kelompok 8 pertekom

9
Computers & Consumer Electronics Sejarah Penciptaan Komputer Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China, Turki dan Yunani. Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan. George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer. Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu

Post on 21-Oct-2014

315 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kelompok 8 pertekom

Computers & Consumer Electronics

Sejarah Penciptaan Komputer

Sejarah penciptaan komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan,

seperti Abakus yang sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan

dilakukan dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya

Abakus 5000 tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan

asas campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan China,

Turki dan Yunani.

Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di

lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan

mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.

George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau

telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan

simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam

komputer.

Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang ahli matematik dan

perekacipta. Beliau telah membina “The Difference Engine” yang boleh menyelesaikan

pengiraan sifir matematik. Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain

iaitu “Analytical Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai.

Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical Engine”

mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti input,

secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.

Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam membina arahan-arahan

pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau merupakan pengaturcaraan komputer

yang pertama dengan menggunakan “Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’

diambil sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains

supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.

Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat yang boleh

memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan banci dalam

masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat diketahui

Page 2: Kelompok 8 pertekom

keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah mesin Hollerith

menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan kuasa mekanikal.

Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang digelar MARK I.

Dengan terhasilnya MARK I maka bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk

menyelesaikan pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK I ,

mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada besi dan kaca,

mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan, mengandungi lebih

daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan Wayar sepanjang 500 batu.

Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu

naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John

Mauchly dan pelajarnya J. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina

mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil

kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya

membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC

(Atanasoff-Berry Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah menggunakan ABC sebagai

asas untuk membangunkan komputer yang lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator

And Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum

kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.

Permulaan Era Komputer.

Dari zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa

lebih kurang 40 tahun.

Generasi Pertama (1951 - 1958)

Pada tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah

merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer tersebut

digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert

telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) pada tahun 1945.

ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun

kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery Rand dan seterusnya

mengeluarkan UNIVAC I (Universal Automatic Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I

merupakan komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia

digunakan secara meluas oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi

Page 3: Kelompok 8 pertekom

menggunakan tiub vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk

memproses dan menyimpan maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan

berat. Komputer ini juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak.

Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat rendah).

Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga 20000

aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam “microseconds”

Generasi Kedua (1959 - 1961)

Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu peranti kecil yang

memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi menggantikan tiub-tiub

vakum/hampagas. Transistor adalah singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer

yang dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia

dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub

hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak

perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan

komputer generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu

FORTRAN (1954) dan COBOL (1959). Manakala keupayaan storannya terus meningkat iaitu

16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan

(removable disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”.

Generasi Ketiga (1965 - 1970)

Komputer pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu iaitu litar

elektrik yang mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga

cip yang murah menyebabkan perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan

harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang

mengandung cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih

murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan

mikrokomputer seperti APPLE II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi

1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep

multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa aturcara boleh dilarikan dengan

serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer.

Proses pengiraannya dilaksanakan dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif

Page 4: Kelompok 8 pertekom

diperkenalkan di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian

ini menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer

diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi ia lebih kecil,

perlahan dan lebih murah.

Generasi Keempat (1971 - Sekarang)

Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi

keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-

cip digunakan untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk

membangunkan teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang digelar

mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses mengantikan litar bersepadu.

Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di

pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer

yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip

Intel 80386, cip Intel 80486 (mengandungi 1.2 juta transistor yang berukuran 0.4" x 0.5"

dan berupaya melaksanakan 15 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium (mengandungi 3.1

juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium

Pro (mengandungi 5.5 juta transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per

saat). Cip Intel Pentium Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri

yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga

elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa bahasa

pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan

pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100 kali lebih

kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada

ENIAC.

Generasi Kelima

Komputer generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum

diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa

negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun

merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah

untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial

Page 5: Kelompok 8 pertekom

intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan

terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat dengan

pesat.

Internet and WWW

Perbedaan Internet, internet dan WWW

Internet: singkatan dari international network (jaringan international) bisa sama

dengan jaringan internal sebuah perusahaan multinasional yang pemakainya terbatas pada

karyawan perusahaan tersebut tidak terbuka untuk umum.

Internet: adalah sebuah Public International Network of Networks yaitu jaringan

yang menghubungkan banyak sekali jaringan local yang boleh dipakai secara umum.

Internet adalah istilah unt jaringan global yg memakai protokol2 tertentu unt

mengatur pengiriman data.

WWW: jika Internet menjelaskan struktur teknis sebuah jaringan, maka WWW

adalah sebuah “ruang global informasi” yaitu sebuah “ruang abstrak” yang menyimpan

informasi �protocol utama yang dipakai unt “ruang abstrak”web itu adlh HTTP

E-Commerce

Pengertian E-Commerce atau definisi e-commerce adalah kegiatan komersial dengan

penyebaran, pembelian, penjualan, pemasaran barang dan jasa melalui sistem elektronik

seperti internet atau televisi, www, atau jaringan komputer lainnya. E-commerce dapat

melibatkan transfer dana elektronik, pertukaran data elektronik, sistem manajemen

inventori otomatis, dan sistem pengumpulan data otomatis.

Kegiatan e-commerce ini sebagai aplikasi dan penerapan dari e-bisnis (e-business)

yang berkaitan dengan transaksi komersial, seperti: transfer dana secara elektronik, SCM

(supply chain management), e-pemasaran (e-marketing), atau pemasaran online (online

marketing), pemrosesan transaksi online (online transaction processing), pertukaran data

elektronik (electronic data interchange /EDI), dll.

E-commerce merupakan bagian dari e-business, di mana cakupan e-business lebih

luas, tidak hanya sekedar perniagaan tetapi mencakup juga pengkolaborasian mitra bisnis,

pelayanan nasabah, dll.

Page 6: Kelompok 8 pertekom

Selain teknologi jaringan www, e-commerce juga memerlukan teknologi basisdata atau

pangkalan data (databases), e-surat atau surat elektronik (e-mail), dan bentuk teknologi non

komputer yang lain seperti halnya sistem pengiriman barang, dan alat pembayaran untuk e-

commerce ini.

Contoh E-commerce

Belanja Online

Membeli dan menjual barang di Internet adalah salah satu contoh paling populer

dari e-commerce. Penjual membuat etalase produk di internet layaknya outlet ritel. Pembeli

dapat mencari dan membeli produk dengan klik mouse. Contoh populer untuk tempat

belanja secara online adalah Amazon.com.

Pembayaran Elektronik

Ketika kita membeli barang secara online, perlu ada mekanisme untuk membayar

online juga, yang mana melakukan pembayaran cukup dengan mengetikkan sederetan

angka dan kode serta klik mouse yang dilakukan pada komputer yang online.

Pembayaran elektronik adalah cara yang efisien dikarenakan tidak lagi memerlukan

proses menulis dan mengirimkan cek atau tagihan. Pembayaran secara online juga

menutupi celah keamanan yang timbul pada sitem pembayaran yang dilakukan dalam mata

uang kertas.

Lelang online.

Situs lelang online terkenal adalah eBay. Lelang fisik telah lama populer mendahului

lelang online, tetapi Internet membuat lelang bisa diakses oleh sejumlah besar pembeli dan

penjual. Pelelangan online merupakan mekanisme yang efisien untuk penemuan harga.

Banyak pembeli online lebih tertarik dengan mekanisme lelang daripada belanja di toko

biasa.

Internet Banking.

Sekarang ini sangat memungkinkan bagi kita untuk melakukan keseluruhan transaksi

perbankan tanpa harus beranjak dari kursi rumah kita mengunjungi cabang bank terdekat.

Keterhubungan antara website dengan rekening bank, dan dengan kartu kredit merupakan

pokok utama dalam e-commerce.

Tiket online

Page 7: Kelompok 8 pertekom

Tiket pesawat terbang, tiket film, tiket kereta api, tiket pertunjukan musik, tiket

pertandingan olahraga, tiket konser musik, dan hampir semua jenis tiket dapat dipesan

secara online. Membeli tiket secara online menjadikan kita tidak harus capek mengantri di

depan loket penjualan tiket.