lalu dia kepenatan dan tertidur di malam hari disebabkan kepenatan tersebut,

    maka tidurnya dianggap sebagai jihad fi sabilillah sehingga dia bangun di waktu bagi.

    Bagi isteri pula:

    Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa isteri yang menunaikan solat lima waktu dan taat kepada

    suaminya akan beroleh semua ganjaran yang diperolehi oleh suaminya seperti solat berjemaah

    dan jihad.

    Rasulullah s.a.w juga menyatakan bahawa tiket seorang isteri untuk masuk syurga ialah suami

    redha kepadanya tatkala kematiannya.

    Rasulullah s.a.w pernah memberi kebenaran untuk tidak pergi berjihad kepada seorang lelaki

    muda kerana ibubapa tidak ada penjaga kecuali dia.

    Nafkah yang paling utama dibelanjakan ialah bagi membiayai keperluan ibubapa, kerabat

    terdekat yang merangkumi isteri dan anak. Setelah menyebut dua pihak yang paling utama

    dibiayai ini, Allah menyebut golongan lain yang berhak mendapat nafkah daripada harta

    mukmin iaitu anak-anak yatim, orang miskin dan ibnu sabil. Ini bermakna ubudiyah berbentuk

    harta yang paling banyak ganjarannya ialah yang digunakan bagi membiayai keperluan keluarga

    terdekat iaitu ibubapa, isteri dan anak-anak.

    Membiayai nafkah keluarga, isteri taat kepada suami, anak menghormati dan berbuat baik

    kepada ibubapa adalah amalan yang berstatus wajib. Amalan yang paling utama dilakukan oleh

    seorang mukmin ialah amalan yang berstatus wajib. Amalan wajib mesti didahulukan ke atas

    amalan-amalan sunat, sehingga ada di kalangan fuqahak yang menyebut amalan yang hukum

    asalnya adalah sunat yang dilakukan tetapi menyebabkan keluputan amalan wajib tidak lagi

    dihukum sunat. Contohnya; seorang yang datang lewat ke tempat solat berjemaah lalu dia

    mengambil wuduk dengan membasuh setiap anggota wuduk tiga kali (sunat) lalu dia keluputan

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    9/10

    jemaah, maka membasuh tiga kali tidak lagi menjadi sunat baginya pada ketika itu kerana dia

    perlu membasuh sekali sahaja bagi mendapatkan jemaah.

    8. Memelihara dan Melindungi Keluarga Daripada Api Neraka Adalah Kewajipan Tertinggi

    Berbanding Kewajipan Lain.

    Oleh kerana matlamat dan objektif kekeluargaan muslim adalah akhirat bagi mendapatkan

    syurga dan selamat daripada api neraka, maka tanggungjawab dan kewajipan utama yang perlu

    dilaksanakan oleh ketua keluarga samada bapa atau suami ialah memelihara dan

    menyelamatkan ahli keluarganya daripada api neraka. Kewajipan memelihara keluarga

    daripada api neraka ini diturunkan oleh Allah melalui ayat 6 surah al-Tahrim yang bermaksud:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, pelihara dan lindungilah diri kamu dan ahli

    keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, di atasnya

    ada malaikat yang bersifat bengis dan kasar, yang tidak pernah mengingkari perintah Allah dan

    mereka melaksanakan segala yang diperintahkan mereka melaksanakannya.

    Beberapa tafsiran diberikan oleh ahli al-Quran terhadap ayat ini. Cakupan keseluruhan tafsiran

    ini ialah seorang wali samada bapa atau suami wajib melaksanakan perkara berikut terhadap

    ahli keluarganya:

    1. Mendidik mereka dengan adab dan akhlak Islam

    2. Mengajarkan kepada mereka ilmu-ilmu yang boleh menghubungkan mereka dengan Allah

    terutama yang boleh membawa kepada melaksanakan amalan wajib dan meninggalkan amalan

    haram.

    3. Menyuruh mereka melaksanakan amalan yang wajib.

    4. Melarang mereka melakukan amalan yang haram.

    5. Membantu mereka melaksanakan amalan wajib dan meninggalkan amalan haram.

  • 8/3/2019 Keluarga Muslim: Matlamat, Konsep dan Amali

    10/10

    6. Tidak mendedahkan atau mendekatkan mereka kepada amalan haram.

    7. Menyedia dan membuka ruang kepada mereka untuk melakukan amalan wajib.

    8. Menghidupkan kerohanian keluarga dengan zikir terutama al-Quran.

    9. Impak lari daripada konsep ubudiyah dan akhirat sebagai matlamat.

    Apabila konsep ubudiyah dan akhirat sebagai matlamat tidak diamalikan dalam kehidupan

    kekeluargaan, maka implikasi berikut akan berlaku:

    1. Ahli keluarga tidak menyedari tanggungjawab dan kewajipan masing-masing.

    2. Ahli keluarga akan lebih banyak menuntut hak daripada menunaikan tanggungjawab.

    3. Ahli keluarga akan jauh daripada kawalan iman dan agama.

    4. Nilai kualiti hidup berkeluarga hanya diletakkan kepada kebendaan dan jasmani semata-

    mata.

    Kesan yang paling besar sekiranya 4 situasi di atas berlaku dalam sesebuah keluarga ialah

    kekuatan rohani ahli keluarga akan lenyap. Apabila kekuatan rohani telah lenyap maka

    kekuatan dalam diri untuk mengerjakan amalan makruf akan lemah atau hilang. Sebaliknya,

    kecenderungan diri untuk melakukan perkara mungkar bertambah kuat.

    Impak daripada situasi ini dapat kita saksikan dengan mata kepala sendiri di merata tempat,

    sepanjang masa dan semua situasi, lebih banyak penyelewengan yang dilakukan berbanding

    perkara-perkara yang mendatang manfaat bagi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta insan.

    Bagi merungkai kemelut ini yang melanda keluarga muslim dalam kalangan masyarakat Islam,

    maka kekuatan dalam diri yang mendorong ke arah melakukan makruf dan mengela k diri

    daripada perlakuan mungkar perlu dikembalikan semula. Kaedahnya; akhirat matlamat

    keluarga, aktivitinya sebagai ubudiyah kepada Allah.