konvo - utm.my · yang dianjurkan. semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan...

12
INFO TERKINI KONVO KONVOKESYEN KE-59 SESI I & II 30 OKTOBER 2017 10 SAFAR 1439H BIL. 87/2017 PAMERAN UTM’S DISTINGUISHED ALUMNI PAPAR PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN ALUMNI UTM PASARAN PEKERJAAN KIAN MENCABAR GRADUAN UTM BERNILAI TINGGI ATASI CABARAN UNTUK MERAIH KECEMERLANGAN – ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (FARAH WAHEEDA ARSHAD) BERANI MENCUBA, KUNCI KEJAYAAN – ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (JOSIAH WONG SIEW KAI) MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN DAN HADIAH UTMSPACE PENGAJIAN SEPARUH MASA

Upload: dangduong

Post on 15-Jun-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

I N F O T E R K I N I

KONVOKONVOKESYEN KE-59 • SESI I & II • 30 OKTOBER 2017 • 10 SAFAR 1439H • BIL. 87/2017

PAMERAN ‘UTM’S DISTINGUISHED ALUMNI’ PAPAR PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN ALUMNI UTM

PASARAN PEKERJAANKIAN MENCABAR

GRADUAN UTM BERNILAI TINGGI

ATASI CABARAN UNTUK MERAIH KECEMERLANGAN– ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (FARAH WAHEEDA ARSHAD)

BERANI MENCUBA, KUNCI KEJAYAAN– ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (JOSIAH WONG SIEW KAI)

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKANDAN HADIAH UTMSPACE PENGAJIAN SEPARUH MASA

Page 2: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

Johor Bahru, 29 Oktober – Kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia mutakhir ini kian membimbangkan. Menurut Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor melalui ucapannya dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke-59 baru-baru ini, kadar pengangguran golongan siswazah, sama ada lulusan universiti awam mahupun swasta, adalah 5% lebih tinggi daripada kadar pengangguran golongan bukan siswazah. Lebih separuh daripada jumlah siswazah yang baru berkerja pula memperoleh pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan tidak memungkinkan untuk mereka menyara kehidupan di kota besar, seperti Kuala Lumpur.

Namun begitu, beliau percaya bahawa graduan UTM yang memiliki kepakaran dan pengetahuan berasaskan sains dan teknologi ini tidak akan menghadapi kesukaran mencari pekerjaan dengan terlaksananya pelbagai inisiatif transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Beliau juga menasihati para graduan agar menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang dapat mematangkan pemikiran mereka.

Tan Sri Dr. Salleh turut menyentuh empat cabaran global masa kini yang perlu dihadapi oleh para graduan UTM. Antaranya perubahan fenomena dunia ke arah pengontangan, pertumbuhan kepadatan penduduk, perubahan biodiversiti dan perubahan iklim. Fenomena ini akan mewujudkan peluasan kawasan kontang, migrasi penduduk secara haram, gangguan terhadap kesuburan tanah, dan masalah sosial yang lain. Bagaimanapun, beliau percaya bahawa fenomena ini mewujudkan peluang untuk graduan Sains dan Teknologi khasnya, untuk melakukan penyelidikan. Namun, peluang ini seharusnya disusuli dengan bantuan peruntukan dana penyelidikan daripada pihak kerajaan mahupun swasta untuk membolehkan graduan meneroka masalah ini.

“On the other hand one must not be choosy in the job market. Grab what u can get to gain experience and look for greener pasture later.” Demikian pesanan YBhg. Tan Sri Dr. Salleh yang juga Pro-Canselor UTM kepada para graduan dalam merebut peluang yang ada di samping mempersiapkan diri dengan kemahiran komunikasi menggunakan lebih satu bahasa, seperti bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin yang pastinya dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Beliau yakin dengan sikap yang positif, komitmen yang tinggi, berdedikasi, dan berwawasan akan mampu membawa para graduan melangkah lebih jauh.

PASARAN PEKERJAANKIAN MENCABAR

Page 3: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

Johor Bahru, 29 Oktober – Berbekalkan kedudukan UTM sebagai Top 50 dalam QS Asia University Rankings 2018 dan Top 1% Universities in Asia, graduan UTM seharusnya amat berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Kedudukan ini bukan sekadar menjadikan graduan UTM bernilai tinggi dalam kalangan graduan universiti awam di Malaysia, bahkan turut melonjakkan nilai kebolehpasaran para graduannya dalam memperoleh pekerjaan.

Menurut YBhg. Tan Sri Datin Paduka Siti Sa’diah binti Sheikh Bakir, Pro-Canselor UTM, semasa berucap dalam Majlis Konvokesyen UTM kali ke-59, transformasi pendidikan tinggi negara telah memacu UTM ke persada antarabangsa apabila wujudnya jalinan rangkaian kerjasama dengan syarikat, agensi dan institusi pengajian tinggi terkemuka dari dalam dan luar negara. Hal ini dilihat bakal membuka peluang yang luas kepada para graduan untuk mendapatkan pekerjaan dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang penyelidikan, seiring dengan pengiktirafan UTM sebagai universiti penyelidikan autonomi.

Bak kata pepatah Melayu, “Usaha tangga kejayaan”. Pro-Canselor turut mengingatkan agar para graduan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas masing-masing di samping bersabar dalam menempuh kehidupan yang mencabar. Dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran insaniah, berserta jenama UTM yang tersohor pasti graduan memiliki kelebihan yang unik dan tersendiri.

Justeru, beliau berkata, “Graduan perlu mendapatkan keberanian hidup baru, daripada kekuatan hati dan ketinggian ilmu.” Sebagai graduan lepasan UTM, tiada sebab untuk mereka berasa ragu-ragu untuk menceburi bidang pekerjaan. Beliau turut berpesan kepada graduan agar menghormati ibu bapa dan juga para pensyarah kerana keberkatan ilmu datang daripada keredaan kedua-duanya. Kemudian, barulah, kejayaan dapat dikecapi pada akhirnya.

GRADUAN UTM BERNILAI TINGGI

Page 4: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan
Page 5: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

Johor Bahru, 28 Oktober – UTM melahirkan sejumlah besar graduan pada setiap tahun seawal era Maktab Teknik sehingga kini. Pencapaian yang membanggakan dalam kalangan Alumni UTM khusus dalam bidang teknikal membuktikan bahawa UTM mampu melahirkan pakar teknologi yang hebat serta berperanan besar dalam menyumbang kepada pembangunan negara. Bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke-59, satu pameran berkaitan pencapaian alumni yang berjudul ‘UTM’s Distinguished Alumni’ diadakan bertempat di ruang legar Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Tuanku Canselor UTM, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah turut berkenan meluangkan masa menyaksikan pameran ini.

Poster pameran ‘UTM’s Distinguished Alumni’ ini memaparkan ketokohan 20 Alumni UTM yang hebat dan berjaya dalam bidang masing-masing di samping mengetengahkan pencapaian serta sumbangan mereka kepada komuniti dan negara. Mereka yang terpilih merupakan graduan pada tahun 1960-an sehingga 2000-an meliputi pelbagai peringkat pengajian bermula dari Diploma sehinggalah Doktor Falsafah. Antara Alumni yang dipaparkan ialah Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato’ Seri Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Tan Sri (Dr.) Ir. Jamilus Hussein (Pengerusi KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd.) dan lain-lain. Menariknya, Mejar Patricia Yapp Syau Yin merupakan satu-satunya alumni wanita yang ditonjolkan dalam pameran ini berikutan kejayaan beliau berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kejayaan Alumni UTM dalam keusahawanan, politik, pendidikan dan kerjaya profesional wajar dijadikan inspirasi dan contoh kepada graduan serta mahasiswa untuk membina kejayaan dalam bidang yang diceburi. Pameran ini juga dibuka kepada orang ramai sepanjang majlis konvokesyen berlangsung.

PAMERAN ‘UTM’S DISTINGUISHED ALUMNI’ PAPAR PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN ALUMNI UTM

Page 6: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

Johor Bahru, 29 Oktober – “Jangan takut dengan cabaran”, tegas Farah Waheeda Arshad, 23 tahun, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) ketika ditemu bual di Majlis Konvokesyen UTM kali ke-59. Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) ini amat sukakan cabaran sehingga mendorongnya menyambung pelajaran dalam bidang ini yang dimonopoli oleh pelajar lelaki. Menurut beliau lagi, kebanyakan mahasiswa sekarang, terutamanya wanita takut untuk keluar dari zon selesa. Mereka perlu keluar dan berdikari untuk belajar dan menjelajah dunia bagi mendapatkan nilai tambah, khususnya dalam bidang akademik.

Apabila ditanya tentang cara beliau menguruskan masa ketika belajar, beliau menjawab, “Saya belajar satu jam sehari, tetapi yang penting pada hari Sabtu dan Ahad saya akan recap semula apa yang dipelajari sepanjang satu minggu.” Tambah beliau lagi, pembelajaran secara konsisten dan terancang amat penting kerana beliau tidak mahu terburu-buru pada saat akhir sebelum peperiksaan bermula.

Farah Waheeda menjadikan Datin Vivy Yusof (pemilik bersama FashionValet) dan Yunalis Zarai (penyanyi kelahiran Malaysia bertaraf antarabangsa) sebagai idola kerana mengagumi keberanian mereka dalam mengejar impian. Gadis ini tidak mahu terikat dengan pengetahuan bidang akademik yang dipelajarinya sahaja, sebaliknya ingin menjadi lebih multitasking, serta bersedia untuk mengembangkan minat dalam perniagaan lantaran menyedari akan situasi bidang petroleum yang agak goyah mutakhir ini. Alumni Sekolah Seri Puteri Cyberjaya ini juga telah pun mula menjalankan perniagaannya sendiri dengan membekalkan barangan cenderamata kepada sekolah tersebut. Berkenaan dengan perancangan pada masa depan, beliau masih menyimpan hasrat untuk menimba pengalaman bekerja dalam bidang petroleum, tetapi pada masa yang sama berharap dapat terus melakukan apa yang beliau minati.

ATASI CABARAN UNTUK MERAIH KECEMERLANGAN– ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (PINGAT JAYA CEMERLANG)

Page 7: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan
Page 8: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

Johor Bahru, 27 Oktober – Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE Pengajian Separuh Masa telah berlangsung di Dewan Maharani, Impiana Hotel Senai, Johor Bahru bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke-59. Majlis ini diadakan bagi meraikan para graduan pengajian separuh masa Ijazah UTMSPACE yang berjaya memperoleh keputusan akademik yang cemerlang. Turut diraikan penerima-penerima Hadiah Akademik dan Hadiah Khas UTMSPACE. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dan Dekan SPACE, YBhg. Prof. Dr. Mohd Fua’ad Haji Rahmat. Ahli-ahli Pengurusan UTMSPACE serta ahli keluarga graduan yang diraikan hadir sama bagi memeriahkan lagi majlis.

Seramai 395 orang graduan UTMSPACE menerima ijazah dan diploma masing-masing bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTM ke-59. Daripada jumlah tersebut, 51 orang graduan menerima Anugerah Dekan, manakala 26 orang graduan menerima Hadiah Akademik UTMSPACE. Bagi Penerima Hadiah Khas UTMSPACE Kategori Suami Isteri, seramai lima pasangan suami isteri berjaya memperoleh anugerah tersebut. Pasangan Muhamad Rizal Ahmad Kepol, 36 tahun dan isterinya Nur Eleena Ab Ahad, 28 tahun, berasa amat bertuah kerana menerima anugerah itu. Kedua-dua pasangan tersebut mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik). Muhamad Rizal yang bercita-cita untuk menyambung pelajaran peringkat Sarjana secara sepenuh masa, percaya bahawa belajar secara berkumpulan selepas waktu bekerja dan pada waktu hujung minggu telah banyak membantu beliau untuk berjaya. Bagi Nur Eleena pula, suaminya banyak membantu dalam pelajaran dan menjadi pendorong serta semangat untuk beliau belajar dan berjaya.

Manakala Zainuddin Juppri, 34 tahun, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer) menzahirkan rasa gembira apabila dipilih sebagai salah seorang penerima Hadiah Akademik UTMSPACE.

“Keluarga dan isteri menjadi pendorong utama dalam mencabar diri untuk melangkah lebih ke kehadapan dalam pelajaran”, ujar beliau yang kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Beliau berpesan kepada bakal-bakal pelajar agar tidak menjadikan usia sebagai faktor halangan untuk berjaya dan sesuatu kejayaan tidak akan berbuah tanpa usaha yang gigih.

Majlis berakhir dengan sesi fotografi penerima-penerima anugerah bersama barisan pengurusan UTMSPACE. Sekalung tahniah diucapkan kepada para graduan yang berjaya!

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKANDAN HADIAH UTMSPACE PENGAJIAN SEPARUH MASA

Page 9: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

Johor Bahru, 29 Oktober – Sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-59 UTM turut merakamkan kenangan manis kepada Josiah Wong Siew Kai, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) apabila dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang). Graduan yang berusia 23 tahun ini berpegang kepada prinsip “Never Try, Never Know” sebagai pembakar semangat untuk mencuba setiap perkara. Pada pandangan beliau, “kita tidak akan tahu sejauh mana kita boleh pergi dan seberapa banyak kebolehan yang ada dalam diri sendiri, selagi kita tidak mencuba untuk melakukannya.” Oleh sebab itulah beliau telah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti semasa menjadi pelajar di sini, dan juga telah mencabar diri untuk menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”

Berbekalkan PNGK yang cemerlang, 3.91, Josiah merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Jepun. Menariknya, beliau telah pun menerima surat tawaran biasiswa dari Jepun yang dikenali dengan nama Okazaki Kaheita Foundation Scholarship, iaitu biasiswa yang hanya dibuka kepada graduan tahun akhir daripada tiga universiti awam di Malaysia, iaitu UTM, UPM, dan UKM yang bergraduasi pada atau sebelum 31 Mac 2018. Biasiswa ini bakal membiayai pengajian beliau selama tiga tahun di sana, yang meliputi pengajian bahasa Jepun untuk tahun pertama di Tokyo Japanese Language Education Center dan pengajian Sarjana untuk tahun kedua dan ketiga.

Anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik ini berasa sangat gembira dengan anugerah yang diterima serta menganggapnya sebagai hadiah untuk membalas jasa kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang menjadi tulang belakang kepada beliau selama ini.

BERANI MENCUBA, KUNCI KEJAYAAN– ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (PINGAT JAYA CEMERLANG)

Page 10: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan
Page 11: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan
Page 12: KONVO - utm.my · yang dianjurkan. Semua itu membantu beliau untuk mengetahui kelebihan, kekuatan dan kelemahan diri yang wajar diperbaiki, bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan

Apa Kata MerekaApa Kata MerekaApa Kata Mereka

PENAUNG:Dato’ Hj. Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman

SIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Roselaile Samah,

Salina Shamsuri, Nur Diyana Mohd. Ruzmi, Mohd Hafifi Jamal, Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin

GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob, Mohd Hairy ZolkefleFOTO: Nor Azman Sukri, Mohd. Isyamfazrin, Mohd Pua’at Ahmad

LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/ facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia